Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Beautiful Friends

Saturday, March 31, 2012

Malaysian Food Bazaar 2012



Assalamualaikum all,

Held today on 31st March 2012 the first Malaysian Food Bazaar. Such a happy day for us. So, lets us just share the wonderful moment with some pictures that I've managed to capture today.

 
 
 
 
 

Antara barang-barang jualan yang sempat diambil gambar.. yang lain yang kecik hati ya.. ramai sangat masyarakat. Tak dapat nak mencelah pun..


Antara gerai-gerai yang mengambil bahagian..









Last but not least.. ME !!!!


& me again.. (credit to Megat's FB picture)


The End


Thursday, March 29, 2012

Gulai Ikan Tenggiri Dengan Sawi Jeruk


Lunch time..

Akhirnya selepas beberapa hari masak sup, sup dan sup lagi.. hari ni Ibu menggulai semula. Pada yang kurang faham dengan istilah "menggulai", sama je maknanya dengan masak kuning atau masak lemak. But to those originated from Negeri Sembilan, I strongly believed you wouldn't be having any problem understanding the term of "menggulai".

This dish is very simple to prepare hence its also very versatile ie. you can add any sidekicks into it. Such as mangga, bachang, petai, kacang bende, cepu, belimbing buloh, kundang muda etc. Only in this entry, I some how or rather, decided to use "sawi jeruk". Sebenarnya setelah sekian lama Ibu mencari, baru je jumpa semula di kedai Bobby. Tapi yang makannya hanya Ibu sorang jer.. Cik Asben and Amsyar (as always and already proven) tak akan makan sawi jeruk tu. Reason being, the texture of the mustard pickles itself. Tak apa la, Ibu makan sensorang jer la.. yakni.. more for Ibu la.

Pada yang berhajat, resepi ada di bawah ya..

Bahan-bahannya;
Ikan tenggiri (ikan lain pun okey jer cuma as always.. be reasonable)
* Kuantiti ikan terpulang pada saiz hidangan masing-masing
Sawi jeruk
Cili api secukup pedas
Serbuk kunyit (kunyit hidup jarang sangat la jumpa di sini)
Santan pekat 1 tin

Cara-caranya;
1- Blend cili api hingga hancur, tapis dan ambil airnya sahaja
* Ibu tak suka tengok serpih cili dan biji cili dalam kuali
2- Masukkan santan, sedikit air dan serbuk kunyit,  dan kacau selalu
* Elakkan pecah minyak atau meruap, nanti kuah tak cantik dan rasa pun "kureng"
3- Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan
4- Cuci sawi jeruk dan potong mengikut saiz/besar/kecil yang dikehendaki
5- Masukkan sawi jeruk ke dalam kuah dan masakkan seketika
6- Perasakan dengan garam
* Please be courteous with the use of salt for the mustard pickles is already salted
7- Siap sudah..


DIET!!!! atau cara mudah untuk kurus (Siri 4)

Assalamualaikum all, 

Alhamdulillah, berjumpa lagi kita hari ini untuk berkongsi sedikit lagi ilmu tentang tips dan petua-petua cara mudah untuk kurus melalui pemakanan yang sihat. Sebenarnya banyak lagi yang Ibu jumpa melalui pembacaan beberapa artikel, blog kesihatan malahan online news. Itulah manfaaat dari Encik Gugel dan Tok Wi. Okey, without further ado.. 


1- Minuman berperisa "masam"
Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Jadi instead of all those minuman yang biasa, mintalah minuman yang kurang bergula dan masam.


2- Jangan terlalu kerap menimbang berat badan
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda menimbang berat badan, pastinya berat akan meningkat. Ini  mungkin akan menyebabkan anda rasa berputus asa untuk terus berdiet. So, friends.. you know what to do after this..


3- Makanan berempah baik untuk proses penghadaman
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan kadar pembakaran lemak.

4- Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

5- Simpan diari
Diari mempunyai pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

6- Niat - jaga pemakanan untuk sihat bukan untuk kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


7- Cara memasak yang sihat - merebus, memanggang atau mengukus
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


8-Pinggan makan
Ketika memilih piring makanan, ambillah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

9- Pergerakan ringan selepas makan
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi. Atau lebih mudah, bergerak sambil mengemas meja makan, membasuh pinggan atau lain-lain aktiviti dengan maksud yang sama juga boleh memberi manfaat.

Ibu rasa cukuplah dengan tips dan petua-petua yang telah diberikan setakat ini. Mudah-mudahan usaha gigih rakan-rakan yang dalam proses menguruskan badan dengan cara sihat berhasil hendaknya. Insya'Allah..

Wednesday, March 28, 2012

Karate Exam at Kuwait Karate Federation, Salmiyah


Alhamdulillah.. mabrook..

Semalam bersamaan 27hb Mac 2012, ada exam karate di Kuwait Karate Federation. Biasa la kan, anak-anak yang exam, Ibu yang tumpang gabra lebih. Si Manja was sitting for his blue belt whereas Amsyar pulak sitting for his first and last brown. Tapi Ibu rasa, debaran dan gabra Ibu tidak la sehebat untuk for those yang baru kali pertama ambik exam. Been there, done that..

Just look at them, aren't they all adorable

As usual, anak-anak Malaysia semua datang awal. 3.30 petang semua dah datang. Walhal itu ini, jam 4.15 jugak exam baru mula. Alhamdulillah, berkat gigih dan disiplin pelajar-pelajar, semua anak-anak Malaysia lulus semasa exam petang semalam. Even, three of our "U" students has been directly promoted from White directly to Orange belt. Ibu rasa ini semua bisa diatur.. atas budi bicara Examiner la kan. Mabrook to them as well.

The Kuwait's U students

Well, just let me paste some pictures here and let it do all the talking..

The girls - they all passed the exam with flying colours.. hello Blue Belt

Wajah Bujang Sulong Ibu

Arif the Cinonet 

Baby Rayyan & Ibu pun nak inteprem jugak laa..

Selepas selesai exam, most of us bersurai dan meneruskan aktiviti masing-masing. Whereas for some of us like keluarga Uncle Faizal, Uncle Azrin, Untie Nazar and us decided to celebrate the kids at Oriental Cuisine. One of the WAJIB place to dine for all the Malaysian here. Insya'Allah, jika ada rezeki Ibu will try to put an entry for OC pulak ya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...