School Work, cb">
Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pengenalan B&K

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 22

1

1.0 PENGENALAN
Maksud Bimbingan dan Kaunseling adalah suatu konsep yang berkaitan dengan cara
membantu orang lain atau satu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar
memahami diri mereka. Mengadakan program bimbingan disekolah adalah satu tindakan formal
yang diambil oleh pihak sekolah dan dapat dimanfaatkan oleh yang memerlukan ( Shertzer &
Stone 1992 ).
Pertumbuhan dan perkembangan manusia bersifat kompleks kerana ianya terhasil
daripada proses biologi, kognitif, dan sosioemosi manusia. Dalam proses pertumbuhan dan
perkembangan tersebut, setiap individu melalui pengalaman yang berbeza dan akhirnya dan
akhirnya menjadikan setiap individu unik (santrock 2006). Memahami perkembangan kanak-
kanak adalah penting kepada ibu bapa , guru dan kaunselor sekolah dalam membantu mereka
memilih alternative yang sesuai apabila berhadapan dengan pelbagai masalah. Terdapat
pelbagai teori yang menerangkan tentang tahap perkembangan kanak-kanak dari pelbagai
aspek. Kognitif piaget dan teori Psikososial Erikson yang memperlihatkan bagaimana proses
pertumbuhan perkembangan itu berlaku bermula dari bayi sehingga ke zaman remaja dan
dewasa.
Langkah yang diambil oleh kerajaan meletakkan sekurang-kurangnya seorang guru
bimbingan yang bertauliah di sekolah rendah adalah suatu langkah yang amat dibanggakan.
Guru tersebut dapat memberi reaksi yang positif terhadap perkembangan pelajar di sekolah
tersebut. Pembangunan insan yang berkualiti seharusnya bermula di peringkat rendah lagi.
Kanak kanak akan mempelajari pelbagai aspek kehidupan bermula daripada sekolah rendah.
Malahan ada yang lebih tepat semenjak kanak-kanak berada di tadika lagi.
Selain itu, bidang tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling di sekolah rendah
ini meliputi bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental. Pada dasarnya
murid-murid tidak memahami konsep perkhidmatan kaunseling sekolah. Oleh itu, guru
kaunseling perlulah membuat penerangan dan promosi berkaitan perkhidmatan bimbingan
kaunseling ini.



2


2.0 Bincangkan sejauh manakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
rendah boleh memenuhi keperluan keperluan murid dari aspek psikologi,kognitif,
emosi, sosial dan kerjaya. Nyatakan bukti dan contoh yang relevan dan lampirkan bagi
setiap perkhidmatan di sekolah rendah.
Pembangunan serta pemesatan teknologi yang sedang dialami oleh negara telah mengundang
pelbagai perubahan serta kesan sampingan kepada masyarakat Malaysia khususnya kepada
golongan muda-mudi. Jika dilihat dari aspek murid-murid sekolah, perkembangan dan
kemajuan ini ternyata sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan terhadap psikologi, kognitif,
emosi, sosial dan kerjaya mereka. Suradi Salim (1996) pula mendefinisikan kaunseling sebagai
satu perhubungan yang dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang
membolehkan murid memperolehi kestailan intelek dan emosi bagi membolehkannya
menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh kepuasan
kendiri yang lebih tinggi.
Perkataan psikologi boleh diertikan sebagai kajian terhadap jiwa, mental dan rohani
manusia. Aspek psikologi ini berkaitan dengan cara pemikiran seseorang murid tersebut. Setiap
murid mempunyai cara pemikiran yang berbeza-beza. Menurut Ansbacher ( 1964), pendekatan
teori psikologi individu merangkumi kepercayaan bahawa seseorang individu itu kreatif dan
bersifat bertanggungjawab. Di samping itu, seorang individu juga sentiasa berusaha menuju ke
arah suatu matlamat dalam lingkungan hidupnya.
Menurut Othman Mohamed (1996), psikologi individu juga penuh dengan kepercayaan
bahawa seorang insan memang boleh dan berupaya membuat pilihan dengan sendiri. Teras
psikologi individu menumpu kepada ciri-ciri sosial manusia. Proses kaunseling biasanya
menumpukan kepada suatu pentaksiran tentang gaya hidup menyeluruh yang dipegang oleh
klien disamping menggunakan beberapa teknik yang sesuai. Namun begitu, interaksi empatik
seiring dengan kefahaman mendalam kaunselor akan minat sosial dan fiksyen terakhir kliennya
dapat menentukan hasil kaunseling yang mencapai matlamat sebenar (Othman Mohamed,
1996).


3

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), Kemahiran kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara
yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan,
mengkategori, merancang, menaakul dan menyelesaikan masalah. Teori perkembangan
kognitif dipelopori oleh Jean Piaget. Beliau menerangkan cara berfikir yang memberi kesan
kepada tingkah laku setiap individu. Bagi Piaget, proses pemikiran kanak-kanak berkembang
melalui empat tahap iaitu tahap sesori motor, tahap praoperasi, tahap operasi konkrit dan tahap
operasi formal. Pada tahap operasi konkrit kanak-kanak beransur menyelesaikan masalah
secara logik dan rasional.
Di sekolah, kanak-kanak yang berada pada tahap ini sudah boleh memahami konsep
penambahan dan pengurangan. Di sekolah rendah, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dapat membantu murid dengan melakukan aktiviti yang melibatkan imiginatif. Contohnya, guru
kaunseling dapat membuat aktiviti dan pertandingan melukis dan mewarna kepada murid
murid. Melalui cara ini perkembangan kognitif murid akan lebih cepat berkembang kerana
mereka lebih banyak menggunakan imiginasi mereka untuk melukis dan mewarna. Selain itu,
guru kaunseling juga boleh mendedahkan murid- murid dengan bahan rangsangan kreatif
seperti seni visual dan tayangan video. Ini kerana bahan tersebut dapat mensimulasikan
perkembangan kognitif kanak-kanak selain dapat menarik minat mereka untuk belajar.
Secara keseluruhannya, bimbingan dan kaunseling dapat memenuhi keperluan murid
dari aspek kognitif apabila murid dapat membina tabiat kerja yang baik. Contohnya, murid dapat
menyiapkan kerja sekolah dengan teratur dan menepati masa setelah mengenal pasti kekuatan
diri melalui sesi bimbingan dan kaunseling. Hal ini seterusnya akan mendorong murid untuk
membiasakan dirinya dengan hidup berdisiplin agar dapat mencapai matlamat perkembangan
kendiri yang munasabah.
Selain itu, perkembangan emosi juga amat penting bagi murid murid. Setiap murid
mempunyai pelbagai emosi yang tersendiri. Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang
positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif
pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas , marah,
sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Murid mempunyai pelbagai emosi dan guru dapat
mengesan masalah murid melalui emosi yang ditunjukkan. Contohnya, murid yang mempunyai
masalah akan menunjukkan emosi sedih dan marah manakala murid yang tidak mempunyai
masalah akan menunjukkan emosi gembira.
4

Di sekolah, guru kelas dapat membantu peranan tugas guru kaunseling dengan
mengenalpasti emosi murid murid. Guru perlu mengetahui emosi murid seperti sedih, marah,
suka, bimbang dan sebagainya. Setelah mengenalpasti emosi tersebut, guru kelas boleh
memberi maklumat kepada guru kaunseling. Tugas guru bimbingan dan kaunseling seterusnya
adalah untuk memberi jalan penyelesaian terhadap konflik emosi murid tersebut. Contohnya,
murid yang mengalami emosi sedih dan tidak dapat belajar dengan baik di dalam kelas, guru
kaunseling perlu mengenalpasti masalah murid tersebut yang menyebabkan dia bersedih dan
tidak dapat belajar dengan baik. Guru kaunseling akan membantu murid tersebut untuk
menyelesaikan masalahnya dengan cara yang terbaik. Pengurusan emosi perlu dikuasai oleh
seseorang kaunselor agar mereka dapat menolong untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid. Oleh itu, pengurusan emosi murid perlu diberi perhatian oleh guru
kaunseling dan juga guru kelas supaya pembelajaran murid dapat dijalankan dengan baik.
Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah sememangnya tidak boleh
dipertikaikan lagi. Hal ini kerana murid-murid menghabiskan separuh daripada hari mereka di
sekolah. Di sekolah, para guru khususnya guru bimbingan dan kaunseling bertanggungjawab
menyelesaikan segala jenis masalah emosi murid yang boleh mengganggu pencapaian
akademik murid seterusnya memenuhi keperluan emosi murid.
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima
oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Kemahiran sosial dalam kalangan murid juga
membolehkan mereka berkomunikasi dengan seseorang dengan lebih baik. Murid yang
mempunyai kemahiran sosial yang tinggi dapat bertolak ansur dan memahami situasi dengan
rakan-rakan mereka jika mempunyai sebarang masalah. Menurut Sallehudin Abdul Wahab
(1981), kebanyakan murid akan menemui guru bimbingan dan kaunseling apabila menghadapi
masalah dalam pelajaran, masalah najis dadah, masalah disipin dan masalah sosial.
Di sekolah pula, guru bimbingan kaunseling perlu mengenalpasti masalah sosial yang
dihadapi oleh murid disekolah. Ini kerana, sesetengah murid tidak dapat bersosial dengan baik
disekolah. Ada sesetengah murid yang tidak mempunyai kawan dan bersifat pendiam. Guru
kaunseling perlu bertindak dengan cara yang sepatutnya untuk mengatasi masalah ini. Hal ini
timbul disebabkan oleh beberapa faktor seperti latar belakang keluarga yang berbeza, taraf
ekonomi serta sosio budaya setempat. Oleh yang demikian, murid tersebut agak sukar untuk
berinteraksi dengan orang lain disebabkan oleh beberapa faktor tersebut. Dalam menangani
5

masalah ini, guru kaunseling dapat membantu mereka dengan melakukan aktiviti dalam
kumpulan. Contohnya, guru kaunseling memberi kerja kepada murid dan dikehendaki untuk
melakukannya di dalam kumpulan. Melalui cara ini, murid akan berinteraksi sesama mereka
untuk menyiapkan kerja tersebut. Mereka juga berikteraksi untuk menyelesaikan masalah
tersebut di dalam kumpulan dan secara tidak langsungnya murid akan belajar untuk bersosial
sesama mereka.
Kerjaya adalah keseluruhan bidang pekerjaan yang dialami oleh seseorang sepanjang
hayatnya (Mansor, 1987). Kepentingan menentukan kerjaya adalah penting kerana ia mungkin
akan menjadi sesuatu yang kekal jika membuat pilihan yang tepat dan sebaliknya jika jalan
yang dipilih kurang tepat. Kaunseling kerjaya merupakan satu aspek kaunseling yang penting
serta dinamik. Menurut Super (1981) mendefinisikan kaunseling kerjaya sebagai satu proses
menolong seseorang individu memperkembangkan dan menerima suatu gambaran lengkap
tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan dan seterusnya cuba berusaha
menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti supaya membawa kepada kepuasan kepada
dirinya serta masyarakat. Tugas guru kaunseling adalah membentuk sikap positif terhadap
dunia pekerjaan.
Selain itu, guru kaunseling juga perlu mendedahkan murid kepada bidang pekerjaan
yang ada di sekitarnya. Terdapat banyak pekerjaan yang dapat diceburi oleh murid-murid. Guru
kaunseling perlu mendedahkan cara bagaimana untuk menceburi sesuatu kerjaya yang diminati
oleh murid. Contohnya, jika murid tersebut berminat untuk menjadi seorang anggota polis, guru
kaunseling perlu memberitahu murid tersebut cara untuk menceburi bidang tersebut. Ini kerana
maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid dapat membantu mereka untuk menanam
azam dan cita- cita untuk menceburi bidang tersebut. Murid juga akan lebih jelas tentang
sesuatu kerjaya yang diminati dan lebih berminat untuk mencapai cita-citanya.
Selain itu, guru juga dapat mengesan minat dan kerjaya murid melalui beberapa cara.
Kerjaya yang sesuai kepada murid dapat membantu murid untuk lebih berminat belajar bagi
mencapai cita-citanya. Contohnya, guru kaunseling boleh membuat ujian kerjaya kepada murid
bagi mengenalpasti kerjaya yang sesuai kepada mereka. Melalui cara ini, murid akan lebih jelas
akan kerjaya yang patut dan sesuai diceburinya. Guru kaunseling perlu memberi bimbingan
serta pendedahan awal terhadap kerjaya yang dipilih. Guru kaunseling juga perlu memberikan
tumpuan kepada bidang-bidang yang sejajar dengan kebolehan dan minat murid.

6

3.0 Kaedah bagi mengenalpasti masalah murid






Dalam mengenalpasti masalah murid di sekolah, guru-guru dapat menggunakan
pelbagai cara. Selain ujian piawai yang digunakan, terdapat kaedah-kaedah lain untuk
mengenalpasti murid yang bermasalah. Antaranya ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian
adalah kaedah asas yang digunakan dalam teknik penilaian bukan ujian. Kaedah ini sering
digunakan untuk mendapatkan data klien dengan lebih terperinci, melihat keberkesanan
sesuatu tindakan yang diambil atau untuk menguji sesuatu anggapan terhadap pelajar ( Shetzer
& Stone 1992 ).
Pemerhatian dilakukan dalam situasi semulajadi terhadap klien yang dipilih dan
biasanya direkodkan. Pemerhatian sesuai digunakan terutamanya apabila kaunselor ingin
mengkaji perkembangan tingkah laku atau perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh
sesuatu perkara.
Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan data pelajar atau
klien. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang fakta, kepercayaan, perasaan dan
keperluan pelajar. Dalam mendapatkan sampel adalah lebih baik jika mengambil sampel yang
lebih besar bagi mengelakkan ralat. Dalam menyediakan soal selidik segala arahan dan butiran
mestilah selaras supaya semua yang terlibat menerima arahan dan butiran yang sama.
Responden hanya memilih dan dan membulatkan kenyataan yang sesuai. Mereka tidak perlu
menulis apa- apa.


Kaedah
-pemerhatian

-Rekod
Anekdot
-Temu Bual
-Soal Selidik
7

Selain itu, terdapat juga soal selidik tidak berstruktur di mana terdapat ruang kosong
untuk diisi oleh subjek kajian. Ketika menyediakan soal selidik tidak berstrukur tahap kebolehan
kognitif sampel yang dipilih perlu difikirkan terlebih dahulu. Melalui kaedah ini, maklumat dapat
dikumpul secara sistematik. Selain itu kaunselor juga dapat mengetahui sejauh mana
keberkesanan perkhidmatan bimbingan yang diberikan.
Dalam pada itu juga, satu lagi teknik yang dapat digunakan untuk mengumpul maklumat
pelajar adalah melalui rekod anekdot. Rekod anekdot merupakan keterangan ringkas berkaitan
dengan sesuatu peristiwa yang dilihat penting oleh pemerhati. Antara perkara yang terkandung
dalam rekod anekdot ialah seperti nama subjek yang diperhati, nama pemerhati, tarikh dan
masa pemerhatian, tempat pemerhatian, peristiwa yang diperhati dan masa. Rekod anekdot
perlu meliputi satu kawasan yang luas dan berbeza seperti bilik darjah, kantin, dalam bas dan di
padang. Shertzer dan Stone (1992) berpendapat adalah lebih baik mempunyai sedikitrekod
anekdot pelajar yang ramai jumlahnya daripada mempunyai banyak rekod anekdot yang
banyak mengenai seorang plejar yang bermasalah sahaja.
Selain itu, temu bual juga merupakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumat
pelajar. Temu bual memungut data mempunyai tujuan tertentu yang telah ditentukan oleh
kaunselor atau pengkaji. Soalan dirancang terlebih dahulu bagi memastikan maklumat yang
dikehendaki diperolehi. Penemu bual juga melihat gerak laku dan bahasa bukan lisan subjek
untuk menentukan kesahan maklumat yang diterima.
Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tidak boleh diperolehi
daripada kaedah lain. Contohnya adalah maklumat hubungan kekeluargaan seorang klien. Bagi
mendapatkan maklumat ini, guru kaunseling dapat menemu bual klien tentang latar belakang
keluarga murid. Melalui kaedah ini, murid akan menceritakan latar belakang mereka disamping
dapat mendengar masalah yang dihadapi oleh murid-murid.





8

4.0 LAPORAN CADANGAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG
20000 KUALA TERENGGANU

PROGRAM PENINGKATAN UPSR

PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6
BERSAMA IBU BAPA DAN MAJLIS TEMU MURNI


BERTEMPAT DI
DEWAN SK LADANG

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK LADANG















9

PENDAHULUAN

Kem Motavasi Tahun Enam merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dijadikan
sebagai program tahunan SK Ladang. Program ini dirangka bagi memberi kesedaran kepada
pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan ilmu pengetahuan demi masa hadapan mereka.
Program ini banyak menyumbang ke arah menyuntik semangat belajar para pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

MATLAMAT

Matlamat sebenar program motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan kesedaran di
kalangan pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar di samping
menggalakkan pembabitan ibu bapa dalam membimbing anak-anak untuk belajar serta
bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

RASIONAL/ OBJEKTIF

i. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tangungjawab mereka sebagai pelajar
dalam menimba ilmu pengetahun.

ii. Membimbing dan menyedarkan ibubapa tentang tangungjawab mereka membimbing
anak-anak mereka semasa dirumah.

iii. Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang
dalam UPSR serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam
kumpulan mereka.

iv. Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan emosi pelajar untuk menghadapi
UPSR .





10

SASARAN

Semua murid Tahun 6 seramai 47 orang
Ibu bapa murid Tahun 6

AHLI JAWATANKUASA

Satu mesyuarat atau perjumpaan bersama guru akan diadakan untuk mewujudkan
jawatankuasa kerja untuk menjayakan program ini. Antara jawatankuasa yang ditubuhkan
adalah seperti berikut:-

Pengerusi : Tuan Hj. Ghazali b. Abd Rahman (Guru Besar SKL)
Tim. Pengerusi1 : En Mohd Suhaimi b. Samat (PK Hem)
Tim. Pengerusi2 : En. Mohd Zakri b. Haron (PKKO)
Penyelaras : En. Mansor b. Yusof
Setiausaha : Mohamad Kamil Faizzudin Bin Nasir
AJK : Semua Guru Tahun 6 SK Ladang


TARIKH MOTIVASI

Motivasi ibu bapa ini akan diadakan pada tarikh yang berikut:

Tarikh : 20 Feb. 2014
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi


TENAGA PENCERAMAH

Pihak sekolah akan menjemput penceramah luar untuk menyampaikan motivasi yang menjurus
ke arah meningkankan kesedaran peranan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing anak-
anak untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

11

PERUNTUKAN KEWANGAN
Anggaran perbelanjaan
Perkara Kuantiti Jumlah
Saguhati Penceramah RM150.00 x seorang RM150.00
Jamuan RM3.00 x 100 orang RM300.00
Jumlah RM450.00

SUMBER KEWANGAN
i. Tabung kecemerlangan UPSR
ii. Bimbingan dan Kaunseling




PENUTUP

Semoga dengan perlaksanaan melaksanakan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan
segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang
selaras dengan misinya untuk menjadikan SK Ladang sekolah cemerlang dan terbilang.

Guru Penyayang Murid Berkualiti
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ...
(Mohamad Kamil Faizzudin ) ( Tn. Hj. Ghazali b. Abd Rahman )
S/usaha UPSR SK Ladang Guru Besar SKL





12

JAWATANKUASA PROGRAM MOTIVASI

Pengerusi : Tn. Hj. Ghazali b. Abd.Rahman (Guru Besar SKL)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Suhaimi b. Samat (PKHem)
Naib Pengerusi 2 : En. Mohd Zakri b. Haron (PKKo)
Penyelaras : En. Mansor b. Yusof
Setiausaha : Mohamad Kamil Faizzudin Bin Nasir




















BIL. JAWATANKUASA AJK
1. Pengacara Majlis - Pn. Nor Fatimah bt.Awang
2. Bacaan doa - UstazZamrib.Abdullah
3. Pendaftaran -YM.Tuan Rasidah bt. Tuan Harun
-En Mansor b. Yusof
4. Persiapan Tempat -Tn. Hj. Nik Mohd Nidzam b Nik Hashim
-En. Kolek@Khalid b Mohd Amin
5. Siaraya -En. Muhd Hazlam b. Hashim
6. Makanan dan minuman -Pn. Anita bt. Sujak
-Pn. Zubaidah bt. Mohamed Zain
13



TENTATIF

9.00-9.30 Pg : Pendaftaran Ibu Bapa
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengacara Majlis
Ucapan Tuan Guru Besar
Ceramah Motivasi Oleh Tn. Hj. Syed Othman B. Syed Hassan
Majlis Temu Murni Tahun 6
Majlis Bersurai















14

5.0 LAPORAN TEMU BUAL
LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
KEBANGSAAN LADANG, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TARIKH : 11 Februari 2014
MASA : 1.00 Tengahari
TEMPAT : Bilik guru Sk Ladang.

5.1 Latar belakang Guru Bimbingan dan Kaunseling
Bagi memenuhi skop tugasan EDU 3107 kursus bimbingan dan kaunseling kanak kanak, kami
telah menemu bual guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Ladang, Kuala
Terengganu. Temu bual ini telah dijalankan oleh dua orang guru pelatih dan seorang guru
kaunseling. Guru pelatih yang terlibat adalah saya sendiri iaitu Mohamad Kamil Faizuddin dan
Mohamad Fahmi Bin Zakaria. Manakala guru kaunseling yang telah di temu bual adalah
Nurfatimah Bt Awang.
Dalam temu bual yang kami lakukan, kami telah mendapatkan sedikit sebanyak
mengenai biodata beliau. Nama penuh beliau adalah Nurfatimah Bt Awang. Beliau berasal dari
Kampung Losong, Kuala Terengganu. Beliau telah berumur 39 tahun pada tahun ini.
Pengalaman beliau mengajar adalah beliau pernah mengajar di negeri Sabah selama 7 tahun
iaitu di SRJK St. Agnes. Beliau telah berpindah ke SK Ladang pada tahun 2011. Beliau telah
dilantik sebagai guru kaunseling di sekolah ini setelah berada di sini hampir setahun. Sepanjang
memegang jawatan sebagai guru kaunseling di sekolah ini, beliau telah banyak merancang dan
melaksanakan program unit kaunseling untuk murid-murid sekolah ini. Beliau juga banyak
terlibat dalam pembangunan sahsiah murid-murid di sekolah ini kerana rasa tanggungjawab
beliau sebagai seorang guru kaunseling. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi
dalam melaksanakan tugas yang diberi.


15

5.2 Kemahiran Asas Kaunseling








Berdasarkan temu bual yang dijalankan,kami mendapati bahawa kemahiran-kemahiran asas
yang digunakan oleh beliau adalah kemahiran mendengar, kemahiran memerhati, kemahiran
membina hubungan antara klien dan beberapa kemahiran yang berkaitan. Dalam kaunseling,
guru perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi mendapatkan maklumat yang
diingini. Ini bertujuan sebagai permulaan komunikasi dan memberi keyakinan dan memberi
keyakinan dan kepercayaan murid kepada guru kaunseling.
Selain itu, menurut beliau kemahiran yang perlu ada pada guru kaunseling adalah
kemahiran mendengar. Guru kaunseling perlu mempunyai kemahiran ini bagi mendengar setiap
masalah yang diceritakan oleh murid. Guru kaunseling perlu peka terhadap beberapa perkara
semasa mendengar masalah tersebut. Murid akan lebih selesa untuk menceritakan setiap
masalah mereka jika guru kaunseling dapat menguasai kemahiran mendengar ini. Guru
kaunseling juga perlu menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Guru perlu pandai
berkomunikasi dengan murid semasa sesi kaunseling dilaksanakan. Ini kerana murid akan lebih
mempercayai guru dan dapat berkongsi setiap masalah mereka jika guru dapat menggunakan
kemahiran ini dengan sebaiknya.
Dalam pada itu juga,guru kaunseling juga perlu menguasai kemahiran menyoal.
Kemahiran ini perlu dikuasai bagi mendapatkan maklumat daripada murid.. Murid akan merasa
tidak tertekan dengan soalan yang ditanya oleh guru kaunseling kerana guru telah menguasai
kemahiran ini dengan baik. Selain itu, guru juga perlu menguasai kemahiran memerhati.
Kemahiran Asas
- Kemahiran
mendengar
-kemahiran
perhubungan
-Kemahiran
komunikasi
-kemahiran
menyoal

-kemahiran
membalas
16

Kemahiran ini amat diperlukan oleh guru kaunseling kerana melalui pemerhatian guru dapat
mengenalpasti murid yang bermasalah. Contohnya, guru dapat melihat murid yang bermasalah
melalui emosi yang ditunjukkan. Murid yang mempunyai emosi marah dan sedih kebiasaannya
mempunyai masalah. Dari ekspresi yang ditunjukkan ini, maka guru akan lebih senang untuk
mengesan masalah mereka.
Menurut beliau juga, unit kaunseling di sekolah ini telah mengadakan beberapa program
di sekolah bagi pembangunan sahsiah murid. Antaranya ialah Program Kem Motivasi dan juga
Kem Solat kepada murid-murid. Program- program ini telah dijalankan pada awal tahun ini dan
mendapat kerjasama daripada guru-guru lain. Kem Solat telah diadakan di Dewan Sk Ladang
dengan kerjasam daripada beberapa orang ustaz dan ustazah bagi menjayakan program
tersebut. Kem ini telah dijalankan selama 1 hari bagi murid-murid tahun 5 dan tahun 6 Sk
Ladang.


Disediakan Oleh, 11 Februari 2014
.
( MOHAMAD KAMIL FAIZZUDIN)









17

5.3 Cabaran Yang dihadapi dalam melaksanakan program bimbingan kaunseling
Setelah menjalankan temubual berkaitan cabaran yang dihadapi, kami mendapati
terdapat cabaran yang baru dan pertama kali kami temui. Menurut beliau, penyeimbangan serta
menyesuaikan ciri personal dengan permintaan tugasan professional menjadi satu masalah.
Masalah ini timbul kerana kekangan masa yang ada ada beliau untuk menjalankan dua
pekerjaan dalam satu masa. Pn. Fatimah merupakan guru bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam bagi tahun 3, 4 dan 5. Masa pengajaran beliau adalah 33 waktu seminggu. Hal ini
membataskan komitmen beliau dalam menjadi guru bimbingan dan kaunseling di SK Ladang
kerana terpaka melakukan lebih dari satu kerja.
Corey (1996) melalui pemerhatiannya kepada kaunselor telah membincangkan
beberapa isu termasuklah bagaimana kaunselor menangani tekanan sendiri, membuat
pernyataan sendiri, menerima kelemahan diri, memenangani klien yang terlalu cerewet,
menerima hasil kaunseling yang tidak seberapa, menghalang diri dari memikirkan klien,
mewujudkan jenaka, menetapkan matlamat yang realistik, berkongsi tanggungjawab klien, dan
membentuk stail kaunseling yang tersendiri.
Dalam melaksanakan aktiviti di sekolah, terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi
oleh guru kaunseling untuk menjalankan sesuatu aktiviti. Antaranya ialah, guru kaunseling
menghadapi kekangan masa yang diperuntukkan di sekolah. Mereka tidak mempunyai masa
yang secukupnya untuk membuat aktiviti kepada murid. Contohnya, guru kaunseling terpaksa
mencari satu masa yang sesuai bagi menjalankan program motivasi di sekolah.
Selain itu, guru kaunseling juga menghadapi masalah dan cabaran daripada murid itu
sendiri. Ini kerana terdapat sesetengah murid tidak mahu mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh
pihak kaunseling. Mereka tidak memberi kerjasama dan tidak berminat untuk menyertai
sebarang aktiviti yang dijalankan oleh guru kaunseling. Hal ini timbul disebabkan oleh beberapa
masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Contohnya, guru kaunseling membuat aktiviti
ceramah kesedaran anti merokok di sekolah. Apabila ceramah tersebut dilakukan, terdapat
segelintir murid yang tidak mengikuti ceramah tersebut kerana tidak hadir ke sekolah dan
ponteng.


18

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling ialah kekurangan dana. Guru
kaunseling mengalami masalah untuk membuat sesuatu program dan juga aktiviti kepada murid
kerana dana yang diperuntukkan adalah terlalu sedikit dan terhad. Oleh hal yang demikian,
banyak aktiviti yang tidak dapat dijalankan oleh guru kaunseling di sekolah disebabkan dana
yang terhad. Ada juga sesetengah aktiviti yang dijalankan menggunakan duit daripada kutipan
guru-guru sendiri. Guruguru mengeluarkan belanja bagi membiayai sesuatu program yang
ingin dilaksanakan. Hal ini tidak mematahkan semangat guru kaunseling untuk terus membuat
aktiviti untuk pembangunan sahsiah murid-murid di sekolah.
Guru kaunseling juga menghadapi masalah kurang kerjasama daripada ibu bapa bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama
yang baik kepada guru kaunseling untuk menjayakan aktiviti yang dirancang. Oleh itu, aktiviti
yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan baik. Sebagai contoh, apabila guru kaunseling
mengadakan kem motivasi,terdapat ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka menyertai
program tersebut. Malah ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mengambil tahu setiap aktiviti
yang dirancang untuk anak-anak mereka. Mereka masih beranggapan bahawa aktiviti yang
dilaksanakan tidak memberi kesan yang positif kepada anak-anak mereka.











19

6.0 Refleksi
Alhamdullilah, Syukur kepada Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan EDU 3107 ini dengan jayanya. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing kami iaitu En. Abdul Halim Bin Ismail dan juga En. Mohd Anuwi Bin
Husain kerana banyak membantu kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa dorongan dan tunjuk
ajar daripada beliau, tugasan ini amat sukar untuk disiapkan dengan baik. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini bersama. Segala
usaha dan tunjuk ajar amat dihargai.
Dalam menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kekuatan yang telah dapat
dikenalpasti. Antaranya ialah saya telah mengetahui kepentingan unit bimbingan kaunseling di
sekolah rendah. Sememangnya, unit bimbingan dan kaunseling amat diperlukan di sekolah
rendah. Hal ini kerana unit bimbingan dan kaunseling dapat membantu meringankan kerja yang
dihadapi oleh guru di sekolah. Misalnya, kebanyakkan program motivasi dan program yang
berkaitan diuruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Guru kaunseling banyak
membantu dalam menjayakan sesuatu program yang melibatkan murid. Oleh hal demikian,
guru kaunseling juga dianggap penting dan nadi kepada sesebuah sekolah.
Selain itu, saya juga telah mengetahui beberapa kaedah yang digunakan oleh guru
kaunseling dalam mengenalpasti masalah murid di sekolah. Sememangnya terdapat banyak
masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah. Tugas guru kaunseling adalah untuk membantu
murid menyelesaikan masalah mereka. Antara contoh kaedah yang telah digunakan oleh para
guru di sekolah untuk mengenalpasti masalah murid adalah dengan membuat temu bual,
kaedah pemerhatian dan juga kaedah soal selidik. Melalui kaedah tersebut guru akan
mendapat maklumat yang diperlukan dan dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid di sekolah.
Selain itu, dalam menyiapkan tugasan ini saya telah belajar cara untuk menghasilkan
kertas kerja yang baik bagi menjayakan sesuatu program di sekolah. Ini kerana saya telah
mendapat tunjuk ajar daripada guru kaunseling untuk menghasilkan kertas kerja yang baik.
Pemilihan aktiviti yang sesuai juga perlu diambil kira bagi sesuatu program supaya program
tersebut dapat memberi impak yang penuh kepada tingkah laku murid. Guru kaunseling akan
mengambil kira beberapa faktor yang dapat memenuhi keperluan murid sebelum mengadakan
sebarang program yang melibatkan mereka di sekolah. Hal ini kerana guru kaunseling mahu
melihat perubahan yang positif kepada murid hasil daripada program yang dilaksanakan. Saya
20

telah diberi tunjuk ajar untuk memilih aktiviti dan program yang sesuai untuk dilaksanakan di
sekolah.
Dalam pada itu juga terdapat beberapa kelemahan yang telah dapat dikenalpasti
semasa menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah pengurusan masa yang dihadapi oleh saya.
Saya menghadapi masalah ini kerana terdapat beberapa program yang dilaksanakan di sekolah
yang melibatkan unit bimbingan dan kaunseling. Saya terlambat untuk menemu bual guru
bimbingan kaunseling bagi mendapatkan biodata beliau dan maklumat berkenaan.
Selain itu, kelemahan lain yang telah dikenalpasti ialah sumber rujukan yang terhad.
Saya telah menghadapi masalah untuk membuat rujukan bagi menyiapkan tugasan ini. Hal ini
kerana sumber rujukan di perpustakaan amat terhad dan sesetengah tajuk tidak berkaitan
dengan tugasan yang diberi. Ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan maklumat yang
jelas terhadap tugasan ini.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat temu janji dengan guru kaunseling
untuk berjumpa dengan beliau. Hasil daripada temu janji tersebut, saya telah mendapat
kebenaran untuk menemu ramah beliau walaupun menghadapi kekangan masa. Saya
bersyukur dapat menemu ramah beliau bagi mendapatkan beberapa maklumat yang
diperlukan. Beliau juga memberi kerjasama yang baik kepada kami bagi menyiapkan tugasan
ini. Beliau telah memberi banyak input yang berguna kepada kami dalam temu ramah yang
dijalankan.
Bagi mengatasi masalah kedua, saya telah menggunakan pelbagai cara dan kaedah
untuk mendapatkan maklumat. Saya tidak hanya bergantung pada buku di perpustakaan
sahaja. Tetapi, saya juga telah membuat rujukan daripada sumber internet dan juga beberapa
jurnal yang berkaitan. Hasilnya,saya telah mendapat maklumat yang di perlukan bagi
menyiapkan tugasan ini.
Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan yang diberi ini samada secara langsung mahupun tidak. Segala kerjasama
dan usaha yang diberi amat dihargai. Sekian.



21

7.0 BIBLIOGRAFI
Buku
Amia Salleh, Zuria Mohamad, Salleh Mat, 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah
(Edisi Kedua). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.
Mok Song Sang, 2009. Pengurusan Bimbingan dan Kauseling. Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd. Puchong, Selangor.
Arthur P. Lloyd, Aminah Hj. Hashim, 1988. Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pencetakan
Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor.
Lee K.K. Ee Ah Meng, Supiah Nachippan, Taquddin A.M, 2012. Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-Kanak.
Santrock, J. W. 2006 . Life Span Development. Edisi kesepuluh.
New York : McGraw- Hill.
Shertzer, B.& stone. S. C 1992. Asas asas bimbingan ( Terj. Amla Salleh).
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ansbacher, H.L. dan R.R Ansbacher, (Eds.). 1994. The individual psychology of Alfred Adler.
New York : Harper Colophon Books, Harper & Row Publishers.
Othman Mohamed. 1996. Teori-Teori Kaunseling dan Psikoterapi.
Serdang : IDEAL, Universiti Putra Malaysia.






22

Internet
Mazita. (2013). Perbezaan Antara Psikoterapi, Kaunseling dan Bimbingan. Nota Kehidupan. Di
akses dari http://mazitakaunselor.blogspot.com/2013/03/perbezaan-antara-psikoterapi-
kaunseling.html pada 5 Februari 2014
Ali. (n.d.). Peranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Menangani Masalah Disiplin Pelajar
Di Sekolah. Di akses dari http://aesnote.blogspot.com/2012/12/peranan-guru-bimbingan-
dan-kaunseling.html pada 6 Februari 2014
Chan S.H. (2003). Pengertian, Rasional Dan Objektif Bimbaingan Dan Kaunseling. Di akses
dari http://chansiewhon.tripod.com/interest.htm pada 10 Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai