Stesen MRT Kuchai
Kuchai | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Stesen transit aliran deras (MRT) | | |||||||||||||||
Lokasi | Stesen MRT Kuchai, Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | ||||||||||||||
Koordinat | 3°05′22″N 101°41′39″E / 3.089534°N 101.694195°EKoordinat: 3°05′22″N 101°41′39″E / 3.089534°N 101.694195°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Rapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||
Laluan | 12 Laluan Putrajaya | ||||||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T585, T586, T587, T588 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||||||
Kemudahan basikal | Ada | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Status | Dalam pembinaan | ||||||||||||||
Kod stesen | PY27 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 16 Mac 2023 | ||||||||||||||
Dielektrikkan | Ya | ||||||||||||||
Nama lama | Kuchai Lama | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen MRT Kuchai ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) di Kuchai Lama, Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Stesen ini akan dibuka rasmi pada 16 Mac 2023 dibawah pembukaan Fasa 2 laluan tersebut. Ia terletak di antara Stesen MRT Chan Sow Lin dan Stesen MRT Taman Naga Emas serta mempunyai kod stesen iaitu PY27.[1] Seperti kebanyakan stesen MRT di kawasan Lembah Klang, struktur stesen ini adalah bertingkat. Nama asal stesen ini ialah Kuchai Lama, sebelum ditukar kepada Kuchai.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumumkan bahawa stesen Kuchai Lama akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[3] Stesen MRT Kuchai Lama terletak sektor pakej projek landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat selatan. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S23. Nama stesen telah diubah menjadi nama stesen sedia ada iaitu, Kuchai pada tarikh yang tidak diketahui.[2]
Stesen MRT Kuchai adalah dibawah kontrak S204. Pembinaan struktur stesen termasuk aras legar, aras platform, aras jalan seperti pintu stesen, laluan pejalan kaki dan lain-lain bagi kontrak S204 telah dianugerahkan kepada syarikat WCT Holdings Berhad, pada September 2017 dengan jumlah sebanyak RM199.5 juta. Kontrak S204 juga merangkumi pembinaan struktur dan kerja berkaitan di stesen MRT Taman Naga Emas.[4][5][6][7] Manakala pembinaan jambatan landasan kereta api Laluan Putrajaya bertingkat pula, dibina di bawah kontrak V204 iaitu bermula di Portal Selatan landasan kereta api bawah tanah di Bandar Malaysia sehingga Kampung Muhibbah dengan melalui stesen ini. Kontrak itu telah dianugerahkan kepada syarikat sama, WCT Holdings Berhad pada November 2016, dengan jumlah sebanyak RM896.4 juta.[4][5] Pembinaan stesen ini ialah di bawah nanungan projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT).[2]
Stesen MRT Kuchai telah dibuka kepada orang ramai dan memulakan operasinya pada 16 Mac 2023 bersama-sama stesen-stesen Laluan Putrajaya di bawah Fasa 2 yang lain, iaitu dari stesen Kampung Batu sehingga Putrajaya Sentral. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 telah diumumkan pada 23 Disember 2022 oleh MRT Corp.[8] Walaupun begitu, mengikut perancangan asal stesen ini patut dibuka pada Julai 2022,[9] tetapi pembukaannya menghadapi kelewatan lagi dan ditangguhkan pada Januari 2023 akibat sesi ujian set gerabak kereta api mengambil masa lama daripada biasa dan belum selesai.[8][10][11]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan
[sunting | sunting sumber]Stesen MRT Kuchai menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Chan Sow Lin dan Taman Naga Emas. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY27.
Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di Jalan Kuchai Lama, dalam kawasan Kuchai Lama, selatan Kuala Lumpur. Mercu tanda sekitar stesen MRT Kuchai ialah Persimpangan Bertingkat Kuchai Lama (Susur Keluar 907/2003), iaitu persimpangan antara Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Maju dan Jalan Kuchai Lama, Nirvana Memorial Center, Residensi Far East, Kondominium De Tropicna, Residensi Kuchai Timur, Residensi Spring Avenues, Pangsapuri Lily, Komersial Kuchai Entrepreneurs Park, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP Kuala Lumpur), Pangsapuri The Leafz, Pangsapuri The Starz, dan pasar raya NSK Trade City cawangan Kuchai Lama.[12]
Infrastruktur stesen
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Kuchai dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar.[1] Stesen MRT Kuchai dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri.[12]
Pintu stesen
[sunting | sunting sumber]Pintu | Lokasi | Destinasi | Imej | |
---|---|---|---|---|
A | Susur Jalan Kuchai Lama | Hentian sebelah untuk bas pengantara di mana laluan T585, T586, T587 dan T588 berkhidmat di sini, teksi, e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Residensi Far East, Plaza Sungai Besi, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP Kuala Lumpur), Nirvana Memorial Center, Park and Ride MRT Kuchai | ||
KEP | Jalan Kuchai Lama | Hentian sebelah untuk teksi, e-panggilan serta kenderaan peribadi. Residensi Kuchai Timur, Residensi Spring Avenues, Pangsapuri Lily, Komersial Kuchai Entrepreneurs Park, NSK Trade City Kuchai Lama | ||
Kunci | Akan datang (Ditangguhkan/diketepikan) |
Buat masa sekarang, stesen MRT Kuchai hanya mempunyai satu pintu masuk dan keluar sahaja. Pembinaan Pintu B stesen adalah ditangguhkan.[2]
Kesalinghubungan
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Perkhidmatan bas pengantara di Stesen MRT Kuchai terletak di Hab MRT Kuchai Pintu A. Terdapat empat laluan yang ditawarkan di hab ini. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut.[13]
Laluan | Koridor | Pengendali | Terminal | ||
---|---|---|---|---|---|
T585 | Koridor Sungai Besi | Rapid KL | KL1218 MRT Kuchai Pintu A | ↺ | Taman Desa |
T586 | KL1218 MRT Kuchai Pintu A | ↺ | Taman Overseas Union (Taman OUG) | ||
T587 | KL1218 MRT Kuchai Pintu A | ↺ | Desa Petaling | ||
T588 | KL1218 MRT Kuchai Pintu A | ↺ | Jalan Klang Lama |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2021. Dicapai pada 20 Februari 2022.
- ^ a b c d MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
- ^ MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
- ^ a b "Awarded Contracts for MRT Putrajaya Line" [Penganugerhan Kontrak untuk MRT Laluan Putrajaya]. mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: MRT Corp. Dicapai pada 29 November 2022.
- ^ a b Sulhi Azman (20 September 2017). "WCT to build two elevated MRT stations for RM199.5m" [WCT akan membina dua stesen MRT bertingkat dengan harga RM199.5m]. The Edge Market (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2022.
- ^ NST Business (19 November 2022). "MRT Corp award RM200m job to WCT" [MRT Corp menganugerahkan kerja RM200m ke WCT]. New Starits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2022.
- ^ M. Hafidz Mahpar (6 November 2016). "MRT Corp: All elevated station contracts for SSP Line awarded". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Januari 2022.
- ^ a b FMT Reporters (23 Disember 2022). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 beroperasi penuh pada Mac". Free Malaysia Today. Dicapai pada 8 Februari 2023.
- ^ "SSP MRT line 41% done: MRT Corp". theSundaily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Bernama (4 Oktober 2021). "MRT Laluan Putrajaya Fasa 2 siap 93.52 peratus serta dijangka beroperasi Januari 2021". bernama.com. Bernama. Dicapai pada 3 Januari 2022.
- ^ Bernama (7 Jun 2022). "MRT laluan Putrajaya Fasa 2 dijangka operasi tahun depan". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 9 Julai 2022.
- ^ a b "Maklumat mengenai Stesen MRT Kuchai". www.mymrt.com.my. Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Sdn. Bhd. Dicapai pada 29 November 2022.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.