Pengelasan biologi
Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Golongan kumpulan ini dikenali sebagai taxa (tunggal:takson).
Pengelasan biologi moden diasaskan oleh Carolus Linnaeus, yang mengelompokkan spesies menurut ciri-ciri fizikal yang sama. Pengelompokan ini telah disemak kembali untuk diselaraskan dengan prinsip keturunan yang sama (common descent) yang dikemukakan oleh Charles Darwin. Sistem molekular, yang menggunakan urutan DNA atau analisis bioinformatik telah mendorong kepada penilaian semula taksonomi. Walau bagaimanapun, maklumat molekular cuma merupakan pelengkap atau tambahan kepada sistem yang diasaskan kepada morfologi yang telah sedia digunakan dalam pengelasan saintifik. Pengelasan saintifik dikenal juga sebagai taksonomi sains.
Sistem awal
[sunting | sunting sumber]Pengelasan terawal haiwan hidup adalah yang dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani yang mengelaskan semua organisma ketika itu sebagai tumbuhan atau haiwan. Dia kemudian membahagikan haiwan berdasarkan kepada cara mereka bergerak (udara, darat atau air).
Pada 1172 Ibn Rushd yang merupakan seorang kadi di Seville, Sepanyol telah menterjemah dan meringkaskan buku Aristotle de Anima ke dalam bahasa Arab. Malangnya, buku asal beliau telah hilang namun terjemahan dalam bahasa Latin oleh Michael Scot masih ada sehingga ke hari ini.
Seterusnya, seorang professor Sweden, Conrad von Gesner (1516–1565) telah mengumpulkan senarai benda hidup yang diketahui pada masa itu.
Penjelajahan Dunia Baru kemudiannya menemukan banyak jenis haiwan baru. Pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17, kajian cermat terhadap binatang telah dilakukan, pertama ke atas yang biasa, dan kemudian dilanjutkan sehingga ia cukup untuk bertindak sebagai asas anatomi untuk pengelasan. Kemajuan pengetahuan ini terletak pada kajian ahli anatomi perubatan, antaranya Fabricius (1537–1619), Petrus Severinus (1580–1656), William Harvey (1578–1657) dan Edward Tyson (1649–1708). Manakala kemajuan dalam pengelasan adalah hasil kerha ahli entomologi dan ahli mikroskopi seperti Marcello Malpighi (1628–1694), Jan Swammerdam (1637–1680) dan Robert Hooke (1635–1702). Lord Monboddo (1714-1799), seorang pemikir mujarad turut menyumbang
Alam dan domain
[sunting | sunting sumber]Linnaeus 1735[1] |
Haeckel 1866[2] |
Chatton 1925[3] |
Copeland 1938[4] |
Whittaker 1969[5] |
Woese et al. 1990[6] |
Cavalier-Smith 1998[7] |
---|---|---|---|---|---|---|
2 alam | 3 alam | 2 empayar | 4 alam | 5 alam | 3 domain | 6 alam |
(tidak diolah) | Protista | Prokaryota | Monera | Monera | Bacteria | Bacteria |
Archaea | ||||||
Eukaryota | Protoctista | Protista | Eucarya | Protozoa | ||
Chromista | ||||||
Vegetabilia | Plantae | Plantae | Plantae | Plantae | ||
Fungi | Fungi | |||||
Animalia | Animalia | Animalia | Animalia | Animalia |
Contoh
[sunting | sunting sumber]Manusia (Homo sapiens)
[sunting | sunting sumber]Domain | Eukarya |
Alam | Haiwan |
Filum | Kordata |
Subfilum | Vertebrata |
Kelas | Mamalia |
Subkelas | Theria |
Infrakelas | Eutheria |
Order | Primat |
Suborder | Haplorrhini |
Famili/Keluarga | Hominidae |
Genus | Homo |
Spesies | H. sapiens |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Linnaeus, C. (1735). Systemae Naturae, sive regna tria naturae, systematics proposita per classes, ordines, genera & species.
- ^ Haeckel, E. (1866). Generelle Morphologie der Organismen (Morfologi Umum Organisme). Reimer, Berlin.
- ^ Chatton, É. (1925). "Pansporella perplexa. Réflexions sur la biologie et la phylogénie des protozoaires". Annales des Sciences Naturelles - Zoologie et Biologie Animale. 10-VII: 1–84.
- ^ Copeland, H. (1938). "The kingdoms of organisms (Alam Organisme)". Quarterly Review of Biology. 13: 383–420. doi:10.1086/394568.
- ^ Whittaker, R. H. (1969). "New concepts of kingdoms of organisms". Sains. 163 (3863): 150–60. Bibcode:1969Sci...163..150W. doi:10.1126/science.163.3863.150. PMID 5762760. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Woese, C.; Kandler, O.; Wheelis, M. (1990). "Towards a natural system of organisms: proposal for the domains Archaea, Bacteria, and Eucarya". Prosiding Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 87 (12): 4576–9. Bibcode:1990PNAS...87.4576W. doi:10.1073/pnas.87.12.4576. PMC 54159. PMID 2112744.
- ^ Cavalier-Smith, T. (1998). "A revised six-kingdom system of life". Biological Reviews. 73 (03): 203–66. doi:10.1111/j.1469-185X.1998.tb00030.x. PMID 9809012.CS1 maint: ref=harv (link)