Apa ada pada nama?
Nama 1 Saya tamat pengajian Diploma Perakaunan pada tahun 1991 semasa ekonomi mula pulih dan banyak peluang pekerjaan. Saya diterima bekerja oleh Mayban Finance Berhad (dulu anak syarikat Maybank, kini telah bergabung dengan Maybank). Menghadiri kursus induksi umpama masuk semula ke kelas kerana 80% dari kami adalah dari ITM (kini UiTM). Kenapa mereka mengambil sebegitu ramai budak-budak ITM? Kerana dulu ITM ada nama. Nama 2 Saya tidak lama bersama Mayban Finance kerana selalu diganggu oleh rakan sekerja. Rakan sekerja yang pangkatnya lebih rendah terlalu baik dengan pengurus hinggakan semua kerja yang saya nak buat kena rujuk pada rakan sekerja. Sebahagian dari kerja saya telah diambilnya sehinggakan saya kelihatan "kurang kerja". Kenapa dia buat macam tu? Kerana nama. Nama 3 Selepas berhenti dengan Mayban Finance, saya diterima masuk bekerja dengan Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad (kini AMInvest). Bekerja dengan syarikat yang menguruskan pelaburan, pada mulanya seronok. K...