Broga
Broga ialah sebuah kawasan sempadan bagi dua negeri di Malaysia, Negeri Sembilan dan Selangor.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Broga ialah kawasan yang terkesan dengan perjanjian persefahaman antara Sultan Selangor dan Undang Sungei Ujong yang menyaksikan pertukaran beberapa kawasan di kedua-dua negeri[1].
Dalam kawasan di Negeri Sembilan, Broga ialah sebahagian daripada Lenggeng dalam daerah Seremban yang meliputi sebuah pekan dan beberapa buah kampung. Dalam kawasan di Selangor pula, kini ia merupakan sebahagian daripada Semenyih dalam daerah Hulu Langat yang meliputi sebuah bukit tumpuan pendaki, taman perumahan Taman Tasik Semenyih dan kampus luar negara cawangan tempatan Universiti Nottingham.
Asal usul nama
[sunting | sunting sumber]Nama Broga diambil daripada Sungai Broga yang dinamakan sempena raksasa mitos bernama Buragas iaitu makhluk dongeng yang tinggal di dalam hutan. Buragas dikatakan merupakan raksasa yang sangat besar, ganas, dan sesekali ia keluar mandi di kawasan air terjun berhampiran[2].
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Klang Pernah Berada Dalam Negeri Sembilan?". The Patriots. 30 Mei 2021. Dicapai pada 2 Julai 2023.
- ^ "Asal usul Broga sempena nama raksasa". Majoriti. 27 Disember 2021. Dicapai pada 2 Julai 2023.
Ibu negeri: Shah Alam | |||||||||||||||
Topik umum |
| ||||||||||||||
Bahagian pentadbiran | 9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah) Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) | ||||||||||||||
Majlis Bandaraya |
| ||||||||||||||
Majlis Perbandaran |
| ||||||||||||||
Majlis Daerah |
| ||||||||||||||
Bahagian pilihan raya |
| ||||||||||||||