Prokariot
Prokariot merupakan sekelompok organisma yang tidak mempunyai nukleus sel (karyon), ataupun sebarang organel terikat membran yang lain. Organisma yang bernukleus sel pula dipanggil eukariot. Kebanyakan prokariot ialah unisel, namun, sebilangan kecilnya seperti miksobakteria mempunyai peringkat multisel dalam kitaran hidupnya[1] atau mempunyai koloni besar seperti cyanobakteria. Istilah prokariot berasal dari gabungan perkataan Yunani πρό- (pro-) "sebelum" + καρυόν (karyon) "kacang atau inti".[2] Prokariot tiada nukleus, mitokondria, mahupun sebarang organel yang diikat dengan membran. Dalam erti kata lain, DNA mahupun sebarang tempat kegiatan metaboliknya yang lain tidak sama sekali disimpan bersama-sama dalam suatu tempat yang dilitupi dengan membran. Sebaliknya, semua anggota adalah terbuka sekali di dalam sel, apalagi ada yang terapung bebas.[3] Prokariot tergolong dalam dua domain taksonomi, iaitu bakteria dan arkea. Arkea diperakui sebagai satu domain kehidupan pada tahun 1990. Organisma-organisma ini pernah dipercayai hanya hidup dalam keadaan-keadaan yang tidak sesuai didiami organisma lain seperti suhu, pH, dan sinaran yang melampau, tetapi sebenarnya ditemui di segala jenis habitat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kaiser D (2003). "Coupling cell movement to multicellular development in myxobacteria". Nat. Rev. Microbiol. 1 (1): 45–54. doi:10.1038/nrmicro733. PMID 15040179. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Campbell, N. "Biology:Concepts & Connections". Pearson Education. San Francisco: 2003.
- ^ http://www.earthlife.net/prokaryotes/welcome.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Prokariot |
- Prokaryote versus eukaryote, BioMineWiki
- The Taxonomic Outline of Bacteria and Archaea
- Interactive visual of a prokaryote
- Quiz on prokaryote anatomy
Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripada Buku Teks Peringkat Permulaan Sains yang diterbitkan oleh Pusat Maklumat Bioteknologi Nasional (NCBI). Sebagai terbitan kerajaan Amerika Syarikat, buku ini berada dalam domain awam. Templat:Bacteria classification Templat:Archaea classification