Amalan Kerja Selamat
Amalan Kerja Selamat
Amalan Kerja Selamat
KONTRAKTOR
Mengadakan penyenggaraan jentera ,sistem dan persekitaran yang selamat. Mengadakan garis panduan berkaitan,latihan,penyenggaraan, dan maklumat bersesuaian. Menjalankan operasi kerja dalam cara untuk memastikan kawasan dan penduduk sekitar tidak terdedah kepada bahaya dan risiko keselamatan.
PEKERJA
Mengambil langkah-langkah keselamatan dan kesihatan mereka sendiri bersama pekerja lain. Bekerjasama dengan pengurusan majikan dalam mematuhi segala garis panduan ,prosedur dan undang-undang. Menggunakan semua alat keselamatan dan pakaian perlindungan serta bertanggungjawab terhadap penyimpanan selamat barangan tersebut. Memahirkan diri dengan prosedur laporan kemalangan,bantuan kecemasan,kebakaran,banjir dan letupan di tempat kerja.
PIHAK PENGURUSAN
Mahir dalam polisi keselamatan. Memantau operasi,jentera dan tempat kerja agar ia sentiasa patuh kepada polisi. Memastikan pekerja mempunyai latihan dan pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya di tempat kerja. Memastikan alat keselamatan dan pakaian perlindungan mencukupi dan digunakan dengan bersesuaian. Membuat siasatan segera apabila berlaku kemalangan bagi mengenalpasti punca. Mendokumenkan kejadian kemalangan dengan sempurna sebagai rujukan dan tindakan.
PAPAN TANDA
Papan tanda yang menandakan zon kerja dan juga papan penghadang perlu diadakan. Papan tanda diletakkan disebelah kiri jalan bagi jalan 1 lorong dan diletakkan pada kedua-dua belah jalan jika jalan 2 lorong. Tujuannya adalah memberitahu pengguna,melindungi pekerja,melancarkan aliran lalu lintas dan melindungi orang awam. Rekabentuk papan tanda sementara perlu mengikut keperluan biasa papan tanda lalulintas.
KAWASAN KERJA
Manakala, dalam zon kerja itu sendiri perlu dirancang supaya ada bentuk-bentuk pengawalan dan pengurusan agar perlindungan kepada pekerja sentiasa diutamakan : Antara kawasan dalam zon kerja yang perlu diadakan adalah seperti berikut :
1. 2. 3. 4. 5. Kawasan amaran awal Kawasan peralihan. Kawasan mampan(buffer space) Kawasan perlaksanaan kerja Kawasan luar kerja.
ALATAN KESELAMATAN
Antara alatan yang digunakan adalah :
1. 2. 3. 4. 5. 6. Cermin mata Sarung tangan Topi keselamatan Kasut keselamatan Earmuff Tali pengikat.