Daerah Betong
Betong بتوڠ | |
---|---|
Koordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°EKoordinat: 1°24′45″N 111°31′30″E / 1.41250°N 111.52500°E | |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Bahagian | Bahagian Betong |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Daerah Betong |
• Pengerusi | Alfred Geling Ason |
• Jumlah ahli | 36 orang |
Keluasan | |
• Jumlah | 1,546 km2 (597 batu persegi) |
Penduduk (2022) | |
• Jumlah | 36,303 |
• Kepadatan | 23/km2 (61/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Daerah Betong ialah sebuah daerah di wilayah Sarawak, Malaysia.[1][2] Daerah ini adalah sebahagian daripada Bahagian Betong yang juga merangkumi Pusa, Spaoh, Debak, Maludam, Saratok, Roban, Kabong dan Nanga Budu.[3] Sebelum ini, ia terletak dibawah pentadbiran Bahagian Sri Aman dengan nama Saribas.
Kawasan pentadbiran utama bagi daerah ini ialah Bandar Betong yang juga merupakan daerah terbesar dalam Bahagian Betong. Daerah Betong mempunyai keluasan kira-kira 1,547 kilometer persegi (154,700.0 he).[4] Terdapat dua daerah kecil yang dibawah daerah Betong iaitu Debak dan Spaoh.[3]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama "Betong" diambil bersempena dengan nama sejenis pokok buluh tempatan yang banyak terdapat di daerah ini iaitu buluh betong. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Dendrocalamus asper.[5][6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sebelum daerah Betong terbentuk dalam Bahagian Betong, ia terletak di bawah pentadbiran sepenuhnya Bahagian Sri Aman dengan nama "Daerah Saribas". Pada 26 Mac 2002, ia telah dipisahkan sepenuhnya daripada Bahagian Sri Aman dan telah membentuk daerah serta bahagian baharu iaitu Bahagian Betong. Bandar Betong telah dipilih sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama bandar tersebut dipilih sebagai nama bahagian.[6] Betong adalah sebuah petempatan yang amat penting dari segi sejarah Sarawak kerana terdapat banyaknya peristiwa penentangan pemerintahan Brooke berlaku di sini.[6]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Betong terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Betong yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Betong. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Betong. Terdapat dua daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Spaoh dan Debak.
Politik
[sunting | sunting sumber]Daerah Betong diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Saribas (N35), Layar (N36) dan Bukit Saban (N37) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Betong (P204).
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Betong terletak di barat negeri Sarawak, dan di tenggara bahagian Betong. Daerah Betong bersempadan dengan daerah Saratok di utara, daerah Julau dan Pakan di timur laut, daerah Pusa di barat dan daerah Sri Aman di selatan.
Daerah Betong mempunyai keluasan kira-kira 1,546 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 685 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar manakala di bahagian timur daerah ini merupakan kawasan tanah tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Layar.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1970 | 34,741 | — |
1980 | 36,821 | +6.0% |
1991 | 43,993 | +19.5% |
2000 | 50,392 | +14.5% |
2010 | 60,728 | +20.5% |
2020 | 36,303 | −40.2% |
Sumber: [7] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Betong ialah seramai 36,303 orang dengan kepadatan penduduk 23 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 8,873 isi rumah dengan 12,132 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Betong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Namun penduduk berbangsa Melayu secara keseluruhannya membentuk kelompok paling besar di daerah ini jika dibandingkan dengan etnik lain. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 347 orang.[8][9]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 14,855 |
Bumiputera lain | 19,741 | |
Cina | 1,318 | |
India | 8 | |
Lain-lain | 34 | |
Bukan warganegara | - | 347 |
Jumlah | 36,303 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Di daerah Betong, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 54 peratus diikuti agama Islam sebanyak 43 peratus. Sebanyak hampir tiga peratus penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama membentuk kumpulan minoriti.
Agama | Jumlah |
---|---|
Kristian | 19,654 |
Islam | 15,591 |
Buddha | 907 |
Tidak beragama | 89 |
Lain-lain | 55 |
Hindu | 7 |
Jumlah | 36,303 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Toponymic Guidelines for Map and Other Editors for International Use" [Dokumen Toponimi Bagi Editor Peta Dan Lain-Lain Untuk Kegunaan Antarabangsa] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi. 2017. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-05-23. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ "Ini nama daerah, bahagian di Sarawak: Mohon permit pergerakan rentas daerah". sarawakvoice.com. Sarawak Voice. 7 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-31. Dicapai pada 31 Mei 2021.
- ^ a b M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN 983-2181-86-0. OCLC 85818866. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.
- ^ "Peta Pentadbiran Bahagian Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ Roskov Y.; Kunze T.; Orrell T.; Abucay L.; Paglinawan L.; Culham A.; Bailly N.; Kirk P.; Bourgoin T.; Baillargeon G.; Decock W.; De Wever A.; Didžiulis V. (2019). Species 2000 & ITIS Catalogue of Life: 2019 Annual Checklist. Species 2000: Naturalis, Leiden, the Netherlands. ISSN 2405-884X.
- ^ a b c "Sejarah Daerah Betong". betong.sarawak.gov.my. Pentadbiran Bahagian Betong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 20 November 2020.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Pentadbiran Bahagian Betong. Dicapai pada 12 Julai 2020.