Hari Perlembagaan
Penampilan
Hari Perlembagaan ialah hari cuti untuk menghargai perlembagaan sesebuah negara. Hari Perlembagaan biasanya diraikan pada ulang tahun penandatanganan, pengisytiharan atau penerimaan perlembagaan tersebut, atau dalam sesetengah kes, pada tarikh perubahan kepada sistem raja berperlembagaan:
- Amerika Syarikat, 17 September (1787). Lihat Hari Perlembagaan (Amerika Syarikat).
- Armenia, 5 Julai (1995). Lihat cuti umum di Armenia.
- Azerbaijan, 12 November (1995). Lihat cuti umum di Azerbaijan.
- Belgium, 15 November. Dag van de Dynastie (Hari Dinasti)
- Belanda, 15 Disember. Koninkrijksdag
- Belarus, 15 Mac (1994). Lihat cuti umum di Belarus.
- Brazil, 15 November (1889). Dia da Proclamação da República (Hari Republik)
- Denmark, 5 Jun (1849, 1953). Lihat Hari Perlembagaan (Denmark).
- Republik Dominika, 6 November (1884). Lihat sejarah Republik Dominika.
- Indonesia, 18 Ogos (1945). Bukan hari kelepasan.
- Jepun, 3 Mei (1947). Lihat Hari Peringatan Perlembagaan, Perlembagaan Jepun.
- Korea Selatan, 17 Julai (1948). Lihat Hari Perlembagaan (Korea Selatan).
- Mexico, 5 Februari (1917). Lihat Perlembagaan Mexico.
- Persekutuan Mikronesia, 10 Mei (1979).
- Mongolia, 26 November (1924).
- Norway, 17 Mei (1814). Lihat Hari Perlembagaan Norway.
- Poland, 3 Mei (1791). Lihat Perlembagaan 3 Mei 1791.
- Republik China di Taiwan, 25 Disember (1946). Lihat Perlembagaan Republik China, cuti umum di Taiwan.
- Romania, 8 Disember (1991). Lihat cuti umum di Romania.
- Rusia, 12 Disember (1993). Lihat cuti umum di Rusia.
- Serbia, 27 April (1835). Lihat cuti umum di Serbia.
- Slovakia, 1 September (1992). Lihat cuti umum di Slovakia.
- Sepanyol, 26 Disember (1978). Lihat Perlembagaan Sepanyol 1978.
- Sweden, 6 Jun (1809, 1974). Lihat Instrument of Government (1809). Juga dikenali sebagai Hari Bendera Swedish. Dulu dikenali sebagai Hari Kebangsaan Sweden.
- Tajikistan, 6 November (1994). Lihat cuti umum di Tajikistan.
- Thailand, 10 Disember (1932). Lihat cuti umum di Thailand.
- Ukraine, 28 Jun (1991). Lihat cuti umum di Ukraine.
- Uruguay, 18 Julai (1830). Lihat Perlembagaan Uruguay.
- Uzbekistan, 8 Disember (1992).
Senarai ini tidak lengkap; anda boleh membantu mengembangkannya.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Fiestas Patrias – Homeland national holidays of Mexico
- Cuti umum/hari kelepasan
- Hari Kebangsaan
- Hari Bendera
- Hari Republik
- Hari Kemerdekaan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hari Perlembagaan |