Halaqah keluarga
Kami dah lama tak buat halaqah keluarga. Lebih tepat lagi sejak sebelum kedatangan Ramadhan yang lalu. Dalam bulan Ramadhan kami menyesuaikan program keluarga dengan program yang telah disusun oleh Allah sendiri iaitu program puasa, terawih dan tadarus. Semalam, kami telah berkesempatan untuk memulakan semula halaqah keluarga. Saya menjadi pengerusi merangkap penyampai tazkirah. Anak-anak ni bukan boleh duduk bersila lama-lama. Paling lama lima belas minit. Jadi masa yang ada selepas solat maghrib berjemaah saya gunakan sepenuhnya sementara anak-anak masih boleh duduk diam. Halaqah dimulakan dengan al-Fatihah, puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi dan salam kepada sahabat-sahabat baginda. Saya menerangkan kepada anak-anak tentang tujuan manusia diciptakan. Saya membacakan ayat 56 surah al-zariyat seperti di bawah: َ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ yang bermaksud: dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu. Kemudian saya memb...