McDonnell Douglas DC-10
Penampilan
DC-10 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat jet penumpang berbadan lebar |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | McDonnell Douglas |
Penerbangan sulung | 29 Ogos 1970 |
Mula digunakan | 5 Ogos 1971 dengan American Airlines |
Status | Aktif |
Pengguna utama | FedEx Express Omni Air International |
Dikeluarkan | 1968-1988 |
Jumlah dibina | DC-10: 386 KC-10: 60 |
Kelainan | KC-10 Extender McDonnell Douglas MD-11 |
McDonell Douglas DC-10 adalah sebuah pesawat komersil berenjin tiga, berbadan lebar dan digunakan bagi penerbangan jarak jauh. Dua daripada enjinnya berpaut pada sayap-sayapnya manakala enjin ketiga terletak di ekor pesawat. Model ini dibina bagi menggantikan pesawat jarak jauh, Douglas DC-8. Model-model lain yang setara ialah Airbus A300, Boeing 747 dan Lockheed L-1011.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]DC-10 adalah pesawat komersil berbadan lebar pertama bagi McDonnell Douglas dan dibina mengikut spesifikasi American Airlines. Penerbangan pertamanya pada 29 Ogos 1970 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 1971.
Variasi
[sunting | sunting sumber]DC-10 dikeluarkan dalam lima jenis variasi:
- DC-10-10: Versi pertama dan dikeluarkan pada 1970. American Airlines dan United Airlines adalah pelanggan utamanya.
- DC-10-15: Juga dikenali sebagai DC-10 Sportdan sesuai untuk operasi di lapangan terbang yang terletak di tanah tinggi dan bercuaca panas.
- DC-10-30: Model yang paling umum dan dikeluarkan pada tahun 1972 dalam bentuk pesawat penumpang, kargo dan model boleh tukar penumpang kargo.
- DC-10-40: Pesawat DC10 berjulat jauh pertama dan hanya penerbangan-penerbangan Amerika Syarikat dan Japan Airlines membuat tempahan untuk model ini. Dikeluarkan pada tahun 1972.
- KC-10 Extender: Versi tentera dan digunakan juga sebagai pesawat tangki.
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]DC-10-10 | DC-10-15 | DC-10-30 | DC-10-40 | |
---|---|---|---|---|
Krew kokpit | 3 | |||
Penumpang | 380 (1 kelas), 250 (2 kelas) | |||
Panjang fiuslaj | 170 kaki 6 in (51.97 m) | |||
Tinggi | 58 kaki 1 in (17.7 m) | |||
Rentang sayap | 155 kaki 4 in (47.34 m) | 165 kaki 4 in (50.4 m) | ||
Lebar fiuslaj | 19 kaki 9 in (6.02 m) | |||
Tinggi fiuslaj | 19 kaki 9 in (6.02 m) | |||
Lebar maks. dalaman | 18 kaki 2 in (5.54 m) | |||
Berat operasi kosong | 240,171 lb (108,940 kg) | 266,191 lb (120,742 kg) | 270,213 lb (122,567 kg) | |
Berat berlepas maks. | 430,000 lb (195,045 kg) |
455,000 lb (206,385 kg) |
572,000 lb (259,459 kg) |
555,000 lb (251,701 kg) |
Kelajuan luncur biasa | Mach 0.82 (564 mph, 908 km/h, 490 kt) | |||
Kelajuan luncur maks. | Mach 0.88 (610 mph, 982 km/h, 530 kt) | |||
Jarak maks., muatan | 3,800 miles (6,114 km) | 4,350 mi (7,000 km) | 6,220 mi (10,010 km) | 5,750 mi (9,252 km) |
Muatan minyak maks. | 21,700 US gal (82,134 L) |
26,647 US gal (100,859 L) |
36,650 US gal (138,720 L) |
36,650 US gal (138,720 L) |
Jarak berlepas pada berat maks. | 8,612 kaki (2,625 m) | 7,257 kaki (2,212 m) | 9,341 kaki (2,847 m) | 9,242 kaki (2,817 m) |
Ketinggian maks. | 42,000 kaki (12,802 m) | |||
Model enjin (x 3) | GE CF6-6D | GE CF6-50C2F | GE CF6-50C | PW JT9D-59A |
Tujahan enjin (x 3) | 40,000 lbf (177.9 kN) | 46,500 lbf (206.8 kN) | 51,000 lbf (226.9 kN) | 53,000 lbf (235.8 kN) |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: McDonnell Douglas DC-10. |