Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sistem planet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsep artis mengenai cakera protoplanet.

Sistem planet terdiri daripada pelbagai objek bukan najam yang beredar mengelilingi bintang seperti sebuah planet, bulan, asteroid, meteor, komet, dan habuk kosmik. Kesemuanya, satu atau lebih bintang dan sistem planetnya membentuk sistem bintang. Sistem planet kita sendiri, yang mengandungi Bumi, bersama Matahari membentuk sistem bintang yang unik iaitu sistem suria.

Sistem planet mengelilingi bintang seperti matahari pada umumnya dipercayai terbentuk melalui proses yang sama yang menghasilkan pembentukan bintang. Sesetengah teori awal membabitkan bintang lain melalui hampir dengan matahari, dan menarik keluar jisim darinya yang kemudiannya bergumpal dan membentuk planet. Bagaimanapun, kemungkinan peristiwa hampir berlanggar kini diketahui terlalu kecil untuk menjayakan model ini. Teori yang diterima masa kini menegaskan bahawa sistem planet terbentuk dari nebula suria.

Sesetengah sistem planet tidak sama dengan sistem suria. Walau bagaimanapun, sistem planet sekeliling pulsar telah disimpulkan dari variasi seni dalam tempoh denyutan radiasi eletromagnetik. Pulsar terbentuk dalam letupan ganas supernova, dan sistem planet normal tidak mungkin berjaya selamat letupan sebegitu - planet kemungkinannya akan lenyap, atau kehilangan mengejut kebanyakan jisim bintang pusat akan menjadikan ia terbebas daripada tarikan graviti bintang tersebut. Satu teori menyatakan bahawa teman stellar sedia ada hampir lenyap sepenuhnya akibat letupan supernova, meninggalkan badan bersaiz planet. Selain itu, planet mungkin terbentuk melalui cakera akresi yang mengelilingi pulsar.

Sistem planet penting

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Wired News (2002-06-13). "Found: Solar System Like Our Own".
  2. ^ Whitney Clavin (2005-04-20). "NASA's Spitzer Telescope Sees Signs of Alien Asteroid Belt".
  3. ^ Christophe Lovis (2006-05-18). "Trio of Neptunes and their Belt". Diarkibkan 2008-08-28 di Wayback Machine
  4. ^ Robert Roy Britt (2004-09-10). "Likely First Photo of Planet Beyond the Solar System".
  5. ^ "Planet-sized Brown Dwarf May Yield Miniature Solar System". 2005-11-29.