Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label sayoran. Show all posts
Showing posts with label sayoran. Show all posts

01 March 2011

sayur bening bendi

 

bila tak balik kampung, memang ada saja aktiviti bersama kawan-kawan. kali ni buat projek pai labu. asalnya kami bertiga, last-last penuh rumah juga yang datang. dari pagi sampai petang, penuh dengan makan saja. 
sarapan pagi dibekalkan oleh cik fadlyaton yang cantik dan pandai masak kuih tradisional. bab pulut serah kat dia. pandai buat kuih lopis dan pulut inti. pagi tu kami makan pulut inti dan pulut dengan ikan gelama masin. kena pula dengan kopi panas seteko, memang terangkat. sebab semua dah kenyang, lunch di tunda ke pukul 2.30 petang. 


untuk lunch pula ada masak paru berlada, masak lemak kupang, sticky chicken wings, sayur bening bendi dan sambal belacan. chun tengok bendi ni di blog cik mat gebu. ni first time tengok bendi di masak macam ni. cik mat kata resepi sihat sebab main rebus saja. bila tengok resepi, semua bahan dah ada dalam gobok tu. jadi apa lagi, tiru saja lah. sedapnyaaa mak aii.. macam cik mat kata, ada masam, manis, pedas. kawan chun hirup sup macam tu saja. memang berbaloi buat. lepas ni pakai takde lah nak celur macam tu saja. makasih cik mat.

di kampung, selalunya bendi ni mak celur untuk di cicah dengan sambal belacan atau masukkan dalam gulai atau asam pedas. nama masakan ni pun chun tak tau. cik mat tak letak la pulak. kebetulan 2-3 hari lepas tengok di facebook kak jee, dia ada tulis pasal terliur tengok masakan di blog cik mat dan nak buat sayur bening bendi. jadi chun pun tanyalah. yang macam sup bendi tu ker kak jee? dan k jee pun iyakan soalan tu. makasih k jee, sudi juga layan soalan cek chun.
 

kaler tak cun.  masak lama barangkali. lepas tu chun biar terendam dalam sup tu pula.

 
 kopipes dari cik mat punya blog DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci, toskan
1/2 biji bawang besar. hiris
3 ulas bawang putih, dititik
2 biji cili hijau, belah 2 setiap satu
1 kiub pati ikan bilis "maggi"
2 keping asam gelugor
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satu kan bawang besar, bawang putih, air secukupnya, kiub ikan bilis dan asam gelugor, didih kan. Masukkan bendi tadi. Biar mendidih.
  2. Tambah garam secukup rasa dan secubt gula..kalau nak guna serbuk perasa pun ok. Masak hingga bendi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

28 December 2010

brokoli and tauhu bersiram

tu dia aih tajuk. padahal sayur biasa-biasa saja. tapi sebab kedua-dua benda ni kena bersiram dek kuah yang pekat tu, maka wajar sangatlah diletak nama macam kat atas tu. mudah dan murah saja nak menyediakan ni.

bahan-bahan
  • 1 brocoli 
  • 1 tauhu lembut saiz sederhana - potong kecil
  • 2 bawang putih - di dadu 
  • 2 bawang besar/bawang merah - hiris nipis
  • minyak zaitun
  • lada hitam 
  • sos seasoning Maggi
  • 2camb sos tiram
  • 1camt tepung jagung 
  • 1camt garam
  • sedikit air
  1. panaskan air dan letak 1camt garam. celur brokoli dan tauhu selama 3 minit.
  2. toskan dan letak di dalam pinggan hidang.
  3. panaskan mintak zaitun, tumis bawang hingga layu.
  4. masukkan sedikit air untuk membuat kuah. letak semua perasa dan lada hitam.
  5. masak selama 5 minit. pekatkan kuah dengan air bancuhan tepung jagung. 
  6. siram kuah diatas brokoli dan tauhu tadi. 

05 December 2010

sup tauhu telur dan udang

 chun suka makan segala jenis tauhu. senang cakap segala jenis makanan berasaskan soya. tauhu telur ni dibungkus panjang dan berwarna kuning. harga tak sampai pun seringgit. paling murah chun jumpa 55 sen saja. hiris dan goreng sebelum digunakan untuk memasak.

antara masakan yang paling popular untuk tauhu telur ialah sup. campurlah dengan segala macam sayuran. ada yang memekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung. terpulang pada citarasa masing-masing.

bahan-bahan
  • halia - julienne
  • bawang putih - hiris untuk menumis
  • 100gm udang - bersihkan, tinggalkan ekor sahaja
  • 2 bungkus tauhu telur - potong dan goreng dahulu
  • segenggam daun bawang  - potong sepanjang 2cm
  • sedikit daun sup - potong 2cm 
  • fresh grated black pepper
  • 1 camb sos tiram
  • garam
  • 2 cawan air
  1. tumis halia dan bawang hingga kekuningan. masukkan air. tunggu hingga mendidih.
  2. masukkan semua perasa dan udang. kacau sekejap saja. 
  3. masukkan daun bawang dan daun sup. kacau seminit dan angkat. 

29 August 2010

terong berlada dengan sotong

masakan ni memang peberet kat rumah. cuma goreng terung dan curah sambal di atasnya. balik kampung ari tu, kebetulan ada sotong brown yang kembang terendam tu dalam fridge. saja test letak sotong ni dalam sambal. chun tak pasti apa nama sotong ni. tapi beli dekat tesco memang murah. memang licin sampai besok depa siap order lagi :)

bahan-bahan
  • 2 ekor sotong brown
  • 5 biji terung
  • garam
  • kunyit
  • sos tiram
  • air asam jawa
  • gula
bahan di blender
  • 10 cili merah
  • 3 bawang putih
  • 3 bawang besar
  • 1cm belacan
  1. terung di potong menyerong, letak garam kunyit dan di goreng. boleh guna minyak banyak atau sedikit.
  2. tumis bahan blender hingga naik minyak. letak air asam jawa, sos tiram, garam dan gula.
  3. masukkan sotong yang di potong kecil. masak selama 5 minit dan curah atas terung.

18 July 2010

terung berlada

terung ni salah satu feberet chun. kalau masak macam ni, laju la sikit makan nasi. tambah dengan ikan kembong goreng pon dah marveles. cara masak ni pon senang. kalau bab sambalnya, chun rasa setiap orang punya resepi sambal masing-masing. ikut sesedap tangan tukang masak tu.

bahan
1 batang terung - potong panjang, letak garam kunyit.
5 cili merah
2 bawang besar
sedikit belacan
5 cili kering
sedikit halia
semua bahan ni ditumbuk.

1. terung digoreng dengan minyak sedikit saja, sebab chun guna kuali tefal. maka misi berjalan lancar tak melekat ya :)
2. tumis bahan yg ditumbuk sampai naik minyak, masukkan semua bahan perasa, letak sedikit air. masukkan semula terung yang telah digoreng.
3. kalau nak letak sambal yang telah masak diatas terung pon ok. bergantung pada taste masing-masing.

06 June 2010

masak lemak pucuk ubi n petai

tiba2 tringin nak makan pucuk ubi. murah aii..seikat singgit ja bli kat pasaq malam. dok pikiaq nak masak apa la ngan benda alah nih.. las2 try wat masak lomak macm kat kantin slalu buat tuh.

chun tumbok segenggam cilipadi ngan kunyit hidup, letak bawang sket. pucuk ubi tuh di kerat2 sepanjang 1 inci. kalau tanak kerat boleh celur dlu. agak masak baru letak santan n petai. leh makan sampai 3 ari woo.. punya la banyak. nak kasi kawan2, rasa tak menepati piawai masak lemak :P so makan sendri la..hehehe

06 April 2010

bayam masak air

cara masakan nih femes la kat kampong2. senang n mudah sebb main campak ja. chun guna

4 cili kering - gunting kecil2
1 baw besar - potong beso2
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
1 liter air
bayam 1 ikat

semua bahan tadi direbus. masukkan garam. bila mendidih baru masukkan sayur. kacau hingga masak. tauhu telo tuh saja campak jer sebab ada dalam fridge.
ni la lunch sempoi. malas nak masak. yang ni pon ok dah. teh se pot tuh wajib ari2. awet muda wo..hehe..

28 February 2010

bak choy ngan sos tiram

ikan bilis comey nih chun bli kat lumut. sedap. nama ikan apa ntah. kalo jenis besaq pon ada. goreng pastu letak je atas bak choy nih. semua orang pon pandai wat kan sayo nih. so takyah la resepi. pakai tumis bawang pastu letak sos tiram n perasa jer. nak pekat letak aiw tpung jagong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...