Kertas-Kerja-Gotong-Royong-Taman 2019
Kertas-Kerja-Gotong-Royong-Taman 2019
Kertas-Kerja-Gotong-Royong-Taman 2019
(Taman Cempaka Sari, Taman Bakti, Taman Jasa dan Taman Seri Ijok)
Anjuran Ahli Majlis MDKS Zon Ijok
Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kuala Selangor dan Pusat
Khidmat Dun Ijok
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan penyediaan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan serta memohon
peruntukan pihak-pihak yang berkenaan agar dapat menyalurkan sumbangan kewangan
dan menaja peralatan/kelengkapan , jamuan mahupun tenaga dalam program yang akan
dianjurkan.
2.0 PENDAHULUAN
2.1 Program Gotong Royong Banteras Wabak Denggi merupakan program aktiviti satu hari
yang dapat dilaksanakan di antara pemimpin, jawatankuasa persatuan penduduk dan
juga masyarakat setempat. Tujuan program ini dilaksanakan adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara bersama-sama dan bersifat sukarela agar kegiatan yang dikerjakan
dapat berjalan dengan lancar, mudah, ringan dan menjimatkan. Sikap gotong royong itu
seharusnya dimiliki oleh semua elemen atau lapisan masyarakat tidak mengira pangkat
dan darjat.
2.2 Program ini bertujuan bagi mewujudkan kesedaran tentang pembasmian pembiakan
nyamuk aedes di tempat kediaman dalam mengurangkan kadar jangkitan wabak denggi
khususnya di Selangor.
2.3 Mengharapkan kesedaran positif masyarakat era moden khususnya generasi muda kini
dalam kegiatan bergotong royong yang mula terkikis. Kesan gotong royong kepada
masyarakat seluruhnya cukup bermakna, baik untuk pembangunan material masyarakat
mahupun pembangunan insan. Bak kata perpatah “ bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat”. Hasilnya, kerja yang berat tersan ringan apabila dilakukan
bersama-sama.
2.4 Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatankuasa Persatuan Penduduk
selain ianya menjadi satu kesedaran setiap elemen atau lapisan masyarakat dalam
menerapkan perilaku gotong royong maka hubungan persaudaraan atau silaturrahim
akan semakin erat dan kuat. Oleh itu sebagai satu galakkan dalam menjayakan program
ini Jawatankuasa Persatuan Penduduk mengambil satu pendekatan bagi menjayakan
program tersebut.
2.5 Memberikan peluang dan pendedahan langsung kepada warga penduduk untuk
mendapat input kesihatan dan penjagaan secara berterusan.
2.0 OBJEKTIF
3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang diantara Pusat Khidmat
Parlimen Kuala Selangor, Pusat Khidmat DUN IJOK, Ahli Majlis dan Jawatankuasa
Persatuan Penduduk dan Penduduk Taman.
1
3.2 Memberi kesedaran kepada penduduk akan kepentingan hidup bermasyarakat dalam
membentuk sahsiah diri yang cemerlang.
3.3 Melahirkan masyarakat yang prihatin dikalangan penduduk akan kepentingan menjaga
dan menceriakan kawasan taman perumahan sebagai sebagai salah satu tanggungjawab
bersama.
4.2 Adalah menjadi harapan kumpulan sasaran ini terdiri daripada ahli keluarga dan anak-
anak yang menetap di Taman Cempaka Sari, Taman Bakti, Taman Jasa dan Taman Seri
Ijok, Batu 8, Ijok.
2
6.0 ANGGARAN KEWANGAN
Anggaran Pendapatan
Anggaran Perbelanjaan
7.0 TENTATIF
8.0 PENUTUP
8.2 Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar serta menghasilkan
impak yang positif khususnya penduduk Taman Koperasi Bena. Semoga program ini dapat
memupuk semangat setiakawan, bertanggungjawab dan menjadikan amalan gotong royong
satu budaya berterusan serta menghindarkan sikap pentingkan diri sendiri.
3
..................................................... .............................................
(................................................. ) (............................................)
Penyelaras Program Pengerusi