Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Laksa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksa
Asam Laksa di Pulau Pinang dan Kedah
JenisNoodle soup, makanan Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianTengah hari & Petang
Tempat asalMelaka
Kawasan/rantauMalaysia iaitu Melaka, Kedah dan Pulau Pinang
Masakan berkaitanMalaysia, Singapura , Selatan Thailand , Indonesia
Dicipta olehBaba Nyonya
Bahan utamaMi,rempah, santan, ulam ,otak udang,sambal belacan atau minyak cili & ikan , ayam dan udang
Bahan yang biasa digunakanDaging ayam, Bihun, telur ayam, Anak benih, Ruku-ruku, Indonesian bay leaf, daun serai, Lengkuas, santan, bawang merah, bawang putih, Cili, ginger, Cekur putih, turmeric rhizome, coriander seed, gula Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanMerebus Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiLaksa Utara , Laksa Nyonya , Laksa Lemak Putih, Laksa Johor , Laksa Kari , Laksa Lemak , Laksa Sarawak , Laksam , Laksa Pulau Pinang
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laksa; (Cina: 叻沙) merupakan sejenis makanan mi berkuah pedas yang terdapat serata Nusantara[1][2] khususnya dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya,Cina Malaysia dan Melayu. Ia menjadi makanan kebangsaan di Malaysia [3] juga terdapat di Singapura ,[4] selatan Thailand [5] dan Indonesia [6]. Didalam bahasa Cina Laksa diambil daripada perkataan Laa' () dan Sa () bermaksud pedas dan pasir ia merujuk kepada Laksa Nyonya iaitu rasa pedas dan tekstur berpasir daripada isi udang kering.

Bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan , daun kesum , otak udang dan asam gelugur hanya terdapat di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Selatan Thailand , Kedah , Pulau Pinang dan Perlis . Laksa pertama tercipta ialah Laksa Nyonya di Melaka iaitu kaum Baba Nyonya. Jenama Maggi Malaysia perkenalkan produk baharunya iaitu Laksa Warisan makanan warisan Malaysia [7]

Bahan Utama

[sunting | sunting sumber]
Daun Kesum atau Daun Laksa
Asam gelugur atau Asam keping
Bunga kantan

Bahan sampingan dan kuah

[sunting | sunting sumber]
Jenis Asal Pencipta Bahan Daun Bahan utama Bahan pemasam Bahan sampingan Santan Jenis Mi Laksa
Laksa Nyonya (Laksa pertama) Melaka (variasi pertama laksa nyonya) Baba Nyonya Bawang besar, Bawang putih, Lengkuas, Serai, Buah keras, Udang kering, Belacan bakar, Cili merah, Udang, Santan, Bebola ikan, Tauhu pok, Daun kesum, Bunga kantan, Cili kering , Asam keping , Asam jawa Daun kesum Udang, Udang kering, Tauhu pok, lengkuas, Serai, Belacan Asam keping Taugeh, Limau kasturi, Telur rebus, Sambal belacan tumis, Minyak cili Ada Laksa beras
Laksa Katong (kategori laksa nyonya) Singapura Cina Singapura Kepala udang, Bawang merah, Bawang putih, Cili kering, Lengkuas, Buah Keras, Ketumbar, Belacan, Serai, Udang kering/Ebi, Santan pekat, Udang, Tauhu pok, Bebola ikan Daun ketumbar Udang, Udang kering, Ketumbar, Lengkuas, Serai, Belacan, Tauhu pok Tiada Tauge, Daun ketumbar/Daun kesum, Limau nipis, Pes cili goreng, Cili Padi Merah Ada Laksa beras
Laksa Sarawak (kategori laksa nyonya) Sarawak Baba Nyonya & Cina Sarawak Kepala udang, Dada ayam, Serai, Lengkuas, Halia, Santan, Bawang merah, Bawang putih, Belacan, Udang kering, Cili kering, Asam jawa, Asam gelugur, Tauhu pok, Bebola ikan Daun ketumbar Dada ayam, Udang, Udang kering, Belacan, Serai Asam jawa, Asam gelugur Tauhu, Telur dadar, Tauge , Daun ketumbar, Limau kasturi Ada Laksa halus
Laksa Siam (kategori laksa nyonya) Selatan Thailand Baba Yaya, Siam, Melayu Selatan Thai Ikan kembung, Bebola ikan, Bawang besar , Bawang putih, Halia, Lengkuas, Temu kunci/Krachai, Kunyit, Serai, Cili hijau, Cili hijau Thai, Belacan, Bunga kantan, Daun pudina, Daun selasih, Daun limau purut, Asam keping, Santan Selasih, Pudina, Limau purut Temu kunci, Serai, Lengkuas, Belacan, Cili hijau, Daun selasih, Daun limau purut, Daun pudina Asam keping Pucuk gajus, Pucuk salom, Taugeh, Timun, Kacang panjang, Limau purut, Terung hijau Ada Laksa halus
Laksa Betawi (kategori laksa nyonya) Betawi Kiau Seng, Melayu Betawi Dada ayam, Bawang merah, Ebi, Terasi, Serai, Daun salam, Daun limau purut, Santan, Bawang putih, Ketumbar, Jintan, Lada hitam, Kunyit, Halia, Cili kering Daun salam, Daun kemangi, Limau purut Ebi , Terasi , Dada ayam, Daun salam, Daun kemangi, Daun limau purut Tiada Telur rebus, Tauge, Daun kemangi, Bawang goreng, Limau nipis Ada Laksa beras
Laksa Kari Johor Melayu Johor Udang/Ayam/Ikan, Santan, Daun kesum, Bunga kantan, Rempah kari, Kerisik, Asam keping, Bawang merah, Bawang putih, Udang kering, Ikan bilis, Cili merah, Buah keras, Lengkuas, Kunyit, Belacan Daun kesum Udang/Ayam/Ikan, Belacan, Kerisik, rempah kari, Ikan bilis Asam keping Telur, Taugeh, Timun, Bawang besar, Daun kesum, Sambal belacan, Limau kasturi Ada Laksa beras
Laksa Johor (kategori laksa kari) Johor Melayu Johor Ikan parang atau Ikan selayang, Santan, Rempah kari, Serai, Daun kesum, Bunga kantan, Daun pudina, Asam keping, Kunyit, Lengkuas, Halia, Cili kering, Bawang merah, Bawang putih, Belacan bakar, Udang kering Daun kesum, Pudina Ikan parang, rempah kari, kerisik , Daun pudina, Belacan, Udang kering Asam keping Taugeh, Timun, Daun kesum, Kacang panjang, Bawang besar, Limau kasturi, Lobak masin, Bunga kantan, Daun selasih Ada Spageti
Laksa Kuah Merah Terengganu (kategori laksa kari) Terengganu Melayu Terengganu Ikan selayang, Bawang besar, Bawang merah, Halia, Kunyit hidup, Lengkuas, Cili kering, Santan, Gula merah, Kerisik, Bunga lawang, Bunga Cengkih, Kayu manis, Buah pelaga, Rempah gulai, Asam keping Daun kesum 4sekawan, Rempah gulai, Kerisik Asam keping Kacang panjang, Tauge, Daun kesum, Bunga kantan, Daun kemangi, Timun Ada Laksa beras
Laksa Pahang (kategori laksa kari) Pahang Melayu Pahang Ikan selayang, Bawang besar, Bawang merah, Bawang putih, Udang kering, Serai, Halia, Kunyit, Cili kering,Belacan, Santan, Daun kesum, Bunga kantan, Kerisik, Asam keping, Ketumbar, Jintan, Rempah kari Daun kesum Rempah kari, Jintan, Ketumbar, Serai, Belacan, Kerisik Asam keping Taugeh, Kacang panjang, Limau kasturi, Limau nipis, Salad Ada Laksa beras
Asam Laksa (laksa utara) Penang dan Kedah Cina Malaysia (Penang & Kedah) Ikan kembung,Bawang merah, Bawang putih, Halia, Cili kering, Bunga kantan, Belacan, Asam keping, Jus Nenas, Otak Udang, Daun kesum, Gula Melaka Daun kesum Belacan, Jus nenas, Otak udang Asam keping, Jus nenas Salad, Timun, Cili padi, Nenas, Bunga kantan, Limau kasturi, Telur Tiada Laksa beras, Laksa sederhana halus
Laksa Kedah (kategori laksa utara) Kedah Melayu Kedah Ikan kembung, Cili kering, Bawang besar, Belacan, Asam keping , Daun kesum,Bunga kantan, Otak udang Daun kesum Belacan, Otak udang Asam keping Timun, Salad, Bawang besar, Cili padi, Limau kasturi, Telur Tiada Laksa beras
Laksa Penang (kategori laksa utara) Penang Melayu Penang Ikan selayang, Bawang besar, Belacan, Halia, cili kering, Asam keping, Nenas, Daun kesum, Bunga kantan Daun kesum Belacan, Asam keping Asam keping Timun, Salad, Bawang besar, Cili padi , Limau kasturi, Potongan nenas, Telur Tiada Laksa beras
Laksa Perlis (kategori laksa utara) Perlis Melayu Perlis Ikan kembung, Cili kering, Bawang merah, Bawang putih, Serai, Lengkuas, Asam keping, gula Gherek, Daun kesum, Bunga kantan, Cili merah, Belacan Daun kesum Serai, Lengkuas, Belacan Asam keping Timun, Bawang besar, Cili api, Daun selom Tiada Laksa beras
Laksa Medan (kategori laksa utara) Medan Melayu Medan Ikan kembung, Asam gelugur, Bunga kantan, Timun, Bawang merah, Bawang putih, Cili merah besar, Serai, Kunyit bakar, Terasi bakar Tiada Serai, Kunyit, Terasi Asam gelugur Cili merah, Bawang merah, Limau nipis, Cili padi Tiada Laksa beras
Laksam (Laksa lemak putih) Kelantan, Terengganu, Pahang Melayu Pantai Timur Ikan kembung, Bawang merah, Bawang putih, Serai, Halia, Lada hitam, Asam keping, Gula melaka/merah, Santan Daun kesum Serai, Lada hitam, Budu Asam keping Kacang panjang, Bunga kantan, Timun, Daun kesum, Taugeh, Bawang besar, Limau kasturi, Kubis, Sambal belacan, Budu Ada Laksam seperti lempeng
Laksa Terengganu (kategori lemak putih) Terengganu Melayu Terengganu Ikan selayang/sardin, Santan, Bawang merah, Lada hitam, Asam gelugur Daun kesum Lada hitam, Santan Asam gelugur Timun, Kacang panjang, Kobis, Daun kesum, Limau nipis, Belacan Ada Laksa beras
Laksa Kelantan (kategori laksa lemak putih) Kelantan Melayu Kelantan Ikan selayang, Santan, Bawang merah, Bawang putih, Lada hitam, Asam gelugur Daun kesum Santan, Lada hitam Asam gelugur Bunga kantan, Daun kesum, Kacang panjang, Taugeh, Timun Ada Laksa beras
Laksa Kuah Putih Pahang (kategori laksa lemak putih) Pahang Melayu Pahang Ikan kembung, Asam keping, Bawang merah, Halia, Serai, Lada hitam, Santan pekat Daun kesum Halia, Serai, Lada Hitam, Santan Asam keping Kacang panjang, Bawang besar, Taugeh, Timun, Sambal belacan, Daun kesum Ada Laksa beras
Laksa Lemak Melaka (laksa lemak kuning pertama) Baba Nyonya, Melayu Melaka Ikan Selayang, Bawang merah, Bawang putih, Lada hitam, Kunyit, Serai, Belacan, Santan, Daun Kesum, Daun Selasih, Asam keping Daun kesum Kunyit, Lada hitam, Belacan, Daun kesum, Daun selasih Asam keping Taugeh, Bunga kantan, Timun, Bawang besar Ada Laksa beras
Laksa Tangerang (kategori laksa lemak kuning) Tangerang Kiau Seng, Jawa Ayam, Kacang hijau, Kelapa parut, Kentang, Santan, Lada putih, Daun salam, Bawang merah, Bawang putih, Cili padi merah, Cili kering, Ketumbar, Lengkuas, Halia, Kunyit bakar Daun salam Ayam, Kentang, Kacang hijau, Daun salam, Lada putih Tiada Kentang, Daun kucai Ada Laksa beras
Laksa Bogor (kategori laksa lemak kuning) Bogor Kiau Seng, Jawa Santan, Daun limau purut, Serai, Lengkuas, Taugeh, Oncom/Tauhu merah, Daun kemangi, Bawang merah, Bawang putih, Buah keras, Kunyit, Halia, Jintan Daun kemangi, Limau purut Kunyit, Daun Kemangi, Jintan, Oncom Tiada Telur rebus, Tauhu goreng, Bawang goreng, Sambal rawit Ada Laksa beras
Laksa Cibinong (kategori laksa lemak kuning) Jawa Barat Jawa Santan, Daun kemangi, Daun limau purut, Udang, Dada ayam, Bawang putih, Bawang merah, Buah keras, Ketumbar, Halia, Cekur, Temu kunci, Kunyit putih, Kunyit, Serai, Lengkuas, Daun salam, Lada putih Daun kemangi, Daun salam, Limau purut Ayam, Udang, Cekur, Temu kunci, Kunyit putih, Lada putih Tiada Telur rebus, Dada ayam, Udang, Limau nipis, Taugeh Ada Laksa beras
Laksa Palembang (kategori laksa lemak kuning) Palembang Melayu Palembang Santan, Daun salam, Ikan haruan, Buah keras, Ketumbar, Lengkuas, Halia, Cekur, Bawang putih, Bawang merah, Kunyit , Serai Daun salam Ikan haruan Tiada Bawang goreng, Daun saderi Ada Laksa beras
Laksa Burgo (kategori laksa lemak kuning) Palembang Melayu Palembang Bawang merah, Bawang putih, Buah keras, Cili kering, Udang, Lengkuas, Daun salam, Daun limau purut, Santan Daun salam, Limau purut Udang, Daun salam, Daun limau purut Tiada Bawang goreng Ada Burgo seperti lempeng
Laksa Banjar (kategori laksa nyonya) Banjarmasin orang Banjar Ikan haruan, Santan, Bawang merah, Bawang putih, Buah keras, Lengkuas, Kunyit, Halia, Cekur, Serai, Cili merah Tiada Ikan haruan, Kunyit, Santan, Cekur, Lengkuas Tiada Bawang goreng Ada Laksa beras, Laksa sederhana halus

Laksa ialah salah satu hidangan paling popular asal dari Asia Tenggara, dengan pelbagai jenis bahan yang digunakan dan proses penyediaan yang berbeza mengikut wilayah masing-masing. Oleh itu, laksa mempunyai pelbagai jenis di seluruh wilayah ini, sukar untuk menentukan asal usul hidangan ini dengan tepat. Namun begitu, beberapa resipi laksa telah dibangunkan di sepanjang saluran perdagangan Asia Tenggara—di pelabuhan yang terletak di Pulau Pinang, Medan, Melaka, Singapura, Palembang dan Batavia (kini Jakarta); merupakan persinggahan utama di sepanjang laluan rempah-rempah yang bersejarah. Hubungan perdagangan yang intensif antara bandar pelabuhan ini membolehkan pertukaran idea berlaku, termasuk perkongsian resipi.[8]

Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi".[9] Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun".[10] Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[11]), merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Istilah laksa atau lakhshah juga dipercayai berasal daripada bahasa Parsi atau bahasa Sanskrit yang merujuk kepada sejenis bihun.

Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara.[9] Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebuh awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan pendatang dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Peranakan Cina atau Cina Selat dan Baba Nyonya.[9] Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka.[12]

Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit[13]) , merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan . Laksa berasal dari Malaysia iaitu di negeri  Melaka. Laksa sangat terkenal di Malaysia seperti  Kedah ,  Pulau Pinang , Perlis , Terengganu , Kelantan ,  Pahang ,  Melaka ,  Johor dan  Sarawak .

Laksa berasal daripada Melaka,Malaysia iaitu di  Melaka . Laksa pertama dihasilkan ialah Laksa Nyonya etnik Baba Nyonya. Lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Cina Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan Minyak cili.

Laksa Utara

[sunting | sunting sumber]

Laksa Utara seperti Asam Laksa, Laksa Penang di Pulau Pinang , Laksa Kedah di Kedah , Laksa Perlis di Perlis , sempadan Malaysia-Thailand Selatan Thailand. Bahan utama iaitu ikan seperti ikan kembong ataupun ikan tenggiri , bagi rakyat marhaen mereka menggunakan ikan kembong dan ikan selayang bagi yang berkemampuan mereka menggunakan ikan tenggiri . Laksa utara tidak menggunakan santan.

Laksa Lemak Putih

[sunting | sunting sumber]

Di Pantai Timur pula ada Laksam dan Laksa Lemak Putih di negeri Terengganu , Kelantan , sempadan Pahang , sempadan Malaysia - Thailand Selatan Thailand. Bahan utama kedua juadah ini sama seperti Laksa Utara tetapi . Bagi Laksam, Mi Laksa di ganti dengan Lempeng yang dipotong secara memanjang, Laksam dan Laksa Lemak Putih berwarna putih atau kelabu kerana isi ikan tanpa cili kisar.

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya

[sunting | sunting sumber]

Ada dua versi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya dalam masyarakat Cina Peranakan Malaysia dan ikut lidah Orang Barat atau Mat Salleh seperti Laksa Nyonya di Melaka dan Laksa Sarawak di Sarawak . Pada awalnya Laksa Cina Peranakan variasi pertama bermula dari Melaka iaitu Laksa Nyonya. Bahan utama Laksa Cina Peranakan ialah udang ataupun ayam dan semestinya bahan utama santan.

Laksa Kari

[sunting | sunting sumber]

Versi Laksa masyarakat melayu Malaysia pula adalah Laksa Kari, Laksa Johor, Laksa Pahang dan Laksa Terengganu Kuah Merah .

Laksa kari hampir sama dengan Mi Kari, di Singapura mereka mengatakan Laksa Kari dan Mi Kari adalah kuah yang sama , walaupun rupa bentuk kedua juadah ini hampir sama sebenarnya ada perbezaan . Laksa Kari bahan utama perlu ada rempah kari , santan , ayan dan memakai mi kuning . Manakalah Laksa Kari ikan dan santan , Santan yang pekat itu dapat dibezakan dengan kuah Mi Kari , kuah Mi Kari lebih terasa kari berbanding rasa santan. Seterusnya Laksa Johor berasal daripada negeri Johor , kisahnya bermula daripada Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor atau di kenali Sir Abu Bakar , ingin menyantap Laksa yang belum pernah baginda rasa . Lalu Cef di dapur mendapat idea untuk membuat olahan baru untuk kuah Laksa dan Mi Laksa, Mi Laksa itu di ganti dengan spageti , Bahan utama Laksa Johor ialah ikan tenggiri , rempah kari dan santan.

Laksa Kuah Merah Terengganu , Laksa Pahang hampir sama cara penyediaannya seperti Laksa Kari dan Laksa Johor ia menggunakan rempah kari dan kerisik .

Laksa Melayu dan Baba Nyonya

[sunting | sunting sumber]

Laksa Lemak berasal daripada Melaka ia dihasilkan antara perpaduan antara Melayu dan Baba Nyonya , Laksa Lemak berbeza dengan Laksa Nyonya dan Laksa Katong .

Sebar di Thailand Singapura Indonesia

[sunting | sunting sumber]

Laksa Katong di Singapura , Laksa Betawi di Indonesia , Laksa Siam di Thailand tergolong variasi Laksa Nyonya , manakala Laksa Banjar , Laksa Tangerang , Laksa Bogor , Laksa Cibinong dan Laksa Palembang di Indonesia tergolong dalam Laksa Lemak.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Laksa berasal daripada Melaka iaitu Laksa Nyonya yang tersebar menjadi pelbagai variasi Laksa Cina Peranakan/Baba Nyonya

Laksa Utara

° Cina Kedah dan Penang :

° Asam Laksa iaitu Laksa Utara pertama terhasil di  Kedah dan  Pulau Pinang

° Melayu utara :

° Laksa Kedah asal  Kedah

° Laksa Penang asal  Pulau Pinang

° Laksa Perlis asal  Perlis.

° Laksa Medan asal Medan tergolong dalam laksa utara

Laksa Kari , Laksa Johor , Laksa Terengganu Kuah Merah , Laksa Pahang

° Melayu Johor dan Terengganu :

° Laksa Johor asal  Johor

° Laksa Kari asal  Johor

° Laksa Terengganu Kuah Merah  Terengganu

° Laksa Pahang  Pahang

Laksam dan Laksa Lemak Putih

° Melayu Pantai Timur :

° Laksam asal Pantai Timur Semenanjung

° Laksa Kelantan asal  Kelantan

° Laksa Terengganu asal  Terengganu

° Laksa Lemak Putih Pahang asal  Pahang

Laksa Cina Peranakan / Baba Nyonya

° Cina dan Cina Peranakan / Baba Nyonya :

° Laksa Nyonya variasi pertama asal  Melaka

° Laksa Sarawak asal  Sarawak

° Laksa Katong asal  Singapura

° Laksa Betawi asal Betawi

° Laksa Banjar asal Banjarmasin

° Laksa Siam asal  Thailand

Laksa Melayu dan Baba Nyonya atau Jawa

° Melayu dan Baba Nyonya :

° Laksa Lemak asal  Melaka

° Laksa Tangerang asal Tangerang

° Laksa Bogor asal Bogor

° Laksa Cibinong asal Jawa Barat

° Laksa Palembang asal Palembang

Laksa Penang asal Pulau Pinang
Laksa Kedah asal Kedah
Laksa Kelantan asal Kelantan
Laksa Nyonya asal Melaka variasi pertama Laksa Nyonya


Laksa Sarawak asal Sarawak
Laksa Katong asal Singapura
Laksa Johor asal Johor
Laksa Kari asal Johor
Laksa Betawi asal Betawi

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, sebagai sebahagian daripada latihan penjenamaan makanan kebangsaan Malaysia, Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen cuba menuntut pemilikan untuk hidangan serantau seperti Laksa, nasi ayam Hainan dan Bak Kut Teh, dengan mendakwa bahawa orang lain telah "merampas hidangan mereka". Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jiran serantaunya.[14][15][16] Ng kemudiannya, menjelaskan bahawa dia telah disalah petik mengenai niatnya untuk mempatenkan makanan itu, dan bahawa kajian tentang asal-usul makanan itu akan dijalankan "dan permohonan maaf disampaikan jika ia salah dituntut." Sehingga kini, hasil kajian itu masih belum didedahkan kepada umum.[17]

  1. ^ Siobhan Hegarty (6 February 2017). "Think you know laksa? Think again". SBS.
  2. ^ "Laksa Lemak Recipe – Malaysia (Gordon's Great Escape)". 23 May 2011.
  3. ^ Ahmad Robani. "Variasi Laksa di Malaysia". Himpunan Laksa.
  4. ^ "Singapore Laksa: A local favourite". STB. Singapore Tourism Board. 19 September 2019.
  5. ^ "เปิบเมนูเด็ด ต้นตำรับความอร่อยทั่วทิศ". Thairath (dalam bahasa Thai). 9 Julai 2014. Dicapai pada 24 Jun 2015.
  6. ^ Ricky Halim (5 Ogos 2015). "6 LAKSA Khas Indonesia Paling ENAK Yang Harus Kamu Coba!". Qraved.
  7. ^ Maggi Laksa Warisan https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-mi-goreng-laksa-warisan/
  8. ^ Urvija Banerji (8 January 2016). "How Intermarriage Created One of the World's Most Delicious Foods". Atlas Obscura.
  9. ^ a b c @NatGeoUK (9 February 2019). "Deconstructing laksa, the fusion dish of Malaysia and Singapore". Deconstructing laksa, the fusion dish of Malaysia and Singapore | National Geographic. Dicapai pada 18 June 2019.
  10. ^ Melati Mewangi (2021-12-01). "Sluuurps.. Nikmatnya Mi Nusantara". Tutur Visual - Kompas.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2021-12-06.
  11. ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  12. ^ Lara Dunston (24 October 2012). "Laksa: Discovering Malaysia's signature dish". Asian Correspondent.
  13. ^ Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  14. ^ "Laksa: Discovering Malaysia's signature dish". Asian Correspondent. 24 October 2012. Dicapai pada 11 January 2016. Although laksa can also be found in Indonesia and Singapore, it is Malaysian in origin and Malaysia remains the best place to try it in its many forms.
  15. ^ ENG HOCK, TEH (17 September 2009). "Laksa and nasi lemak among our pride, says Yen Yen". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 11 January 2016. There were many dishes synonymous with Malaysia's identity but they had been "hijacked" by other countries.
  16. ^ Loh. "Food fight! Malaysia wants its 'unique' dishes back". Dicapai pada 21 September 2009.
  17. ^ ENG HOCK, TEH (23 September 2009). "No intention to patent local food, Dr Ng says". The Star Online. Dicapai pada 12 January 2016. Dr Ng said a study on the origins of foods in the country would be conducted and an apology conveyed if it was wrongly claimed..

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]