Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Edagang

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

Soalan:

Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru


dalam urus niaga. Banyak kesan yang timbul akibat urus niaga
melalui sistem elektronik ini. Bincangkan.
Contoh jawapan:
Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme
baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara
talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan
rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan
negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini.
Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa
sempadan ini adalah dapatmemudahkan dan mempercepatkan
urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang
ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama
ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini
boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya
kemudahan mengakses internet.
Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan
masa dan tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna
tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli
barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan
barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian.
Pengguna juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat
tentang pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan
dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau talian
elektronik yang lain.
Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan
pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk
membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi
peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej
pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di
seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan
promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat
maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan.

Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian


adalah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini
berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus
niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak
wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik
tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.
Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi.
Misalnya, akses internet yang lambat di sesetangah kawasan
menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian.
Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada
pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara
pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan
pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses
internet ataupun e-dagang.
Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan
negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan
dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara
ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi
dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama
untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan
setanding dengan negara luar.

Anda mungkin juga menyukai