Zaliha Mustafa
Yang Berhormat Dr. Zaliha Mustafa AP; MD (UKM) | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Shahidan Kassim |
Menteri Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Didahului oleh | Khairy Jamaluddin |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Sekijang, Johor | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Natrah Ismail |
Majoriti | 1,734 (PRU-15) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 28 Jun 1964
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan |
Pasangan | Dr. Ahmad Adzlan Musa |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (MD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2022 |
Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa (lahir 28 Jun 1964) ialah ahli Parlimen bagi Sekijang, Johor yang menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2022 lalu.[1] Beliau kini memegang portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim bermula 11 Disember 2023. Sebelum itu, beliau adalah Menteri Kesihatan dari 3 Disember 2022 hingga 11 Disember 2023. Beliau mendapat pendidikan di MRSM Kota Bharu dan menduduki SPM pada tahun 1981.
Beliau kini ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPP) dalam partinya, Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen Pakatan Harapan.[2]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Menteri Kesihatan (2022-2023)
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Disember 2022, Zaliha diumumkan sebagai Menteri Kesihatan baharu oleh Perdana Menteri Anwar untuk berkhidmat dalam kabinetnya. Beliau mencipta sejarah sebagai Menteri Kesihatan wanita pertama.[3] Pendahulunya Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya.[4] Keesokan harinya pada 3 Disember 2022, beliau secara rasmi memegang jawatan selepas mengangkat sumpah.[5]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) (2023 - kini)
[sunting | sunting sumber]Pada Rombakan Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan MADANI pada 12 Disember 2023, YB Dr. Zaliha telah diumumkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Sekijang | Zaliha Mustafa | PH (PKR) | 18,941 | Md Salleheen Mohamad | BN (UMNO) | 17,207 | 48,237 |
Uzzair Ismail | PN (BERSATU) | 11,612 | ||||||
Mohd Zohar Ahmad | WARISAN | 339 | ||||||
Mohd Saiful Faizal Abdul Halim | PEJUANG | 138 | ||||||
2008 | Gelang Patah | Zaliha Mustafa | PKR | 24,779 | Tan Ah Eng | BN (MCA) | 33,630 | 8,851 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Tanjong Puteri | Zaliha Mustafa | PKR | 6,515 | Ali Mohamed | BN (UMNO) | 26,191 | 19,676 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Calon PRU Zaliha Mustafa
- ^ "Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan". Berita Harian. 2022-12-02. Dicapai pada 2022-12-02.
- ^ "Dr. Zaliha jadi Menteri Kesihatan". Utusan Malaysia. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Khairy congratulates newly-appointed successor, hopes she will uphold excellent public health system". The Star. 2 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- ^ "Health Minister to oversee public health issues, healthcare services and facilities". The Star. 3 Disember 2022. Dicapai pada 4 Disember 2022.
- Tunas ahli politik Malaysia
- Kelahiran 1964
- Orang dari Johor
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu
- Orang hidup
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Doktor perubatan wanita Malaysia
- Orang dari Johor Bahru
- Menteri kerajaan wanita Malaysia
- Menteri kesihatan Malaysia
- Ahli wanita Dewan Rakyat Malaysia