Sembilu (drama)
Sembilu | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Sembilu oleh Dato' Yusof Haslam |
Pencipta | Dato' Yusof Haslam |
Pengarah | Dato' Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | Hetty Sarlene Zed Zaidi Faizal Hussein Julia Hana Aziz Singah Aznah Hamid Azza Elite Zack X-Factor Esma Daniel |
Lagu pembukaan | "Ratuku" oleh Awie |
Lagu penutup | "Selamat Siang" oleh Seven Signs |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 78 |
Penerbitan | |
Penerbit | Haji Ismail Mustapha Dato' Yusof Haslam |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 576i NTSC |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 14 Oktober 2003 – 4 Oktober 2005 |
Kronologi | |
Mengikuti | Roswell |
Diikuti oleh | Meniti Bara |
Rancangan berkaitan | Sembilu Kasih |
Sembilu merupakan siri drama televisyen Malaysia 2003 adaptasi daripada filem 1994 bertajuk sama arahan Dato' Yusof Haslam. Dibintangi oleh Hetty Sarlene dan Zed Zaidi sebagai teraju utama drama ini, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Selekta Prima TV2 dari 14 Oktober 2003 hingga 4 Oktober 2005.[1]
Plot
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan percintaan Zetty (Hetty Sarlene) dan Fendi (Zed Zaidi) yang bermula sejak dibangku sekolah lagi. Hubungan mereka mendapat restu keluarga masing-masing kecuali Azman (Faizal Hussein), iaitu abang kepada Zetty. Azman sememangnya sangat bencikan Fendi disebabkan Fendi tidak setaraf dengan mereka. Kebencian Azman itu bertambah apabila dia mengetahui isterinya Maria (Julia Hana) telah berlaku curang dan lari bersama kekasihnya, Roy (Roy Azman) semata-mata ingin menjadi seorang artis yang terkenal. Disebabkan itu, Azman sanggup menghantar Zetty untuk melanjutkan pelajaran di luar negara demi memisahkan mereka. Azman mengugut adiknya bahawa dia akan mencederakan Fendi sekiranya dia enggan menurut kemahuannya. Disebabkan risau akan keselamatan Fendi, Zetty akhirnya mengalah lalu menurut kehendak abangnya itu untuk dia menyambung pelajarannya di luar negara.
Beberapa tahun kemudian, Zetty kembali dan bertemu semula dengan Fendi. Mereka kembali meneruskan perhubungan mereka dan kini akhirnya mengikat tali pertunangan. Namun, hubungan mereka kali ini diduga lagi apabila kemunculan Diana (Azza Elite), iaitu seorang penyanyi baru di syarikat rakaman dimana Fendi bekerja. Diana begitu obses kepada Fendi sehingga sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan Fendi. Keadaan semakin keruh apabila munculnya Shamsul (Zack X-Factor), iaitu sepupu kepada rakan baiknya, Shima (Diana Johor) yang begitu berminat kepada Zetty. Akhirnya pertunangan Zetty dan Fendi putus disebabkan konflik yang dilakukan oleh Diana. Apatah lagi Azman kini membantu Shamsul untuk mendapatkan Zetty. Shamsul dan Zetty akhirnya kemudian mengikat tali pertunangan akibat desakan Azman.
Namun, pada hari perkahwinan Zetty dan Shamsul, munculnya Elisa (Avaa Vanja) iaitu bekas teman wanita Shamsul. Elisa yang kini sedang mengandungkan anak Shamsul kemudian menuntut agar Shamsul bertanggungjawab keatas kandungannya itu. Hal itu kini membuatkan Azman akhirnya sedar apabila ternyata Shamsul bukanlah lelaki yang baik untuk Zetty. Azman akhirnya mengalah setelah melihat sekuat apa pun dugaan Zetty dan Fendi mereka akhirnya kembali bersatu. Mereka akhirnya melangsungkan majlis perkahwinannya dengan bahagia.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Hetty Sarlene sebagai Zetty
- Zed Zaidi sebagai Fendi
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Faizal Hussein sebagai Azman
- Julia Hana sebagai Maria
- Aziz Singah sebagai Osman
- Aznah Hamid sebagai Munah
- Azza Elite sebagai Diana
- Zack X-Factor sebagai Shamsul
- Diana Johor sebagai Shima
- Buzen Hashim sebagai Shahrul
- Esma Daniel sebagai Joe
- Maimunah Ahmad sebagai Mak Jah
- Roy Azman sebagai Roy
- Avaa Vanja sebagai Elisa
- Sabrina Ali sebagai Aida
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Suraiya Mohd Nor (14 Oktober 2003). "Sembilu versi drama TV kupas isu masyarakat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2003. Dicapai pada 9 Julai 2020.