Duli Yang Maha Mulia
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tatabahasa, gaya, kepaduan, nada, atau ejaan. (April 2023) |
Lagu Kebangsaan Negeri Selangor | |
Lirik | Pengarang tidak diketahui |
---|---|
Muzik | Saiful Bahri |
Diguna pakai | 1967 |
Sampel audio | |
Duli Yang Maha Mulia (instrumental) |
| |||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Duli Yang Maha Mulia (Jawi: دولي يڠ مها موليا) ialah lagu rasmi negeri Selangor, Malaysia yang diterima pakai pada tahun 1967. Penulis lirik tidak diketahui tetapi muziknya digubah dan disusun oleh Saiful Bahri, yang juga menggubah lagu negeri Melaka, Melaka Maju Jaya.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Lagu negeri Selangor yang pertama merupakan lagu rakyat bertajuk Chantek Manis yang dipilih oleh DYMM Almarhum Sultan Sulaiman Shah dan Raja Haji Bot.[2][3]
Lagu kedua negeri Selangor mula dimainkan pada tahun 1908. Lagu ini mempunyai rentak barat dan merupakan tafsiran semula lagu Chantek Manis . Penggubalnya ialah Daniel Ortego dari Filipina bersama senikata yang disusun oleh Persatuan Guru-guru Melayu Selangor.[3] Liriknya adalah seperti berikut:
- Allah selamatkan Duli Yang Maha Mulia,
- Kekal dan selamat di-atas Takhta,
- Panjangkan umur dan aman sentosa,
- Adil mewah murah memerintah rata,
- Daulat!
Dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor pada 26 November 1963, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mencadangkan supaya satu lagu lain dipilih memandangkan lagu sebelum ini kurang mempunyai unsur-unsur kesenian Melayu. Pada tahun 1967, baginda mengumumkan bahawa lagu itu akan digantikan dengan lagu kebangsaan yang digunakan sekarang.[3]
Lirik
[sunting | sunting sumber]Versi Terkini
[sunting | sunting sumber]Duli Yang Maha Mulia [4] | |
---|---|
Bahasa Melayu [5][6] | Tulisan Jawi |
دولي يڠ مها موليا
|
Lihat Juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ashari, Amirul Haswendy (2018-09-06). "'Dah berpuluh tahun menunggu'". HM Online. Dicapai pada 2020-05-08.
- ^ "Hari Ini Dalam Sejarah". web.archive.org. 2019-03-28. Dicapai pada 2024-04-28.
- ^ a b c "PERSETUJUAN PENERIMAAN LAGU KEBANGSAAN NEGERI SELANGOR". Hari Ini Dalam Sejarah: HIDS. Dicapai pada 2024-04-28.
- ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Selangor - Duli Yang Maha Mulia". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
- ^ a b c d e f g h Majlis Bandaraya Petaling Jaya. "Lagu Negeri Selangor - Duli Yang Maha Mulia" (PDF). www.mbpj.gov.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Selangor State Symbol, Flag and Anthem Diarkibkan 2005-04-08 di Wayback Machine
Lagu negeri, wilayah dan wilayah persekutuan di Malaysia |
|
---|---|
Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | Johor · Kedah · Kelantan · Melaka · Negeri Sembilan · Pahang · Perak · Perlis · Pulau Pinang · Selangor · Terengganu |
Timur Malaysia (Malaysia Borneo) | Sabah · Sarawak |
Wilayah Persekutuan | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur · Wilayah Persekutuan Labuan · Wilayah Persekutuan Putrajaya |
lihat juga: Malaysia |