Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Laksa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Laksa. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2012

Laksa Sarawak

_DSC0308
LAKSA SARAWAK

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sume! :-)

Semoga semua orang dlm lindunganNya selalu insyaAllah. Susulan gempa bumi yg melanda acheh semalam, ramai yg panik especiallynya org2 mesia sbb mungkin 1st time, sgt kuat jugak lebih kurang 8.7 m, alhamdulillah kita kat sini selamat drpd gempa susulan tu hanya bhgn2 selatan thailand dan malamnya amaran tsunami ditarik balik tapi amaran kiamat tetap berterusan.. Doa dr kejauhan dr kita untuk semua juga moga sentiasa dilindungiNya insyaAllah!

Menu 2 hari lepas? lupa dah ehehe... Lamaaaaaaaa sgt mengidam laksa sarawak ni tp malas nak buat pastenyer ajerr, sbnrnyer takde ssh mana kalau dah siap2kan bhn2nya sume, oleh kerana kita ni emangnya pemalas :D baru lah dpt merasa.. hmmmm... apa yg boleh di komen ya? yg pasti kita suke dgn rasa dia, walau terpaksa menambah berat badan n membuang lemak kembali, kena balance kan, kalau dah mkn mcm ni kena kerja keras sikit masa bersenam :D Yg jadi nak buat sgt2 bila Sabariah yg duk kat dubai tu buat, alahaiiiii... nak mintak jauh sgt, jdnyer dgn malas2 alhamdulillah, jadi dan dpt merasa :-) lepas ni nak terbang negeri mana pulak ya? ehehe...

Untuk resepi, mcm biasa dr Kak Dayangjack, n tenkiu juga buat saba sbb kongsi idea nak buat menu apa, dgn ituuu ecece... minta izin kembali n halal juga utk resepinya serta ideanya, terima kasihh! Dannnnn terima kasih juga dgn setiap kunjungan, insyaAllah kita melawat kembali :-)

LAKSA SARAWAK
Resepi Asal: KAK DAYANG JACK
Sumber : SABA


Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

_DSC0303_DSC0300
Best! letak taugeh byk2 dgn daun ketumbar byk2 sedap :D

Laksa Sarawak (Resepi II)
Bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

Khamis, 11 Ogos 2011

Menu Iftar ke 10>>Laksam

_DSC0425
LAKSAM

Salam ramadhan yg ke 11 insyaAllah! :-)

Resepi asal dr KAK YANI, terbaeekkkkkk!! Minta izin n halal resepineyr kak! Hari ni tiada mood mahu berbicara, bdn penat mau rehat tp nanti ada n3 lagi satu kuih kaswi, nak n3 kalau rajin ya, mmg kaswi yg kita buat ni terbaeekkkkk!! sedapppp!!!

Terima kasih pd yg berkunjung, insyaAllah akn dibuat balas kunjungan nanti :)

LAKSAM
Resepi : LAKSAM

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)>>Untuk daun kesum kita masukkan sekali dlm kuah laksam :-)
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau

_DSC0423_DSC0410
Kegemarannnn sepanjang masa :D Laksamnyer ada kecik ada besor! hihihi... bercinta betul buat laksam nii. lap peluh**

Cara-cara

  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau


_DSC0428

Selasa, 5 Julai 2011

Laksa Johor

_DSC0149
LAKSA JOHOR

Salam pagi selasa sume!!!

Ayat sama mcm kat n3 bwh :D Laksa johor ni kuahnyer dah buat hari ahad semalam baru makan :D, Dah stick dgn resepi ni kalau buat laksa johor, sedap! cukup sume rasa! cuma ikan kurau jer lah tak de :D Resepi asal dr FREEDA kat MyR.. Buat tuan punyer resepi terima kasih sharing!!! Mintak izin n halal resepinyer Mekasehh!!!

Semalam sibuk bershopping, dah lama tak shopping baju sendirik asyik ke lainnn jerr kalau berjalan :D da da nak kemas, jom makan laksa! kuah ada dlm sebok hihihi.... Blogwalking ptg2 sikit kot sbb dah ckp td kan mcm ayat kat n3 bawah tu wakakakaka....

LAKSA JOHOR
Resepi Asal: FREEDA MyR

Bahan-bahan ( 12-15 orang )


1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)

**Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **

  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 10 gram dibakar>>yg ni tak de stok
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm

**Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas

**Bahan Hias**

  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis
** Sambal Belacan

  • lada merah 5/6 biji
  • Belacan melaka - 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil, garam dan sedikit aji
  • Bawang Putih seulas



_DSC0134
Tuang kuah sendirik :D

Cara-cara

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat, kerisik diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan
  12. SELAMAT MENCUBA

Selasa, 31 Ogos 2010

Laksa n SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!

DSC_0016
LAKSA

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA WARGANEGARA MESIA!!! :-)

Kita di sini tumpang gembira, n tah niah buat mesia sekali lagi kerana dpt meyambut hari kemerrdekaan ni dbulan ramadhan semoga negaraku yg tercinta itu aman damai.. cuma sstgh manusia ajer yg tak merdeka lagi, sedih dgr berita buang bayi hampir tiap2 hari, semalam ada satu kes sangkut kat signboard beri laluan, aduhhhh, comel sungguh! sib baik umur bayi panjang, semoga DIA memudahkan perjalanan hidup bayi yg teranaiya tu insyaAllah..

Berbalik pd menu semalam, sbnrnyer sgt2lah tak de mood :-( bukan kerana raya atau apa2 atau gitu2 kita lencong lah ya, LAKSA resepi dr MAK KAK YAU SG, mmg super sedap! i likeeee! lebih kurang laksa johor tp cara yg ni lagi senang n sukelah rasa kuah dia! pekat dia mmg best! Kak ayu mkn dgn sambal tumis tp kita ni malas pulak nak menumis tp kalau menumbuk tu kita nak, jdnyer mkn dgn sambal belacan dah cukup menyedapkan! Macehhh mak kak ayu n KAK AYU!!! Mintak izin n halal reseinyer kak :-) cayanggggg mak akak! jan lupa mintakkan otograp! hihihi.. org2 oberC mmg dah biasa mkn laksa guna spaghethhi malah kita lg suka guna spaghethhi, selain tu leh gantikan dgn UDON tp kureng sikitlah :D

LAKSA

Ingredients:-
  • 1 kg laksa boiled and drained leave to cool-(1 packet spaghetti boiled w/ some salt & some oil)
  • 4 horse mackerel (ikan selar besar) boiled and take the meat, don't throw the balanced water
  • 3 tbsp kerisik
  • 400ml coconut milk (2packets)
  • *5 garlics
  • *2 inches ginger
  • *2 big onions
  • 1-2 dried tamarind sliced(asam keping)
  • 1 tbsp blended chili
  • 2 lemongrass crushed
  • 1 inch galangal crushed
  • 2 tbsp fish curry powder
  • water to estimate

  • 3 pieces fishcake sliced
  • 4-5 taupok sliced
  • 10-20 quail's eggs, boiled>>Ganti telur ayam jer sbb tk makan telur keck tu :D
  • 500g cockles boiled (optional)>>Gantik udang 2 ekor :D

  • Garnishing:-
  • blanced bean sprout
  • cucumber sliced thinly
  • laksa leaves sliced(daun kesum)
  • lime
  • big onion sliced thinly
  • sambal tumis

Method:-
Scrap boiled fish meat and throw away bones. Blend fish meat in blender with the balance fish water. Heat oil and saute all the blended ingredients*cili boh, curry powder, lemon grass and galangal stir well. Add in the blended fish and put in the coconut milk, water. Leave it to boil and add in dried tamarind, sugar, kerisik and salt to taste.Stir well, Add in fish cakes, taupok, quails eggs and cockles. If to thick add some more water. Leave to boil.
When ready, scoop laksa and laksa gravy top with garnishing. Serve hot.


DSC_0017
Baru tersedar lupa letak timun :D

Isnin, 28 Jun 2010

Laksam

LAKSAM

Salam kembali ;-)

Sbnrnyer kan dr semalam nak makan laksam tp dok layan budak kecik dgn kemas lagi dgn yg tua yg mcm bayi tu lagiii cuma dpt siapkan laksam jerrr, kuahnyer tak sempatlah nak buat jdnyer hari ni tggl buat kuah dia jerrr bagus jugak kan jimat masa dah tp dr td asyik curik tulang jer! hihihi..... bdn kita penat lah kalau penyakit ni dtg lagi :-( mulalah malas nak buat itu ini pdhal kerjaaaaaaaa bykkkkkk sgt! addduuhhhh..malas betullah! nak layankan bdn yg tak stabil nii jer mmg tak siap satu benda sib baik dah cuci luar dlm tggl vacuum lantai dgn mop haih! sapa2 yg nak kerja ngan kita lehlah dtg sini kikikiki... semuannyer FOC ^______^ da da da nak ngada2 pulak ngadu itu ini :D, kita tgk resepi yg senang banget ni, resepi asal dr KAK YANI tp kan dah kata MyR skrg ni demam jdnyer kopipes dr umah KAK HANA sib baik ada huh!.. Mintak izin n halal ya resepinyer meacehh kanda2 ku :D, dah pernah buat byk kali cuma sejak berblogging ni 1st time kot kita n3 ke dah pernah n3 kita tak tahu kita lupa! hihihi.... :D

LAKSAM

Bahan-bahan
  • 3cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg gandum
  • 4cwn air suam
  • >>bahan kuah:
  • Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
  • Sdkt halia
  • Sdkt bwg putih
  • Sdkt bwg merah/besar
  • Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
  • Santan
  • Asam keping
  • Sdkt garam
  • Sedikit gula merah/gula
  • >> Bahan ulam
  • timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • hana tambah ngan belacan potong kuib kecik utk rasa lg kaww! heee..
  • >>cili:
  • cili merah
  • belacan
  • garam
  • limau



Dah kena sirammmm :D

Cara-cara
  1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
  2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
  3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
  4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau.

Sila abaikan gulungan yg ada kecik ada BESOR tu ya semalam buat tak dan nak ehehehe..alasan org yg malas :D

Khamis, 1 April 2010

Laksa Kuah Putih

LAKSA KUAH PUTIH

Salam kembali semua!! :D

Alamakkk, perut kita lapar lah baru jer balik td niii sib baik dah siap2 masak sblm kuar td huhuhu.... tu yg main campak jer sume2nyer ehehe... org tgh lapar tak sabo nk makan mmg mcm tu :D, traffic jam lerr, ingatkan td nak angkut pokok kesum, serai dgn pandan tp maklum lerrr naik teksi kalau naik keta sendirik leh ler angkut byk2! tp td ni nak beli pun pokok kesumnyer masih kecik lg tak best ler nak buat2 petik kang kejap jer dah botak balik hihihi... Ok lah, ni dah siap2 kan dulu masa nak kuar td cuma belum makan sbb ingatkan sampai awal rupanyer sampai umah lmbt sbb sesak! tu yg mcm kebulur sgt tu hihihi... cdgannyer nak buat laksam tp masa tak cukup nx time lah sbb dah lama teringin nak makan laksam huhuhu... Untuk resepi ni ambik kat MyR dr KAK JUN11 @ KAK JUN YUMMYLICIOUS, tenkiu kak jun!!! Mintak izin n halal resepinyer ya :D Kita sejak dr kecik mmg mak kita kerap buat kuah laksa putih ni lerr namanyer laksa johor ke apa ke mmg tak pernah merasa duk jauh2 ni baru sume2 nk makan barulah dpt merasa :D.. Jom makan! tak pun leh klik SINI :D

LAKSA KUAH PUTIH

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..
  • 6 biji bawang merah-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos

Guna spaghetthi jerr hihihi... nak guna udon, udon lak dah habes! :D

Cara-cara

  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.

Khamis, 7 Januari 2010

Laksa Penang


LAKSA PENANG

Salam n selamat pagi sume :D,

Haaaa....ni menu semalam ya tp kalau nak boleh kena bg kuah jer lah yg ada belen kat dlm sebok :D, nak n3 semalam tak sempat pun huhuhu... ADA APA DGN HARI INI??? hari ni speacial sikit tp tak yah citerlah.. tunggu kita tyg next n3 kalau ada lah kan kalau tak de tak delah kan hihihi.... Berbalik pd laksa kita mmg specis yg sukakan laksa yg amat.. sedap sejak reti mkn dulu makan laksa b*d*2 jerr skrg sejak tahu mkn dgn ulam2 ni kan lg sedap apa lg mmg sukeeeeee sgt nak2 ada xtra taugeh timun dgn kobis walahhhh..enak banget thoo! Resepi kali ni ambik kat umah ROSS@JINTANMANIS.COM tenkiuu ya ross!!Sedap simple dan senang nak buat :D itu penting :D, akak ada tambah halia sikit tau jer lah akak ni kalau ikang2 yg drebus gitu mesti nak kurangkan bau dia sikit :D.. pepun sedap! Resepi mintak halal n izin ya ross tenkiuu!! ;-) Pastu akak sajer tak hancurkan sgt isi ikan tu cuma ramas2 gitu sbb sedap :D bukan malas taw! :P

LAKSA PENANG

Bahan-bahanya

  • 8-10 tangkai cili kering
  • 1/2 biji bawang besar
  • sedikit belacan
  • 6 ekor ikan kembung atau 1/2 ekor ikan saba ( makarel)
  • 1/2 bungkus laksa kering- direndam, direbus & toskan
  • ( kt jepun guna udon kering atau udon yang biasa tu)
  • sedikit daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 keping asam gelugor
  • Bahan Sampingan
  • timun
  • salad
  • limau nipis atau limau kasturi atau lemon
  • telur rebus
  • nenas
  • hirisan bawang besar
  • cili padi




Baru perasan lupa nak letak telur dgn nenas huhuhu...

caranye:
1. Rebus cili kering dan kemudian kisar bersama bawang besar dan belacan.

2. Rebus ikan kembung dan kemudian asingkan isi ikan dan tulang, air rebusan ikan tadi jangan dibuang. tulang ikan tadi dikisar dengan sedikit air, tapis dan curahkan dalam air rebusan ikan.

3. Isi ikan separuh diblender halus dan separuh lagi dimasukkan kembali dalam air rebusan ikan tadi, curah bahan kisar, asam keping dan bunga kantan, biarkan mendidih seketika, selepas itu masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa, masukkan garam.

4. Masak kuah laksa biar sampai keluar minyak baru tutup api.
5. Rebus laksa kering dan telur serta sediakan bahan sampingan yang lain. racik timun, salad, nenas, bawang besar dan cili padi. letakkan mee laksa di dalam bekas dan susun bahan ulam-ulaman tadi kemudian curahkan kuah laksa. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba

Rabu, 4 November 2009

LAKSA KUAH PUTIH atau PAHANG?

LAKSA KUAH PUTIH @ PAHANG


Salam bertemu kembali buat semua sekali lagi!!!! :D

Alkisah kuah putih ni laksa pahang ya? hihihi..baru tahu.. sejak dr mula2 makan laksa dulu2 masa kat mesia mak kita rajin buat kuah putih nii sbb seisi keluarga sukeeeeee...pastu ada sambal belacan ummmppphhh!!! sedap!!! tp kita ni ala2 terkeluar dr specis laksa putih ni sbb telah melupakannyer sejak2 kenal laksa johor dan sewaktu dgnnyer :D... baru td ni nak buat sbb semalam dah ambik ikan tuk buat laksa niii tapi tetiba pulak nak makan laksa kuah putih niii... biasanyer mak kita guna mee laksa yg kuning tuuu lembikk jerr kalau terlebih rendam huhuhu... tp rasanyer guna spaghetthi jerr lagi sedap!! kalau yg tepung beras tu kita suke bila mkn laksa asam jerrr :D lain tekak lain selera citarasa kan ekekeke... carik2 resepi jumpa resepi ni kat MyR dr KAK JUNS11 @ MyR thanks kak jun!! sedap!! tp kita letak belacan dgn daun kesom :D ehehe...Mintak izin juga ya resepinyer letak kat sini ya :-) tenkiuuu!!

LAKSA KUAH PUTIH @ PAHANG

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 6 ekor ikan kembung-rebus ngan 2 asam keping, ambik isi n kisar, simpan air rebusan ..
  • 6 biji bawang merah-kisar
  • 2cm halia-kisar
  • 2 batang serai-kisar
  • 1 sudu teh lada hitam-kisar
  • 2 asam keping
  • garam n gula
  • santan pekat
  • bahan sampingan:-
  • kacang panjang-hiris
  • bawang besar-hiris
  • taugeh-celur sket
  • timun-hiris
  • sambal belacan (cili kering ditumbuk bersama belacan sket)
  • 1 paket laksa-rebus n tos

Cara-cara

  1. panaskan santan n sedikit air rebusan ikan tadi. masukkan semua bahan kisar n asam keping. masak hingga mendidih.
  2. masukkan garam n gula secukup rasa.
  3. letak laksa didalam mangkuk, masukkan ulam2an n tuang kuah diatasnya.



XTRA TAUGEH n KOBIS ehehe..

Isnin, 24 Ogos 2009

Laksa Asam

Sowi lah eak masa letak bhn2 ni sume tgn gigil2 dah!! nak ambik gmbr pun terketar ketar!!! hihihi..melampau betull!! baru 3 hari pose dah nak mogok bdn2 nih!! :P




LAKSA ASAM



Salam kembali dan akn kembali masih d dalam keadaan mendung kat luar sana tuuu...




Mcm biasalah kita ni kan mesti nak ngada2 ngan MEK YUNG tu haaa... nak tiru2 jugak dan kebetulan tekak kita pun membenarkan tiru2 nih!! :D sedap klu puasa2 ni pekena lauk2 mcm nii..sblm ni buat laksa asam main guna tuna jerrr sbb malas!! malas nak asingkan tulang2!! :D kali ni mmg tersagt RAJINNNYERR hihihi.... nak bg org jugak ni separuh yg kat atas tu nak dbg org yg dlm pinggan kita nanti nih bila nak buke baru snap gmbr ya sabo3!!! :D kita suke laksa skrg ni sbb ulam2 dia lah kan, sukeeeee sgtttt!!! sedap!! nak2 klu TAUGEH yg byk!!! :D Resepi asal dr KAK JUN tp kita kopipes kat umah MEK YUNG jer lah!! halal ya, tenkiuuu!!! ni resepinyer>>


LAKSA ASAM


Bahan-bahan
500gm laksa basah-direndam dalam air panas sebentar
1 biji timun dihiris panjang2
3 biji telur rebus-potong 4 setiap satu
4 biji limau kasturi-potong 2
1 bawang besar dimayang



Bahan-bahan untuk kuah:-*4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan direbus)
*8 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
1/2 bunga kantan
Bahan kisar :-
8-10 cili kering (ikut pedas masing2)
2.5cm belacan
1 biji bawang besar
garam secukup rasa



Cara-cara
Ikan yg direbus, di tos airnya, dibuang tulangnya. Airnya disimpan untuk kuah nanti.
Isi ikan dikisar.
Masukkan isi ikan, air rebusan, bahan2 kisar yg lain, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Dan boleh lah dihidangkan.
Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, daun salad dan potongan cili merah atau cili padi (bg mereka yg suka pedas).

Sabtu, 1 Ogos 2009

Laksa Ganu ?

LAKSA GANU


Salam kembali diiringi dgn cuaca ala2 nak ujan ala2 nak panas :D,


LAKSA??? sejak dah tahu makan laksa ni kan mmg jd antu terusss dgn laksa2 niii!! tak kiralah laksa apa mmg sukeeeeeeee sggt!!!!! sbbnyer buat laksa ni, g jalan2 kat umah IJAN adalah pulak laksa ganu niiiiiii, tp tgk resepi cam lebih cam kurang dgn LAKSA JOHOR tp kita buat guna rempah gulai jerrr rempah laksa pun kita tak pernah nmnpk ehehe..... rasanyer pun lebih kurang johor punyer lah!! ke kita yg salah buat ni????? ehehe... tp best!!! sbb senang!! tak leceh sgt tu yg kita suke!! :D leceh tang nak asing isi ikan dgn tulang jerrr, pas tu step seterusnyer senang jerrr ;-) eeeeeeeeee....sukeeeeee kita makan laksa tau!! tu pun letak spaghetthinyer sikit jer byk ulam!! lebihkan tauge lah kan itu yg utama pas tu kobis!!! alalalalalala....... keja ambik ulam jerrrrr masa mkn tu td.. tp hari ni mood kurang nak buat sambal ke apa just iris2 lada kecik jerr campak atas tuu sedap jerr!!! nak resepi tgk sini ya... tenkiu untuk resepi yg mabeles ni ;-) jom makan!!! mood nak tembak menembak pun kurengg lerrr ntahlah penat kot.. layan jer lah gmbr yg ntah apa2 tu ya :D.. harap tak menyakitkan leher dan mata :P

Rabu, 24 Jun 2009

Laksa Johor

LAKSA JOHOR




Salam dptg rabu dah nak buke pose!!!!! :D



Dari semalam mmg dah plan nak buat LAKSA JOHOR niii sejak nmpk kat umah mak yung itu hari pas tu umah kak jamie pun buat huh!!! mana boleh jadik!!! dah lah skunk ni mmg minat sgt dalam pd laksa ni menjadi jadi!!! Kita tak pernah buat atau makan terlupa tapi yg pasti mmg tak pernah buat ekekeke.... bila tgk resepi mmg renyah lerrrr kita ni klu renyah2 mmg malas!!! tapi gagahkan jugak sbb sukeeeeeee sgt kat laksa sbb ada taugeh ada kacang panjang ada timun tp gmbr kat atas tu dah kalut sgt sampai terlupa bhn utama ulam adalah timun hihihi... tak pe lah kan janji leh letak nanti.. Pada sesiapa yg berpuasa ducapkan SELAMAT BERBUKE!!!!!! ambiklah laksa tu bawak buka pose nanti ya ;-) yg tak puasa pun leh ambik bk balik ya hihih... Nampak sedap sgttttt!! baunyer pun td wallllahhh!!!! cuma tang rebus ikan tu haaa..mcm nak pitam!!! hihihi... kita tak boleh bau hanyir2 ni pening!! pas tu yg malasnyer nak asingkan isi dgn tulang huhuhu..... mencikkkk!!! tapi hasillnyerrr mmg wangiiiiii jerrr bau kari daun kesom lagi hihii.... terima kasih ya kak hana tunjukkan caranyer kita ni eksyen jer lebih nak buat tp tak reti!!! hihihi.. ambik bak balik jamah ya :D resepi nanti2 lah ya dr MyR dah dejjas oleh mak yung ehehe..... nanti kita ambik linknyer ya tq!!!! resepi ambik dr umah MAK YUNG HANA COMEL