Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Pemahaman Petikan Sastera 6 Skema

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 3

SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN SASTERA

SET 6

Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi Aku bagi mereka


malam sepi tiada makna
bagai kalung anakku bakaku
yang melingkari leherku baik setia mahupun derhaka
tidak berubah keesokan hari semoga disirami benih keinsafan
siapa yang akan dayang menjengukku menjadi penawar dalam hati
keluhan seorang tua sunyi. embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
Keheningan tasik ada yang mati
kehijauan rumput ada yang hidup
hanya menjadi bayangan tiada yang kekal kecuali Tuhan.
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai Teo Wei Sing
dari sulung ditendang ke bongsu Antologi Sejadah Rindu
dari angah ditendang ke sulung balik Kementerian Pendidikan Malaysia
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

https://www.youtube.com/watch?v=9Oes_0VeHKQ (Video deklamasi sajak Erti Hidup Bererti)

Bahan 2
Saya langsung tidak berkesempatan menyoal lanjut. Mungkinkah dia sedang
menunggu kedatangan anak lelakinya? Tetapi katanya, sudah tiga bulan anak
lelakinya tidak menelefon bertanyakan khabar, apalagi pulang menjenguk.
Ke mana perginya tubuh yang menyimpan suara tua itu dalam banjir begini? Saya
mendail sekali lagi, menunggu ke hujung deringan. Dia menjawab, termengah-
mengah. Juga masih tidak memberi ruang tanya kepada saya.
“Mak solat zuhur tadi. Jangan bimbang tentang mak. Ikan kering ada, cabai kering
pun ada. Kalau habis semua tu, mak makan nasi dengan garamlah. Jaga anak dengan
suami kau baik-baik, assalamualaikum.”
Dipetik daripda cerpen “Banjir di Mata Emak”
oleh Che Soo Ismail
antologi Baik Budi Indah Bahasa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 3
Pantun Mengenang Jasa Ibu Bapa

Padi hampa diikat beban, Unggas liar berkicau seribu,


Belatuk jinak di pangkal kelapa, Riuh tersebar ke Tanjung Batu,
Ibu bapa banyak berkorban, Usahlah dibiar ayah dan ibu,
Namun si anak mudah lupa. Menunggu khabar anak nan satu.

Gadis Champa pasang pelita, Biji saga biji kekabu,


Terang kota indah sekali, Biji sagu dimakan kuda,
Ibu bapa merintih derita, Balaslah jasa ayah dan ibu,
Anak di kota tidak peduli. Jangan ditunggu mereka tiada.

Burung pekaka di pangkal kekabu, Datuk Pendeta turun berjajaj,


Mematuk laju si siput pahat, Bawa gedangsa beralas baldu,
Usahlah derhaka kepada ayah dan ibu, Anak di kota sibuk bekerja,
Turuti perintah dengar nasihat. Bonda di desa menanggung rindu.

Nukilan : Nur Fatihah Zahra

i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud berdiri tanpa ruang.


[2 markah]

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan persamaan kesilapan yang dilakukan oleh anak-
anak terhadap ibu bapa.
[4 markah]

iii. Membalas jasa ibu bukan sahaja dituntut oleh agama malahan menjadi tanggungjawab
utama yang perlu digalas oleh anak-anak agar menjadi anak yang mengenang jasa.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
membalas jasa ibu bapa?
[3 markah]

iv. Anda belajar di sekolah berasrama penuh. Dalam situasi sedemikian, anda diwajibkan
tinggal di asrama sekolah dan hanya dibenarkan pulang ke rumah untuk menjenguk ibu
bapa dan keluarga sekali sahaja pada setiap bulan.
Sebagai anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat memastikan supaya ibu bapa di
kampung tidak berasa risau akan keadaan anda di asrama sekali gus berasa bangga akan
diri anda?
[4 markah]
SKEMA JAWAPAN PETIKAN SASTERA SET 6
i. Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud berdiri tanpa ruang. [2 markah]
Maksud berdiri tanpa ruang berdasarkan Bahan 1 ialah hidup keseorangan atau kesepian
tanpa ditemani sesiapa.

ii. Berdasarkan semua bahan, nyatakan persamaan kesilapan yang dilakukan oleh anak-
anak terhadap ibu bapa. [4 markah]
Berdasarkan semua bahan, persamaan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak terhadap
ibu bapa ialah mereka tidak bertanya khabar serta tidak menjenguk atau menziarahi ibu
bapa. Seterusnya mereka bersikap lepas tangan terhadap tanggungjawab untuk menjaga
ibu bapa yang sudah tua. Selain itu, anak-anak yang telah berjaya dalam kehidupan juga
tidak mempedulikan ibu bapa yang menderita sakit atau dihimpit kesusahan.

iii. Membalas jasa ibu bukan sahaja dituntut oleh agama malahan menjadi tanggungjawab
utama yang perlu digalas oleh anak-anak agar menjadi anak yang mengenang jasa.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
membalas jasa ibu bapa? [3 markah]

Pada pendapat saya, antara usaha yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membalas
jasa ibu bapa termasuklah sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan mereka agar mereka
berasa dihargai. Selain itu, kita juga perlu sentiasa menjaga perasaan dan
menggembirakan mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan hari tua mereka dengan
gembiranya. Seterusnya, kita perlu memberikan kasih sayang serta menghormati mereka
pada setiap masa.
iv. Anda belajar di sekolah berasrama penuh. Dalam situasi sedemikian, anda diwajibkan
tinggal di asrama sekolah dan hanya dibenarkan pulang ke rumah untuk menjenguk ibu
bapa dan keluarga sekali sahaja pada setiap bulan.
Sebagai anak yang prihatin, bagaimanakah anda dapat memastikan supaya ibu bapa di
kampung tidak berasa risau akan keadaan anda di asrama sekali gus berasa bangga akan
diri anda? [4 markah]

Sebagai anak yang prihatin, untuk mengelakkan ibu bapa saya risau akan keadaan saya
di asrama, saya akan sentiasa menghubungi mereka untuk memaklumkan keadaan dan
perkembangan diri. Selain itu, saya juga akan sentiasa menjaga kelakuan serta berdisiplin
sepanjang tinggal di asrama agar ibu bapa saya tidak mendapat perkhabaran negatif
tentang diri saya daripada pihak sekolah. Seterusnya, saya akan belajar dengan
bersungguh-sungguh agar saya memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran
sekali gus membanggakan mereka.

Anda mungkin juga menyukai