Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Soto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soto. Papar semua catatan

Isnin, 16 Mei 2011

Soto Ayam dgn Bergedil

_DSC0105
SOTO AYAM n BERGEDIL

Salam kembali sume :-)

Pheewwwww..kesat peluh dulu :D dr semalam keletang keletung guna lesung, sib baik org bwh tak naik atas kata memekak ahahaha... kita ni mmg tak biasa guna blender KECUALI betul2 darurat, lagi selesa guna lesung batu kecik import dr mesia tuuu sbb kalau blender mcm ada bau2 blender sikit wakakaka..sengal punyer orang :D Itu hari lah niii kak nor tayang mee hoon sotonyer, kali niii kita buat pulak! Mmg akn guna resepi nii kalau mood nak guna resepi ni lah kan kan.. mmg best! Resepi asal dr KAK DIANA MyR, mekaseh buat penyumbang resepi, mmg mabelessss!

Bergedil ni pun last minute buat, rasa mcm kelam kabut gituuu dgn nak buat bawang gorengnyer lagi, tgk jer lahhh bwg kat sebelah tu tak luak2 lagi wakakaka...kes yg dulu ni lerrr haih! Da da.. ari ni nk buat apa tak tahu, rasanyer nak melepak jerrr ari niiii, boleh ke? maklomlah tgh freeeee sgtt2 niii... sapa kata free???ahahaha... REsepi kita buat half portion jer ya sampai kemalam lah tu tinggal ganti dgn mee hoon jerrr... Untuk KAK NOR, mee hoon ada dlm tudung saji aka microwave ya :D Mekaseh tuk resepinyer kak D! Mintak izin n halal kembali :-)

SOTO AYAM

Bahan-bahan ( 12 orang )
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat>>Yg ni kita goreng dulu lepas tu siat2kan isinyer tulangnyer baru lah dimasukkan dlm kuah sup nanti :D
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat

_DSC0106
VErsi mee hoon disebalik tabir :D

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  2. Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  3. Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.


_DSC0086_DSC0090
BERGEDIL dgn HOMEMADE BAWANG GORENG

_DSC0088
Kuah Soto