Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

21 December 2012

vanilla cupcake



Lama tak bersiaran. Rindu nak berbloging tapi tak berkesempatan. Banyak benda happened to me lately. Masak tetap macam biasa. Cuma ambil gambar saja yang tak dibuat.

Manusia memang payah dipuaskan. Ada kamera kecil, nak pula dslr. Dah ada kamera gedabak, rasa berat pula. Renyah nak guna. Laptop tadak slot memory card. Nampak iklan nikon1, hati meronta-ronta mau. Sebab comel dan kompak. Senang nak bawa di dalam beg. Ahh manusia... Ada saja yang tak kena. Walhal patut bersyukur dengan apa yang ada.

Berjuta alasan boleh ku bagi. Kalau dah malas update blog, sekupang pon tak guna cekchun.. Heh.
Cupcake vanilla ni sangatla sempoi dan mudah dibuat. Campak je semua bahan dalam mixer dan tunggu sampai kembang. Kena pulak stand bowl mixer hadiah kawan-kawan, ya Allah mudahnyaa kerjaku :') berjenama faber berkapasiti 250 watt, dengan chrome colour,  hati siapakah yang tak tertawan?
Terima kasih kawan-kawan di sksb. Korang tetap dihati.
Cupcake ni ialah ulangan.


03 August 2011

baked blueberry cheesecake


dua minggu lepas, aku kena penyakit ciskek. penyakit mahal yang bikin sakit hati kalau adunan tak menjadi. dalam dok menerai dan silap ni, adalah sekali kek tak menjadi. tu pun sebab isi durian rosak. dah masam. tapi sibuk gak nak letak dalam ciskek tu. last-last cik tong sampah yang ngap. 

dah la guna kuasa tangan untuk whip the cream and cheese. korang tau tak bahawasanya adunan cheese and sugar lagi payah nak beat or whip berbanding adunan butter and sugar? fakta tau nih. bukan auta. semua gara-gara nak bagi sedara mara kat kampung merasa ciskek durian yang sangat pemes kat tempat kerja tu. pulun berpeluhan memukul cheese hingga gebu, heh, takdenya gebu mana pun. horse power tangan aku sangat kurang.  

lepas habis gila ciskek durian, aku pulun pulak ciskek blueberry. ada resepi yang diberi oleh cik chah yang teror membaking tart yang cun. ada juga resepi yang di google dan di belek-belek sampai aku puas hati. sambil tenung resepi tu, dalam kepala dok imagine step-by-step nak buat ciskek nih. sampailah ke bab rasa pun, dok imagine sekali. this is what i meant by belek-belek. not just reading the recipe, otak pun jalan sekali. 

semua tempat aku skodeng. dekat Myresepi dan juga blog-blog tersohor. last-last pilih dari dapur puan erin ni jer. sebab guna satu blok cheese saja. masa nak bakar tu, lapik acuan dengan foil. ini tiru chef kat Secret Recipe. senang weh masa nak ngeluar kek yang dah masak. no need to use springform. tapi kena ratakan betul-betul la foil tu. kang tak smooth bawahnya macam kek aku kat bawah ni. heh. 



kopipes dari dapur ms Erin nih

Ingredients
Biscuit crumb base
  • 150gm Marie biscuits, crushed finely
  • 100gm Melted margarine

Cheese filling
  • 250gm Cream cheese
  • 50gm Margarine
  • 70gm Castor sugar
  • 140gm Plain yogurt
  • 2tbsp Lemon juice
  • 2tbsp Plain flour, sifted

Decoration
3tbsp Blueberry pie filling

Method
  1. Line a 8" cake tin with foil.
  2. Combine biscuit crumbs and melted margarine, mix well and press onto base of baking tin, chill in fridge till hardened.
  3. Using electric mixer beat cream cheese, margarine and sugar till smooth, add in yogurt and lemon juice, continue beating till well combined.Lastly add in sifted flour.
  4. Pour cheese mixture over crumb base, then spoon the blueberry filling around.
  5. Use a toothpick draw to get marble effect.
  6. Bake cheesecake in a water bath for 45 minutes or until set and golden brown at 170 degrees C (325 degrees F). Turn off oven and leave cake in the oven for 50 minutes. Then chill in the fridge overnight before serving.

31 July 2011

chilled durian cheesecake


sapa yang tak suka durian, sila angkat tangan?
ada la beberapa kerat saja kalau nak dibandingkan dengan orang yang suka.
so far, aku baru kenai dua orang yang tak makan durian. tu pun kalau buat bubur, dia hentam jugak.
kalau mat salleh tu, lain cerita la. sampai la aku heran apasal si andrew zimmer yang hebak makan ulat, scorpion, bangkai shark etc boleh muntah bila makan durian. iskkkkk.. rugi weh mr zimmer!!!
























kalau teringin, mesti aku pi cari kat Secret Recipe tu. eh.. ada durian ka kat sana? adaaaaaaaa.. in form of cheesecake. ni pun kalau kes cari durian betoi, tak jumpa-jumpa jugak. ada la 3 kali beli kat sana, so aku try google kot-kot boleh buat. and wallaa... 3 kali dah buat nih untuk jamu famili and friends.

resepi ni dapat dari http://www.theweekendchef.com.my/. rupanya dah lama ada. since august 2005. ni kopipes je.

Ingredients

Base (22cm non-stick springform pan)
  • 230g digestive biscuit crumbs 
  • 115g butter, melted 

Filling
  • 250g Kraft Philadelphia cream cheese 
  • 250g durian, chopped 
  • 2tbsps gelatine, dissolved in 100ml boiling water and cooled 
  • 115g castor sugar 
  • 300ml whipped cream 

Method
  1. Mix the biscuit crumbs with the melted butter and press into the base of the springform pan. Chill. 
  2. Mix the gelatine powder in a container with water. Put the container in warm water to prevent the gelatine from setting. 
  3. Beat the cream cheese and sugar with an electric mixer until smooth. Mix in the chopped durian and gelatine. Set aside. 
  4. Whip the cream until a soft peak forms. Fold whipped cream into the cream cheese mixture evenly.
  5. (This is the most important step! The mixture MUST be even. To check, scoop up a spoonful and dribble it back into the bowl. If you can see white streaks or spots, then it’s still uneven) 
  6. Pour the mixture onto the biscuit base and smooten top with a spatula. Chill overnight before serving. 
  7. Top with toasted almond nibs and serve cold. 

08 July 2011

butter cake

dah lama mencari resepi kek butter nih. selalu kalau buat kek kat rumah, geng-geng senior minta kek biasa saja. kek coklat depa tak mau. pahit katanya. depa tak tau ka kek coklat cek tu pemes seantero duniya??? hakhakhak. sekarang sejak rajin menerpa dapur orang ni, cek dah jumpa resepi kek yang sedap macam sicilian orange cake tu and this plain butter cake is definitely for keep.tempat terpemes untuk cari resepi of course le myresepi.com. memang boleh dipercayai sebab ramai akan buat dan tayang hasil masakan depa. jadi untuk yang baru nak belajar masak ker, baking ker, sila la terjah ke sana. tak hairanlah kalau kalau setiap kali ke sana, beratus-ratus yang online. 

Bahan-bahan ( saiz kek (acuan 9") )
Bahan A
  • 250 gm butter 
  • 200 gm gula 
  • 210 gm tepung gandum 
  • 1 tsp baking powder 
Bahan B
  • 5 biji telor 
Cara-cara
  1. Tuang semua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati.
  2. Selepas tu masukkan bahan B perlahan-lahan. 
  3. Putar lagi selam 4 - 5 minit (sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2).
  4. Sekiranya nak buat kek belang, boleh lah bahagi kepada 2 adunan (satu tambah serbuk koko, dan satu lagi plain) dan tuang kedalam acuan secara selang seli.
  5. Bakar 160 c selama 50 -60 minit atau uji dgn lidi dengan cucuk dibhg tengah kek. 
http://www.myresipi.com/top/detail/12461
resepi 2
Bahan-bahan ( loyang 20 inc )
  • 200gm gula castor
  • 250gm buttercup
  • 210gm self raising flour
  • 5 biji telur
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 sk esen vanilla
  1. Panaskan oven 180 celsius,pukul gula dan butter hngga kembang dan masukkan telur 1 per1 pukul terus.
  2. Masukkan tepung perlahan2 brsama dgn baking powder yg tlh di campur td dan masukkan esen vanilla,pukul rata dng kelajuan sederhana.
  3. Tuang adunan dlm loyang yg tlh di gris sdkit mentega dan di alas paper kek,lalu bakarlah selama 50-60 min hingga msk.
Kek butter ni mmg sedap dan amat lembut skali,cubalah...! 
by manjasayang

setelah dibelek-belek, chun guna kombinasi 2 resepi nih. bahan-bahan guna dari resepi 1 manakala method guna resepi 2. i also use plain flour with 1camt baking powder. 



hasilnya gebu dan lembut. butter cake ni kawan order untuk jamuan perpisahan staf. kek coklat 'pahit' cek  tu pun ada jugak. saja kasi kek banyak supaya semua makan sampai sendat :p
 

06 May 2011

carrot cake from Moscow

 
tadi berjalan-jalan kat rumah miszlullaby, nampak dia buat kek carrot untuk birthday kawannya. waduhhh.. menarik sungguh rupa kek itu. dengan mini carrot yang cute jadi hiasan. belek punya belek resepinya, cek chun tengok semua benda ada dalam gobok. apa lagi.. alhamdulillah.. menjadi jugak cubaan ni. thanks ya cik adik manis yang jauh di Moscow tu.

cuma tak sempat nak bercream cheese bagai. tak tahan dah nak rasa. lama betul tak makan carrot cake buatan sendiri. ni lah kali kedua cek chun buat kek ni. kedua-duanya guna different recipes and different methods. cek chun nak kopipes je nih.


bahan-bahan
  • 3 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 300 gram gula (di kisar)
  • 1/2 sudu teh garam*
  • 180 gram minyak jagung
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 285 gram tepung gandum (resipi asal gune tepung cake)*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 200 gram carrot di parut
  • 150 gram kacang walnut di patah-patahkan
Cream cheese frosting
  • 250gram cream cheese
  • 60gram butter
  • 120gram icing sugar
  • 1/2 biji lemon diparut kulitnye
  • 2 sudu makan lemon juice 
Hiasan:
  • kacang walnut ditumbuk kasar, coklat parut dan sedikit brown sugar. Gaul rata.


  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C.
  2. Satukan tepung dengan bahan-bahan yang bertanda (*), gaul rata dan ayakkan.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul. Masukkan garam.
  4. Masukkan minyak, pukul perlahan.Kemudian,masukkan vanilla essence.
  5. Masukkan adunan tepung kite tadi.Pukul sehingga adunan sebati. Tak payah lama-lama.
  6. Masukkan carrot yang di parut, dan kacang walnut. Kacau dengan spatula/senduk sehingga rata.
  7. Masukkan dalam bekas pembakar berbentuk segi empat berukuran 12" x 8", dan bakar pada suhu 180 C selama 50-60 minit sehingga masak.
  8. From cream cheese topping: pukul cream cheese, kemudian masukkan butter. Pukul. Then masukkan lemon zest dan lemon juice. Continue pukul sehingga pekat dan sapukan pada permukaan cake.
  9. Untuk hiasan: taburkan campuran kacang, coklat parut dan brown sugar tadi di keliling cake.

13 March 2011

puding koktel dan mafin labu keras

lama teringin nak buat mafin labu nih. masa jalan-jalan di rumah izah daut, nampak dia buat mafin labu yang mudah ni. mafin kukus yang gebu dan merekah dengan cantik sekali. geramnya tengok. dok berkira nak buat lama dah. tapi seru je belum sampai. bila ada sedara nak datang berkunjung, baru chun teringat balik resepi tu.

pulun kukus, rupanya tak menjadi pun. merekah jangan nak harap ler. rupanya keras ler. adoihhh. ni mesti tak ikut resepi betul-betul. takpa. lepas ni kita pulun lagi.


untuk pencuci mulut pula, kita makan puding koktel. potong kecil-kecil agar-agar dan campur dengan fruit cocktail dan  susu cair di dalam mangkuk besar. tambah ais batu banyak-banyak. nyaman.. macam biasa, chun selalu lupa nak beli tepung kastad. jadi jadilah agar-agar warna putih sebab menggunakan tepung jagung. resepi boleh ambil kat sini.

07 February 2011

banana chocholate square : gobu dan mantop

merata orang dah pulun buat, chun baru terhengeh-hengeh nak mengadun. buat pun untuk dibawa makan-makan dengan kawan sekerja. lembut saja kek nih. nak kata kek pisang, tapi ada coklat. memang wangi semerbak dalam rumah masa membakar.

chun buat dua adunan. masukkan dalam loyang yang disertakan dalam oven tu. selepas habis buat conteng-conteng dengan coklat, chun ketuk sikit loyang kasi semua rata. adunan ni agak keras. mulanya takut juga kot-kot tak jadi. alhamdulillah. ramai yang suka. atas tu chun tabur choc chip dan kismis.

ni chun guna resepi rima yang cun melecun - gambar, kek dan orangnya sekali.
thanks in advance ya rima. you are such an inspiration :)

Ingredients
1/2 cup butter - 113g
1 cup sugar
1 egg
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas) - chun guna 1 cawan pisang lenyek
1 1/2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
1/4 cup baking cocoa
1 cup chocolate chips
* tambah kismis dan hirisan badam untuk topping


Method
1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares

15 January 2011

apam padelpop yang kurang kaler

resepi masih sama. cuma tak cukup warna. sebab malas nak membasuh bekas banyak-banyak. tapi macam kurang ceria la pula. lepas ni memang akan buat lagi dan tak akan skip warna dah. tiga warna memang akan bikin apam ni cun.

chun guna serbuk santan untuk resepi ni. bancuh dengan air suam dan cukupkan 250ml. bila cukup time kukus, tengok-tengok kek masih goyang dangdut. aikk.. kenapakah? patutnya dah keras solid. takpa. teruskan usaha mengukus. mujoq jadi. tapi tu la, habis titik-titik hujan gerimis menimpa. ni dah letak foil nih atas acuan. lepas ni nak try balut tudung kukus dengan tuala pula. belek balik resepi. rupanya santan kara tu cuma 200ml. haa.. buat pandai lagi. lain kali baca betul-betul.

santan serbuk ni memang tak best. kurang wangi dan berlemak. lepas ni tobat takmau guna dah.

26 December 2010

apam padelpop

bila jengok-jengok di rumah ummi dan beberapa lagi rumah masakan, chun terperasan yang masing-masing mencuba apam pelangi ni. bila baca resepinya, amat lah mudah untuk dicuba. rupanya resepi dari rumah kak ilah jy.

memang best la apam ni. wangi jer bau santan tu.  bila bagi kat bebudak dua orang tu, kejap je depa habiskan. katanya sedap. selalu mak depa masak jer sedap. kali ni, auntie chun kembang kejap kena puji. depa kata rupa pon macam ais krim padelpop. lol. baru chun perasan. kaler macam aiskrim tu. berwarna-warni.

ni resepi chun kopipes dari rumah kak ilah jy. thanks ya :)

bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna - chun guna warna ungu, biru dan hijau

caranya:

1.pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu
2.masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
3.masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacu rata
4.bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak..

*chun sapu minyak pada loyang kek dan tutup permukaan loyang dengan aluminium foil.

25 December 2010

macaron ke macarena

cubaan pertama untuk memacaronkan diri. dah banyak hari buka dan tutup website. cari segala resepi macaron dan tip-tip berguna semasa membuatnya. siapa sangka ya, cuma gula, telur dan serbuk badam, boleh buatkan daku gundah gulana.

bila dah bakar, adoihh. nak tergelak pun ada. patutla ada yang sampai batch ke 10 baru macaron nak jadi. macaron chun buat bukan setakat tak ada foot, malah naik pun tidak. lol. gelak sorang-sorang sambil gulana dalam hati. penat aku baca tips semua bagai. hehehe.

manis benar lah macaron ni. memang bukan lah kegemaran chun. tapi ini baru part one. banyak lagi part bakal menyusul. baking mesti sampai jadi. in the mean time, erkkk rina, bak macaron sekotak?  hehehe

07 December 2010

red velvet untuk tersayang

 rv ni dibuat semalam. untuk meraikan kedatangan mak dan abah ke rumah. oleh sebab mak kurang suka rasa coklat yang pahit, chun buatkan kek ni untuk dia. selalunya dia minat kek oren. paling best sicilian orange cake tu la. tapi kali ni chun try bagi dia rasa kek merah pula.

resepi dari joy of baking. dah kali ketiga buat kek ni. kali ni, chun tak guna cream cheese. chun pakai butter cream lebihan kek kawen cik Mun tempoh hari. sapu nipis saja takut manis sangat. lepas tu tabur dengan kelapa kering.

26 November 2010

my first tier wedding cake and hopefully not the last

 minggu lepas memang sibuk dengan wedding sepupu kesayangan. rumah kami pun bersebelahan. memang dah anggap dia macam adik sendiri. kemana-mana pon bersama. kalau musim cuti sekolah, tak sah kalau dia dan adik-adik tak mengikut chun balik ke Penang. memang chun dah berjanji akan buat kek spesel untuk dia bila tiba hari besarnya nanti. sebenarnya nervous juga. selalu chun cuma buat kek choc moist saja untuk di jual. macam mana nak buat kek dua tingkat nih?

adik chun, si nuon pula sibuk suruh buat kek fondant. katanya teringin sangat nak menguli fondant dan membentuk segala macam objek atas kek. kalau ikut kreatifnya, memang la dia gifted. dengan kerja sebagai pelukis batik dan menjahit manik sebagai kerja part time, memang sah la dia boleh menguli dan membentuk fondant dengan kreatif. oleh sebab kak chun nya masih lagi bertatih dalam membuat buttercream, maka hasrat berfondant terpaksa dilupakan dulu. bila mengenangkan harga kelas fondant, terdiam seketika. takpa, kita kumpui duit pelan-pelan noo.

kek ni chun buat dalam masa sehari. pagi chun bakar sicilian orange cake dan choc moist cake. resepi kek oren yang sedap ni, chun dapat dari blog sis rima. tengah-tengah kek tu chun letak buttercream dan choc shaving. dibuat begitu semata-mata untuk meninggikan kek ku itu.lol. memang kek senget la. sicilian kek di tingkat atas, manakala choc moist kat bawah.

sepatutnya chun guna dua acuan untuk setiap kek. jadi cantikla sikit bila letak buttercream di tengah-tengah. bab-bab potong kek in half, memang la failed. tapi sebab acuan tak cukup, reda saja la dengan result macam nih. kedua-dua kek chun letak choc ganache. resepi ikut sedap letak saja. guna susu, cooking choc dan butter. buttercream pula chun ambil resepi dari wilton.

buttercream
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan shortening
  • 4 cawan gula aising 
  • sedikit susu @ air
  1. gula aising diayak. 
  2. whisk mentega dan shortening hingga gebu.
  3. masukkan gula aising sedikit demi sedikit. jika pekat, tambahkan air atau susu. 
bunga cantik tu pula chun beli yang dah siap di kedai bakeri. kat sana jugalah chun tanya soalan kat boss kedai - tokey, nak buat kek tingkat kena guna apa? macam mana mau pacak ni? memang kaki panjang ni ja ka? hahaha.. soklan ko.. jenuh apek tu menjawab. ilmu tu weh. ringan-ringan la mulut bertanya. rupanya senang saja nak buat. nanti mau buat dengan kek span pula. ada sapa-sapa mo tempahkah?  :-p

nuon pula tolong mendeko akar-akar dan daun yang melingkar. seronok tengok dia mendeko. bila dah rasa seronok, habis semua board dia nak paip buttercream :-p

cc: agak-agak bila i kawen, u boleh watkan kek fondant tak nuon?

19 November 2010

lemon cheesecake

mentang-mentang la lori strawbery terbalik, habis semua di hentam hias ngan benda alah ni
cheese cake ni dibuat atas permintaan adik chun. bila lalu jer di lorong dairy di tesco, terus dia minta buatkan cheese cake. nak yang lemon tu. macam Rachael Alan buat kat tv tu. hamboiii. siap ada description. bila minta duaploh hengget wat pengeras, laju je dia cakap tak de duit. tapi keep on merayu and merayu.

owhhh.. being a nice sister, kasihan la pulak tengoknya. capai dua ketol cheese dan buka pembalut nya on the spot. hahaha.. don't try this at tesco ehh. ada perasan resepi kat pembalut tu. so chun buka dan baca dan beli semua bahan-bahannya.

tapi sadly. i lost the recipe. terbuang semua benda dalam al tong sampah. aiseyyyyy..  cuma guna lemon, susu pekat, gelatin dan cheese. base guna sweet biscuit. chun beli digestive biscuit from tesco.

notes:

  1. agak lembik kerna tak tuang gelatin sepenuhnya. rupanya bila bekas gelatin dibasuh, gelatin terlekat dekat base bekas tersebut. cuai cuai cuai... sepatutnya chun scrap betul-betul bekas gelatin tu.
  2. lemon agak kureng in taste. chun beli se beg lemon, 5 biji rm4.90. semasa grated the zest, nuon dah bising-bising - awat lemon ni tak da kulit ni? betul la. nipis saja kulitnya. jus pon tak bes langsong. takpa la. cuba lagi. 
cc: biasa la kalau tak jadi atau tak sempurna sesuatu kek/masakan itu, yang pasti 1 atau 2 lesson anda dapat dari peristiwa tersebut. 

red velvet yang dah jadi. yahoooooooo


sempena aidil adha, chun pon try lagi membaking red velvet (rv). geram tengok rupa rv kat blog masakan yang lain. memang sedap kek ni. lain sikit rasanya. resepi ada dalam entry yang lepas. boleh la selak kat entry kek itu.
keratan rentas kek rv. gebu la. chun guna cheese frosting. gabungan masam dan manis yang menarik sukma. sekejap ja dah hampir licin. tapi masih tak merah menyala macam sepatutnya. mungkin serbuk koko terlajak ni. takpa, nanti chun try lagi. 
cc: don't give up to try and try until satisfied with the end product.

31 October 2010

red velvet yang sipi-sipi lagi nak jadi

ada nampak tak kegebuan kek ni. rongga-rongga yang mulus bak baldu. kena betoi la dengan nama nya. red velvet. tapi kenapa tak berapa red yer. aiseyy.. member silap ikut arahan lak. dah cakap 2 camca besar pewarna, dia tetap letak 1 camca jer. mungkin terkejut kot sebab merah bebeno dah bila di campurkan dengan buttermilk.

lepas tu chun p buat pandai lak. rasanya baca dah arahan. ayak la tepung, serbuk koko, garam dan baking soda. bila dah siap ayak, baru perasan something. baking soda kena masukkan dalam cuka la.. grrrrrrr.. tu laaa.. ingat semua kek kena ayak tepung ngan baking soda ka??

maka jadilah red velvet with double action baking soda. hehehe.. bila dah simpan dua hari, terserlah lah rasa baking soda tu. kek moist dan gebu. suka. suka. suka. sebab ini cubaan pertama, kami skipkan cheese frosting kat luar kek. takot kek tak jadi ke apa ke. mahai woo cheese :P

sangat terguda bila tengok blog-blog sifu masakan yang buat red velvet ni. cantik nya kek dorang. takpa. nanti chun try lagi.

resepi chun kopipes dari 
Joy of Baking
  • 2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 tablespoons (15 grams) Dutch-processed cocoa powder
  • 1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
  • 1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
  • 2 large eggs
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 cup (240 ml) buttermilk - yg ni chun guna susu segar + 1camb perahan lemon
  • 2 tablespoons liquid red food coloring
  • 1 teaspoon white distilled vinegar
  • 1 teaspoon baking soda
Method:
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two – 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.
  2. In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.
  3. In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes).
  4. Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
  5. In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring.
  6. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
  7. In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
  8. Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon.
  9. Bake in the preheated oven for approximately 25 – 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean.
  10. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan.
  11. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the freezer for at least an hour. (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)

Cream Cheese Frosting:
  • 2 sticks cream cheese, softened
  • 1 stick unsalted butter, softened
  • 1 tbsp vanilla extract
  • 3 cups of icing sugar
Whip the cream cheese and butter on medium-high speed until light and airy (about 2 minutes). Mix in vanilla. Then sift the icing sugar, slowly pour the sugar into the frosting. Mix until combined. Finally, scrape down the sides of the bowl. If the frosting seems too soft, allow it to chill for 15 minutes in the refrigerator.

26 October 2010

oreo cheese cake al ummi

 sedap tak nama cheese cake ni. sesedap kek nya la. chun guna resepi kak ummi yang sungguh senang dan sempoi tu. masa mula-mula baca tu, macam tak percaya. lepas tu tengok gambar kek, lagi la tak percaya. betoi ke kek yang sedap ni sikit saja bahannya. ni kali ke dua chun buat cheese cake. dulu pernah buat toblerone cheese cake, guna resepi yang tertera dekat pembungkus krim cheese tu.

tapi kan, kek ni agak leper la. acuan besar sangat. geram tengok kek kak ummi. tebal cantik ja. isi oreo ni pon dah terlebih satu cawan. sebab sayang nak buang, chun hentam masok semua. tapi sedap laa. siyesss.. cik ton n cik zah dah plan nak masak kek ni time raya haji ni. bagus la. sama-sama belajaq dan buat untuk lagi pandai.

chun kopipes ja resepi ummi nih.

 bahan-bahan
  • 30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
  • 1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling
  • 16 oz (2 cawan) cream cheese - chun guna 500gm.
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan sour cream - cari takde kat kedai, ganti dengan plain yogurt
  • 2 biji telor
  • 1 cawan oreo yang dicincang halus
  1. Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
  2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
  3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. 
  4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
  5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.


04 October 2010

cuppy cupcakes

entry ni khas untuk kawan chun, dekna yang menyambut besday dah lama. bulan lepas tapi baru berkesempatan nak meraikan hari ini. chun buat cupcake guna resepi yang dah buat hari tu. buat satu adunan saja. dapat 18 biji solo casing tu.

Dalam tu chun letak ketulan choc, esen vanila dah habih le. Jenoh dok godek cari merata. Rasanya hari tu ada sebotoi lagi. Resepi u all boleh check kat posting kek yang lepas. Chun cuma tukar self rising flour ke tepung gandum biasa + 1camt baking soda.tapi kenapakah atas nya berwarna begini? rasanya kuat sangat suhu oven nih. acuan lak yang paling kecik. bawah dah masak, tapi atas masih lembik, so kena guna api atas pulak, so chun grill dalam 2 minit ja kasi masak. kalau guna casing kecil, lepas ni kena rendahkan sikit suhu la. maybe 17o c ka.

14 September 2010

vanilla cupcakes

resepi ni chun dapat dari

http://www.cupcake-creations.com/cup-cake-recipe.html

Basic Vanilla Cup Cake Recipe

Ingredients

  • 5 oz (150g) Butter - softened
  • 5 oz (150g) superfine (castor) sugar
  • 6 oz (175g) self-raising flour
  • 3 eggs 1
  • tsp vanilla extract
  1. Pre-heat the oven to 350oF (180oC).
  2. Line a 12 cup cake pan, with cup cake papers.
  3. Crack the eggs into a cup and beat lightly with a fork.
  4. Place all the ingredients in a large bowl.
  5. Beat with an electric mixer for 2 minutes, until light and creamy.
  6. Divide the mixture evenly between the cake cases.
  7. Bake for 18-20 minutes until risen and firm to touch.
  8. Allow to cool for a few minutes and then transfer to a wire rack.
  9. Allow to cool fully before icing.
  10. Makes 12 cakes.
chun buat 4 adunan. aising plak buka blog otai-otai dan tengok kat sana. macam-macam jenis aising ada. nuon tolong letak semua edible stuf atas cupcakes tu. raya punya pasai, cupcakes pon mewah dengan hiasan dan warna.

18 July 2010

moist choc cake

choc cake yang sentiasa disukai ramai. hari ni chun try masak cara lain pulak. selalu bakar, tapi kali ni kukus. tapi sebab kat rumah takda pengukus, makan hasrat terpaksa dibatalkan. terpaksa bakar cara bain marie.

resepi ambil dekat blog ummi home sweet home

Bahan A:-

250 gm butter

1 cawan serbuk koko

1 cawan brown sugar/gula kastor

1 cawan susu cair

1 sudu besar nescafe

1/2 cawan susu manis

Bahan B:-

3 biji telor

1 sudu teh esen vanila

Bahan C:-

1 1/4 cawan tepung gandum *

1 sudu teh baking powder *

1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)

Cara Menyediakan:-

- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair

sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.

- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.

- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.

- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.

- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Bila telah sejuk,

keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan. Ummi tuangkan ganache dan ditabur

dengan coklat rice aje..

Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.


lepas sejuk, potong dan sesi ambil gambar pon berlangsung. untuk dapatkan shot ini saja, dekat 20x klik jugak la. chun sangat suka kalau ambil gambar di siang hari, supaya dapat gunakan cahaya semulajadi. gambar pon nampak menarik, tak perlu guna flash. chun takda dslr, bagai mana pun, benda alah tu tetap dalam igauan. pic atas ni tak guna flash. kurang menarik sebab cahaya tak cukup. jadi chun tak boleh nak fokus dekat-dekat. sebab kek pon siap di malam hari, maka terpaksa guna flash, macam pic kat atas sana tu.

ni konon-konon nak wat stylist sikit la, letak icing sugar bagai :) guna flash ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...