INGREDIENT
- 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
- rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
- 1 sudu besar rempah sup adabi
- 5 biji bawang merah – tumbuk
- 2 biji bawang putih -tumbuk
- 2 inci halia – tumbuk
- semangkuk kecil bawang goreng
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup
- garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
- minyak untuk menumis
METHOD
- panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
- lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
- bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
- bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
- masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
- Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.
Pingback: 6 Jenis Bahagian Lembu Yang Paling Sedap Dibuat Sup Untuk Raya Qurban Ni. | myBerita | Hokaloh News
Tq