Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Douglas DC-5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
DC-5/C-110/R3D
US Navy Douglas R3D-2
Peranan Transport
Pengeluar Douglas Aircraft Company
Direka oleh Donald Douglas
Penerbangan pertama 20 February 1939
Diperkenalkan 1940
Dihentikan 1949
Syarikat penerbangan utama KLM
United States Navy
United States Marine Corps
Jumlah dibina 12

Douglas DC-5, merupakan model yang paling sedikit diketahui umum. Ia adalah sebuah pesawat berkipas yang dibina untuk penerbangan berjulat lebih pendek berbanding dengan DC-3 atau DC-4. Ketika ia memasuki pasaran, kebanyakkan penerbangan membatalkan tempahan mereka kerana tercetusnya Perang Dunia II dan pada masa yang sama, Douglas telah bertukar pengeluarannya kepada produk lebih bersifat ketenteraan.

Hanya 5 DC-5 dibina iaitu 1 prototaip dan 4 memasuki perkhidmatan. Walaupun begitu, protaip DC-5 menjadi pesawat peribadi William E. Boeing manakala syarikat beliau, Boeing telah bertukar kepada produksi penuh ketenteraan. 4 pesawat lainnya dijual kepada KLM dan digunakan untuk penerbangan subsidi di koloni Belanda. Kemudiannya, 2 daripadanya digunakan di Australia dan DC-5 terakhir diseludupi ke Israel untuk tujuan ketenteraan. Rekaan untuk Tentera Amerika Syarikat pula ialah C-110. Model Tentera Laut Amerika Syarikat pula ialah R3D

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]