Kelikatan
Kelikatan ialah geseran dalaman sesuatu bendalir. Kesan kelikatan dapat dilihat pada bendalir di dalam paip, aliran darah dan sebagainya.
Kelikatan di dalam bendalir bergantung kepada ketumpatan bendalir tersebut, di mana semakin tinggi ketumpatan bendalir, semakin tinggi kelikatan bendalir itu. Kelikatan juga bergantung kepada suhu; jika suhu meningkat, kelikatan bendalir menurun tetapi untuk gas, kelikatan gas meningkat.
Bendalir yang likat selalunya cenderung untuk berpaut pada permukaan yang bersentuhan dengannya. Bagi bendalir yang mengalir, selalunya terdapat lapisan nipis berdekatan dengan permukaan di mana bendalir adalah hampir dalam keadaan rehat.
Kesan kelikatan penting dalam aliran bendalir dalam paip. Menurut persamaan Bernoulli, jika di kedua-dua hujung paip mempunyai ketinggian yang sama, maka tekanan di hujung-hujung itu adalah sama. Tetapi, jika kelikatan bendalir diambil kira, tekanan di kedua-dua hujung itu tidak sama. Ini sebab daya kelikatan menentang pergerakkan bendalir. Maka untuk memastikan bendalir mengalir, satu tekanan hendaklah dikenakan di permulaan aliran. Kerana itulah kita harus memicit di belakang tiub ubat gigi untuk mengeluarkan ubat gigi.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.