Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

RASUAH

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH

PENCEGAHAN)
SOALAN:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu,
huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR-FAKTOR:
1.
Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
2.
Kelemahan kepimpinan
3.
Faktor perkembangan modenisasi
4.
Faktor sosial dan budaya
KESAN:
1.
Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas)
2.
Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
3.
Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti)
4.
Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
5.
Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
1.
Penguatkuasaan undang-undang
2.
Kempen kesedaran
3.
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
4.
Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
5.
Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan)
6.
Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)
CONTOH JAWAPAN:
Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara.
Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah
kegiatan rasuah ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi seseorang
induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral
seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini
sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa
sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama
berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan
pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara
berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah
terjebak dalam gejala rasuah.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini
seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan
pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu
dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari.
Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku
sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik
agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan
tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran
di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi
maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan
menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan
dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung
gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur
proses urusan.
Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala
rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara
kita bertambah maju tanpa rasuah.

URUS NIAGA DALAM TALIAN


Soalan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urus niaga.
Banyak kesan yang timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan.
Contoh jawapan:
Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan.
Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia.
Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem
elektronik ini.
Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah
dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan
e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan
sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya
kemudahan mengakses internet.
Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada pengguna.
Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan
keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan
melalui talian. Pengguna juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian
secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau
talian elektronik yang lain.
Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan
maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada
syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna
multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu
barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan.
Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku penyelewengan dalam
urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini.
Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang
dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna.
Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet yang lambat di
sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang
dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang
dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak
berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang.
Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri.
Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke
persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua
pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan
negara luar.

Anda mungkin juga menyukai