HSA Group Full
HSA Group Full
HSA Group Full
KURSUS:
PENSYARAH:
TAJUK TUGASAN :
KUMPULAN B
Abad ke-20 menyaksikan pelbagai konflik telah berlaku di dalam sejarah dunia. Perang Dingin
merupakan salah satu konflik yang telah menggegarkan dunia suatu ketika dahulu selain
daripada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Konflik ini melibatkan dua buah blok
kuasa iaitu Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat. Hal ini berlaku kerana kedua-dua blok
kuasa ini memperjuangkan dua fahaman politik yang berbeza. Kesatuan Soviet
memperjuangkan ideologi komunis, manakala Amerika Syarikat pula memperjuangkan ideologi
demokrasi.
Sehubungan dengan itu, wujud dua buah persidangan pada tempoh awal berlakunya
Perang Dingin, yakni Persidangan Manila dan Persidangan Bandung. Persidangan Manila
merupakan sebuah persidangan yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa Barat bagi menyekat
penyebaran pengaruh komunis di negara-negara sekitar Asia Tenggara. Melalui persidangan ini
juga telah wujud satu pertubuhan ketenteraan yang dikenali sebagai Pakatan Pertahanan Asia
Tenggara atau Southeast Asia Treaty Organization (SEATO). Manakala, Persidangan Bandung
pula adalah reaksi tindak balas terhadap pertubuhan SEATO. Hal ini kerana, pemimpin yang
terlibat dengan Persidangan Bandung tidak bersetuju dengan perjuangan SEATO yang bersifat
ketenteraan kerana mereka menegaskan bahawa penyelesaian konflik secara aman adalah
penting bagi mengelakkan berlakunya Perang Dunia Ketiga. Justeru itu, Gerakan Negara-
Negara Berkecuali akhirnya telah ditubuhkan untuk memperjuangkan keamanan dan
keselamatan sejagat tanpa memihak kepada mana-mana pihak yang sedang berperang.
Bagi menyempurnakan tugasan kursus HSA 3043 Asia Tenggara Abad Ke-20 ini,
kumpulan kami akan mengupas mengenai perkembangan Gerakan Negara-Negara Berkecuali
dan peranannya terhadap rantau Asia Tenggara. Oleh yang demikian, usaha menganalisis dan
membuat tafsiran terhadap beberapa kajian terdahulu telah pun dilakukan untuk melihat
pandangan pengkaji-pengkaji terdahulu terhadap isu perkembangan dan peranan Gerakan
Negara-Negara Berkecuali di rantau Asia Tenggara.
1
2.0 KAJIAN LITERATUR
Terdapat dua buah kajian literatur yang digunapakai di dalam penulisan ini. Yang pertama ialah
sebuah penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh O.Suryanarayanan. Penulisan beliau berjudul
“Bandung Conference and The Evolution of Non-Alignment” atau “Persidangan Bandung dan
Perkembangan Gerakan Berkecuali”. Manakala yang kedua pula adalah sebuah penulisan
ilmiah yang dihasilkan oleh Jayantanuja Bandyopdhyaya dengan judul “Gerakan Berkecuali dan
Hubungan Antarabangsa”.
Penulis menyatakan akar umbi Gerakan Berkecuali ini adalah bermula dengan
Persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955 yang dihadiri oleh 29 buah negara. Hal ini
kerana idea dan cadangan mengenai Gerakan Berkecuali telah mula diuar-uarkan pada
persidangan tersebut. Oleh yang demikian, mesyuarat pertama Gerakan Berkecuali telah
diadakan di Belgrade pada tahun 1961. Mesyuarat Gerakan Berkecuali turut disebut sebagai
Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali. Persidangan kemuncak yang pertama ini dihadiri
oleh beberapa orang pemimpin hebat seperti Josip Broz Tito iaitu Perdana menteri Ygoslavia,
Gamel Abdul Nasser; Perdana Menteri Mesir, Soekarno; Perdana Menteri Indonesia,
Jawaharlal Nehru; Perdana Menteri India dan Nkrumah; Perdana Menteri Gana serta beberapa
orang pemimpin yang lain. Di dalam mesyuarat ini, Tito menyatakan bahawa organisasi
2
tersebut perlu melaksanakan usaha-usaha yang tegas dan bermatlamat agar dapat
merealisasikan impian untuk menegakkan hak-hak antarabangsa dengan berjaya.
Di dalam persidangan kemuncak yang pertama ini juga, penulis menyatakan bahawa
terdapat lima buah teras yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara untuk menjadi ahli anggota
Gerakan Berkecuali telah ditetapkan. Yang pertama ialah, negara anggota wajib untuk
mengamalkan “Dasar Berkecuali”. Yang kedua, negara anggota harus memberi sokongan
terhadap gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan antarabangsa. Ketiga, negara anggota
seharusnya tidak menjadi ahli sekutu dengan mana-mana kuasa yang terlibat dengan konflik
antarabangsa. Keempat, sekiranya negara anggota telahpun memeterai perjanjian terlebih
dahulu dengan mana-mana kuasa yang terlibat dengan konflik antarabangsa, perjanjian
tersebut haruslah hanya terhad kepada menjadi benteng pertahanan kawasan sahaja tanpa
memberi kuasa penuh terhadap kuasa yang terlibat dengan konflik tersebut. Kelima, sekiranya
negara anggota mempunyai ikatan perjanjian ketenteraan dengan mana-mana kuasa asing,
perjanjian tersebut haruslah dimeterai dengan mana-mana kuasa yang tidak terlibat dengan
konflik antarabangsa.
Selain itu, persidangan kemuncak yang pertama ini turut mengetengahkan fokus
penubuhan gerakan tersebut adalah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan
keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonialisme, neo-
kolonialisme, pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan bangsa asing, kuasa serta
kumpulan politik. Di dalam persidangan yang pertama ini, terdapat 25 buah negara berkecuali
yang hadir bersama dengan tiga buah negara lain yang berperanan sebagai pemerhati.
Menurut penulis, persidangan yang pertama ini dianggap sebagai sebuah kejayaan hebat oleh
Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru. Namun, ia juga dilihat sebagai satu ancaman yang
besar kepada kuasa-kuasa Barat yang cenderung dalam pengamalan imperialisme. Hal ini
kerana agenda perbincangan yang diusulkan di dalam persidangan pertama ini ialah mengenai
hubungan antarabangsa dan langkah-langkah untuk lebih memperkukuhkan keamanan dan
keselamatan antarabangsa pada ketika itu.
3
Dengan berpandukan teras dan isu-isu yang telah diusulkan pada persidangan yang
pertama, Persidangan Kemuncak Gerakan Berkecuali yang kedua pula diadakan di Kaherah
pada 5-10 Oktober 1964. Persidangan kemuncak yang kedua ini menunjukkan wujud
peningkatan ahli anggota daripada 25 buah negara kepada 47 buah negara dan negara
pemerhati daripada 3 buah kepada 10 buah negara. Di dalam persidangan ini, isu mengenai
Perang Dingin tidak berapa diketengahkan sebaliknya adalah isu-isu yang berkaitan dengan
negara anggota Gerakan Berkecuali seperti konflik Arab-Israel dan peperangan di antara India
dan Pakistan.
4
Hal ini kerana, di dalam persidangan ini, terdapat tiga buah keputusan telah dilakukan
oleh ahli majlis tertinggi organisasi. Menurut penulis,keputusan yang diambil itu telah membawa
perubahan yang besar kepada organisasi Gerakan berkecuali dan berjaya menyelaraskan
organisasi tersebut secara lebih teratur dan terancang. Keputusan yang dimaksudkan ialah;
yang pertama, tempoh bagi satu persidangan adalah hanya tiga tahun. Ini bermaksud, selepas
tiga tahun, negara-negara anggota perlu menghadiri satu lagi persidangan bagi
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perjuangan mereka. Yang kedua, individu yang
mempengerusi persidangan yang terakhir perlu diberi mandat sebagai moderator bagi mewakili
setiap negara anggota untuk menyuarakan keperluan mereka. Ketiga, pengerusi persidangan
perlu merancang perjumpaan seterusnya dan bertanggungjawab untuk memastikan segala
urusan dapat berjalan dengan lancar.
Persidangan kemuncak yang ketiga ini turut menetapkan bahawa tahun 1970 adalah
tahun bermulanya genjatan senjata di seluruh dunia selama sepuluh tahun. Selain itu, di dalam
persidangan ini juga majlis tertinggi Gerakan Berkecuali telah melakukan satu tindakan berani
kerana memberi teguran secara terbuka kepada pihak Amerika Syarikat, Perancis, Ital, German
dan Jepun mengenai cara mereka melaksanakan kerjasama dengan Afrika Selatan yang
sememangnya mendorong kepada isu perkauman.
5
Menurut penulis, selepas persidangan kemuncak yang ketiga ini, banyak perubahan
telah berlaku kepada dunia terutamanya di dalam bidang politik antarabangsa. Misalnya pada
tahun 1971, SALT ditandatangani oleh ---- dengan ----. Selain itu, India juga menandatangani a
treaty comity and friendship with ussr untuk 20 tahun akibat daripada peperangan India-
Pakistan yang berlaku pada tahun 1971. Kawasan bebas diumumkan. Negara-negara Asia
Selatan menggariskan Laut India sebagai kawasan yang bebas daripada segala bentuk
peperangan dan konflik antara negara. ZOPFAN diperkenalkan apabila ASEAN mengiktiraf
South East Asia sebagai zan aman, bebas dan neutral.
Di dalam artikel ini juga, penulis turut mengupas setiap persidangan kemuncak yang
dihadiri oleh ahli anggota Gerakan Berkecuali. Sama seperti penerangan tiga persidangan di
atas, penulis turut memperincikan setiap usaha yang dirancang dan dilaksanakan oleh
organisasi tersebut. Secara keseluruhannya, setiap persidangan yang dilaksanakan akan ada
pertambahan dari segi jumlah ahli yang hadir. Keadaan tersebut secara tidak langsung
memberi gambaran bahawa dari semasa ke semasa motif perjuangan yang ditekankan oleh
organisasi ini semakin diterima oleh banyak negara. Daripada organisasi ini juga terdapat
banyak organisasi baru yang muncul.
Penulisan kedua pula adalah sebuah penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh Jayantanuja
Bandyopdhyaya dengan judul “The Non-Aligned Movement and International Relations” atau
“Gerakan Berkecuali dan Hubungan Antarabangsa”. Artikel ini membincangkan percanggahan
dalaman semasa Perang Dingin yang telah mendorong kepada perkembangan gerakan
berkecuali. Bermula dari India, dan dengan cara yang kecil dengan beberapa ahli politik yang
diilhamkan sebagai ahli falsafah dan pembentuknya, pergerakan berkecuali ini telah
berkembang dengan pesat sehingga hari ini menjadi pergerakan sejagat. Pada Sidang
Kemuncak Kolombia Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, yang diadakan pada bulan Ogos
1976, terdapat 86 orang peserta yang merupakan majoriti dua pertiga dari anggota Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan majoriti penduduk dunia. Gerakan berkecuali menandakan
bermulanya era baru dalam sejarah hubungan antarabangsa. Terdapat tiga subtopik utama
yang dibincangkan oleh penulis di dalam artikel ini iaitu mengenai pergerakan anti-imperialis,
dimensi ekonomi baru serta penginstitusian gerakan berkecuali.
6
Dalam artikel ini, percanggahan dalam Perang Dingin memberikan keazaman kepada
negara-negara yang baharu merdeka untuk mengelak pakatan tentera yang dikuasai oleh dua
blok kuasa yang sedang berlawan iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Tindakan dua blok
kuasa tersebut untuk membentuk negara-negara baru ke dalam kancah peperangan dan
bertindak memaksa negara-negara baru ini berada di dalam pengaruh mereka telah mendorong
kepada pengukuhan keazaman negara-negara baru untuk memelihara dan menjaga
kemerdekaan mereka melalui gerakan negara-negara berkecuali. Penulis menyatakan
penyebab utama kemunculan gerakan berkecuali sebagai dasar luar adalah ekoran daripada
proses dekolonisasi. Hal ini demikian kerana dekolonisasi berlaku pada suku ketiga abad ke-20
akibat pergerakan kebangsaan di Asia dan Afrika yang berlaku pada separuh pertama abad ke-
20.
Secara dasarnya, motivasi kepada anti-imperalis oleh gerakan berkecuali ini telah
ditekankan dalam persidangan-persidangan gerakan berkecuali. Sebagai contoh, ketika
Persidangan di Lusaka, ia menyatakan bahawa pertumbuhan gerakan berkecuali ke dalam
pergerakan antarabangsa adalah merentasi batas perkauman, dan serantau. Hasil daripada
revolusi anti-kolonial dunia dan kemunculan sejumlah besar negara-negara baru telah memilih
orientasi pembangunan politik bebas dan menolak untuk menerima sebarang penggantian
bentuk subordinasi lama oleh orang-orang baru.
7
Persidangan Sidang Kemuncak Algiers juga memperlihatkan semakin banyak negara di
Asia, Afrika dan Amerika Latin menunjukkan keinginan untuk pembebasan dan kebebasan
untuk menghadapi cabaran yang dikenakan oleh monopoli neo-kolonialis dan monopoli
imperialis. Dalam Sidang Kemuncak di Kolombo mengatakan bahawa ini adalah kekuatan
penting dalam perjuangan menentang imperialisme. Gerakan berkecuali harus menegakkan
hak semua orang untuk kebebasan dan pengawalan diri serta semua negara untuk meneruskan
strategi bebas demi pembangunan dan penyelesaian masalah antarabangsa.
Dalam hujah yang diutarakan oleh penulis di dalam artikel ini, perkembangan gerakan
berkecuali semasa Perang Dingin lebih berfokus kepada penentangan terhadap Amerika
Syarikat dan negara-negara Barat yang lain namun bukan kepada Soviet Union. Hal ini
dibuktikan dengan kecenderungan dalam beberapa deklarasi dan resolusi yang diluluskan di
setiap persidangan pergerakan berkecuali secara langsung ditujukan kepada Amerika Syarikat
tetapi bagi Soviet Union pula tiada satu pun deklarasi atau resolusi yang menjurus kepada blok
kuasa ini. Penulis membandingkan dua blok kuasa iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union
semasa Perang Dingin di mana Soviet Union dalam tempoh Perang Dingin tidak pernah
mencuba untuk membentuk pengaruh pakatan tentera yang melibatkan negara-negara baru di
Asia dan Afrika sebaliknya Amerika Syarikat dilihat cuba untuk kembali ke Asia dan Afrika
melalui SEATO, CENTO dan sebagainya.
Menurut penulis, Soviet Union dilihat mempunyai dasar yang sama dengan pergerakan
berkecuali iaitu kuasa ini secara konsisten mengundi di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) dengan menolak semua dasar dan polisi masalah perkauman atau rasis khususnya di
Afrika Selatan dan juga di tempat lain. Hujah penulis ini turut dibuktikan dengan penolakan
sepenuhnya ideologi Barat oleh golongan elit nasionalis dari Asia dan Afrika tetapi bagi Soviet
Union dari aspek politik masih boleh dipertimbangkan. Kebanyakan pemimpin nasionalis Afro-
Asia percaya bahawa bukan kapitalisme sahaja yang membawa kepada ketidaksamaan dan
eksploitasi, tetapi imperialisme juga adalah salah satunya yang lebih relevan berdasarkan
pengalaman sejarah mereka.
8
Bagi pemimpin nasionalis Afro-Asia, mereka beranggapan bahawa prinsip-prinsip
demokratik dan bentuk-bentuk politik Barat adalah palsu semata-mata. Hampir semua
pemimpin Afro-Asia telah menerima secara teori aspek ekonomi sosialisme dengan serius
mengenai struktur politik Soviet. Malah, pengkritik kuat sistem Soviet Union misalnya, Mahatma
Gandhi juga turut menyatakan berulang kali bahawa struktur ekonomi komunisme Soviet yang
melibatkan pemilikan kolektif pengeluaran dan pengedaran akan diterima sepenuhnya olehnya
dengan syarat, ia ditubuhkan tanpa menggunakan keganasan dan pemerintahan diktator.
Namun begitu, meskipun negara-negara Afro-Asia ini dilihat cenderung kepada Soviet
Union, namun ia tidak bermakna mereka menyokong untuk bersekutu dengan pakatan
ketenteraan Soviet. Hal ini demikian kerana, golongan nasionalis anti-penjajah di Asia dan
Afrika secara amnya bertempur di atas platform nasional yang luas mengikut persetujuan politik
yang mempertahankan kebebasan dan kemerdekaan mereka. Tambahan pula, gangguan
secara berkala oleh Soviet Union dalam pergerakan kebebasan negara-negara Afro-Asia
melalui parti Komunis tempatan, dan dalam sistem politik mereka yang baru walaupun selepas
kemerdekaan, khususnya semasa zaman Stalin, membuat elit politik negara-negara Afro-Asia
agak mencurigakan Soviet Union.
9
masih merupakan ideologi perjuangan pergerakan negara-negara berkecuali tetapi peningkatan
dari segi ekonomi juga menjadi tumpuan baharu mereka. Persidangan pertama Pergerakan
Negara-negara Berkecuali di Belgrade menekankan isu-isu politik secara meluas seperti anti-
imperialisme dan anti-perkauman, ancaman perang, masalah pencerobohan dan campur
tangan, pangkalan tentera asing, penentuan nasib negara, perlucutan senjata, kedamaian
sejagat dan kedamaian dunia.
10
Artikel ini menyatakan Persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Lusaka
yang diadakan pada tahun 1970 merupakan persidangan terpenting yang menandakan
perkembangan dalam kandungan gerakan berkecuali di mana isu berkaitan ekonomi
antarabangsa dibincangkan namun, isu-isu politik yang lama juga tidak diabaikan. Dalam
bidang ekonomi, jelas kelihatan ketidakseimbangan struktur antara negara maju dan negara
yang sedang membangun memperlihatkan jurang yang sangat luas antara negara-negara
membangun dengan negara-negara maju sekaligus ia menjadi ancaman kepada kedamaian
dan keamanan antarabangsa. Persidangan di Lusaka ini lebih berfokus kepada isu-isu ekonomi
dunia seperti kemerosotan perdagangan eksport dunia bagi negara-negara membangun,
penurunan dan peningkatan aliran kewangan serta usaha-usaha untuk membawa perubahan
yang pesat dalam sistem ekonomi dunia terutamanya dalam bidang perdagangan, kewangan
dan teknologi.
Pada persidangan di Algiers, satu lagi dimensi ekonomi muncul dalam Pergerakan
Negara-negara Berkecuali apabila “Program Tindakan Kerjasama Ekonomi” telah dipersetujui
untuk meningkatkan kerjasama ekonomi. Program ini berfokus kepada pembentukan saluran
komunikasi, hubungan antara negara maju dan negara membangun, sistem kewangan dan
hasil negara antarabangsa, pemindahan teknologi, kepentingan produk, persekitaran dan
kerjasama antara negara-negara sosialis. Tindakan kerjasama antara negara-negara sosialis ini
adalah pertama kali dinyatakan di persidangan-persidangan Pergerakan Negara-negara
Berkecuali dengan harapan untuk membentuk kerjasama yang luas antara negara-negara
berkecuali dengan negara-negara sosialis termasuk penubuhan jawatankuasa bersama bagi
tujuan kerjasama dan pembangunan ekonomi bersama.
Di samping itu juga, persidangan di Algiers ini turut memberi kesedaran kepada negara-
negara berkecuali untuk memelihara identiti kebudayaan. Hal ini demikian kerana, mereka
sedar bahawa imperialisme bukan sahaja mempengaruhi politik dan ekonomi malah, turut
bercabang ke dalam bidang kebudayaan dan sosial. Pengasingan tamadun dan budaya yang
dibawa oleh imperialisme perlu ditapis dengan mewujudkan personaliti nasional dan tegas
terhadap nilai sosial dan budaya mereka. Dalam persidangan di Kolumbia pada tahun 1976, ia
11
merupakan salah satu perkembangan yang terpenting bagi Pergerakan Negara-negara
Berkecuali yang meliputi pelbagai aspek. Dalam persidangan ini, resolusi mengenai
penggunaan kuasa veto menegaskan pemansuhan sistem veto dan pindaan Piagam PBB
dengan sewajarnya. Kesemua persidangan Pergerakan Negara-negara Berkecuali sebelum ini
menunjukkan kesetiaan dan dedikasi kepada PBB namun, pada persidangan di Kolumbia buat
pertama kalinya mereka meminta pindaan Piagam PBB bagi memastikan kesetaraan politik
negara.
Program tindakan ini terdiri daripada perkara utama iaitu bahan mentah, perdagangan,
kerjasama kewangan, perindustrian, makanan dan pertanian, perikanan, pengangkutan,
12
telekomunikasi, insurans, perusahaan awam, kesihatan, kerjasama teknikal dan perkhidmatan
perundingan, sains dan teknologi pembangunan, pekerjaan dan pembangunan sumber
manusia, peranan wanita dalam pembangunan, sistem penyelidikan dan maklumat,
pelancongan, syarikat transnasional, pelaburan asing swasta, tenaga nuklear, dan sukan.
Setiap item ini dibahagikan kepada program tindakan yang terperinci. Sebanyak 15 kumpulan
penyelarasan negara-negara berkecuali telah ditubuhkan untuk menjaga perlaksanaan
kerjasama ini. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa gerakan berkecuali semakin
menumpukan gerakan ekonomi untuk pembangungan dan perkembangan negara-negara
berkecuali. Meskipun mereka masih menekankan dasar anti-imperialis dan anti-perkauman
namun, peningkatan ekonomi global itu dianggap pengukuhan kepada politik sesebuah negara.
Selain perbincangan mengenai politik dan ekonomi, penulis juga mengulas mengenai
penginstitusian pergerakan berkecuali. Bertitik tolak daripada Persidangan Bandung Afro-Asia
pada tahun 1955 para pemimpin negara-negara Asia yang berkumpul pada persidangan itu
secara umumnya menganjurkan satu dasar yang sama untuk negara mereka sendiri dan
menyatakan perpaduan yang sama terhadap imperialisme dan masalah perkauman. Melalui
Persidangan Bandung ini, munculnya gerakan berkecuali. Pertemuan Nehru-Nasser-Tito di
Brioni pada tahun 1956 adalah persidangan pertama, walaupun hanya dihadiri oleh tiga
pengasas utama pergerakan negara-negara berkecuali. Tetapi penginstitusian gerakan
berkecuali sebagai gerakan antarabangsa belum lagi bermula secara rasminya sehinggalah
13
Persidangan Persiapan Kairo pada bulan Jun 1961, yang diselenggarakan oleh Nasser, Tito
dan Nehru, dan dihadiri oleh 20 negara dan satu negara pemerhati iaitu Brazil.
14
pelaksanaan keputusan persidangan sidang kemuncak, untuk menganjurkan pelbagai
mesyuarat dan persidangan gerakan berkecuali, dan untuk melaksanakan kerja semasa
gerakan berkecuali. Terdapat juga cadangan di Persidangan Sidang Kemuncak Algiers untuk
penubuhan sebuah sekretariat tetap namun, walau bagaimanapun, ia ditangguhkan sehingga
persidangan sidang kemuncak yang akan datang.
Pada Persidangan Perhubungan Asia pada tahun 1947, Nehru telah berbicara tentang
negara-negara Asia yang bertemu di persidangan selepas berabad-abad lamanya. Sentimen
yang sama juga dinyatakan secara umum di persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun
1955. Sejak awal lagi dalam pelbagai persidangan berkecuali mereka mengucapkan tahniah
dengan kedatangan negara-negara baru dan memutuskan untuk meningkatkan hubungan dan
komunikasi dalam kalangan mereka dari segi politik, ekonomi, teknologi dan budaya.
Ketika persidangan di Algiers pada tahu 1973, dalam Program Tindakan Ekonomi,
sidang tersebut menggesa penyusunan semula rangkaian komunikasi sedia ada bagi
mengatasi masalah komunikasi antarabangsa dalam kalangan negara-negara berkecuali bagi
mengukuhkan struktur hubungan antarabangsa. Mereka melahirkan komitmen untuk
meningkatkan aliran maklumat langsung dan komunikasi pantas antara satu sama lain, dengan
mempromosikan kesedaran dan pemahaman bersama mengenai tujuan politik dan ekonomi
mereka yang sama dan juga meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam
bidang sosial dan budaya. Mereka menegaskan bahawa dekolonisasi maklumat adalah penting
untuk tujuan-tujuan ini dan penubuhan suatu Perintah Maklumat Antarabangsa yang baru harus
dilaksanakan sebagai Perintah Ekonomi Antarabangsa Baru. Hasil yang paling ketara dalam
15
persidangan ini ialah pelancaran The Non-Aligned News Agencies Pool (NANAP) (lebih dikenali
sebagai 'kolam berita'), lengkap dengan perlembagaan dan Jawatankuasa Penyelaras.
16
menentang realiti politik imperialisme global, neo-imperialisme dan perkauman, tetapi juga
mengenai pelbagai isu khusus dan politik umum yang mempengaruhi diri mereka dan negara-
negara lain. Mereka telah menggunakan persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum antarabangsa yang lain dengan berkesan
untuk meneruskan objektif politik mereka.
Oleh itu, penulis percaya bahawa walaupun Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ini
bermula dan masih mengekalkan sifat anti-imperialis dan anti-Barat, tetapi ia telah berjaya
membuktikan bahawa negara-negara baru dapat berdiri sendiri, mempunyai masa depan dan
berpotensi untuk menjadi model perhubungan antarabangsa dan komunikasi sejagat. Batasan
kuasa seperti pencegahan kuasa nuklear telah membawa kepada penemuan teori dan dimensi
baru bagi amalan perhubungan antarabangsa yang membuktikan sumbangan Pergerakan
Negara-negara Berkecuali. Ini membuktikan perkembangan pergerakan ini dari segi politik dan
ekonomi demi kesepaduan dan kedamaian sejagat.
Berdasarkan kedua-dua artikel tersebut, dapat dilihat bahawa tempoh masa topik
perbincangan yang dilakukan oleh penulis adalah sama iaitu merangkumi Persidangan
Kemuncak Gerakan Berkecuali yang pertama hingga kelapan sahaja. Namun, corak
penghuraian yang disampaikan adalah berbeza kerana penulisan yang pertama secara
keseluruhannya hanya membincangkan perkembangan dari satu persidangan ke satu
persidangan sahaja. Manakala pada penulisan kedua pula penulis turut membuat penghuraian
mengenai konflik-konflik dalaman yang berlaku pada tempoh Perang Dingin.
Perkembangan persidangan Afro Asian ini dimulakan oleh beberapa persidangan yang
membawa kepada penubuhan pergerakan negera-negara berkecuali (NAM). Persidangan yang
pertama ialah di Bandung(1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Persidangan
Belgarde (1961). Persidangan ini disertai oleh negara-negara Komunis dan anti-Komunis yang
17
bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali
dalam menentang usaha penjajahan Barat. Manakala lanjutan daripada persidangan Afro-Asian
ini membawa kepada perkembangan persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ini telah berlangsungnya beberapa persidangan
iaitu Belgrade (1961), Cairo (1964), Lusaka (1970), Algiers (1973), Colombo (1975) Havana
(1979), New Delhi (1980), Hrare (1986) dan kembali semula ke Belgrade (1989).
Perkara ini jelas terbukti apabila terdapat satu rayuan dibuat rombongan Afro-Asia untuk
mengabaikan masalah pertengkaran yang wujud pada masa ini. Rayuan oleh pengerusi
persidangan Afro Asia yang pertama di Bandung iaitu Sastroamidjojo. Memetik ucapan oleh
Sastroamidjojoto pada ulang tahun keenam persidangan Bandung.
He said that since the Bandung conference the balance of power in international
politics had changed. Before 1955, world events bad been determined by the
Eastern and Western blocs,but since then the U.N had witnessed tho growth of a
1
Ahmad Zainudin. REAKSI ANGGOTA AFRO-ASIAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 1961-1965:ISU DAN
PENYELESAIAN DALAM HUBUNGAN LUAR MALAYSIA. Jurnal Perspektif, 6 (3). pp. 111-121. ISSN 1985 - 496X (2014).
18
new force the Afro Asian group which had let their influence be felt. A second Afro-
Asian conference is urgent as the time is ripe for such a conference, Mr
Sastroamidjojo said;that dispures always would occur between nations. Therefore if
we wait until there is no dispute there will never be a second Afro-Asian conference.
Melalui pernyataan diatas, Sastroamidjojo berkata persidangan Bandung ini membawa kepada
keseimbangan kuasa dalam politik antarabangsa telah berubah. Sebelum peristiwa
Persidangan Bandung 1955, keadaan dunia telah ditentukan oleh blok Timur dan Barat. Maka
dengan itu, sejak pertumbuhan pasukan baru iaitu kumpulan Afro-Asia telah membawa kepada
pengaruhnya di mata dunia agar negara-negara yang berada dalam kumpulan ini dapat
menjaga keamanan dan mempertahankan kemerdekaan.2
2
The Canberra Times (ACT 1926-1995). APPEAL FOR AFRO-ASIAN CONFERENCE. Tuesday 25 April. 1961. Hlm 3.
Diakses menggunakan laman web https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Bandung+conference+1955.
Tarikh 5/52018.
3
Richard Maison.Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingun dan
Cabaran berkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4;1(2012)65-72 hlm 68.
19
Persidangan Bandung adalah untuk pertahanan hak asasi manusia dan asas hak negara
yang ditindas terhadap diskriminasi dan pengasingan kaum. Disamping itu juga, menuntut hak
penentuan nasib negara sendiri dan pemisahan tanpa syarat diperhatikan. Persidangan ini juga
mengecam amalan penyerahan negara kepada penguasaan asing dan eksploitasi. Persidangan
Bandung ini memperlihatkan cara yang berbeza dengan isu manusia dan cara yang berbeza
untuk mengubah tindakan politik melalui prinsip-prinsip antarabangsa, kerjasama global
sejagat, keperluan untuk ekonomi dan kebergantungan budaya, keinginan untuk keamanan dan
keselamatan umum. Kemajuan sosioekonomi negara-negara Afro-Asia, boleh bersatu dengan
platform perjuangan umum untuk keamanan antarabangsa. Persidangan Bandung menandakan
permulaan negara-negara Afro-Asia yang bekerja secara bekerjasama sebagai satu kumpulan
dalam satu organisasi mengenai isu antarabangsa yang berbeza. Oleh itu, selepas persidangan
Bandung ini disambung juga dengan persidangan-persidangan lain untuk menuju ke arah
negara-negara berkecuali.
Persidangan Kaherah 1957. Melalui persidangan ini telah dibuat lima kriteria perkara untuk
masuk, dalam persidangan Ketua-ketua Negara atau kerajaan Negara-negara tetapi yang tidak
menjadi sasaran ialah Malaysia yang akan diadakan pada September 1961. Lima kriteria
perkara adalah negara harus mengadopsi dasar bebas berdasarkan kewujudan bersama
negeri-negeri dengan sistem politik dan sosial yang berbeza dan bukannya penjajaran atau
harus menunjukkan cara yang memihak kepada dasar sedemikian. Kriteria yang kedua ialah
negara yang berkenaan mestilah secara konsisten menyokong pergerakan kebebasan negara.
Seterusnya perkara yang ketiga ialah negara tidak sepatutnya menjadi ahli anggota ketenteraan
berbilang sisi yang disimpulkan dalam konflik kuasa besar. Seterusnya, yang keempat ialah
suatu negara mempunyai perjanjian tentera dua hala dengan negara-negara kuasa besar,
adalah anggota pakatan pertahanan serantau. Disamping itu, persetujuan perjanjian
harusdilaksanakan dalam konteks negara-negara kuasa besar. Manakala yang kelima ialah
20
diakui pangkalan tentera untuk kuasa asing. Kemudian kriteria ini menjadi definisi yang diterima
oleh Negara-Negara Berkecuali.4
4
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. hlm 105.
5
Ibid Hlm 104.
6
The Canberra Times(ACT 1926-1995).Second Summit Talks Planned. 1954. hlm 5. Diakses menggunakan laman
webhttps://trove.nla.gov.au/newspaper/article/131742101?searchTerm=Belgrade. Tarikh 5/5/2018 .
21
3.4 Persidangan Cairo 1964
Sidang kemuncak ketiga Negara-negara Berkecuali berlangsung di Lusaka iaitu pada 8 hingga
10 September mengenai mengabadikan bahaya pergantungan terhadap imperialisme,
perjuangan baru neokolonialisme dan perlunya strategi membangun serta komprehensif untuk
menjalankan perjuangan. Sebelas ahli telah ditambah ke senarai Negara-Negara Berkecuali
dan kekuatannya meningkat kepada 54. Sembilan negara Amerika Latin dan Selatan Vietnam
adalah pemerhati dan dua negara Eropah Australia dan Finland tetamu untuk persidangan.10
7
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. hlm 110.
8
The Canberra Times (ACT : 1926 - 1995). Indonesia Atomic Ambitions. Monday 16 November 1964. hlm 2, Diakses
menggunakan laman https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Cairo+conference+1964. Tarikh 5/5/2018.
9
The Canberra Times (ACT 1928-1995). Malaysia Gains A Little Time. Monday 21 September 1984. hlm 2.Diakses
menggunakan laman https://trove.nla.gov.au/newspaper/result?q=Cairo+conference+1964. Tarikh 5/5/2018.
10
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. hlm 116.
22
Oleh itu, kemuncak ketiga Negara-Negara Berkecuali menyatakan keyakinannya bahawa
keamanan sejagat dan keselamatan hanya dapat dijamin oleh pelucutan senjata umum dan
lengkap. Perisytiharan mengenai perlucutan senjata mengisytiharkan pada tahun 1970 sebagai
tahun perlucutan senjata dan memberikan cadangan terperinci untuk mengurangkan senjata
nuklear dan konvensional untuk mengambil langkah-langkah membina keyakinan untuk
menggunakan kuasa nuklear untuk tujuan keamanan dan untuk meneroka serta menggunakan
ruang luar untuk tujuan damai. Ahli-ahli Negara-Negara Berkecuali mengatakan bahawa
konvensyen Perlucutan Senjata Dunia harus diadakan. Maka dengan itu, persidangan Lusaka
membicarakan bahawa negara-negara yang berkecuali secara terbuka mengkritik buat kali
pertama Amerika Syarikat, Perancis, Jerman Barat, Itali dan Jepun untuk kerjasama politik,
ekonomi dan tentera mereka dengan Afrika Selatan, yang menggalakkan rejim perkauman
untuk membawa mengenai Dasar Apartheid.11
Persidangan Lusaka adalah yang pertama sebagai wakil tetamu pergerakan kebebasan
nasional, pembebasan Mozambique, pergerakan rakyat untuk membebaskan Angola,
Zimbabwe, Kesatuan Rakyat Afrika, Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe, Afrika Kongres,
Kebangsaan Afrika Selatan, Pergerakan Kebangsaan untuk membebaskan Pulau Comoro,
yang merupakan pembebasan pantai Somalia dan Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Persidangan itu diisytiharkan untuk meneruskan dasar keamanan dunia dan aman kewujudan
bersama dengan mengukuhkan peranan negara-negara yang berkecuali dalam Persatuan
Bangsa-Bangsa Bersatu supaya menjadi halangan yang lebih berkesan terhadap segala bentuk
tindakan agresif dan ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kebebasan, kedaulatan
dan integriti wilayah mana-mana negara. Perjuangan menentang penjajahan dan perkauman
yang merupakan penolakan kesetaraan dan maruah manusia, penyelesaian pertikaian, dan
menamatkan perlumbaan senjata. 12
11
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002.hlm 117.
12
Ibid hlm 119.
23
3.6 Persidangan Algiers 1973
Persidangan kelima Negara-Negara Berkecuali diadakan pada 16 hingga 19 Ogos tahun 1976
di Colombo dengan keanggotaan yang meningkat sebanyak 86 negara. Persidangan Colombo
disertai oleh dua negara tetamu iaitu Portugal dan Romania. Sejarah pertama dalam
persidangan Negara-Negara Berkecuali iaitu anggota pakatan tentera seperti pakatan NATO
dan Warsaw telah diterima sebagai tetamu. 15Persidangan ini menggunakan 33 penyelesaian
politik dan 32 penyelesaian ekonomi. Ia telah memutuskan untuk mewujudkan Kolam Agensi
Berita yang Tidak Bersenarai untuk mengukuhkan media massa nasional dalam usaha untuk
13
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. Ibid hlm 122.
14
Ibid hlm 124.
15
Ibid hlm 127.
24
memeriksa dan menyekat penyebaran maklumat palsu oleh sistem maklumat barat monopoli di
negara-negara membangun. Para pemimpin Negara-Negara Berkecuali bertekad untuk
memperkuat kegiatan mereka untuk memperkuatkan peranan dan pengaruh Bangsa-Bangsa
Bersatu dalam rundingan dan mencapai penyelesaian masalah pelucutan senjata. Konferensi
menekankan bahwa pengeluaran persenjataan harus dihentikan dan sebahagian besar sumber
yang dibebaskan oleh langkah-langkah dalam bidang Perlucutan senjata oleh kuasa
ketenteraan dunia utama dapat digunakan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi
negara berkembang. Masalah-masalah Afrika dan Amerika Latin menguasai di persidangan ini.
Pada tahun 1976 persidangan Colombo memanggil semua negara untuk memberi semua
sokongan dan sokongan tentera, moral dan semulajadi kepada negara-negara Arab dan
Pertubuhan Pembebasan Palestin, dalam perjuangan untuk menamatkan pencerobohan
Israel.16
Sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali keenam telah diadakan di Havana pada 3 hingga
9 September, 1979 dihadiri oleh 93 negara yang membentuk dua pertiga daripada masyarakat
dunia dan mewakili lebih daripada separuh penduduk dunia. Persidangan Havana, terdapat
banyak belahan yang telah berkembang selama lebih satu dekad dalam blok Negara-Negara
Berkecuali makna ke arah tertakluk kepada pendedahan yang jelas. Pada persidangan ini
Negara-Negara Berkecuali dihadapkan kepada bahagian. Ahli radikal termasuk Cuba, Vietnam
dan sebagainya menegaskan pandangan mereka tentang semangat 'detente' dan kerjasama
yang berlaku di antara kedua blok tersebut. Pergerakan itu tidak mampu untuk menyebutkan
pertikaian antara dua blok dan mesti bersekutu dalam blok Sosialis yang komited
kepada prinsip-prinsip anti imperialisme dan antikolonialisme. Negara-negara seperti Singapura
dan Zaire menegaskan bahawa negara berkecuali harus bergerak lebih dekat ke blok barat.
Disebabkan barat serta sumber daya dan keunggulan teknikalnya yang banyak dapat
membantu negara-negara yang sedang membangun untuk mencapai pembangunan ekonomi
dan merealisasikan aspirasinya. Dalam sidang kemuncak Havana terdapat perbincangan yang
hangat mengenai aspek berikut. Aspek tersebut ialah Kesatuan Soviet (atau blok sosialis)
16
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. hlm 129.
25
17
adalah "sekutu semula jadi" pergerakan itu. Persidangan Havana juga mengadopsi
pengisytiharan kemanusian melalui Hak rakyat. Perjuangan negara-negara membangun untuk
ekonomi mereka kebebasan dipuji oleh persidangan itu. Masalah hutang pembangunan negara-
negara Asia, Afica, dan Amerika Latin membimbangkan juga dibicarakan dalam persidangan
ini.18
Sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali yang ketujuh ialah berlangsung di New Delhi.
Persidangan Delhi dinyatakan dalam perisytiharan ekonomi yang bermula dengan 1980.
Persidangan tidak selaras ketujuh yang diadakan di Delhi dari 7 hingga 12 Mac 1983 telah
dihadiri oleh perwakilan 10 negara, 15 pemerhati dan 26 tetamu. Perbincangan dalam
persidangan ini ialah pertumbuhan ekonomi 36 negara paling kurang maju. Selain itu,
penurunan dalam produk per kapita domestik kasar telah didaftarkan banyak negeri baru buat
kali pertama sejak Perang Dunia Kedua. Deklarasi New Delhi mengambil pandangan global
mengenai krisis ekonomi antarabangsa. 19 Terdapat lima perkara yang dititikberatkan iaitu
Decolonization, Development, Disarmament, Detente and Democratization.
26
yang ketat objektif di Belgrade, Kairo, Lusaka, Algiers, Colombo dan Havana. Pelanggaran
prinsip-prinsip ini oleh mana-mana negara adalah tidak wajar dalam keadaan apa pun dan tidak
dapat diterima sepenuhnya.20
Persidangan Negara-Negara Berkecuali kelapan diadakan di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe
pada 1 hingga 7 September 1986. Ketika Negara-Negara Berkecuali bergerak ke Harare, dunia
menyaksikan pergerakan yang matang dan perbincangan persidangan semakin terhormat. Isu
utama yang menjadi perhatian dan minat kepada membangunkan sidang kemuncak Harare,
Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi menyampaikan laporan pencapaian Negara-Negara
Berkecuali dalam tempoh dari tahun 1983 hingga ke 1986. Kemuncak persidangan Harare
membantu menyatukan dan menegaskan dasar Negara-Negara Berkecuali untuk meningkatkan
kehadiran pergerakan dalam mencari penyelesaian adil kepada masalah membebankan dunia.
Persidangan kelapan membincangkan mengenai apartheid, isu kemerdekaan Namibia dan
percubaan Mika Selatan. Dan inilah yang hasil awal daripada aktiviti pergerakan negara-negara
berkecuali..21
Terdapat empat masalah yang global dan serantau telah diberi perhatian oleh sidang
kemuncak kelapan. Iaitu yang pertama persoalan keamanan dan keselamatan dalam konteks
ini memeriksa senjata perlumbaan dan memulakan proses perlucutan senjata yang dipaparkan
dengan jelas dalam karya persidangan itu. Seterusnya, yang kedua ialah deklarasi ekonomi
memperkenalkan kaedah baru untuk meningkatkan kuasa tawar dari negara-negara yang
berkecuali. Masalah yang ketiga ialah dalam penyelesaian di persidangan Harare Rejim rasis di
Afrika Selatan telah dibincangkan dengan sepenuhnya pentingnya. Sokongan masyarakat
antarabangsa yang lebih luas diperlukan untuk membanteras rejim perkauman dari seluruh
peringkat dunia. Akhir sekali perbincangan masalah yang keekmapt dalam Persidangan Delhi
ialah memohon agar Iran dan Iraq berhenti berperang. Selain itu, membincangkan masalah
20
Ibid hlm 138.
21
O. Suryanarayanan. Role of The non-aligned nations in U.N.O for peace and disarmanent 1960-1987. Thesis
Department of History University Calicut. 2002. hlm 144.
27
seperti Timur Tengah, Palestin, Amerika Tengah dan Caribbean terutamanya keadaan di
Nicaragua, Afghanistan dan Isu Kampuchea. 22 Akhir sekali sebelum memasuki dekad yang
seterusnya, kemuncak Negara-Negara Berkecuali yang ke sembilan ialah di Belgrade pada
tahun1989.
Persidangan Bandung yang dikendalikan oleh Burma, India, Indonesia dan Pakistan pada 18
hingga 24 April 1955 menjadi ruang kepada pembinaan kesatuan dalam kalangan negara-
negara berkecuali rantau Asia dengan Afrika iaitu tidak memihak kepada mana-mana blok
Perang Dingin. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja
25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan
pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau negara-negara Berkecuali (NAM) di
Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1 hingga 6 September 1961. Tujuan penubuhan NAM
setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk memastikan
kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam
memerangi imperialisme dan kolonalisme. Salah satu tujuan penubuhan NAM ialah mengubah
haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi. Terdapat beberapa isu
politik yang NAM terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Pembentukan Malaysia pada 1963 yang diistiyarkan oleh Tunku Abdul Rahman yang
menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah menimbulkan pelbagai
reaksi daripada anggota Afro-Asian. Reaksi sesetengah negara anggota telah mengatasi tujuan
dan matlamat Persidangan Bandung. Hal ini terjadi kerana, salah satu anggotanya iaitu
Indonesia telah menentang keras terhadap pembentukan ini. Melalui akhbar Canberra Times,
22
Ibid. hlm 147.
28
Indonesians To Fight Federation yang diterbitkan pada 13 Julai 1963, menunjukkan sikap
Indonesia yang tidak bersetuju dengan pembentukan ini.
Berdasarkan petikan kenyataan tersebut menunjukkan Presiden Indonesia iaitu Sokarno tidak
bersetuju dengan cadangan Tunku Abdul Rahman yang ingin menggabungkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam akhbar tersebut ada ucapan yang disampaikan oleh
Sokarno iaitu :-
Berdasarkan ucapan tersebut, Sokarno telah memulakan kofrontasi dan melibatkan tentera
bersenjata. Meminta mereka mengenang semula tentang keadaan negara mereka dijajah pada
masa dahulu. Revolusi ini ialah kofrontasi untuk memusnahkan Old Order dan membina New
Order di Indonesia. Selain itu, keadaan ini berlarutan sehingga membawa kepada persidangan
Afro-Asian kedua di Algeria pada tahun 1965. Indonesia membantah kehadiran Malaysia
ekoran Penubuhan Malaysia yang mengandungi Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai
imperialisme Britsh.
23
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesia To Fight Federation, Saturday 13 July 1963, page 5.
24
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesians To Fight Federation, Saturday 13 July 1963, page 5.
29
When Malaysia became an independent State, Indonesia declared a policy of
confrontation. Indonesian forces have since been active within Malaysian
territory. Almost every week Dr. Sukarno bellow afresh “Crush Malaysia”.
British naval forces have been patrolling Malaysian water to prevent the
landing of arms by Indonesia . During all this time, Australia and New Zealand
have been committed to defend the integrity of Malaysia against attack, in the
last week this guarantee, which was made before Indonesia violated Malaysia
territory, has been translated into military support. Australian armed forces are
moving into Borneo. The immediate reaction by Indonesia has been to declare
that Australia is an enemy, but Australia had warned Indonesia that it would be
compelled to give armed support to Malaysia it if were attacked.25
Sejak Sukarno melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tenteranya mula aktif memasuki
wilayah Malaysia. Hal ini menyebabkan Pasukan Tentera Laut British melakukan rondaan
dikawasan perairan Malaysia untuk mengelakkan pendaratan senjata oleh Indonesia. Selain itu,
Australia dan New Zealand yang komited untuk mempertahankan integriti Malaysia terhadap
serangan yang dibuat oleh Indonesia telah diterjemahkan dalam bentuk sokongan ketenteraan.
Tentera Australia telah dihantar ke Borneo. Tetapi tindakan Australia ini telah menyebabkan
Indonesia mengisytiharkan mereka sebagai musuh. Australia juga memberi amaran bahawa ia
terpaksa untuk memberikan sokongan bersenjata ke Malaysia jika diserang oleh Indonesia.
Berdasarkan kedua akhbar itu menunjukan Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap
Malaysia kerana menyatakan penubuhan itu merupakan satu agenda Barat yang bertujuan
untuk mengepung Indonesia.
Soekarno was convinced that the formation of Malaysia was a neo-coloniast plot
that would allow the British imperialists to maintain economic, political and military
influence and was thus a threat to Indonesia’s sovereignty.26
30
akhirnya mengistiyarkan konfrontasi ke atas Malaysia pada 20 Januari 1963 sebagai tanda
menunjukkan penentangan mereka terhadap penubuhan tersebut. Kemudian pencorobohan
pertama Indonesia ke atas wilayah Malaysia dilakukan di balai polis Tebedu, Sarawak pada 12
April 1963 dan menyebabkan seorang terbunuh.27 Kemudian, serangan di semenanjung telah
berlaku di Pontian , Johor iaitu di Pantai Kukup dan Benut pada 17 Ogos 1964. Serangan ini
dijalankan oleh pasukan regular dan paratroopers yang terdiri daripada rakyat Indonesia. 28
Pasukan irregular Malaysia yang dilatih di Pair Panjang, Pulau Karimon, Indonesia manakala
pasukan paratroopers yang terjun di Johor telah berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan
Malaysia dan penduduk tempatan.29
Selepas itu, hubungan diplomatik telah diputuskan oleh Indonesia terhadap Malaysia
pada 16 September 1963 iaitu semasa tarikh penubuhan Malaysia. Sokarno juga telah
melancarkan slogan Ganyang Malaysia. Tindakan drastik pihak Indonesia inilah menyebabkan
British, Australia dan New Zealand memberi bantuan ketenteraan untuk melindungi perairan
dan wilayah-wilayah di Malaysia.30 Keadaan ini berterusan dari tahun 1963 sehinggalah 1966
yang mana Indonesia terus-terusan menentang Malaysia kerana hasrat Sokarno untuk
menubuhkan Indonesia Raya telah terbantut. Tindakan Indonesia ini juga menimbulkan reaksi
daripada anggota Afro-Asian yang lain. Oleh itu, konflik Indonesia dan Malaysia kelihatan
sebagai satu pertikaian persempanan dan ideological yang sering dihadapi negara yang baru
merdeka.
Konfrontasi Indonesia dan Malaysia ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap
politik kedua-dua buah negara tersebut. Keadaan ini juga menimbulkan pelbagai reaksi
daripada anggota Afro-Asian itu sendiri. Sikap mereka juga dapat dilihat semasa peyertaan
Malaysia dalam persidangan Peringkat Tertinggi Afro-Asian Kedua yang dikenali sebagai
27
Rohani Haji Abdul Ghani, and Zulhilmi Paidi. 2010. "Malaysia-Indonesia: pengalaman hubungan dua negara
serumpun". Hlm 14.
28
Nurliana Suhaimi & Khairunnisa Abdul Karim. Konfrotasi Malaysia dan Indonesia: Penyelesaian Melalui
Pendekatan Malaysia. Malaysian, Journal of Social Science, Jilid 1 2016. Hlm 74-94.
29
Ibid. hlm. 80
30
The Greater Confrontation, Canbbera Times (ACT:1926-1995), Tuesday 21 April 1964, page 2.
31
Persidangan Bandung Kedua pada tahun 1965. 31 Hal ini kerana, kehadiran Malaysia ke
persidangan tersebut telah dibantah oleh Indonesia kerana penubuhan Malaysia dianggapnya
sebagai imperialis British. Namun begitu, tindakan Indonesia yang melancarkan konfrontasi dan
mengkritik penglibatan ketenteraan telah menerima tentangan sebahagian anggota
Persidangan Afro-Asian khususnya dari Afrika. Di samping itu, negara-negara ini juga
menyokong draf resolusi Norway yang menggesa Indonesia menghentikan aktiviti
32
ketenteraanya ke atas Malaysia.
The summit of Dr. Sukarno’s rule has been to bring his country to verge of
starvation and economic ruin. The confrontation that now has developed is with
destiny, for Dr. Sokarno is approaching the end of his rule. The people of
Indonesia cannot must longer endure the economic poverty which extravagance
in arms and shortage of food have brought.34
Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
kedua-dua negara. Salah satunya ialah penubuhan Suruhanjaya Damai Afro-Asia (Afro-Asian
Concillation Commission) yang dicadangkan oleh Presiden Macapgal di dalam persidangan
peringkat Menteri Luar di Tokyo, Jepun. 35 Namun, tiada kata sepakat yang dicapai ekoran
31
Husin, Ahmad Zainudin (2014) REAKSI ANGGOTA AFRO-ASIAN TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 1961-
1965:ISU DAN PENYELESAIAN DALAM HUBUNGAN LUAR MALAYSIA. Jurnal Perspektif, 6 (3). pp. 111-121. ISSN 1985
- 496X
32
Ibid. hlm. 116
33
Ibid. hlm. 236
34
The Canbbera Times (ACT:1926-1995), The Greater Confrontation, Tuesday 21 April 1964, page 2.
35
Ibid. hlm. 84
32
Indonesia menolak cadangan Malaysia agar mengundurkan tenteranya dari wilayah Malaysia
dan Sokarno juga mendesak Tunku Abdul Rahman supaya persetujuan di Manila dipatuhi dan
menegaskan pengunduran hanya dapat dilakukan mengikut tahap kemajuan penyelesaian
diplomatik. Selepas itu, persidangan di Tokyo telah menyebabkan Indonesia dan Malaysia
menandatangi cadangan perdamaian yang dikenali sebagai Afro- Asia Concillation
Commission. 36 Namun selepas kejatuhan Sokarno, Jenaral Suharto telah mengambil alih
pemerintahan Indonesia dan menyemak semula segala dasar luar Indonesia dan berusaha
untuk menamatkan konfrontasi. Akhirnya, pada tahun 1966 Indonesia secara rasmi telah
menamatkan konfrontasi terhadap Malaysia.
Usaha untuk mengadakan persidangan peringkat tertinggi Afro-asian diputuskan oleh pemimpin
negara anggota dalam mesyuarat di Kaherah Mesir pada Julai 1964. Persidangan ini juga
dikenali sebagai “ Bandung Kedua” ditetapkan pada 10 Mac 1965 dan Algeria menjadi tuan
rumah. Namun terdapat isu yang timbul ekoran dengan persidangan ini ialah jemputan keatas
Kesatuan Soviet, Singapore dan Malaysia.
The main point to emerge from last night’s preparatory meeting was India’s
suggestion that the Soviet Union, Malaysia and Singapore participate in Afro-
Asian conference. This received the support of 25 countries the sources said.
China has staled it will definitely not attend if the Soviet union is represented. 37
Bantahan China terhadap kehadiran Kesatuan Soviet ke persidangan ini atas alasan ia
adalah negara Eropah dan bukanya negara Asia. China juga menyatakan bahawa peraturan
perlu dipatuhi, Kesatuan Soviet adalah negara Eropah dan persidangan Asro-Asia ini hanyalah
untuk negara Asia dan Afrika sahaja. China akan mempertahankan dan memperjuangkan
36
Ibid. hlm. 85
37
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Afro-Asian Crisis, Showdown on Summit, Monday 1 November 1965,
page 5
33
prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan pada persidangan bandung 1955. Hal ini ada
dinyatakan dalam akhbar Canberra Times, Afro-Asian Conference, Monday 1 June 1964,
The Chinese Government last night issued a sharp 2000 word statement reiterating
bitter opposition to Soviet participation in the second Afro-Asian conference in Africa
next March. The statement replying to a Soviet declaration of April 30, was handed to
the heads of all diplomatic missions in Peking who had been kept standing by for its
release for nearly four hours. The statement said, ‘The Asian –African conference is a
conference of heads of Asian and African countries. Since the Soviet Union is a
European country it should not take part. This is a matter principle and we abide by
38
principle.
Indonesia juga telah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Namun begitu, reaksi
anggota Afro-Asian mengkritik tindakan Indonesia yang menggunakan ketenteraan sebagai
bentuk penentangan terhadap Pembentukan Malaysia. Tambahan pula, terdapat anggota Afro-
Asian yang menyokong kehadiran Malaysia ke persidangan di Algeria. India dan Jepun telah
menyatakan sokongan mereka terhadap kehadiran Malaysia ke persidangan. Begitu juga
beberapa negara timur tengah dan negara-negara Afrika cuba mengekalkan hubungan
diplomatic dengan Malaysia.
38
The Canberra Times(ACT: 1926-1955), Afro-Asian Conference, Monday1 June 1964, page 6.
39
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations want Malaysia at talks,
Tuesday 25 May 1965, page 6.
34
India and Japan have already announced their support for Malaysia. A number of
Middle Eastern countries and moderate African states maintain diplomatic with
Malaysia.40
4. 3 Menentang Kolonialisme
Hal ini dapat dilihat dalam akhbar Tribune, Arab pact against colonialism yang diterbitkan
pada 1965. Pakatan perpaduan Arab yang baru ditandatangi oleh ketua negara dan pemerintah
di Casablanca meletakkan dasar yang baru dan lebih kuat untuk perjuangan bersatu melawan
penjajahan di Afrika dan Timur Tengah. Kemudian, pemimpin Arab juga berkerjasama dengan
kerajaan Algerian untuk mengandakan Persidangan Afro-Asian Kedua. Perjanjian ini juga
menandakan hubungan yang erat antara Arab dan Afrika untuk menentang penjajahan.
40
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations want Malaysia at talks,
Tuesday 25 May 1965, page 6.
41
Berita Harian, Afro-Asia yang kedua di sokong, 28 November 1959, page 3.
42
Ibid. hlm. 112
35
The Arab Solidarity Pact just signed by the heads of Arab states and government
at Casablanca laid a new and more powerful basis for united struggle against
colonialism in Africa and the Middle East. The council of Arab kings and
presidents saw Afro-Asian co-operation as the foundation of Arab policy and
agreed to co-operate with the Algerian Government in calling the second Afro-
Asian conference on November 5. Agreement on this conference signals a closer
link up between the Arab nations and Black Africa to expel the colonialists.43
Seterusnya, penentangan terhadap penjajahan ini juga ada dinyatakan dalam akhbar
Tribune, Afro-Asian solidarity council determenined to end colonialism yang diterbitkan pada 15
April 1964. Dalam akhbar ini ada menyatakan sidang kemuncak Afro-Asia yang telah diadakan
di Algeria menunjukan penentuan militant untuk meneruskan kemenangan untuk menyelesaikan
perjuangan untuk membebaskan semua negara dari cengkaman imperialisme dan menolak
diskriminasi cina. Dalam persidangan ini juga mengesahkan semula prinsip-prinsip dimana
organisasai itu ditubuhkan Sembilan tahun yang lalu di Bandung, Indonesia. Antara prinsip-
prinsip tersebut ialah:
1. It reaffirmed that the struggle for national liberation was the main task of the
movement.
2. It declared solidarity with the Afro-Asian peoples to be a substantial factor
for true world peace.
3. It condemned the aggression in Vietnam, the provocation against Cuba and
the conspiracy against Cyprus.
4. It noted the threat involved in military bases and neocolonialist policies of
armed repressions, political control, economic and cultural infiltration and
brutal racial discrimination.
5. It called upon the people of Africa, Asia and Latin America to unite with all
anti-imperialist forces of the world to wage a resolute struggle for complete
independence, economic and social emancipation and the final liquidation of
colonialism, imperialism and neo-colonialisme from the world.
6. It called on all anti-coloniast.44
43
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Arab pact against colonialism. Wednesday 22 September 1965, page 4
44
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end colonialism (Chinese
Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4
36
Seterusnya, dalam akhbar ini juga ada menyatakan tentang penentangan China
terhadap degelasi dari Kesatuan Soviet dan sering mengatakan bahawa negara itu tiada hak
untuk meyertai persidangan ini. Cara mereka adalah perkauman, berbahaya kerena bertujuan
untuk menyebarkan caouvinisme dan nasinalisme hanya terhadap negara Amerika dan Eropah.
Selain itu, China juga menyerang dasar Kesatuan Soviet dalam menyelesian damai pertikaian
wilayah. Namun tindakan China ini menghadapi kegagalan kerana mereka tidak membuat satu
cadangan yang konkrit untuk membantu memerangi kolonialisme. Mereka hanya menentang
Kesatuan Soviet tetapi tidak menyatakan tentang kolonialisme Perancis, Portugis dan Jepun.
Mungkin keadaan ini telah dipengaruhi oleh hubungan China dan Kesatuan Soviet terhadap isu
Vietnam. Sikap China juga dilihat seperti pilih kasih kerana hanya menyerang Kesatuan Soviet
tetapi tidak terhadap negara barat lain.
When their failure was clear they took matter off the agenda but told the press
the Soviet delegation had made discussion impossible. The Chinese did not
make one concrete proposal to assist the people fighting against colonialism.
They attacked the United States but did not mention French, Portuguese and
Japanese colonialism and reserved their most bitter persistent attacks for the
Soviet Union. When the session condemning the armed French overthrow of
the Gabon Government, the Chinese did not speak and even abstained from
voting.45
45
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end colonialism (Chinese
Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4
37
4.4 Menentang perlumbaan senjata dan ujian senjata nuklear
Dalam Persidangan Afro-Asia di Kaherah lebih dari 325 orang wakil dari 35 negara telah hadir
ke persidangan ini. Persidangan berpendapat bahawa perlucutan senjata dan larangan
pengeluaran, eksperimen dan penggunaan senjata nuklear dan thermo-nuklir perang adalah
penting untuk menyelamatkan manusia dan tamadun dari ketakutan dan prospek kemusnahan.
Ia menganggap bahawa negara-negara Asia dan Afrika yang berkumpul di sini mempunyai
tugas ke arah kemanusiaan dan tamadun untuk menyatakan sokongan mereka untuk
perlucutan senjata dan untuk larangan senjata-senjata ini dan untuk merayu kepada negara-
negara yang sangat prihatin dan pendapat dunia untuk menyokong perlucutan senjata dan
larangan ujian senjata nuklear.46
Dalam keratan akhbar yang diterbitkan oleh Berita Harian menjelaskan tentang
persidangan ini yang telah mengkritik penaklukan dan penjajahan serta mendesak supaya
menghentikan perlumbaan senjata dan ujian-ujian nuclear yang boleh mengancam keamanan
dunia jika tidak dicegah. Wakil dari Jepun iaitu Tuan Kaouru Yasui telah mendesak persidangan
itu menerima usul untuk mengadakan rundingan perlucutan senjata dunia dalam bulan Ogos
46
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 8
47
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 8
38
dan ujian-ujian senjata nuklear dibatalkan dengan serta-merta.48 Hal ini demikian kerana beliau
telah membayangkan keburukan perang nuklear yang memberikan kesan yang mengerikan
terhadap kesannya dalam perang dunia kedua di Jepun. Tuan Kaouru Yasui menyatakan
bahawa:
Tindakan Amerika Syarikat ini telah menimbulkan Kebimbangan Tuan Kaouru Yasui ini dan
menyuarakannya dalam persidangan ini. Dr. Anup Singh dari India juga turut menyatakan
kebimbangannya terhadap percubaan baru untuk masuk campur dalam perkara negara-negara
bebas. Beliau menyifatkan perkara ini sebagai suatu bentuk penjajahan baru yang boleh
meruntuhkan keutuhan dan kebebasan negara di Afrika dan Asia. Pakatan tentera dan
penubuhan pengkalan tentera, penempatan tentera-tentera asing menunjukkan pengawalan
terhadap sesuatu kawasan yang mewujudkan pertengkaran dan pergaduhan. Selain itu, wakil
Indonesia, Serag El Din Abbas merayu sokongan Afro-Asian dalam perjuangan mereka untuk
mendapatkan semula Irian Barat. 50 Beliau menyifatkan bahawa perpaduan dan kerjasama
merupakan senjata yang kuat untuk menghapuskan penjajahan. Oleh itu, beliau menggunakan
persidangan ini senagai saluran untuk mendapatkan sokongan daripada negara-negara anggota
persidangan. Jelaslah bahawa persidangan ini sememangnya menjadi wadah bagi peserta-
peserta persidangan untuk menyuarakan masalah dan menyelesaikan sesuatu masalah
tersebut.
48
Berita Harian, 28 December 1957.
49
Ibid
50
Berita Harian, 28 December 1957.
39
Indonesia yang menentang kerang pembentukan itu telah melancarkan konfrontasi terhadap
Malaysia. Melihat kepada keadaan ini, Indonesia mungkin masih terasa trauma penjajahan
Belanda dan menganggap Sabah dan Sarawak itu sebagai ejen imperialisme.
51
Richard Mason. Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang Dingin dan
Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Hlm. 69.
40
5.1 Mewujudkan keseimbangan ekonomi antara negara-negara anggota
52
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis.
Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 106.
41
membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di Kaherah dan
kemudian mendirikan Group 77.53
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali mula mengambil soal masalah buat pertama kali
di sidang kemuncak ketiga yang diadakan di Lusaka pada tahun 1970. Melalui persidangan ini
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali menyerukan "langkah-langkah yang sesuai untuk
mengatasi beban hutang negara-negara membangun". 54 Namun demikian, masalah hutang
bagi negara-negara membangun ini tidak menemui jalan penyelesaian sehingga penghujung
abad ke-20 memandangkan masalah ini masih dibicarakan pada sidang kemuncak Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali ke sembilan yang diadakan Belgrade pada tahun 1989. Malahan,
masalah ini dilihat semakin teruk dari tahun ke tahun dan tidak menemui jalan penyelesaian
yang dapat mengurangkan bebanan hutang negara-negara membangun.
53
Ibid. Hlm. 107.
54
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis.
Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 121.
42
Di dalam akhbar Berita Harian pada 7 September 1989 telah membicarakan perihal
beban hutang terhadap negara-negara anggota;
Diperkirakan Dunia Ketiga berhutang AS$1.3 trilion atau S$2.5 trilion. Angka ini
mungkin lebih besar kerana ia belum termasuk hutang yang tidak diisytiharkan.
Sebanyak 37 buah negara iaitu kebanyakannya di Afrika, di perkira tidak mampu
langsung membayar hutang. 55
Negara-negara anggota yang masih dilanda kemiskinan telah menghadapi masalah bebanan
hutang yang sangat banyak sehinggakan tidak mampu untuk dibayar. Kebanyakan negara
anggota yang menghadapi masalah ini adalah dalam kalangan negara-negara Afrika. Krisis
kewangan antarabangsa semakin memburuk apabila terdapat negara-negara dari Amerika
Latin yang tergolongan dalam negara yang sedang membangun seperti Brazil dan Mexico yang
juga mempunyai hutang tetapi enggan membayar hutang. 56 Memandangkan kebanyakan
negara di Afrika mengalami kemiskinan sehinggakan tidak mampu membayar hutang maka,
mereka juga enggan membayar hutang, meskipun negara-negara ini sebenarnya
berkemampuan untuk membayar hutang tersebut. Justeru, bagi mengurangkan masalah
kewangan negara yang dihadapi terutamanya dalam negara-negara anggota NAM maka
keseimbangan ekonomi perlu diterapkan dengan lebih berkesan.
Masalah hutang ini turut diperkatakan Menteri Ehwal Luar Singapura iaitu Encik Wong
Kan Seng di dalam Berita Harian pada 8 september 1989. NAM perlu menumpuhkan perhatian
terhadap isu-isu baru yang wujud dalam agenda antarabangsa seperti masalah hutang negara-
negara membangun. Beliau mengatakan;
55
Berita Harian. 7 September 1989. Ke mana haluan NAM?. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890907-1.1.4. Hlm. 4.
56
Ibid.
43
tanggungjawab kita di samping bekerjasama dengan negara-negara lain
seberapa yang boleh57
Memandangkan masalah hutang ini menjadi masalah untama di peringkat antarabangsa maka
NAM perlu melibatkan diri dalam perbincangan ini sebagai salah satu tanggungjawab yang
seharusnya dilaksanakan oleh NAM bagi mewujudkan keseimbangan ekonomi. Tambahan
pula, masalah hutang negara membangun ini telah menjadi penghalang kepada negara-negara
anggota NAM untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi bagi keseluruhan dekad
1980an. Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan bahawa
jumlah hutang negara-negara membanguntelah meningkat 10 kali daripada $130 bilion kepada
$1,300 bilion dari 1973 hingga 1989. 58 Keadaan tersebut telah menyebabkan kebanyakkan
negara-negara anggota amat sukar untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.
Melalui akhbar Berita Harian pada 9 September 1989 negara-negara anggota NAM
yang maju diseru untuk memperkecilkan jurang ekonomi bagi mewujudkan keseimbangan
ekonomi. Persidangan ini diadakan di Belgrade yang juga merupakan persidangan kali
kesembilan NAM.
Kestabilan ekonomi penting bagi mengurangkan jurang ekonomi yang berlaku, dalam
mengurangkan jurang ekonomi ini semestinya negara-negara yang membangun ini perlu
mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengurangkan jurang yang berlaku dengan membantu
negara-negara yang masih mengalami kesukaran untuk membangun.
57
Berita Harian. 8 sepetember 1989. Wong: Jadikan NAM releven. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890908-1.2.2. Hlm. 1
58
Ibid. Hlm. 1
59
Berita Harian. 9 September 1989. Negara maju diseru memperkecil jurang ekonomi. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Page/beritaharian19890909-1.1.1. Hlm. 1.
44
Kesimbangan ekonomi ini telah diperkenalkan bermula dengan Persidangan Afro-Asian
diadakan di Bandung 1955 sehinggalah Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ditubuhkan.
Namun demikian, sehinggalah perang dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Unian hampir
berakhir keseimbangan ekonomi antara negara-negara ini masih kurang berjaya disebabkan
masalah kurang percaya bagi negara-negara yang sedang membangun ini. Kerjasama yang
diberikan negara-negara membangun untuk memperkecilkan jurang pembangunan ekonomi
terhadap negara-negara yang masih belum membangun ini amat mengecewakan. Mereka
bukan sahaja mengendahkan pembangunan negara-negara yang mengalami kemunduran
dalam ekonomi ini malahan mereka juga turut mengendahkan pembayaran hutang. Krisis
hutang ini juga secara tidak langsung menyebabkan negara-negara yang masih mengalami
kemunduran dalam bidang ekonomi mengalami kelewatan untuk mencapai pembangunan
ekonomi.
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali telah membentuk beberapa kerjasama yang erat dalam
kalang anggota negara dan negara-negara yang bukan dalam kalangan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali. Antara kerjasama yang berjaya diwujudkan untuk membangunkan ekonomi
ialah Kumpulan 77 dan Kerjasama Selatan-Selatan.
5.2.1 Kumpulan 77
45
masalah umum dan cara kerjasama antara negara-negara dunia ketiga supaya membolehkan
mereka menentang tekanan ekonomi negara-negara perindustrian barat. Oleh yang demikian,
negara-negara membangun dicadangkan untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa di
Kaherah dan kemudian mendirikan Kumpulan 77.60
Melalui buku yang dihasilkan Chris Alden, Sally Morphet dan Marco Antonio Vieira yang
bertajuk The South in World Politics. Mereka melihat agenda politik diperluaskan terutamanya di
Selatan melalui proses Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) manakala, agenda
ekonomi didorong terutamanya melalui proses memperluaskan anggota Kumpulan 77 (G77)
dan organisasi perdagangan yang baru diwujudkan, iaitu United Nations Conference on Trade
and Development (UNCTAD). Menjelang tahun 1973, kedua-dua proses ini bersatu dengan
panggilan New International Economic Order (NIEO) pada sidang kemuncak Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali yang diadakan di Algiers. 62 Proses perkembangan agenda politik
iaitu Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan proses perkembangan agenda ekonomi
melalui Kumpulan 77 dilihat sangat memberi impak yang besar bukan sahaja kepada negara-
negara di Asia Tenggara malahan di bahagaian Selatan.
60
O. Suryanarayanan “Role of the non-aligned nations in U.N.O. for peace and disarmament 1960 - 1987 ” Thesis.
Department of History, University of Calicut, 2002. Hlm. 108.
61
Ibid. Hlm. 108.
62
Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics. 2010. Hlm. 59.
46
5.2.2 Kerjasama Selatan-Selatan
Sidang kemuncak Lusaka dikatakan sebagai permulaan dimensi ekonomi yang lebih jelas.
Melihat kepada peningkatan keupayaan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali maka pada
persidangan tersebut telah diisytiharkan terdapat peningkatan keupayaan anggota Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali untuk merancang, dan mengurus pembangunan ekonomi mereka
sendiri secara individu dan dalam gerakan koperasi multinasional. Ini dilihat melalui kemajuan
yang dicapai mereka semenjak tahun enam puluhan, maka persidangan merasakan bahawa
dekad kedua pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa memberikan peluang untuk membawa
perubahan struktur dalam sistem ekonomi dunia untuk memenuhi keperluan negara-negara
miskin bagi mengukuhkan kemerdekaan mereka dan menyediakan perkembangan ekonomi
dunia yang lebih cepat dan lebih seimbang.63
Karya Chamil Wariya yang bertajuk Dasar luar era Mahathir telah memperlihatkan
munculnya idea baru daripada Dr. Mahathir selaku perdana menteri Malaysia untuk
memperkukuhkan kewujudan Kerajaan Selatan-Selatan. Dr. Mahathir mencadangkan supaya
ditubuhkan satu jawatankuasa sebagai pemandu Kerjasama Selatan-Selatan. 65 Beliau telah
membawa cadangan tersebut di dalam sidang kemuncak kali ke lapan Pergerakan Negara-
63
Ibid. Hlm.119.
64
Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics. (2010). Hlm. 120.
65
Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 1989. Hlm. 79.
47
Negara Berkecuali yang didadakan di Harare pada tahun 1986, lalu cadangan beliau diterima.
Jawatankuasa ini kemudiannya mengusahakan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan
dengan kerjasama Yayasan Selatan yang beribu pejabat di London. Suruhanjaya Selatan-
Selatan ini berperanan dalam mengalakkan lagi perkembangan dan kemajuan ekonomi di
Selatan supaya meningkatkan kerjasama ekonomi yang lebih gigih dalam usaha mewujudkan
struktur pembangunan yang dapat menyumbangkan kepada kepentingan bersama.
Bagi mewujudkan NAM yang mampu menyaingi kemunculan negara baru maka NAM harus
mampunyai kuasa ekonomi yang kukuh dan teknologi yang lebih baik. Hal ini demikian kerana,
NAM dijangkakan tidak akan mempunyai kuasa untuk mempengaruhi negara-negara lain
sekiranya kuasa ekonomi ini tidak dapat dicapai. Jika dahulunya NAM lebih mengutamakan
kuasa politik namun kali ini NAM perlu menumpuhkan kuasa ekonomi pula memandangkan
zaman penjajahan seperti mana yang diperkatakan oleh Menteri Ehwal Luar Singapura telah
pun berakhir. Oleh yang demikian, mengukuhkan kuasa ekonomi adalah lebih penting jika
melihat keperluan persekitaran yang memerlukan kuasa ekonomi perlu dalam mengukuhkan
NAM. Selain itu, NAM juga perlu mencapai tujuan ekonomi dan berusaha menjalinkan
hubungan dialog dengan seberapa banyak negara yang bukan NAM.67
66
Berita Harian 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi.
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890519-1.2.27.4. Hlm. 10.
67
Berita Harian 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi.
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890519-1.2.27.4. Hlm. 10.
48
6.0 PERANAN PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM) DALAM BIDANG
SOSIAL
Persidangan Afro-Asian yang bermula di Bandung pada tahun 1955 sehinggalah pada
persidangan kesembilan iaitu persidangan Belgrade pada tahun 1989 banyak membincangkan
mengenai pembangunan sosial. 68 Salah satu peranan utama dalam persidangan ini adalah
membincangkan isu-isu perdamaian dunia, keamanan Afro-Asia dan untuk membebaskan Asia
dan Afrika dari cengkaman penjajahan dan diskriminasi perkauman. Dalam persidangan ini,
negara-negara anggota sangat sukar untuk mencapai matlamat persidangan kerana masing-
masing mempunyai idea dan pendapat yang berbeza. Namun begitu, demi keamanan dan
perpaduan Afio-Asia, mereka berusaha untuk menjayakan persidangan ini. Antara isu yang
diketengahkan dalam persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955 sehinggalah dalam
persidangan Belgrade pada tahun 1989 ialah Pembangunan kerjasama budaya dan hak asasi
manusia.
68
Ahmad Zainuddin Husin. Reaksi Anggota Afro-Asian Terhadap Pembentukan Malaysia 1961-1965: Isu dan
Penyelesaian dalam Hubungan Luar Malaysia. Jurnal Perspektif Jil. 6 Bil. 3 (111-121) ISSN 1985 - 496X. Hlm. 111-
112
49
negara yang mengambil bahagian dalam Persidangan ini menyatakan tekad mereka untuk
berusaha menjayakan kerjasama budaya ini.69
Anggota persidangan yakin bahwa kewujudan kolonialisme di kawasan Asia dan Afrika
dalam apa jua bentuk bukan hanya menghalang kerjasama budaya tetapi juga menindas
budaya kebangsaan rakyat. Hal ini kerana sesetengah kuasa kolonial telah menafikan hak-hak
asas rakyat yang bergantung kepada mereka dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Selain
itu, kuasa kolonial ini turut menghalang perkembangan diri mereka dan juga menghalang
hubungan budaya dengan orang Asia dan Afrika yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui kes
yang berlaku di Tunisia, Algeria dan Morocco, yang mana hak asas rakyat untuk mempelajari
bahasa dan budaya mereka sendiri telah dinafikan.70
Diskriminasi yang sama juga telah diamalkan bagi menindas orang Afrika di beberapa
bahagian Benua Afrika. Persidangan ini merasakan bahawa dasar-dasar tersebut menafikan
hak asas manusia, menghalang kemajuan budaya di rantau ini dan juga menghalang kerjasama
budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih luas. 71 Oleh itu, persidangan di Bandung
mengutuk penafian hak asas dalam bidang pendidikan dan budaya yang sebahagiannya belaku
di Asia dan Afrika dan bentuk-bentuk penindasan budaya lain. Namun begitu, dalam
persidangan ini, isu diskriminasi kaum ini tidak ketara kerana tumpuan utama dalam
persidangan ini adalah untuk menggalakkan perasaan muhibah, kerjasama dan kebaikan
bersama untuk membincangkan masalah-masalah ekonomi, sosial dan kebudayaan,
membincangkan masalah-masalah khusus di Asia dan Afrika seperti perkauman, penjajahan
dan kemerdekaan serta sumbangan Asia dan Afrika dalam menggalakkan keamanan dan
kerjasama sejagat.72
69
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 4
70
Ibid. Hlm 4.
71
The Ministry of Foreign Affairs et.al. (1955). Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta. Hlm 5
72
Richard Mason. (2012). Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat, Perang
Dingin dan Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 4:1 (2012) 65 – 72. Hlm. 69.
50
toleransi dan universaliti yang lama. Justeru, anggota persidangan percaya bahawa kerjasama
budaya Asia dan Afrika perlu dikembangkan dalam konteks kerjasama dunia yang lebih besar.
Sebaliknya dengan pembangunan kerjasama budaya Asia-Afrika, negara-negara Asia dan
Afrika akan berminat untuk membangun hubungan budaya dengan orang lain. Ini akan
memperkaya budaya mereka sendiri sekaligus membantu dalam mempromosikan keamanan
dan pemahaman dunia.
Persidangan yang kedua iaitu persidangan Kaherah 1957 juga mengulangi prinsip dan
matlamat pergerakan seperti yang dirumuskan dalam pengisytiharan persidangan pertama.
Ketua-ketua Negara Kerajaan telah mengisytiharkan bahawa diskriminasi kaum dan dasar
apartheid adalah pelanggaran terhadap Universal deklarasi Hak Asasi Manusia dan prinsip
persamaan masyarakat. Anggota Persidangan menyatakan sokongan mereka terhadap resolusi
U.N terhadap sekatan terhadap Selatan Afrika, dan buat kali pertama menyeru semua negara
untuk memutuskan hubungan diplomatik dan hubungan lain dengan kaum rasis di Afrika
Selatan. 73 Persidangan ini meraih simpati dan sokongan terhadap pendirian yang dilakukan
oleh para korban diskriminasi kaum, terutama oleh orang-orang Afrika dan India dan Pakistan di
Afrika Selatan. Keadaan yang tidak menentu di Afrika Utara dan penolakan berterusan kepada
orang-orang Afrika Utara hak mereka untuk penentuan nasib sendiri, Persidangan Afro-Asia
73
O. Suryanarayanan. Bandung Conference and The Evolution Of Non-Alignment. Thesis. Department of History,
University of Calicut (2002). Hlm 40
51
mengisytiharkan sokongan terhadap hak-hak rakyat Algeria, Maghribi dan Tunisia kepada diri
sendiri. Disamping itu, persidangan ini mendesak pemerintah Perancis membuat penyelesaian
secara aman mengenai isu itu tanpa berlengah-lengah.
Selain itu, peranan Malaysia dalam menentang dasar aparteid apabila menyokong
peranan persidangan tersebut dalam memperjuangkan anti penjajahan, penyakit, kelaparan
dan kesengsaraan yang dihadapi oleh kedua-dua benua tersebut. Hal ini demikian kerana
melalui persidangan ini negara-negara Asia dan Afrika juga boleh bersatu dalam menyuarakan
tuntutan mereka terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghapuskan
diskriminasi agama dan kaum serta eksploitasi manusia. Sejak awal kemerdekaan lagi Malaysia
telah melaksanakan dasar-dasar yang dianggap selari dengan perjuangan Afro-Asian yang
mana peranan Malaysia dapat dilihat dalam menyuarakan protes terhadap dasar apartheid dari
mula lagi. Isu ini mendapat perhatian dalam persidangan NAM yang kelapan yang mana salah
satu isu yang dibincangkan adalah mengenai dasar apartheid iaitu satu sistem yang
mengamalkan fahaman perkauman. Di Afrika Selatan mempunyai majoriti penduduk kulit hitam
tetapi negara Afrika Selatan dikuasai oleh rakyat kulit putih yang penduduknya adalah minoriti.74
Walaupun Rakyat kulit hitam ini adalah golongan majoriti namun mereka tidak dapat
menentang rejim Afrika Selatan yang diperintah oleh kerajaan kulit putih. Oleh itu, mereka
memerlukan bantuan dan sokongan daripada negara luar. Belenggu aparteid ini mahu
dibebaskan kerana rakyat kulit hitam semakin hari semakin ditindas dan rejim Afrika Selatan
bertindak lebih ganas bagi menakutkan dan terus mengekalkan dasar aparteidnya. Sistem
aparteid yang mahu dipertahankan oleh rejim Afrika Selatan adalah merupakan satu
penghinaan kepada rakyat kulit hitam yang ditindas dan diperlakukan sebagai hamba kepada
rakyat kulit putih Afrika Selatan. 75 Oleh itu, dalam persidangan NAM, negara-negara yang
terlibat mengecam dasar ini supaya dihapuskan kerana ia merupakan perbuatan yang tidak
berentangan dengan hak asasi manusia. Hal ini kerana salah satu tujuan persidangan ini
diadakan adalah untuk menentang sentiment perkauman seperti yang dinyatakan dalam
keratan akhbar Age pada 31 Disember 1954 yang menyatakan:
74
Mohd Afendi Daud et al. (2016). Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Malaysian Journal
of Society and Space 12 issue 8 (123 - 134). Hlm 2.
75
Ibid. Hlm. 2.
52
“the purposes of the Afro-Asian conference would be to consider such
problems of special interest to Asian and African peoples as those affecting
"national sovereignty and or racialism and colonialism."76
Oleh itu, melalui persidangan ini negara-negara anggota dapat bersatu untuk
menentang dasar diskriminasi yang bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia. Melalui
persidangan ini juga negara-negara anggota dapat membincangkan cara untuk mengatasi
masalah tersebut dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
7.0 Rumusan
76
Age (Melbourne, Vic.: 1854 - 1954), Friday 31 December 1954. Hlm. 4
53
Bibliografi
Berita Harian. 19 Mei 1989. Negara-Negara Berkecuali (NAM) diseru tumpu pada ekonomi.
Diperolehdaripadadarihttp://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritahar
ian19890519-1.2.27.4.
Berita Harian. 8 sepetember 1989. Wong: Jadikan NAM releven. Diperoleh daripada
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890908-1.2.2.
Chris Alden, Sally Morphet, & Marco Antonio Vieira. The South in World Politics. (2010).
Chamil Wariya. Dasar luar era Mahathir. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. (1989).
Mohd Afendi Daud et al. (2016). Mahathir dan berakhirnya Dasar Aparteid di Afrika Selatan.
Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 8 (123 - 134)
Richard Mason. Persidangan Manila 1954 dan Persidangan Bandung 1955: Amerika Syarikat,
Perang Dingin dan Cabaran dari Keberkecualian. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun
Melayu 4:1 (2012) 65 – 72.
The Ministry of Foreign Affairs et.al. 1955. Asia-Africa speak from Bandung. Djakarta
The Canberra Times(ACT 1926-1995). Appeal For Afro-Asian Conference. Tuesday 25 April.
(1961)
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Indonesia To Fight Federation, Saturday 13 July
(1963)
The Canbbera Times (ACT:1926-1995), The Greater Confrontation, Tuesday 21 April 1964
Farram, Steven 2014. Ganyang! Indonesian Popular Songs from the Confrontation Era,
1963-1966. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde,170(1):1-24.
Nurliana Suhaimi & Khairunnisa Abdul Karim. Konfrotasi Malaysia dan Indonesia:
Penyelesaian Melalui Pendekatan Malaysia. Malaysian, Journal of Social Science,
Jilid 1 2016. Hlm 74-94.
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Afro-Asian Crisis, Showdown on Summit Monday 1
November 1965, page 5
The Canberra Times(ACT: 1926-1955), Afro-Asian Conference ,Monday1 June 1964, page 6.
The Canberra Times (ACT: 1926-1995), Algiers Conference: Many Afro – Asian nations
want Malaysia at talks. Tuesday 25 May 1965, page 6.
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Arab pact against colonialism Wednesday 22
September 1965, page 4
The Tribune (Syney, NSW: 1939-1976), Afro-Asian solidarity council determined to end
colonialism (Chinese Disruptors Rebuffed), Wednesday 15 April 1964, page 4