Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Beautiful Friends

Wednesday, November 8, 2017

Delegate your tasks..

If you can't do everything.. delegates the chores.

Dulu pernah saya ditegur hanya kerana membenarkan si suami memandikan anak. Walhal anak sendiri tu.. saya tanyakan semula pada si arwah.. 

'salah ke orang lelaki tolong si isteri memandikan anak.. mencuci berak.. jangan la tau buat anak saja.. tanggungjawab pun sama-sama la pegang.'

Kasar.. indeed.. tapi kalau itulah caranya untuk 'mensekolahkan' kaum bapa yang rasa tugasnya hanya setakat baca surat khabar sambil hisap rokok and the rest si isteri yang kena pikul.. memang alamatnya ramai la yang si isteri 'meroyan' di rumah.

Dulu.. mungkin nampak rasional kerana si suami bekerja keras di ladang atau di bendang. Hatta bila balik sahaja ke rumah maka si isteri akan ambik bahagian untuk menyenangkan si suami. Hidang makanan and all.

Tapi hari ini bila mana si isteri sama-sama pikul tanggungjawab mencari rezeki.. rasa mungkin tak patut jugak si isteri diberatkan dengan semua tugasan di rumah.

In my case.. mungkin saya sedikit bertuah.. si suami ada masa rajin masuk dapur.. masak serba sedikit. Ada masa.. dia jugak yang melipat kain. Bila kami ada rancangan menjemput kawan-kawan bertandang ke rumah untuk sembang-sembang dan makan-makan.. dia jugak akan sama-sama ambik tugas membersihkan mana yang patut.. vacuum rumah.. cuci toilet atau yang paling kerap.. membersihkan mini garden kami.

Tak jatuh standard pun bila si kaum Adam pegang penyapu.. pegang mob.

Sebaliknya.. ko sanggup ke duduk dalam rumah yang berserabut. Ko sanggup ke tengok pinggan-mangguk berlonggok tak bercuci. Ko sanggup ke tengok Cik Spidy tompang buat rumah kat ceruk pintu. Rumah ko jugak kan. So ape salah kalau sama-sama jaga kebersihan dalam rumah.. rumah ko jugak kannnn..

Tapi kalau dah mind-set.. aku lelaki.. ko perempuan and perempuan kena buat semua kerja rumah.. my condolence to you girl. Otherwise kalau ko memang jenis memanjakan si suami siap pesan.. just sit back and relax. Rezeki masing-masing la kan.

Thus pagi ni.. warong tutup.. nak bersarapan di luar.. selera ting-tong. Tambah pulak dengan hari hujan. Hatta selepas selesai menghantar yang Si Sulong ke sekolah kami terus sahaja balik ke rumah and ambik bahagian masing-masing.


Walla.. kita makan nasik berlauk la pagi ni ye. Air tangan dari Cik Asben. While me.. kita masak nasik.. buat air teh delima.. petik ulam (ganti sayur) and selepas sejemput nasik seekor ikan and secawan teh.. kenyang tersandar la masing-masing.

Alhamdulillah.. semua pun rezeki dari Allah.

Assalamualaikum..

3 comments:

  1. memang untung kalau dapat suami yang memahami dan sanggup kongsi beban isteri. kalaulah dapat macam ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...