Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Sultan Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Selangor serta segala daerah takluknya
Negeri
Penjawat kini
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj

sejak 22 November 2001
kemahkotaan 8 Mac 2003
Butiran
GelaranDuli Yang Maha Mulia
Pewaris takhtaTengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj,
Raja Muda Selangor
Penyandang pertamaSultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak Sultan Selangor
Wangsa Diraja
Bugis Luwu

Keluarga
Opu Daeng Chelak
Pembentukan1743; 281 tahun yang lalu (1743)
PersemayamanIstana Alam Shah, Klang
Laman sesawangwww.selangor.gov.my/index.php/pages/view/125

Sultan Selangor ialah gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Selangor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya".

Sultan Selangor berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri dan juga Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.

Senarai sultan

[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :

Bil Penyandang Pemerintahan
Yang di-Pertuan Besar Selangor
1 Raja Lumu ibni Daeng Chelak 1743 - 1766
Sultan Selangor
1 Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu) ibni Daeng Chelak 1766 - 1782
2 Sultan Ibrahim Shah 1782 - 1826
3 Sultan Muhammad Shah 1826 - 1857
4 Sultan Abdul Samad 1857 - 1898
5 Sultan Alauddin Sulaiman Shah 1898 - 1938
6 Sultan Hisamuddin Alam Shah 1938 - 1942
7 Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah 1942 - 1945
Sultan Hisamuddin Alam Shah (Kemahkotaan kedua) 1945 - 1960
8 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 1960 - 2001
9 Sultan Sharafuddin Idris Shah 2001 - kini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]