Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label MAMA. Show all posts
Showing posts with label MAMA. Show all posts

Saturday, May 11, 2019

Happy Birthday To Me

Happy birthday to me and my husband. We share same birthdate. Tahun ni birthday jatuh bulan puasa. Jadi tak dapatlah nak potong kek di siang hari. 

Tahun ni merupakan tahun terakhir mama sambut birthday sebagai 3 series. Tahun depan dah up jadi 4 series. 

Alhamdulillah diberi kesihatan dan kehidupan yang bahagia oleh Allah. Tiada apa yang mama harapkan selain daripada kesihatan dan kehidupan yang sempurna.

Sempena birthday kami, mama belanja papa dan anak2 buka puasa dekat hotel blue wave shah alam. Alang2 nak buka puasa kat hotel, mama terus booked bilik kat sana. Takdelah nanti tergesa2 selepas berbuka nak balik rumah.

Papa pulak bagi surprise kat mama. Diam2 dia pergi cari hadiah ya. 

Hadiah dari suami tercinta, perfume body shop. Papa memang tau mama guna perfume dari body shop ni since mama belajar lagi. Thank you sayang. 

Saturday, October 6, 2018

Hadiah Dari Celcom

Alhamdulillah rezeki nak dapat handfon baru. Walaupun handfon tu harga bukanlah ribu riban tapi tetap bersyukur sebab dapat free kan. Mula2 bila terbaca pasal celcom nak bagi 100000 handfon free bagi pengguna talian postpaid macam tak percaya. Sebab takut ada agenda tersembunyi.

Tetapi bila ada kawan yang share memang diorang boleh redeem fon tu, teruslah mama bersemangat jugak nak redeem. Awal2 macam tak nak berharap sangat. Takut ada hidden cost yang nak kena bayar. Tapi tak rugi kalau pergi celcom untuk bertanya kan. Kalau dapat, rezeki. Kalau tak dapat pun mama tak rugi apa2.

Mama ke celcom rawang. Bila tanya promoter pasal free fon, dia terus tanya no fon mama n confirm mama dapat redeem fon oppo a3 atau samsung j4. Mama dah bertahun guna pakej celcom bulanan yang harga rm98. Kalau pakej yang mahal dapat redeem fon huawei p20. Huhuhu fon idaman mama tu. 

Mama dah aim nak fon oppo sebab gambar selfie dia kenmain flawless. Tapi stok oppo dah habis. Kena tunggu stok maybe dalam seminggu lagi. Kalau fon samsung memang ada stok. Samsung j4 kalau ikut pasaran harga rm559. 

Mama malas nak ulang alik lagi datang sini. Sebab katanya dah ada 2,3 orang waiting list untuk fon oppo tu. Lambat nau sampai turn mama nanti. So mama just amik je fon samsung. Lagipun gambar still cantik juga. Jadi la kan sapa nak bagi fon free camni je kat kita.

Friday, October 7, 2016

Satria Baja Hitam

Hari jumaat yang penuh barakah. Pagi ni Allah turunkan nikmat hujan. Malas jer rasa nak bangun tidur pagi tadi. Alangkah indahnya kalau dapat tarik selimut sambung tidur.


Berangan jer la dapat. Walau macam mana pun, hari ni tetap kena masuk ofis sebab file submission dah menimbun kat atas meja. Yang due date hari ni pun berlambak lambak.


Masuk ofis, eh tetiba napa ramai pakai baju hitam hari ni. Take 5, bergambar dengan geng satria baja hitam katanya.

Nampak tu file berlambak2 kat belakang. Semua file tu nak kena proses samada bagi approval atau komen. Jomlah kita sambung menjalankan tugas.

Sunday, June 12, 2016

Hanger Shawl

Sejak mama dah jatuh cinta pakai shawl, koleksi shawl mama makin bertambah. Yang menjadi masalahnya, takde cara yang paling sesuai untuk menyimpan shawl. Mula tu mama just lipat susun dalam laci. Bila nak pakai susah plak nak cari sebab nak kena belek satu persatu.

Masa kat econsave tadi mama ternampak hanger klip ni. Ting idea datang nak hang kan shawl2 ni semua. Mama siap susun shawl ikut warna. Dengan cara ni bukan sahaja nampak kemas dan teratur, mama nak pilih untuk pakai pun lebih senang.

Wednesday, May 11, 2016

Dominos On Our Birthday

Balik dari birthday dinner kat tree steak house, tengok fon ada berbelas miscall dari kakak tyla. Mama dah cuak takut ada hal kecemasan.

Rupanya diorang adik beradik nak datang rumah untuk celebrate birthday mama n papa. Terharu kami sebab anak2 masih ingatkan tarikh lahir kami.

Diorang bawak 2 domino pizza yang saiz besar. Dah la tadi kami makan lamb chop, ni nak makan pizza pulak. Rezeki jangan ditolak.

Pepperoni pizza feveret si rayyans. Tapi masa diorang datang rayyans dah tidur. Tak dapat diorang nak merasa pizza ni.

Papa dah bersila nak mengadap pizza plak. Alhamdulillah, malam ni dinner makan lamb chop, supper makan pizza.

Mak yong tersandar kekenyangan selepas makan. Kakak tyla tengah peknen 4 bulan. Masih dalam fasa morning sickness. Terima kasih mama ucapkan buat anak2 kerana belanja kami makan pizza.

Tuesday, May 10, 2016

Password Recover

Setelah sekian lama, akhirnya baru jumpa password blog ni. Nasibla tak terkubur gitu jer. Mama dh siap buat blog baru dah, mama3hr.blogspot.my. tp tu la still malas gak nak update.

Semangat baru dah datang sempena boleh sign in kat blog ni. Banyak story mory nak cerita ni. Harap2 bateri rajin sentiasa recharged.

Monday, February 1, 2016

Demam Shawl

Orang lain dah lama pakai shawl tapi mama baru nak berjinak2. Memang dah lama teringin nak pakai tapi bila memikirkan nak membelit2 tu terus hilang semangat.

Bukan apa, pagi2 rushing nak siap gi keje, nak siapkan kembar g sekolah, so x dpt nak berlama2 dpn cermin.

Thats y mama lebih selesa sarung tudung paritdah.. x sampai seminit dah siap. Shawl ni at least 15 minit kena dok depan cermin.

Tapi at last, mama gigih jugak pakai shawl. Jeles tengok opismate seme dh jd geng shawl skg.

Mama pakai yg harga 10 hengget jer. Tu pun kirim kat opismate beli kat jalan tar. 10 helai terus mama borong.

Meh tengok gaya mama pakai shawl. Makin lama makin cepat lilit. Practise make perfect katanya.

Dark purple

Light purple

Pink

Royal blue

Pink belacan

Mint green

Shocking pink

Light brown

Dark brown

Friday, January 1, 2016

2016

new year with new blog. blog lama password lupa xleh nak masuk dah. semuanya gara2 fon kena reformat. semangat nak berblog masih ada cuma kekangan masa tak dapat nak update setiap hari.

walauapapun, penulisan kat blog tetap diteruskan. sekadar menyimpan memori kehidupan kami sekeluarga. actually banyak cerita nak share. tahun 2016 ni si kembar dah masuk darjah satu (how excited I am) and hafiy will turn to 1 year old by end of this month.

harapan aku, semoga tahun ni pintu rezeki kami terbuka lebih luas, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kebahagian dan ketenangan dalam hidup.


:-) dalam proses nak transfer semua entry kat blog baru ke sini

Sunday, August 30, 2015

Ambang Merdeka

Finally, its me time.. hikhokhikhok. 

Putera3 dah lena dibuai mimpi. Kecundang awal malam ni. Mungkin sebab sepanjang hari penuh dengan aktiviti. Penat barangkali.

The father plak taking sweet time minum kopi sambil layan kek yang kami masak petang tadi. 

Me... just grab peluang untuk merehatkan diri dan minda.

Having 3 heroes + 1 big hero is tiring but im happy. Never thot my life akan berubah. Bila dah ada ahli baru, our normal routine 360 degree changed. Penat tapi berbaloi.

Seronok this wiken sebab ada extra satu hari cuti. Boleh spent masa yang berkualiti dengan family.

Sebut pasal cuti merdeka, kat tesco ada sambutan ambang merdeka. Macam2 aktiviti menarik ada.

Tapi keadaan tak mengizinkan untuk sama2 memeriahkan majlis. Ada anak kecik tak sesuai nak bersesak2..

Mama tunggu detik 12 malam tengok bunga api dari jauh jer la. Itu pun kalau mata masih terbuka. 

Selamat hari merdeka malaysian. Semoga keadaan ekonomi dan politik negara kita kembali stabil. 

Monday, May 11, 2015

Its Our Birthday

Alhamdulillah syukur ya Allah dipanjangkan umur setahun lagi. Tahun ketujuh kami sambut birthday bersama sebagai suami isteri. Perancangan terbaik dari Allah, mempertemukan kami yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

Hajat hati nak cuti hari ni tapi tak kesampaian sebab kena attend meeting. So pepagi birthday hubby keluar hantar birthday wifey ke klang. Plan nak celebrate birthday dengan anak2 kita postpone ke malam nanti.

Tengahari si suami datang jemput isteri bersama dengan jambangan ros ini. Terkedu dan terharu isteri rasa. Terima kasih encik suami sebab dah menggembirakan hati isteri.

Tiada apa yang dipinta, cuma mengharapkan diberikan kesihatan yang baik, jodoh yang berpanjangan, rezeki yang mencukupi, keluarga yang bahagia dan anak2 yang soleh. Semoga kami sentiasa di bawah rahmat Allah.

Thursday, May 7, 2015

How Old Do I Look

Terjebak gak main bendalah ni. Saja suka2, ngetest tengok awek mudo ko awok tuo. Mama cuba test 5 gambar. Macam2 umur mama yang diteka. 


Paling win tu la, umur dah 50. Dah veteran dah ahkak. Yang umur 37 dan 32 tu oklah range umur sekarang, 3 series. Paling tak menahan yang umur 19 tahun. Aduh.. perasan muda habis dah ni. 

Wah kellas umur muda belia lagi. Letak gambar 360 memang la dapat umur jauh lagi muda dari umur sebenar. Cuba letak gambar yang nampak kedut2 kat muka. Confirm umur yang diteka lagi tua dari umur sebenar.

Second trial, papa dah 50 series. Yang penting I tetap maintain 20 series. Haish.. ralit betul main bendalah ni. 

Friday, May 1, 2015

Matahari Spa & Salon

After bersalin mama tak berurut langsung. Biasalah kan lepas bersalin badan rasa lesu. Pastu kenalah urut membetulkan segala urat2 yang putus masa bersalin tu.


Hari ni mama dah booked untuk berurut kat matahari spa. Rayyans bila dengar mama nak keluar cepat2 diorang tunggu kat pintu pagar.


Spa buka pukul 10 pagi. Jadi sebelum berspa, bawa rayyans breakfast dulu kat restoran maju ahmad. Dengan harapan lepas breakfast diorang takkan ngikut mama nak gi spa.


Tapi harapan jer la. Sampai sudah takmo balik rumah. Masakla kat dalam spa nak melayan kerenah diorang. Dah la pakej yang mama amik ni bakal makan masa 3.5 jam.


Dah tau memang diorang bakal bosan menunggu nanti. Jadi beli siap2 segala jajan untuk bekal nanti. Spa matahari ni adalah spa muslimah. No men allowed. But kids yang tak cukup umur ni berkecuali.

Mama amik pakej matahari yang berharga rm150. Ada sauna, lulur, mandi susu, urut tradisional dan percuma hair treatment. Tapi mama dapat free facial jugak. Rezeki.

First buat hair treatment. Rambut mama dicuci dan diletak ubat. Kemudian kepala kena tutup dengan shower cap. Pastu tukar baju pakai kain batik jer uols. Sebab tu la lelaki tak dibenarkan masuk dalam spa. Sebab customer kehulu kehilir berkemban jer.

Kedua, sauna. Nampak jer buruk tempat sauna ni. Tapi dia punya berpeluh boleh basah kain batik yang mama pakai. Before sauna, kena minum air banyak2. Kena dok dalam ni selama 30 minit.

Bila sauna liang roma semua terbuka. Memang sesuai la buat lulu badan pastu. Badan mama dilulur selama 30 minit. Habis kulit2 mati dan daki kena sental. Syoknya rasa orang dok belai2 kita kan.

Selepas badan dilulurkan kenalah mandi susu plak. Kasi bersih balik badan, buang daki2 dan kulit mati tadi. Berendamlah kat dalam ni another 30 minit. Boleh tahan kecut gak la kaki tangan. 

Lepas mandi susu, kena cuci rambut sekali dengan blow. Then urut badan lak selama 30 minit. Tukang urut orang Indonesia. Best sangat badan kena urut. Tak puas rasanya sebab hanya 30 minit kan. Next time jemput tukang urut datang rumah baru puas hati.

Last sekali buat facial. Best la muka dibelai, dicuci, diurut, dipakaikan mask dan dipicitkan jerawat. Si kembar asyik mengacau mama jer. Mentang2 la mama tak boleh gerak.


Walaupun katanya cuma amik masa 3.5 jam tapi pukul 3 petang baru siap semua. Kira2 5 jam jugak la. Overall memang puas hati la. Takdelah diorang ngam2 buat semua treatment dalam masa 30 minit setiap satu. Memang recommended n definitely mama akan datang lagi.

Wednesday, April 1, 2015

Hafiy & Mama

Layan gambar2 selfie mama dan hafiy. Kat dalam kereta masa yang paling sesuai nak selfie. Kalau kat umah abang2 confirm nak menyelit jugak.

Hafiy ni bila berdua ngan papa jer kat dalam kereta elok jer dia baring dalam car seat. Tapi bila nampak jer muka mama, terus mulut berbunyi minta diangkat.

Camna la keadaan bila travel balik kampung nanti. Buatnya nak beriba sepanjang jalan, kebas bontot hoi 8 jam nak sampai kat kampung.

Butang baju terbuka tu hafiy oi. Perut dah muncit sangat ke tu. Sekarang ni riba kejap jer pun dah terasa lenguhnya. Tak kisah la janji anak mama sihat walafiat.

Kebetulan la plak tiap kali selfie ngan hafiy mama pakai tudung hijau. Pasni nak wat koleksi selfie tudung pink plak.