KL Gangster: Underworld
KL Gangster: Underworld | |
---|---|
Genre | Drama, aksi |
Berdasarkan daripada | KL Gangster oleh Syamsul Yusof |
Ditulis oleh | Nazri Annuar |
Pengarah | Faisal Ishak Kroll Azry |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu, Inggeris |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Yusof Haslam |
Penerbit | Syamin Yusof Syafiq Yusof |
Penyunting | Technica Post |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | Iflix WeTV |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 16 Ogos 2018 – 1 Januari 2021 |
KL Gangster: Underworld ialah sebuah drama aksi Malaysia 2018 arahan bersama oleh Faisal Ishak dan Kroll Azry. Siri ini diterbitkan oleh Skop Productions dan merupakan rendisi daripada filem KL Gangster (2011) arahan Syamsul Yusof dan memulakan tayangan perdana di laman sesawang iflix secara percuma dari 16 Ogos 2018 hingga 20 September 2018.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]KL Gangster Underworld bermula selepas insiden KL Gangster (lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra), semasa kongsi-kongsi gelap di Kuala Lumpur kehilangan nakhoda akibat dibunuh atau dipenjara selepas ditangkap pihak berkuasa. Masing-masing bersaing dan berbunuhan bagi merebut takhta kosong yang ditinggalkan. Pertumpahan darah, pembelotan dan sabotaj bermaharajalela sepanjang tempoh darurat ini.
Di tengah kekalutan ini, terdapat seorang ahli kongsi iaitu Shah yang ingin mengundur diri dan memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa, namun dihalangi oleh rintangan dan aral yang melintang sehingga memaksa dia kembali bergiat dalam aktiviti haram ini. Tak tersangka, pengembalian dia ke arena kongsi gelap ini mencetus satu revolusi baru kepada dinasti kongsi gelap di Kuala Lumpur.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Beto Kusyairy sebagai Shah
- Ezzaty Abdullah sebagai Elina
- Hasnul Rahmat sebagai Zan
- Nabila Huda sebagai Shameen
- Azhan Rani sebagai Tauke
- Zahiril Adzim sebagai Adi
- Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong
- Daniella Sya sebagai Sherrina
- Amerul Affendi sebagai Belut
- Fezrul Khan sebagai Damak
- Jasmine Suraya Chin sebagai Mimi
- A. Galak sebagai Pak Aji
- Fikhree Bakar sebagai Jerung
- Fadlan Hazim sebagai Jihan
- Amir Nafis sebagai Bad
- Shera Aiyob sebagai Suraya
- Rahim Omar sebagai Agus
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Jamal
- Jay Iswazir sebagai Jalil
- Jasmine Kaar sebagai Suri
- Silfeny Osman sebagai Dila
- Namron sebagai Mat Nor (musim 2)
- Aloy Paradoks sebagai Wan Chai (musim 2)
- Halim Radzi sebagai Johan (musim 2)
- Majed Salleh sebagai Datuk Ruzaini (musim 2)
- Zamarul Hisham sebagai Raja Utara (musim 2)
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Siri ini diumumkan pada Disember 2017, dan dijangka bakal diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhidmatan video atas permintaan, iflix. Syafiq Yusof dan Faisal Ishak menggalas tugas sebagai pengarah.[2][3][4] Menurut Syafiq yang berkhidmat sebagai penerbit: "Bukan senang untuk ayah saya mempercayai orang luar daripada keluarganya untuk mengarah drama atau filem Skop Production tetapi saya berjaya yakinkan beliau Faisal Ishak dapat mengarah siri ini dengan lebih baik".[5]
Kesinambungan
[sunting | sunting sumber]Sedutan filem prekuel kepada KL Gangster: Underworld iaitu Rise to Power: KLGU telah pun dimuat naik ke semua media sosial iflix untuk tontonan umum. Pembikinan musim kedua KL Gangster: Underworld juga sedang di jalankan dan dijangka bakal ditayangkan di iflix awal 2020.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd Haikal Isa (20 Ogos 2018). "KL Gangster Underworld pecah tabu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-02. Dicapai pada 20 Ogos 2018.
- ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 April 2018.
- ^ Azam A. (16 Ogos 2018). "'KL Gangster Underworld' Siri Yang Lebih Ganas Dan Mengujakan". The Vocket. Dicapai pada 16 Ogos 2018.