Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label EGG. Show all posts
Showing posts with label EGG. Show all posts

Friday, August 17, 2018

Rewang

Seronok dok ofis baru mama kat shah alam. First sebab lagi dekat dengan rumah. Second banyak tempat makan. 3rd sebab pantry besar.

Hari jumaat kalau tak merayap ke mana2 kami akan merewang kat ofis je. Kat pantry lengkap ada rice cooker, dapur letrik, oven. Setakat nak masak tomyam tu small matter la.

Hari jumaat jer la dapat gather2 masak dengan opismate. Hari lain tak sempat. Baru nak kupas bawang lunch hour dah habis. Gitu la perumpamaan mama.

Seronok merewang ni. Masing2 ada tugas. Ada tukang potong2, tukang masak, tukang kacau, tukang buat air, tukang makan (mama le tu). Yang penting..kerjasama. Pas masak makan ramai2.

Antara menu yang kami pernah masak adalah tomyam seafood. Kebetulan opismate ada inspection dekat kuala selangor. Jadi diborongnya segala udang dan sotong. Dapatla kami masak tomyam seperiuk vision.

Pastu goreng telur dadar makan dengan nasi panas. Berselera betul. Mak mertua lalu.. eh silap.. bos lalu kat belakang pun tak perasan.

Kami juga pernah masak sup daging. Daging tu mama rebus siap2 kat rumah malam sebelum. Then esoknya just campak2 jer semua bahan dalam periuk.

Selain sup daging kami sempat masak kerabu ikan bilis. First time mama makan ni. Ikan bilis tu goreng garing. Then potong dadu timun dan tomato. Campurkan bawang merah, timun, tomato, ikan bilis dan cili. Masukkan sos ikan dan perah limau nipis. Kacau rata.

Telur dadar ni lauk wajib kalau makan sup atau tomyam. Stok telur memang tak putus kat pantry. The girls kat ofis beli sepapan besar terus.

Tapi lauk yang paling memikat selera mama adalah budu tempoyak dan sambal kicap cicah ulam timun. Bertambah2 makan.

Meriah makan ramai2 camni. Sambil makan sambil membawang. Hahaha.. Actually makan kat ofis jimat masa dan tenaga. Tak perlu nak keluar jauh2 cari makan. Kalau kat ofis lepas makan siap boleh tidur lagi.

Menu yang paling kerap masak adalah maggi. Petang2 bila stay up balik lambat, alas perut dengan maggi dulu. Bila perut dah kenyang baru la boleh buat kerja overtimw dengan tenang.

Sunday, May 27, 2012

Sambal Tumis Telur

Pelengkap hidangan kami hari ni adalah sambal tumis telur. Hari ni menu mama memang ringkas jer. Semalam dah makan special, so hari ni low profile jer la. Lagipun mama rasa sedikit kepenatan sebab badan tak berapa sihat. 2,3 hari ni asyik batuk jer..time nak tidur jer plak tuh. Kadang-kadang tengah tidur bleh terjaga sebab batuk.

Bahan - bahan : 
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
3 biji telur
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
 
Cara - cara :
Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.

Sunday, April 29, 2012

Croissant Tuna Sandwich

Semalam kat jusco beli 2 ketul roti croissant disamping muffin blueberry dan tart buah. Memang dah berhajat nak buat sandwich untuk breakfast pagi ni. Breakfast ala-ala english style uolss..ada muffin..ada telur ayam kampung half cooked.

Bahan - bahan :
2 ketul roti croissant - belah tengah jangan sampai putus
1 tin tuna
2 sudu mayonis
Lada sulah
Daun salad secukupnya

Cara - cara :
Tuna dipanaskan terlebih dahulu. Kemudian campur dengan mayonis dan gaul sebati.
Susun daun salad kat atas roti kemudiaan diikuti dengan tuna.
Tutup balik roti tu...hidangkan.

Saturday, April 21, 2012

Sup Telur Ayam Kampung

Sekarang ni kat dapur mama memang sentiasa ada stok telur ayam kampung. Kat sebelah NSK Meru tu ada kedai pemborong telur ayam. Jadi kalau ke sana memang akan menyinggah kat sini after shopping. Selalunya papa akan beli satu papan bersamaan dengan 30 biji dengan harga RM12. Kira murahla. 

Mama masak sup telur ni sebab kena ada menu berkuah untuk Rayyans. Kalau tak kering jer diorang makan nasi tu. Resepi Sup Telur ni mama refer kat blog 1001 Cerita 1001 Rasa.

Bahan - bahan :
4 biji telur ayam kampung
1 biji bawang besar - tumbuk
5 ulas bawang putih - tumbuk
segenggam ikan bilis - tumbuk
1 batang lobak merah - potong panjang
1 peket sayur bak choy
2 biji tomato potong dadu
*boleh add sayuran lain juga..ikut stok masing2 la ye*
1 st serbuk pati ikan bilis
1 liter air
garam secukup rasa

Cara - cara :
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan air dan serbuk pati ikan bilis. Kacau seketika. 
Pecahkan telur. Bila dah pecahkan telur ni tak perlu kacau lagi. 
Biarkan hingga hampir merenih dan terus masukkan sayuran yang dipotong.
Bila dah mendidih, perasakan dengan sedikit garam. 
Biar seketika dan taburkan bawang goreng dan daun sup ...sedia dihidang.

Friday, April 6, 2012

Sambal Tumis Telur

Selain tomyam campur, mama sempat gak masak sambal telur. Maklumlah, stok telur ayam kampung tengah banyak. Papa beli telur ayam kampung ni satu papan. Mama plak jarang masak guna telur. Sebelum telur tu busuk elok gak mama buat sambal ni. Try n error jer. Mama pernah rasa yang mama jue masak dulu...so kali ni pandai2 masak sendiri..ikut tekak sendiri jugak...

Bahan - bahan : 
5 biji telur ayam kampung
Seiikat daun kuchai
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
3 biji telur
2 sudu cili kisar ~ kalau nk pedas tambahlah lagi
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis.
 
Cara - cara :Panaskan minyak, goreng bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar, garam dan gula. Tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur separuh masak, barulah dikacau.
Masukkan daun kuchai, kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

Monday, January 16, 2012

Ikan Bawal Emas Masak Kicap

Hari ni adalah hari isnin. Maksudnya hari ni adalah hari bekerja. Tapi kenapa mama update pasal masakan? Bukan ke mama cuma masak during wiken jer? Ke mama dah insaf? Nak bagi en somi makan hasil air tangan sendiri. Hahhaha..takde maknanya. Ni masak rajin bersebab..sebabnya terlebih beli stok ikan kat giant sabtu lepas. Ikan-ikan seme segar bugar dengan harga durian runtuh. Kelabu mata jap borong ikan. Bayangkan mama rembat 2 ekor bawal emas, 2 ekor bawal hitam, 2 keping salmon, 2 ekor ikan siakap plus sekor ikan pasu beli kat pasar malam jumaat lepas. Now marathon masak untuk habiskan semua ikan-ikan tu sebelum balik bercuti kat kampung..padan muka..

Malam ni mama masak ikan bawal emas goreng kicap. Resepi dari buku chef hanieliza lagik. Tapi resepi asalnya nama sambal ayam berkicap. Jadi mama tukar penyanyi utama dari ayam ke ikan. Aci tak??

Bahan A :
1/2 ekor ayam - tukar sekor ikan bawal emas
2 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut - dikoyak
1 batang lobak merah - mama tambah
5 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan minyak masak
Garam
Kunyit

Bahan B (dikisar) :
20 tangkai cili kering - mama guna 2 sudu cili giling
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air

Cara - cara :

Perap ikan dengan garam dan kunyit. Gorengkan dalam minyak dalam kuantiti yang agak banyak (biar ikan berenang dalam minyak). Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.

Masukkan daun limau purut, lobak merah, sos tomato dan kicap. Masakkan sehingga pecah minyak.

Tuangkan kuah ke atas ikan bawal tadi dan siap untuk dihidang. Boleh ditabur daun bawang atau daun sup kat atas ikan tu. Hidangkan bersama nasi putih.


Kali ni mama sertakan sekali telur dadar dalam set dinner kami malam ni.

Saturday, December 17, 2011

Sandwich Telur

Papa memang suka beli roti, tetapi makannya cuma sekali jer. Pastu sedar-sedar roti tu dah expired. Kebetulan pagi ni tak tau nak breakfast apa. So mama buatkan sandwich telur...sandwich telur perasa oren ko...


Bahan - bahan :
2 biji telur direbus
2 sudu mayonis
1 sudu kecil pepper
sedikit garam


Cara - cara :
Hancurkan telur rebus dengan menggunakan garpu. Jangan hancur sangat nanti tak sedap.
Masukkan mayonis, pepper dan garam. Gaul sebati.
Ratakan telur ke atas roti...

Sunday, December 11, 2011

Omelet Bersosej

Omelet ni adalah hasil air tangan papa. Masa gi Feringghi last week, papa ternampak chef kat sana masak time breakfast. So bila balik rumah ni, mula lah nak praktikkan apa yang papa nampak. Rajin laki ai..turns out omelet ni sedap. 

Bahan - bahan :
4 biji telor 
1/4 labu bawang besar - potong dadu
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1/4 biji lada benggala kuning - potong dadu
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
3 batang sosej lada hitam
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu minyak zaitun

Cara - cara :
Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan dan tumis bawang besar dan lada benggala hingga layu. Masukkan sosej dan kacau hingga sosej masak.

Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Tuangkan dalam kuali dan biarkan rata. Masak sehingga telur masak dan matikan api.

Saturday, October 29, 2011

Peria Goreng Telur

Actually, seumur hidup mama tak pernah makan dan tak pernah masak peria. Mama seakan fobia nak makan bila dengar orang-orang tua cakap peria ni pahit. Last week masa lunch ngan opismate, tengok diorang makan peria. Teruslah mama tanya macam mana nak masak peria ni. Papa sebenarnya suka makan peria tapi disebabkan mama ni tak makan, jadi malaslah nak masak ye dop...


Kat pasar malam semalam papa ada terbelek-belek peria yang kecik tuh..selalu papa buat ulam jer. Teringin agaknya laki aku ni nak makan peria. Dah kata mama ni kan isteri mithali, mama beli lah sebiji peria tu. Semangat berkobar-kobar nak bagi laki makan nokss...tapi nak masak apa?? bukan mama pandai pun nak masak peria ni..nak siang peria pun kena tanya papa..malu ai..papa suh masak simple jer..goreng ngan telur jerk sudahhh..


Bahan-bahan :
Buah peria
3 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang

1 inch halia - dimayang
1 biji telur
Garam



Cara-cara 


Potong nipis buah peria dan rendam dalam air garam. Basuh dan toskan.
Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga garing. 

Kemudian masukkan buah peria dan kacau hingga sedikit layu.
Masukkan telur dan kacau hingga sebati.
Akhir sekali masukkan garam.



Mama ada cuba makan peria ni, tapi rasanya tak kena dengan tekak mama yang sejak azali ni dijamu dengan makanan yang manis-manis jer. Pahit jer rasanya. Sudahnya, papa yang habiskan peria ni. Walaupun mama tak makan, in future mama tetap akan masak untuk papa...mithali tak ai?