Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Modul: Politeknik

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 1

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

C4006
ATURCARA KONTRAK &
UKUR BINAAA 2

MOHD SAFRI BIN OMAR (POLISAS)

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 2

UNIT 4

WANG KOS PRIMA DAN WANG PERUNTUKAN


SEMENTARA, MENANGGUNG RUGI KERAJAAN MENGENAI
KECEDERAAN DIRI DAN KEROSAKAN HARTA BENDA DAN
INSURAN TERHADAP KECEDERAAN DIRI DAN KEROSAKAN
HARTA BENDA

Objektif am: Mempelajari dan memahami Syarat – syarat Kontrak Setara


JKR 203A Fasal 30, Fasal 32 dan Fasal 33.

Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

 Menyatakan kehendak Fasal 30 mengenai Wang Kos Prima Dan wang


Peruntukan Sementara, Fasal 32 mengenai Menanggung Rugi
Kerajaan Mengenai Kecederaan Diri Dan Kerosakan Harta Benda dan
Fasal 33 mengenai Insuran Terhadap Kecederaan Diri Dan Kerosakan
Harta Benda.
 Menggunakan Fasal tersebut dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan Wang Kos Prima Dan wang Peruntukan Sementara,
mengenai Menanggung Rugi Kerajaan Mengenai Kecederaan Diri Dan
Kerosakan Harta Benda dan mengenai Insuran Terhadap Kecederaan
Diri Dan Kerosakan Harta Benda.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 3

4.0 PENGENALAN

Dalam Unit ini anda akan mempelajari tiga fasal iaitu Fasal 30, 32 dan 33. Untuk
memudahkan anda memahaminya eloklah kita membincang satu-persatu fasal
tersebut.
Teruskan pembelajaran anda….

FASAL 30

4.1 WANG KOS PRIMA DAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA

Dalam fasal ini anda akan dijelaskan dua jenis wang peruntukan yang disediakan
dalam kontrak binaan untuk memudahkan perjalanan projek pembinaan. Secara
umumnya peruntukan ini adalah mengelakan Jumlah Harga Kontrak (J.H.K.)
yang telah ditandatangani tidak terlalu berbeza dengan J.H.K yang terakhir
sekiranya terdapat perkara-perkara diluar jangkaan berlaku dalam tempoh
pembinaan.

Untuk memahaminya dengan jelas, terlebih dahulu dirujuk dalam Borang Kontrak
Setara JKR 203A Fasal 30.

FASAL 30
Borang Kontrak Setara JKR 203A Fasal 30.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 4

$,$,$,$…..

Cuba baca huraian dibawah dan FAHAMKANNYA…….

4.1.1. Huraian Fasal 30(a) Takrif dan pembayaran Wang Kos Prima.
Wang Kos Prima adalah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau perkhidmatan
yang akan dilaksanakan oleh subkontraktor Dinamakan, atau bagi bahan atau
barang yang akan didapatkan daripada Pembekal Dinamakan. Peruntukkan
tersebut perlu dipotong untuk pembayaran kepada kontraktor sebagi untung dan
/atau caj layanan mengikut kadar atau harga yang mungkin telah diletakkan harga
oleh Kontraktor dalam Senarai Kuantiti.

4.1.2 Huraian Fasal 30(b) Takrif dan pembayaran Wang Peruntukkan Sementara
Wang Peruntukkan Sementara adalah sejumlah wang yang diperuntukan bagi
kerja atau bekalan barang-barang atau bahan yang sama sekali tidak diramal,
ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender dikeluarkan. Jumlah wang itu
boleh dibelanjakan pada bila-bila masa dan sebanyak apa-apa amaun seperti yang
diarahkan oleh P.P. Sekiranya tidak digunakan, akan ditolak dari Jumlah harga
Kontrak.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 5

4.1.3 Huraian Fasal 30(c) Penukaran Wang Peruntukkan Sementara Wang K.P.
P.P. boleh memutuskan apa-apa kerja yang akan dilaksanakan, atau bahan atau
barang yang akan dibekalkan diperuntukkan dibawah Wang Peruntukkan
Sementara sebagai butiran Wang Kos Prima.

4.1.4 Huraian Fasal 30(d) Wang Kos Prima yang baginya Kontraktor dibenar
mentender.
Kontraktor dibenarkan mentender kerja bagi Wang Kos Prima dan sekiranya
disetujuterima, tender tersebut hendaklah termasuk keuntungan dan caj layanan.
Peruntukkan keuntungan dan caj layanan dalam subfasal (a) syarat-syarat ini tidak
akan digunakan.
FASAL 32

4.2 MENANGGUNG RUGI KERAJAAN MENGENAI KECEDERAAN DIRI


DAN KEROSAKAN HARTA BENDA

Pernahkah anda mendengar kemalangan berlaku ditapakbina? Kemalangan


mungkin mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Sekiranya keadaan ini
berlaku bagaimanakah untuk mengatasinya atau menyelesaikannya. Untuk
keterangan lebih lanjut anda perlu membaca dan memahami Fasal ini.

FASAL 32
Borang Kontrak Setara JKR 203A

Fasal 32: MENANGGUNG RUGI KERAJAAN


MENGENAI KECEDERAAN DIRI DAN
KEROSAKAN HARTA BENDA

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 6

Macamana nak
buat tuntutan
ni….

4.2.1 Huraian Fasal 32 subfasal (a) Kecederaan kepada diri


Kontraktor hendaklah bertanggungjawab keatas apa-apa kerosakan, perbelanjaan,
liabiliti, kerugian, tuntutan atau prosiding yang berbangkit disisi common law atau
statut berkenaan dengan kecederaan diri atau kematian dalam perlaksanaan kerja
ini.

4.2.2 Huraian Fasal 32 subfasal (b) Kerosakan kepada harta


Kontraktor hendaklah bertanggungjawab keatas apa-apa kerosakan, perbelanjaan,
liabiliti, kerugian, tuntutan atau prosiding yang disebabkan apa-apa jua jenis
bencana atau kerosakan kepada harta tanah atau harta diri (termasuk Kerja dan
apa-apa harta Kerajaan yang lain) termasuk pengkhidmat atau ejen Kontraktor
atau mana-mana subkontraktor dinamakan atau selainnya dengan syarat
disebabkan oleh kecuaian, peninggalan, pecah kontrak atau kemungkiran.

4.2.3 Huraian Fasal 32 subfasal (c) Kecuaian Kerajaan atau P.P.


Gantirugi yang diberikan dibawah subfasal (a) dan (b) syarat-syarat ini tidak
boleh dikecewakan atau dikurangkan disebabkan oleh kecuaian atau peninggalan
dipihak Kerajaan atau P.P. atau wakil P.P.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 7

FASAL 33

4.3 INSURAN TERHADAP KECEDERAAN DIRI DAN KEROSAKAN


HARTA BENDA

Pihak kontraktor mesti mengambil Insuran terhadap pekerja-pekerja dan juga


terhadap harta benda di tapakbina.Insuran ini biasanya dijelaskan sebelum kerja-
kerja pembinaan dilakukan oleh pihak kontraktor. Kontraktor hendaklah
mengemukakan resit-resit pembayaran kepada pihak majikan terhadap bayaran
yang telah dilakukan.
Untuk mengetahui ruang lingkup tanggungan ini, anda perlu merujuk kepada
Fasal dibawah ini.

FASAL 33
Borang Kontrak Setara JKR 203A

4.3.1 Huraian Fasal 33 subfasal (a) Mengambil insurans

Sebelum memulakan apa-apa kerja dibawah Kontrak ini, kontraktor hendaklah


mengambil dan menyenggarakan (mengawasi dan menyemak) apa-apa insuran
yang perlu diambil olehnya. Insuran tersebut turut merangkumi skop kerja yang
melibatkan subkontraktor dinamakan atau selainnya.
Insuran yang diambil hendaklah melindungi:
 Kecederaan diri atau kematian yang berbangkit dari atau dalam masa atau
disebabkan oleh perlaksanaan kerja.
MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS
SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 8

 Bencana atau kerosakan kepada harta tanah atau harta diri yang
berbangkit dari atau dalm melaksanakan kerja.
 Disebabkan oleh apa-apa kecuaian, pecah kontrak atau kemungkiran di
pihak kontraktor atau mana-mana subkontraktor dinamakan atau
selainnya atau mana-mana pengkhidmat atau ejen kontraktor.

4.3.2 Huraian Fasal 33 subfasal (b) Mengemukakan Polisi


Insuran yang diambil menurut subfasal (a) syarat-syarat ini, hendaklah diambil
dan disenggara atas nama Kerajaan dan Kontraktor atau subkontraktor
dinamakan atau selainnya. Tempoh berkuatkuasa insuran hendaklah merangkumi
seluruh tempoh pembinaan termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan. Kontraktor
hendaklah mengemukakan kepada P.P., polisi atau polisi-polisi insuran berserta
resit premium yang telah dibayar sama ada P.P. meminta ataupun tidak. Ini
bertujuan untuk memastikan serta mengesahkan bahawa tempoh lindungan
insuran bagi Kerja masih sah(valid) dan mengikut peraturan yang sepatutnya.

4.3.3 Huraian Fasal 33 subfasal(c) Kemungkinan membaharui insurans


Jika sekiranya kontraktor atau mana-mana subkontraktor dinamakan atau
selainnya tidak membaharui insuran seperti mana perlu menurut syarta-syarat
kontrak, Kerajaan atau P.P. bagi pihak kerajaan boleh membaharui apa-apa
insuran dan bayaran akan dipotong dari jumlah wang yang kena dibayar kepada
kontraktor sama dengan amaun yang dibayar bagi premium.

ANDA TELAH PUN


MEMBACA FASAL 30, 32
&33 . TERUSKAN MEMBACA
SEHINGGA FASAL
TERAKHIR DARI BORANG
INI….
MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS
SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 9

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS PADA
HALAMAN BERIKUTNYA..

4.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Kos Prima dan Wang Peruntukkan
Sementara?
4.2 Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kontraktor gagal memperbaharui
insuran?

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 10

SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTA


BERIKUT.

4.1 Wans Kos Prima merupakan sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau
perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal
Dinamakan. Peruntukkan tersebut boleh dipotong untuk pembayaran kontraktor
sebagai untung dan /caj layanan mengikut kadar atau harga yang telah diletakkan
dalam Senarai Kuantiti.
Wang Peruntukkan Sementara merupakan sejumlah wang yang diperuntukkan bagi
kerja atau bekalan barang-barang yang sama sekali tidak dapat diramalkan.

4.2 Pegawai Penguasa bagi pihak kerajaan boleh memperbaharui apa-apa insuran seperti
mana perlu menurut syarat-syarat kontrak, dengan memotong dari jumlah wang
yang kena dibayar kepada kontraktor sama dengan amaun yang dibayar bagi
premium.

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 11

 SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI


BAWAH.
 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1
Berdasarkan kepada Fasal 30, apakah kepentingan Wang Kos Prima dan Wang
Peruntukkan Sementara syarat-syarat Kontrak. Bincangkan

SOALAN 2

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 12

Berdasarkan Fasal 33, jelaskan berkenaan dengan Insurans terhadap kecederaan diri dan
kerosakan kepada harta.

Jawapan 1

Wang Kos Prima merupakan sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja-kerja
kepakaran (specialist) atau bekalan barang-barang yang dilakukan oleh subkontraktor
Dinamakan atau Pembekal Dinamakan. Manakala Kontraktor utama hanya mendapat
keuntungan berdasarkan peratus yang telah dipersetujui dan caj layanan yang dikenakan
disebabkan subkontraktor Dinamakan telah menggunakan bekalan elektrik,air dan lain-
lain kemudahan seperti setor dan pengawasan keselamatan.
Wang Peruntukkan Sementara adalah wang peruntukkan yang disediakan bagi kegunaan
perkara-perkara diluar jangkaan berlaku dalam tempoh pembinaan. Sekiranya
peruntukkan ini tidak digunakan ia akan dipotong atau ditolak dari Jumlah Harga
Kontrak.

Jawapan 2

Sebelum memulakan apa-apa kerja dibawah Kontrak ini, pihak kontraktor hendaklah
mengambil dan menyenggarakan apa-apa insuran yang perlu untuk melindungi liability

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 13

kontraktor dan mana-mana subkontraktor mengenai kecederaan diri atau kematian yang
berbangkit dari atau dalam masa perlaksanaan Kerja itu dan mengenai bencana atau
kerosakan kepada harta tanah atau harta diri.

Insuran tersebut hendaklah diambil dan disenggara atas nama bersama kerajaan dan
kontraktor. Jadi sekiranya berlaku apa-apa kemalangan pihak insuran akan menanggung
kerugian tersebut. Oleh itu Pegawai Penguasa boleh memperbaharui apa-apa insurans
dengan memetong jumlah wang yang kena dibayar kepada kontraktor sama dengan
amaun yang dibayar bagi premium untuk insuran.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA


DAPAT MENJAWAB DENGAN
BETUL
MARI BERPINDAH KE UNIT 5

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS


SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANGAJKR 203/203A C4006/UNIT 4/ 14

MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS

Anda mungkin juga menyukai