Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

CBCT2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 12

<KOD KURSUS>

<IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DENGAN


KEPUJIAN >

<MEI / 2021 >

<CBCT2203>

<KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT>

NO. MATRIKULASI : <850531035415001 >


NO. KAD PENGENALAN : <850531035415>
NO. TELEFON : <0129652850>
E-MEL : <zakuwan1985@oum.edu.my>

PUSAT PEMBELAJARAN : <TEMERLOH LEARNING CENTRE>

0
1.0 Pengenalan

Kemajuan teknologi pada masa kini dilihat semakin berkembang pesat di seantero dunia
sama ada di Malaysia mahupun luar negara. Jika dilihat secara umum, teknologi adalah
keseluruhan sarana untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan bagi
kelangsungan, dan keselesaan hidup manusia. Kewujudan teknologi ini menjadi sebuah
medium yang telah direkabentuk dan dihasilkan oleh manusia sendiri bagi tujuan
memudahkan, mempercepatkan dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia. Dalam
era ledakan maklumat ini, teknologi maklumat dan komunikasi amat penting. Teknologi
ini sudah pun menguasai global secara meluas. Hampir setiap orang di dunia ini
menggunakan teknologi dan dengan teknologi jugalah akan menyebabkan kita boleh
menguasai dan mengawal hamper setiap perkara hanya di hujung jari sahaja. Negara
yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam arus pembangunan.

Dalam tugasan kali ini, pelajar perlu melakukan kajian tentang penggunaan IT
yang meliputi pelbagai keperluan yang digunakan di Malaysia. Berdasarkan tugasan ini
pelajar dapat lebih memahami tentang fungsi dan kepentingan IT dalam pengurusan
keperluan seharian dalam kehidupan serba moden masa kini.

Perkembangan IT kini telah banyak memberi kesan dalam aktiviti kehidupan


seharian kita. Seseorang itu sentiasa menggunakan computer dan internet untuk mencari
maklumat, menyelesaikan masalah, membeli produk dan perkhidmatan, serta bertujuan
untuk berkomunikasi dengan orang lain (Morley dan Parker, 2009). Perkembangan ini
telah sedikit sebanyak mengubah corak aktiviti kehidupan. Di Malaysia sendiri, Internet
dikenali sebagai fenomena metropolitan yang menunjukkan semakin ramai penduduk
bandar yang memiliki computer dan akses Internet (Rahmah, Arfah dan Normah,2002).
Perkembangan ICT pada masa kini telah menjadikan masyarakat Malaysia lebih berilmu
dan bermaklumat. Sumber maklumat kini lebih mudah diperoleh serta disebarkan. Ianya
juga mampu menjana pemikiran dan percambahan idea bagi memajukan diri serta
meningkatkan sumber pendapatan. Selain itu, penggunaan IT juga merupakan gerbang
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang tiada batasan. Kemudahan dan kemahiran IT

1
akan dapat membolehkan setiap individu untuk terus menimba ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang bagi kegunaan sosial, pekerjaan, ekonomi, pendidikan, politik, dan
sebagainya (Musa, 2008).

2.0 Pelaksanaan IT di Malaysia


Pelaksanaan IT di Malaysia masa kini tidak hanya meliputi sebahagian keperluan
seharian sahaja malah telah merangkumi hampir keseluruhan kehidupan seharian kita.
Seawal kita membuka mata dari tidur di waktu pagi sehingga tidur di malam hari, kita
sudah menggunakan kemudahan IT. Jika dahulu sekiranya kita perlu memberi barangan
keperluan atau makanan, pasti kita perlu bersiap dan keluar untuk membeli barangan
yang diperlukan. Namun begitu, keadaan sudah berubah di mana kita tidak lagi perlu
keluar untuk mendapatkan barangan keperluan asas kita sendiri. Segalanya dapat dicapai
dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Kita hanya perlu membuka aplikasi dan
membuat pesanan barangan yang diperlukan. Kemudian, kita hanya perlu membuat
pembayaran secara atas talian atau boleh membuat pembayaran secara tunai sekiranya
barangan yang dipesan telah sampai dengan selamat ke tangan penerima.

Perdagangan elektronik atau lebih dikenali sebagai edagang (e-commerce)


merupakan satu konsep khusus bagi kegiatan atau aktiviti yang menjadikan medium
Internet sebagai perantaraan dalam proses urusan penjualan dan pembelian. Kesan
daripada itu, e-dagang membolehkan sesebuah organisasi untuk menyediakan kemudahan
akses ke dunia yang lebih global selain dapat mengurangkan kekangan geografi. Di
Malaysia, e-dagang masih lagi dianggap sebagai sebuah medium baru. Masyarakat masih
lagi gemar menjalankan urus niaga secara langsung dan menjalankan transaksi secara
bersemuka tanpa menggunakan teknologi ICT seperti Internet. Hanya segelintir sahaja
penduduk yang menggunapakai sistem edagang ini terutama untuk aktiviti yang
melibatkan urusan transaksi kewangan seperti pembayaran bil, menempah tiket kapal
terbang, dan membeli barangan dan perkhimatan secara atas talian. Pelbagai aplikasi
penghantaran barangan dan makanan yang telah wujud masa kini di mana ia terbukti
dapat menjimatkan masa dan tenaga. Bayangkan jika seseorang individu tersebut sudah
penat bekerja dan tidak lagi berdaya untuk membeli barangan keperluan mereka dan

2
memasak untuk mengisi perut yang lapar, mereka hanya perlu memesan makanan
menerusi aplikasi penghantaran makanan seperti Food Panda, Grab Food dan sebagainya.
Selain memudahkan urusan pembeli, pemesanan dan penghantaran secara atas talian ini
juga dilihat telah membuka peluang yang besar kepada rakyat untuk memulakan
perniagaan mereka dengan lebih mudah dan efisien. Sebagai contoh bagi platform jualan
atas talian seperti Shopee, Lazada dan Mudah.my, mereka tidak lagi perlu untuk
menyewa kedai bagi memulakan sebuah perniagaan kerana perniagaan mereka boleh
dijalankan dari rumah sahaja. Selain itu, mereka juga tidak perlu memikirkan tentang
penghantaran contohnya seperti golongan ibu tunggal mahupun golongan yang tidak
mempunyai kenderaan sendiri tetapi mahu memulakan perniagaan mereka. Maka mereka
boleh menggunakan platform perniagaan atas talian ini untuk mempromosikan barang
jualan mereka kepada pelanggan dan seterusnya penghantaran dapat dilakukan dengan
mudah, lancar dan efisien.

Artikel rujukan :
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kreativiti-rakyat-kembang-perniagaan-dengan-
internet-google-malaysia-296683

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667475/covid-19-khidmat-
penghantaran-bantu-pengusaha-restoran-orang-ramai

3.0 Kepentingan IT dalam Sektor Penjagaan Kesihatan


Seperti sektor lain, sektor kesihatan juga tidak terkecuali dalam menggunakan
kemudahan IT bagi memudahkan sistem kerja dan perkhidmatannya. Rekod kesihatan
merupakan dokumen penting yang mengandungi maklumat pemeriksaan dan rawatan
pesakit di klinik, hospital, atau mana-mana instuitusi kesihatan dan perubatan. Ia juga
mengandungi maklumat demografi pesakit, maklumat pemeriksaan awal dan nota
klinikal yang mencatatkansejarah kesihatan pesakit, preskripsi ubat-ubatan serta lain-lain
maklumat berkaitan yang penting tentang pesakit. Rekod ini diklasifikasikan sebagai sulit

3
berdasarkan Etika Perubatan dan ianya menjadi hakmilik mutlak kepada hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkaitan. Jika dahulu semua rekod pesakit
dicatatkan dan disimpan secara manual, kini tidak lagi dengan penggunaan IT. Rekod
pesakit kini boleh terus disimpan di dalam komputer dan lebih mudah untuk diakses
semula sekiranya diperlukan. Sekiranya rekod ini masih disimpan menggunakan cara
lama, berkemungkinan ia akan lupus dimakan dek anai-anai, ataupun rosak akibat
bencana alam seperti banjir dan sebagainya. Keperluan penggunaan IT dalam
penyimpanan rekod pesakit antara lain adalah untuk mewujudkan satu sistem yang cekap
dan sistematik dari segi pengurusan, menjimatkan ruang penyimpanan, menjimatkan
masa pencarian serta boleh berkongsi maklumat di antara hospital dan urusan pesakit
dengan unit lain di hospital itu sendiri seperti unit Farmasi, Unit X-Ray, Unit Patologi,
Unit Rekod dan sebagainya.

Perkembangan penggunaan IT juga dilihat dapat memberi manfaat kepada


golongan kurang bernasib baik seperti buta. Hal ini kerana telah terdapat teknologi
komputer baru yang menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan kurang upaya ini.
Mikropemprosesan yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat
percakapan dengan menggunakan terminal yang mengarahkan computer untuk
melakukan sesuatu tugasan secara lisan. Selain itu, perkembangan IT juga telah
memabntu orang yang buta untuk melihat, orang yang bisu untuk berkomunikasi, sama
ada dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci. Ini
pastinya dapat membantugolongan ini untuk menjadi lebih aktif dan dapat membuat
perkara yang tidak dapat mereka lakukan sebelum ini. Perkara ini dapat meningkatkan
semangat mereka agar terus berusaha dan bersaing seiring individu normal yang lain
dalam mencapai apa yang mereka inginkan dalam kehidupan mereka walaupun mereka
mengalami kecacatan dan kekurangan.

Selain itu, antara kemajuan teknologi yang telah banyak membantu dalam bidang
perubatan ialah teknologi radiologi. Pada tahun 1895 di Wuzburg, Jerman, seorang saintis
yang bernama Prof. Wilhelm Conrad Roentgen, ketika melakukan kajiannya dengan
menggunakan Hittorf-Crookes telah menemui sejenis sinar yang dinamakan sinar x-ray

4
dan radiografi pertama di Malaysia telah dihasilkan di Taiping, Perak, selepas tiga bulan
penemuannya. Radiografi ini dihasilkan oleh Wray. Perkembangan teknologi pengimejan
di negara kita boleh dikatakan agak perlahan dan digunakan hanya sebagai alat bantu dan
proses diagnosis bagi pelbagai rawatan perubatan namun ia dilihat semakin berkembang
seiring kemajuan dan kepesatan teknologi masa kini.

Artikel rujukan : http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-informasi-teknologi-dalam-


pengurusan-rekod-perubatan/

4.0 Aplikasi atau Sistem yang Menggunakan IT dalam Sektor Penjagaan


Kesihatan di Malaysia
Melihat kepada situasi semasa dunia yang kini berdepan dengan pendamik Covid-19, kita
perlu membiasakan diri untuk menjalani kehidupan seharian dengan normalisasi yang
baharu. Hal ini bertujuan untuk memastikan kita bersama-sama mengambil bahagian
dalam usaha untuk mengekang wabak ini dari terus bermaharajalela. Oleh yang
demikian, penggunaan IT dalam sektor penjagaan kesihatan sangat perlu kerana ia boleh
mengurangkan kontak dan penyebaran virus dapat diminimakan. Kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi MySejahtera yang diperkenalkan bagi
membantu pengawasan penularan wabak Covid-19 khususnya di Malaysia. Aplikasi
MySejahtera telah dibangunkan melalui kerjasama strategic antara Majlis Keselamatan
Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Aplikasi ini
dibangunkan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri
dan pada masa yang sama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat
maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Aplikasi ini juga
bertujuan untuk membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang
penularan Covid-19 serta membantu untuk mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan
yang perlu diambil sekiranya seseorang individu tersebut dijangkiti. Hari ini, setiap
premis atau tempat awam mewajibkan semua individu untuk mengimbas QR Kod di
aplikasi MySejahtera masing-masing sebelum membolehkan mereka memasuki premis

5
tersebut. Hal ini merupakan satu langkah kerajaan untuk mengenalpasti kontak rapat
sekiranya terdapat kes positif yang dikesan dan seterusnya menghubungi mereka untuk
langkah pengawalan agar tidak menular tanpa pengetahuan.

Aplikasi kesihatan yang lain terdapat di Malaysia ialah Aplikasi Sistem Temujanji
KKM. Aplikasi ini diperkenalkan sebagai satu medium untuk memudahkan tempahan
temujani kesihatan di klinik-klinik kesihatan. Di musim pandemik ini adalah tidak
digalakkan untuk mendedahkan diri di tempat awam dalam tempoh yang panjang atau
tidak perlu. Oleh yang demikian, pembangunan aplikasi ini mampu untuk membantu dari
segi pengurusan masa dan bilangan pesakit yang boleh berada di sesuatu kawasan untuk
mendapatkan rawatan. Sekiranya temujanji telah ditetapkan, pesakit boleh datang ke
klinik mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan tanpa perlu bersesak-sesak
menunggu giliran seperti sebelum ini. Perkhidmatan seperti ini bersesuaian dengan
normalisasi kehidupan kita yang baru dimana kita perlu untuk menjaga penjarakan social
antara satu sama lain. Perkhidmatan temujanji atas talian ini juga dilihat mampu
menjadikan system perkhidmatan lebih tersusun dan efisien dan seterusnya mampu
memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Rajah 1 : Aplikasi MySejahtera

6
Rajah 2: Aplikasi Sistem Janji Teu Klinik KKM

5.0 Penggunaan IT dalam Sektor Pengangkutan


Penggunaan dan perkembangan IT tidak dinafikan menjadi antara penyumbang kepada
pembangunan seseuah negara dalam pelbagai aspek. Program Internet untuk segalanya
(IoT) telah menyumbang kepada pembangunan bandar dan seterusnya menjadikan
bandar-bandar utama terus berhubungan berdasarkan internet termasuklah dalam usaha
untuk memajukan pengangkutan awam. Penggunaan IT dalam system pengangkutan
menjadikan site mini lebih sistematik dan tersusun, mudah untuk diakses dan seterusnya
memberikan keselesaan kepada penduduk untuk bergerak. Contohnya, pembangunan
transit aliran ringan (LRT), MRT dan Monorel membantu untuk mempercepatkan proses
pergerakan menunjukkan bandar pintar apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya kepada
penduduk di negara ini. Penggunaan IT dapat dilihat secara meluas dalam pembangunan
perkhidmatan ini kerana tanpa penggunaan IT, maka ia akan menyukarkan untuk
membuat penentuan landasan yang perlu digunakan secara teratur dan tidak bertembung
antara satu sama lain.

Antara penggunaan IT lain dalam sektor pengangkutan ialah dari segi pembayaran
tiket. Sekiranya pada zaman dahulu penumpang perlu menyediakan sejumlah wang untuk
membayar secara tunai, kini mereka tidak lagi perlu berbuat demikian. Hal ini kerana
mereka boleh membuat pembayaran tiket dengan pelbagai kaedah yang disediakan
seperti penggunaan kad kredit, kredit berasaskan Paywave atau e-dompet, yang mana
segalanya hanya di hujung jari sahaja. Selain itu, risiko untuk berlaku kejadian jenayah

7
boleh diminimakan kerana tidak perlu membawa wang dalam jumlah yang banyak untuk
mereka keluar. Jika dahulu sekiranya seseorang penumpang ingin membeli tiket bas
untuk pergi ke suatu destinasi, mereka perlu pergi sendiri ke mana-mana terminal bas
untuk mendapatkan tiket. Risiko perkara tersebut ialah kehabisan tiket yang diingini
mungkin kerana terlambat sampai ke terminal untuk tujuan pembelian tiket. Hal ini
pastinya menyebabkan berlakunya pembaziran dari segi duit tambang ke terminal serta
pembaziran dari segi masa dan tenaga. Oleh yang demikian, penggunaan IT dalam sektor
pengangkutan sedikit sebanyak memberi solusi kepada masalah ini. Para penggunaa tidak
lagi perlu bergegas ke terminal dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan
sekeping tiket. Sebaliknya mereka hanya perlu melayari internet dan menggunakan
aplikasi yang menjual tiket bas seterusnya membuat pembelian dan pembayaran secara
atas talian sahaja. Sistem ini lebih mesra pelanggan kerana kita boleh memilih dengan
tenang tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai di kaunter. Justeru dapat dilihat
bahawa penggunaan IT dalam kehidupan seharian sedikit sebanyak memudahkan dan
melancarkan urusan manusia.

6.0 Kesimpulan
Penggunaan IT sememangnya membawa 1001 faedah dan kemajuan bukan sahaja untuk
pembangunan masyarakat malah pentadbiran negara. Jika dilihat kepada kehidupan
norma baharu yang rakyat Malaysia jalani masa kini, penggunaan IT kini bukan lagi
sekadar keinginan malah ia telah dinaiktaraf sebagai sebuah keperluan. Hal ini kerana
setiap sektor memerlukan penggunaan IT untuk bergerak sama ada sektor pengurusan
negara, sektor ekonomi, sektor kesihatan malah sektor pendidikan juga kini sangat
mementingkan penggunaan IT. Sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian (PDPR) juga
menuntut pengetahuan masyarakat yang tinggi terhadap penggunaan teknologi tidak
mengira peringkat umur sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Jika dilihat
pada trend masa kini, penggunaan IT akan lebih berkembang pesat dari semasa ke semasa
merentasi dunia tanpa sempadan. Maka tidak hairanlah sekiranya kita merasakan dunia
semakin mengecil kerana segalanya mampu dicapai dengan hanya satu klik di hujung jari
sahaja. Sekiranya penggunaan IT tidak dimanfaatkan sepenuhnya, ia pasti akan

8
merugikan kerana seluruh dunia kini sedang giat bersaing sesama sendiri untuk menjadi
yang pertama dan kehadapan dalam arus pemodenan dan kemajuan teknologi masa kini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya tidak terkecuali untuk sama-sama


menuntun Malaysia agar bergerak seiring dengan negara-negara maju yang lain dalam
usaha untuk berkembang lebih maju dan pesat dengan bantuan penggunaan IT dalam
setiap aspek kehidupan. Oleh yang demikian, jadilah masyarakat yang bijak dengan
menggunakan teknologi yang ada kea rah yang positif untuk meningkatkan taraf hidup
dan bukannya menjadikan teknologi sebagai medium yang mampu menjerumuskan diri
kita kea rah kehancuran dan kebinasaan. Setiap impak yang diterima adalah berdasarkan
kebijaksanaan dan tanggungjawab kita untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik
dalam kehidupan kita.

7.0 Rujukan

Adnan Hussien & Kamaliah Hj. Siarap. 2000). Penggunaan Teknologi Komunikasi-
Informasi di Kalangan Ahli Akademik di Malaysia. Jurnal komunikasi. 16: 119-130.

Afiq Hanif (2018). Pengangkutan Awam Pintar. 25 Oktober 2018.


https://www.hmetro.com.my/itmetro/2018/10/389335/pengangkutan-awam-pintar

Astro Awani (2021). Kreativiti Rakyat Kembang Perniagaan dengan Internet, 6 Mei
2021.
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kreativiti-rakyat-kembang-perniagaan-dengan-
internet-google-malaysia-296683

Berita Harian Online (2020). Covid-19 Khidmat Penghantaran Bantu Pengusaha


Restoran dan Orang ramai, 21 Mac 2020.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667475/covid-19-khidmat-
penghantaran-bantu-pengusaha-restoran-orang-ramai

9
Berita Harian Online (2017). Sistem Pengangkutan Bandar Tambah Kualiti Hidup
Rakyat, 24 Mei 2017.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3190/2017/05/285943/sistem-
pengangkutan-bandar-tambah-kualiti-hidup-rakyat

Dr Tan Ju Lin & Drona Dewi (2020). Managing Our Health at a Touch of the Screen,
22nd September 2020.
https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2020/09/22/managing-our-health-at-a-touch-
of-the-screen

Hafiz Marzukhi (2018). Internet dalam Memacu Sitem Pengangkutan Awam, 11 Februari
2018.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/internet-dalam-memacu-sistem-
pengangkutan-awam-167944

Hing, Y. K. 2009. Faktor Berkaitan dengan Penerimaan Guna Perbankan Internet dalam
Kalangan Universiti Tunku Abdul Rahman. Tesis Sarjana tidak Diterbitkan, Selangor:
Universiti Putra Malaysia.

Morley, D. & Parker C. S. 2009. Understanding Computers: Today and Tomorrow,


Comprehensive, 12th ed. Boston: Cengage Learning.

Musa Abu Hassan. 2008. Memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT
Untuk Semua, Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

Penggunaan Informasi Teknologi dalam Pengurusan Rekod Perubatan.


http://www.myhealth.gov.my/penggunaan-informasi-teknologi-dalam-pengurusan-rekod-
perubatan/

10
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Rahmah Hashim, Arfah Yusof & Normah Mustaffa. 2002. Internet development: The
Early Years. In Jorg Becker (Eds.), Internet in Malaysia and Vietnam Hamburg:
Deutsches Ubersee-Institute. 41-67.

Rohaniza Idris & Zanariah Abdul Mutalib (2021). Kajian Menyeluruh Sistem Kesihatan
Negara, 1 Mac 2021.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/791339/kajian-menyeluruh-sistem-
kesihatan-negara

11

Anda mungkin juga menyukai