Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Momok Tasmania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tasmanian Devil[1]
Tasmanian Devil jantan.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
S. harrisii
Nama binomial
Sarcophilus harrisii
(Boitard, 1841)

Momok Tasmania, juga dikenali dengan nama Inggerisnya Tasmanian devil (Sarcophilus harrisii) ialah seekor marsupial pemakan daging yang kini hanya boleh didapati di wilayah Tasmania di Australia. Ia merupakan satu-satunya anggota genus Sarcophilus yang masih hidup. Ukurannya sama dengan seekor anjing kecil dengan badan berotot. Haiwan ini merupakan marsupial karnivor terbesar yang pernah ditemui. Ciri-ciri haiwan ini ialah bulunya yang berwarna hitam, rembesan bau yang kuat apabila ia ketakutan, suara yang keras dan mengganggu dan sifat keibuan yang tinggi. Haiwan ini terkenal sebagai pemburu dan memakan sisa-sisa haiwan lain. walaupun dikenali dengan cara hidup solo, kadang-kadang ia makan bersama spesis sejenis.

Taburan haiwan ini telah merudum sejak ketibaan peneroka berbangsa Eropah tiba pada 1788. Ia masih diburu sehingga 1941 kerana dianggap mengancam penternakan lembu.Pada 1941 haiwan ini secara rasmi dilindungi. Tetapi, penyakit tumor muka momok Tasmania telah menyebabkan kemusnahan drastik yang membawa kepada kepupusan. Pemerintah Tasmania telah banyak berusaha bagi mengurangi kesan penyakit ini.

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Naturalis George Harris menulis deskripsi pertama yang diterbitkan tentang haiwan ini pada 1807, dengan nama spesies Didelphis ursina.[3] Pada 1838, nama spesies itu digantikan Dasyurus laniarius oleh Richard Owen, dan belakangan dipindahkan ke genus Sarcophilus pada 1841 dan dinamai Sarcophilus harrisii oleh Pierre Boitard. Kemaskini taksonomi yang diterbitkan pada 1987 ini berusaha mengubah nama spesiesnya menjadi Sarcophilus laniarius berdasarkan catatan-catatan fosil di daratan utama Australia yang menunjukkan hanya beberapa ekor sahaja.[4] Namun, hal ini tidak diterima oleh masyarakat ahli taksonomi pada umumnya dan nama S. harrisii tetap dipertahankan sementara S. laniarius dipindahkan kepada spesies fosilnya.[1] Analisis filogenetik menunjukkan bahwa haiwan ini mempunyai hubungan dekat dengan quoll, dan lebih jauh hubungannya dengan spesies Thylacine yang telah pupus sepenuhnya.[5]

Ekologi dan taburan

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini ditemui di seluruh pulau Tasmania, termasuk di kawasan luar bandar dan Pulau Robbins di mana ia dihubungkan kepada tanah besar pada air surut.[6]

Haiwan ini bersifat nokturnal atau krepuskul (lebih-lebih lagi pada tahap muda[7]) di mana ia meluangkan masa siangnya menyembunyikan diri dalam lubang tanah. [8]

Momok Tasmania tidak membentuk kawanan, malah cenderung bersendirian selepas berhenti menyusu.[8][9]

Haiwan ini menggali mendapatkan bangkai sebagai sumber makanan. Ia mula-mula memakan bangkai dengan merobek isi perutbangkai sehingga sisa makanannya kelihatan berongga.[10] Momok-momok ini bisa memakan sebanyak 15% hingga 40% berat badan, [11] hal ini menyebabkan ia bisa menjadi berat dan mudah kepenatan sehingga terbaring.[12]

Momok betina mula mengawan apabila mencapai kematangan seks biasanya pada tahun kedua. Betina-betina ini mula menjadi subur sehingga menghasilkan banyak ovum dalam setahun.[13] Kitaran pembiakan haiwan ini mula pada Mac atau April agar anak-anak momok yang berhenti menyusu dicukupi sumber makanan, terutamanya pada musim-musim bunga dan panas Hemisfera Selatan.[14] Jantan-jantan mula merebut pasangan sendiri di mana betina-betina akan mengawan dengan jantan yang dominan, biasanya di kawasan dilitup.[15][16]

  1. ^ a b Groves, Colin (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed.) (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 28. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ Department of Environment and Heritage. EPBC Act List of Threatened Fauna
  3. ^ Harris, G. P. 1807. Description of two species of Didelphis untuk Van Diemen's Land. Transactions of the Linnean Society of London, Volume IX
  4. ^ Werdelin, L. 1987. Some observations on Sarcophilus laniarius and the evolution of Sarcophilus. Records of the Queen Victoria Museum, Launceston, 90:1-27
  5. ^ Krajewski, C. et al. 1992. Phylogenetic relationships of the thylacine (Mammalia:Thylacinidae) among dasyuroid marsupials: evidence from cytochrome b DNA sequences. Proceedings of the Royal Society B-Biological Sciences 250:19-27 PMID 1361058
  6. ^ Beeton, Robert J. S. (2009). "Advice to the Minister for the Environment, Heritage and the Arts from the Threatened Species Scientific Committee (the Committee) on Amendment to the list of Threatened Species under the Environment Protection and Biodiversity Conservation Act 1999 (EPBC Act) Sarcophilus harrisii (Tasmanian Devil) Listing Advice" (PDF). Threatened Species Scientific Committee. Dicapai pada 23 Oktober 2010.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama o692
  8. ^ a b Fisher, Diana O.; Owens, Ian P. F.; Johnson, Christopher N. (2001). "The ecological basis of life history variation in marsupials". Ecology. 82 (12): 3531–40. doi:10.1890/0012-9658(2001)082[3531:TEBOLH]2.0.CO;2.
  9. ^ Owen & Pemberton, m/s. 69.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama of
  11. ^ Pemberton, David; Renouf, Deane (1993). "A field-study of communication and social behaviour of Tasmanian Devils at feeding sites". Australian Journal of Zoology. 41 (5): 507–26. doi:10.1071/ZO9930507.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama orit
  13. ^ Guiler, E. R. (1970). "Observations on the Tasmanian devil, Sarcophilus harrisii II. Reproduction, Breeding and Growth of Pouch Young". Australian Journal of Zoology. 18: 63–70. doi:10.1071/ZO9700063.
  14. ^ Tyndale-Biscoe, m/s. 152.
  15. ^ Horton, M. "Tasmanian devil – Frequently Asked Questions". Parks and Wildlife Service Tasmania. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-15. Dicapai pada 11 September 2010.
  16. ^ Owen & Pemberton, m/s. 64–66.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]