Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Stesen Sungai Besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sungai Besi Rapid KL
LokasiStesen Sungai Besi, Jalan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°E / 3.06389; 101.70806Koordinat: 3°3′50″N 101°42′29″E / 3.06389°N 101.70806°E / 3.06389; 101.70806
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
12 Laluan Putrajaya
Platform4 platform sisi
Trek4
SambunganPengangkutan bas Rapid KL: T559, T560
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaan88 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP16 
Sejarah
Dibuka4 11 Julai 1998
12 16 Mac 2023
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
menghala ke Putrajaya Sentral (dalam pembinaan)
Lokasi
Map

Stesen Sungai Besi ialah stesen LRT yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Sungai Besi. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998. Laluan Putrajaya (PY) siap sepenuhnya dan dibuka pada 16 Mac 2023

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Sungai Besi, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Terdapat beberapa lebuh raya dan persimpangan berhampiran stesen ini antaranya Persimpangan Sungai Besi E9 Lebuhraya Sungai Besi dan Persimpangan Sri Petaling E5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dengan E37 Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban. Juga terletak berhampiran stesen adalah pekan Sungai Besi, kawasan komersial The Trillium, Balai Polis Sungai Besi dan Pangsapuri Permai.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bukit Jalil)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Bandar Tasik Selatan)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras Legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras Tanah Pintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 88 petak parkir kereta.[2]

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  2. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.