Bintulu
Bintulu بنتولو | |
---|---|
Nama panggilan: Bandar Minyak, Kota Tenaga Sarawak | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Telah wujud | Tidak jelas (diserahkan kepada Rajah Brooke dari Kesultanan Brunei pada tahun 1861) |
Pentadbiran | |
• Pengurus Besar Pihak Berkuasa Pembangunan Bintulu (BDA) | Puan Rodziah Hj. Morshidi[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,515 km2 (1,563 batu persegi) |
Penduduk (2014)[perlu rujukan] | |
• Jumlah | 266,200 |
• Pemeringkatan | kawasan bandar ketiga terbesar di Sarawak |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Not observed |
Laman sesawang | www.bda.gov.my |
Koordinat: 3°10′N 113°02′E / 3.167°N 113.033°E Bahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak, Malaysia yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandar Bintulu membangun dengan pesat dengan terdapat sumber gas asli di luar pantai Sarawak dan sebagai bandar raya ketiga di Sarawak. Ia terletak 650 km dari Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri atau kira-kira 448 km dari Simanggang. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.
Menurut cerita penduduk tempatan, nama Bintulu diambil sempena perkataan ‘metuk ulau’ dalam dialek Melanau Bintulu yang bererti mengambil kepala yang dibuang di sungai.
Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar raya antarabangsa.
Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.
Pelabuhan Bintulu di Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.
Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.
Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.
Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.
Bandar Bintulu juga turut mempunyai sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu dan ia terletak 23 kilometer dari pusat bandar Raya. Lapangan terbang yang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter berupaya menampung pendaratan kapal terbang jenis Airbus A330 untuk mendarat di landasan Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara, seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang yang baru ini.
Bandar Bintulu juga mempunyai pelbagai fasaliti sukan dan beberapa kemudahan tempat rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.
Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, serta sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.
Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.
Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.
Tempat-tempat menarik
[sunting | sunting sumber]- Tugu Dewan Undangan Negeri
- City Point (Mall)
- Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
- Pasar Malam
- Masjid Assyakirin
- Tokong Kuan Yin Tong
- Pantai Tanjung Batu
- Taman Tumbina (Zoo)
- Kelab Golf Kidurong
- Taman Negara Similajau
- Parkcity Mall (Mall)
- Bintulu Waterfront Promenade
- Time Squre Mall
- Bintulu paragon Mall
- Bintulu central
- Commercial centre Mall
- Mardiah Beach Resort
- Medan Mall Bintulu
- Bintulu city Mall
- Menara LNG
- ABF Beach
- Kidurong Central
- Menara pelabuhan Kidurong
- Kidurong Club
- MacDonald Bintulu
- Taman Millenium Bintulu
- Taman Pendustrian Samalaju
- Perhentian 1Malaysia
- Kolam Renang Awam Bintulu
- Ibraco Bintulu
- Similajau Beach
- Spring Mall Bintulu
- Airport Bintulu
- Perpuskataan Bintulu
- Taman Pendustrian Samalaju
- Bourlevard Bintulu
- Stadium Bintulu
- KFC Bintulu
- Farley Bintulu
- The Peak Bintulu
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]w.dromoz.com/directory/maps/?epid=18648 Peta-peta tentang Bintulu]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBDA