Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Matbali Musah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matbali Musah
PGDK (Sabah)
Pengerusi Lembaga Koko Malaysia
Menyandang jawatan
2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriJohari Abdul Ghani (Disember 2023-kini)
Fadillah Yusof (-Disember 2023)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sipitang, Sabah
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehYamani Hafez Musa
Majoriti4,691 (PRU-15)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
bagi Lumadan
Dalam jawatan
2018–2020
Didahului olehDatuk Kamarlin Ombi
Digantikan olehRuslan Muharam
Majoriti2,935 (PRU-14)
Maklumat peribadi
Lahir
Matbali bin Haji Musah

(1969-08-01) 1 Ogos 1969 (umur 55)
Beaufort, Sabah, Malaysia
Parti politik GAGASAN (2023-kini)
BERSATU (2021-2022)
BERSATU (2020-2021)
BERSATU (2019-2020)
UMNO (-2019)
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
  • Haji Musah Kasamah (bapa)

Datuk Matbali Haji Musah adalah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Lumadan.[1] Beliau adalah mantan/bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Sabah.[2] Disamping itu, Beliau juga adalah ahli politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau adalah antara pemimpin UMNO di Sabah sehingga 2019. Selepas Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU 14, beliau dan beberapa orang ahli UMNO telah bertindak untuk keluar dari UMNO.[3]

Mereka kemudiannya telah menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan dan seterusnya keluar daripada BERSATU pada tahun 2022 untuk menyertai Keahlian terus GRS dan sekaligus mendaftarkan diri sebagai ahli GAGASAN, iaitu sebuah parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tahun 2023 bersama rombongan akar umbi di bahagian Lumadan.[4]