Empat tahiyat?
Peristiwa ini telah berlaku hampir dua puluh tahun lalu. Seorang Ustaz sedang memberi kuliah maghrib tentang masbuk dan muafik dalam solat. Semua pelajar mengangguk-anggukkan kepala seperti faham sepanjang Ustaz menyampaikan kuliahnya. Di penghujung kuliahnya, Ustaz tersebut telah melontarkan satu soalan untuk dijawab oleh sesiapa yang ingin mencuba. Soalannya ialah: Kalaulah kita masuk solat maghrib ketika imam berada di rakaat yang kedua tetapi kita tak sempat rukuk bersama imam, berapa kali kita kena duduk dan baca tahiyat? Pelajar A dengan pantas menjawab: dua kali Ustaz. Pelajar B pula menjawab: tiga kali Ustaz. Pelajar lain: hoi engkau gila ke apa mana ada satu solat sampai tiga tahiyat? Ustaz kata: Dua-dua tak betul, ada lagi sapa-sapa nak cuba? Pelajar C cuba menjawab: empat kali Ustaz. Cuba terangkan: kata Ustaz. Pelajar C: Begini penjelasannya, semasa kita masuk solat, imam berada di rakaat kedua, kita mengikut imam hingga tahiyat awal, namun kita tak dapat rakaat tersebut. ...