Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Filipina Asia Tenggra

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Filipina Selepas Jepun

Di kebanyakan negara-negara Asia, nasionalisme adalah sentimen untuk menunjukkan


hasrat masyarakat hidup dalam kebebasan politik bagi memperbaiki kehidupan sosial dan
ekonomi serta menjaga kepentingan mereka. Walau bagaimanapun nasionalisme selepas
kerajaan kolonial adalah perjuangan masyarakat menentang kerajaan sendiri yang melupakan
hak mereka sebagai warganegara yang merdeka, juga mewakili perjuangan menentang neo-
kolonialisme. Keadaan begini boleh dilihat di Filipina di mana nasionalisme telah mendahului
beberapa peringkat mengikut peredaran masa. Teodoro A. Agoncillo telah membahagikan
nasionalisme Filipina kepada beberapa tahap.

ln thc Philippins, nationalism has several stages: the first, from approximately 1850 to
1872, may be described as the awakening; the second, from approximetely l872 to 1876,
may be called the Reform movement: the third, form 1896 to about 1901, thc
revolutionery period; the fourth, form about l90l to 1910, the are of passive or
suppressed nationalis: the fifth, from l9l0 to 1921, the 'Filipinazation' pcriod; the sixth,
form l92l to 1934, the period of independence missions; the seventh from 1935 to the
outbreak of the war in the parific in 1941, the period of commonwealth; the eight, from
1942 to 1945, the Japanese occupation period and the nineth, from 1950 to the present,
may be described as the reawekening.1

Pada awalnya Filipina merupakan sebuah negara koloni Amerika Syarikat di Asia
Tenggara dan juga tanah jajahan Barat yang terawal mencapai kemerdekaan iaitu pada 4hb Julai
1946. Sebelum dijajah oleh Amerika, Filipina berada di bawah tanah jajahan Sepanyol selama
lebih 300 tahun. Perang Amerika-Sepanyol yang meletus di Cuba pada 24hb April 1898, telah
merebak ke Filipina2 dan sekali gus telah mengakhiri penjajahan Sepanyol di Filipina melalui
perjanjian Paris yang ditandatangani pada tahun yang sama.3

1
Teodoro A. Agoncillo, Filipino Nationalism IEn-1970, Quezon City, R.P. Garcia Publishing Company,
1974, hlmn 2.
2
Mary-Ann Asico. 1999. 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial
Commision. hlmn 216.
3
J. S. Furnivall. Experiment in Independence: The Philippines. Manila: Solidaridad Publishing House.
1974. hlmn 22.
Perjanjahan Amerika Syarikat ke atas Filipina ini berterusan sehingga era Perang Dunia
Kedua. Semasa era Perang Dunia Kedua, Filipina telah diambil alih oleh tentera Jepun
menyebabkan berakhirnya pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina. Serangan Jepun ke atas
Filipina bermula pada 8 Disember 1941, 10 jam selepas serangan Pearl Harbour. 4 Tentera
Filipina dan Amerika Syarikat di bawah pimpinan Jeneral Douglas McAthur telah dikalahkan
oleh tentera Jepun di Semenanjung Bataan pada 9 April 1942 dan Corregidor pada 6 Mei 1942.5
Pemerintahan Jepun di Filipina berlangsung selama tiga tahun sehinggalah ketibaan tentera
Amerika Syarikat pada 20 Oktober 1944.6

Walaupun pemerintahan Amerika telah berakhir, Filipina kekal taat setia kepada rejim
Amerika Syarikat dan bersikap anti-Jepun. Filipina merupakan satu-satunya negara di Asia
Tenggara yang tetap menyokong Amerika ketika Filipina dikuasai oleh Jepun. Para pemimpin
politik Filipina menentang kehadiran Jepun di Filipina. Kesetiaan terhadap rejim kolonial
Amerika Syarikat dan sikap anti-Jepun yang diamalkan oleh gerakan nasionalis Filipina
mempunyai kaitan dengan amalan liberal dalam politik dan sosial yang diamalkan Amerika
Syarikat. Faktor sosio-politik ini yang menyebabkan gerakan nasionalis Filipina ini amat taat
setia kepada rejim kolonial Amerika Syarikat dan bersikap anti Jepun.

Hal ini boleh dilihat di mana sepanjang pendudukan Jepun di Filipina berlakunya
peningkatan tentangan daripada kegiatan bawah tanah yang aktif dengan aktiviti gerila yang
meningkat selama bertahun-tahun dan yang akhirnya meliputi sebahagian besar negara Filipina.
Mengikut siasatan seramai 260.000 orang telah menyertai kegitan anti-jepun ini. Bagi menyekat
aktiviti ini Jepun telah menubuhkan Bureau of Constabulary. Namun ia tidak berjaya
membendung aktiviti penentangan daripada penduduk setempat menyebabkan pada akhir perang,
Jepun hanya menguasai 12 dari 48 wilayah.

Sepanjang pemerintahan Jepun di Filipina aktiviti gerila ini terus berkembang sepanjang
Luzon dan pulau-pulau selatan, telah menyertai gerakan anti-Jepun ini. Gerakan ini juga giat
merancang untuk membantu kembalikan pasukan-pasukan Amerika ke Filipina bagi menentang

4
José S. Arcilla, S. J. An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo de Manila University
Press,1994, hlmn. 119.
5
Mary-Ann Asico. 100 Events that Shaped the Philippines,1990, hlmn. 338.
6
http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_the_Philippines
Jepun. Ketua MacArthur membentuk operasi rahsia untuk menyokong gerakan gerila dengan
menyeludup senjata, radio dan bekalan kepada mereka dengan kapal selam. Pasukan gerila pula
membina stesyen senjata dan bahan peledak dan merancang untuk membantu pencerobohan
MacArthur dengan mensabotaj komunikasi Jepun dan menyerang tentera Jepun dari belakang.
Pasukan-pasukan gerila ini diketuai pegawai Filipina, seperti Kolonel Macario Peralta di Panay,
Major Ismael Ingeniero di Bohol, dan Kapten Salvador Abcede di Negros. Menjelang akhir
perang, kira-kira 277 unit gerila berasingan, yang terdiri daripada kira-kira 260,715 individu,
berjuang dalam gerakan penentangan ini.

Pelbagai faktor yang membawa kepada penentangan ini antaranya disebabkan Jepun
bertindak menghapuskan kebudayaan Filipina dengan melaksanakan dasar penjepunan atau
niponisasi. Ketika menjajah Filipina, Jepun telah mengubah sistem pendidikan yang
diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Jepun bertindak menutup semua sekolah dan kolej
sehingga mereka mampu menyediakan kurikulum dan buku teks dan menghapuskan perkara-
perkara yang tidak bersesuaian dengan tujuan mereka.7 Jepun kemudiannya membuka semula
sekolah-sekolah secara berperingkat pada pertengahan 1942. Jepun juga telah mengharamkan
penggunaan bahasa Inggeris di Filipina.8 Bahasa Tagalog dimasukkan sebagai bahasa rasmi
Filipina oleh Jepun untuk menaikkan semangat nasionalisme orang Filipina.9 Selain itu, seperti
juga di Indonesia dan Malaya, Jepun berusaha sedaya upaya menjadikan bahasa Jepun sebagai
bahasa pertuturan di Filipina. Dasar penjepunan tidak mendatangkan manfaat dari aspek politik
terhadap pemerintahan Jepun. Tindakan Jepun menghapuskan kebudayaan Filipina dan
menerapkan budaya Jepun dalam kehidupan masyarakat Filipina hanya menambahkan lagi
kebencian masyarakat Filipina terhadap Jepun.

Pertempuran berlanjut sehingga penyerahan rasmi Jepun pada 2 September 1945. Filipina
telah mengalami kehilangan nyawa yang besar dan kemusnahan fizikal yang sangat besar pada
saat perang berakhir. Dianggarkan satu juta rakyat Filipina antara tentera dan orang awam telah
dibunuh. Menurut analisis Amerika Syarikat yang dikeluarkan beberapa tahun selepas perang,
korban A.S. 10,380 tewas dan 36.550 cedera, manakala Jepun seramai 255,795 korban.

7
Paul H. Kratoska (Ed.). South East Asia: Colonial History, Volume IV. 2001, hlmn. 285.
8
Teodoro A. Agoncillo, The Fateful Years: Japan’s Adventure in the Philippines, 1941-45. Quezon City:
University of the Philippines Press. 1965, hlmn. 30.
9
South East Asia: Colonial History, Volume IV.hlmn. 286
Sebaliknya, kematian Filipina tidak mempunyai anggaran rasmi tetapi dianggarkan lebih
daripada satu juta, peratusan penduduk negara pada masa itu. Penduduk Filipina menurun secara
berterusan untuk lima tahun akan datang berikutan penyebaran penyakit dan kekurangan
keperluan asas, jauh dari gaya hidup Filipina sebelum perang ketika negara itu menjadi terkaya
kedua di Asia selepas Jepun.

Kepayahan dan kesusahan hidup yang dihadapi selepas penjajahan Jepun ini telah
membawa kepada berlakunya gerakan nasionalisme. Gerakan nasionalisme ini bukanlah gerakan
menentang kuasa kolonial. Ia merupakan penentangan ke atas kerajaan tempatan di bawah
pimpinan Marcos yang dikatakan masih belum dapat menjalankan pentadbiran dengan
berkesan.10 Kerajaan tidak dapat membangunkan ekonomi negara dengan jayanya dan kesannya
tertimpa ke atas masyarakat. Masyarakat yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus
melarat. Kemerdekaan yang dicapai oleh mereka tidak dinikmati sepenuhnya. Filipina masih
bergantung harap dengan bekas penjajahnya iaitu Amerika, baik dalam bidang ekonomi,
ketenteraan mahupun bidang sosio-budaya. Fenomena ini menjadikan Filipina seolah-olah masih
dijajah oleh Amerika yang dikatakan penjajahan dalam bentuk yang baru yang dipanggil sebagai
neokolonialisme.

Justeru itu, gerakan nasionalisme ini juga adalah gerakan anti-Amarika. Gerakan
kesedaran sosio-politik ini juga diikuti dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi yang kadang-
kadang di akhiri dengan perarakan ke Kedutaan Amerika. Puncak gerakan berlaku antara tahun
1969-1972 di mana gerakan ini menjadi lebih radikal kerana turut dianggotai oleh berbagai
pertubuhan seperti kesatuan sekerja, pertubuhan petani dan juga pertubuhan komunis Filipina.
Demonstrasi pada tahap ini juga dikatakan radikal kerana berlakunya pertempuran dengan pihak
polis.

Semangat nasionalisme ini boleh didorong oleh beberapa faktor antaranya adalah
disebabkan oleh bahasa Tagalog. Bahasa Tagalog ini telah diperjuangkan agar mendapat tempat
yang sewajarnya di Filipina. Usaha ini dapat dilihat di mana pada tahun 196l Socio-Cultural
Association of the University of the Philippine (SCAUP) telah ditubuhkan dengan cita-cita untuk
menghapuskan kemunduran dan menaikkan kesedaran politik dan melaungkan agar kepentingan

10
Robert Dayley and Clark D Neher, Southeast Asia In The New International Era, A Member Of The
Perseus Books Group, 2013, hlmn 187.
nasional sepatutnya di dahulukan. Oleh itu gesaan menggunakan bahasa Tagalog dalam apa jua
urusan seharian telah dilakukan. Begitu juga dalam bidang seni dan sastera seperti puisi, esei-
esei dan sebagainya telah digalakkan menggunakan bahasa Tagalog. Akibatnya aktiviti-aktiviti
yang melibatkan bahasa Inggeris mula kurang digemari.

Semangat nasionalisme dari segi ekonomi pula bersangkutan dengan perjuangan untuk
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat. Kehidupan masyarakat Filipina masih lagi di tahap
lama walaupun telah lama mencapai kemerdekaan. Jurang perbezaan di antara golongan kaya
dengan miskin di Filipina terlalu ketara. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya
ialah pengaruh sistem kapitalisme itu sendiri yang menggalakkan masyarakat mengejar
kekayaan. Mereka yang bermodel besar lebih mudah mengadakan hubungan dengan pelabur-
pelabur dari luar. Dari keadaan yang tidak seimbang ini maka tumbuh semangat kesedaran di
kalangan penduduk untuk membangunkan negara mereka.

Kongkongan ekonomi pihak pelabur asing, khususnya Amerika, merupakan satu


penjajahan dalam bentuk yang baru yang dipanggil neo-kolonialisme. Oleh itu tindakan yang
perlu dilakukan ialah membina batasan-batasan ke atas modal asing bagi mengimbangkan
ekonomi negara. Hal ini demikian kerana kurangnya batasan ke atas penguasaan Amerika
menyebabkan bidang ekonomi negara Filipina menjadi tidak menentu. Keadaan menjadi lebih
ketara lagi apabila pada penghujung tahun 1960 an di mana harga barangan-barangan lain dan
komoditi terutamanya yang di import naik mendadak. Beberapa buah kilang telah membuang
pekerja-pekerja mereka, kos pengangkutan naik dan urus niaga menjadi perlahan. Berikutan dari
itu golongan belia, terutamanya pelajar-pelajar menjadi lebih lantang bersuara dengan
melancarkan banyak demonstrasi dan perhimpunan-perhimpunan untuk menentang pihak
pemerintah bagi memperbaiki keadaan yang buruk ini.11

Kesimpulannya jelaslah di sini bahawa tahun 1960 an hingga tahun 1970 an kekacauan
begitu ketara di Filipina. Kelantangan suara-suara penentangan terhadap kerajaan dilakukan di
mana-mana sahaja. Tidak cukup setakat menyebarkan propaganda-propaganda diadakan juga
demonstrasi-demonstrasi. Memandangkan semangat yang begitu membara, demonstrasi-
demonstrasi yang dilakukan kadang-kadang diakhiri dengan keganasan yang mana berlakunya

11
Rodolfo Y.Rogodon, 'Student Organizationsa nd Their Affrliates', Sunday Times Magazine, Manila, The
Manila Times PublishingC o. lnc, February 1970, hal. 33.
pertempuran dengan pihak polis. Selalunya ia berakhir dengan kemenangan di pihak polis yang
menggunakan berbagai cara untuk membanteras demonstrasi-demonstrasi yang dijalankan.
Begitulah hebatnya desakan-desakan rakyat dalam melaungkan hak mereka. Walau
bagaimanapun desakan-desakan masyarakat ini sebenarnya berpunca dari kesedaran yang
dilaungkan oleh golongan belia termasuk pertubuhan-pertubuhan pelajar dan juga pertubuhan-
pertubuhan belia yang radikal. Keradikalan kumpulan-kumpulan belia ini menjadi lebih ketara
lagi seperti pertubuhan buruh dan juga pertubuhan petani. Dengan adanya gabungan ini
menjadikan gerakan tunjuk perasaan menjadi lebih terancang lagi dengan gerakan-gerakan
diketuai oleh golongan belia khususnya pelajar.

Anda mungkin juga menyukai