Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Penyakit Addison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyakit Addison (juga dikenali sebagai kekurangan adrenal teruk (kronik), atau hipokortisolism ( hypocortisolism )) adalah masalah endokrine ganjil. Dianggarkan ia membabitkan sekitar 1 hingga 5 setiap 100,000 orang. Ia berlaku apabila kelenjar adrenal, terletak di atas buah pinggang, gagal menghasilkan hormon kortisol mencukupi dan kadang kala , hormon aldosterone. Penyakit Addison merujuk kepada kekurangan adrenal utama ( primary adrenal insufficiency )yang berlaku apabila kelenjar adrenal itu sendiri tidak ( dysfunctional ); kekurangan adrenal kedua ( secondary adrenal insufficiency ) berlaku apabila kelenjar pituitari tidak menghasilkan hormon adrenokortikotropik (ACTH) yang mencukupi untuk merangsangkan kelenjar adrenal.