Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Refleksi Program Khidmat Masyarakat

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Program Bina Insan Guru IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka

Nama Bidang Pengkhususan Tarikh : Lee Geok Hoon ( 660710-04-5048 ) : Pengajian Sosial Ambilan Nov 2009 : 7 Disember 2012

Refleksi Program Khidmat Masyarakat


Sebagai satu aktiviti yang wajib dijalankan dalam program pengkhususan PGSR, kami telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat ( Keceriaan Mural ) yang telah dirancang dalam program Insan Guru. Pada 7 Dec 2012, kumpulan PGSR ambilan November 2009 unit Pengajian Sosial seramai 25 orang pelajar telah menjalankan Program Bina Insan Guru ( BIG ) berupa program khidmat masyarakat yang berada di Rumah Anak Laki-Laki Tun Abd. Aziz, Durian Daun, Melaka. Program ini telah berlangsung dari pukul 7.30 pagi hingga 12.30 petang. Rumah Budak Laki-Laki Tun Abd. Aziz adalah sebuah institusi perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia diitubuhkan pada tahun 1935 dan dikenali bangunan "Old Marine Police Station" . Ia dibaiki, diubahsuai dan diambil alih dan menjadi tempat perlindungan 20 orang budak laki-laki yang berusia 18 tahun ke bawah. Namun begitu operasi tersebut tergendala akibat dari perang dunia kedua dan pada tahun 1950 dengan perbelanjaan sebanyak RM 78 ribu, hasil sumbangan orang ramai, Tabung Persatuan, Majlis Pusat Kabajikan Malaya dan JKM, bangunan baru telah dibina di Durian Daun serta dirasmikan oleh Sir Gerald Templer.

Kami dimaklumkan budak laki-laki di sini adalah dalam linkungan umur 12 hingga 18 tahun. Mereka dihantar ke sini disebabkan ada segolongan ditinggalkan oleh ibu bapa mereka, ada pula yang ibu bapa mereka merupakan penagih dadah yang tidak dapat menjaga kehidupan mereka. Ada pula yang telah menjalankan kesalahan jenayah dan di hantar ke sini. Merekalah golongan yang kurang diberi kasih sayang atau pemerhatian dari mana-mana pihak. Kami serombongan 25 orang pelajar tiba di rumah laki-laki pada 7.30 pagi dengan beberapa buah kereta pelajar. Destinasi kami memang dekat dengan maktab kami. Sebelum itu, kami telah pun membersihkan kedua-dua lukisan lama yang ada pada dinding bangunan asrama. Kami mengecat warna putih pada dinding supaya nampak baru dan bersih untuk melukis mural yang baru pada kedua-dua dinding itu. Kami melukis mural mulai pukul 8 pagi,. Sungguhpun matahari teriak memancar, semua pelajar bertungkus lumus mewarna dan menyempurnakan kedua-dua mural itu. Lukisan mural itu disertai dengan kata-kata murni seperti kasih sayang, berbudi bahasa, sopan santun, akhlak mulia semoga kanak lakilaki di rumah ini dapat mempraktikkan amalan amalan yang murni ini. Satu lagi mural disertakan dengan kata Jadikan Pengalaman Yang Lalu Sebagai Benteng Dalam Kehidupan Semoga kata-kata ini dapat memotivasi budak laki-laki ini demi menghadapi jalan di hadapan mereka. Kami sempat bertemubual dengan satu atau dua budak di situ semasa kami mengecat mural itu. Antaranya seorang yang bernama Firdaus yang berasal dari Kelantan mengatakan dia ditinggalkan begitu sahaja oleh ibunya di hospital kerana kedua-dua ibu bapanya merupakan penagih dadah. Dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal siapa bapanya. Dia adalah anak sulung dalam keluarga. Ketiga-tiga orang adiknya pula berada di rumah kanak-kanak di Cheras. Begitu sedih apabila mendengar ceritanya. Mereka dibiarkan begitu sahaja setelah dilahirkan. Mereka tidak kenal dan tidak pernah rasa apa itu kasih

sayang. Oleh itu, budak-budak di sini adalah kurang dari segi pembentukan sahsiah dan akhlak. Majlis ditutup dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi majlis iaitu En Norizam B. Mohd. Junid. Pn Zainon Bt Soli, Timbalan Pengetua Rumah Lakilaki Tun Abd. Aziz pula mengucapkan terima kasih atas kesudian kami melukis mural yang amat bermakna itu. Pada lebih kurang 12.30 petang, kami pun menuju ke arah balik IPGM. Program Khidmat Masyrakat ini telah memberi pendedahan kepada kami pelajar PGSR menyelenggarakan sebuah program dan seterusnya menguruskan pentadbiran dalam sesuatu organisasi. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menabur bakti kepada masyarakat yang memerlukan.Di samping itu, ia dapat memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanaakan tugasan secara berkumpulan. Saya berpendapat program ini memang sangat bererti dan membawa banyak manfaat kepada pelajar PGSR dan warga rumah anak lakilaki Tun Abd. Aziz, Durian Daun, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai