Isu Keruntuhan
Isu Keruntuhan
Isu Keruntuhan
Seks luar nikah merupakan seks diluar ikatan perkahwinan atau kata lainnya
adalah berzina. Menurut Djubaedah (2010), zina adalah hubungan seksual yang
dilakukan oleh seorang perempuan yang tidak terikat dalam sebuah perkahwinan yang
sah secara syariah islam, atas dasar suka sama suka dari kedua-dua belah pihak
tanpa keraguan dari pelaku. Manakala menurut Azmil Hashim (2016), dalam
Ensiklopedia Islam, zina adalah hubungan seksual antara seseorang laki-laki dengan
seorang perempuan yang tidak ada ikatan dalam perkahwinan tanpa di sertai unsur
keraguan dalam hubungan seksual tersebut. Jadi, dapat dirumuskan bahawa zina
adalah persentuhan dua alat kelamin dari jenis yang berbeza dan yang tidak terikat oleh
akad nikah dan tidak juga atas dasar terpaksa.
Dalam pada itu, hukum berzina ini adalah haram dan ia termasuk dalam salah
satu dosa besar yang paling besar. Hal ini demikian kerana, Allah telah berfirman,
Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina: Sesungguhnya zina ituadalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (QS Al-Israa:32)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata: Saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw,
“(Ya Rasulullah), dosa apa yang paling besar?” Jawab Beliau, “iaitu engkau
mengangkat tuhan tandingan bagi Allah, padahal Dialah yang telah menciptakanmu.”
Lalu saya bertanya (lagi), “Kemudian apa lagi?” Jawab Beliau, “Engkau membunuh
anakmu karena khuatir ia makan denganmu.” Kemudian saya bertanya (lagi). “Lalu apa
lagi?” Jawab Beliau, “Engkau berzina dengan isteri tetanggamu.”
(Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari XII: 114 No. 6811)
Kesimpulannya, seks luar nikah ini merupakan suatu perbuatan yang haram dan
berdosa besar. Malah Allah juga telah memberi amaran kepada hambanya untuk
jangan sesekali menghampirinya apatah lagi melakukan perbuatan zina tersebut.
Page 1
PIMK 3103 2020
2.0 ANALISIS DATA SEKS LUAR NIKAH
Pada 2 November 2017, telah terpampang tajuk ‘ Masih Ramai yang Berzina’ di
dada akhbar Harian Metro (rujuk lampiran 1). Menurut Penolong Pengarah Unit Operasi
Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Mohd Hafiz Abd Rahman
sepanjang tahun lalu, seramai 341 lelaki dan 380 wanita telah disabitkan kesalahan
persetubuhan luar nikah.
Selain itu, apa yang lebih menyedihkan adalah pada tahun 2017, Institut
Kesihatan umum telah menjalankan kajian terhadap 27497 pelajar daripada 212 buah
sekolah di seluruh negara. Laporan yang dikeluarkan amat membimbangkan kerana
31.9 peratus daripada pelajar tersebut telah mempunyai pengalaman seks sebelum
berusia 14 tahun. Malah, pelajar tingkatan 1 dikatakan mempunyai bilangan teramai
dalam percubaan untuk mengadakan hubungan seks (Ahmad Sanusi, 2018).
Page 2
PIMK 3103 2020
Punca-punca seks luar nikah ini berkait rapat dengan faktor dalaman dan faktor luaran.
Antaranya adalah seperti dalam rajah 1.
luaran
Menurut Model Al-Ghazali hati yang kotor dan rosak merupakan salah satu punca
berlakunya seks luar nikah (Abdullah Al-Haddad, 2014). Hal inidemikian kerana, Rasulullah saw
pernah bersabda bahwa di dalam tubuh kamu ada segumpal darah, jika dia baik maka baiklah
seluruh tubuh manusia itu jika dia buruk maka manusia itupun menjadi buruk pula, maka
ketahuilah ia ialah hati (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam konteks ini, masyarakat
yang mempunyai hati yang kotor, rosak, keras membatu dan akhirnya tertutup hatinya untuk
menerima petunjuk dan hidayah Allah swt, akan menjadikan mereka gemar melakukan sifat-
sifat tercela melibatkan pergaulan sosial yang bebas dan hubungan seks luar nikah. Ini jelas
daripada Gamal Abdul (2003), hati mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri manusia
Page 3
PIMK 3103 2020
kerana ia mampu menarik manusia kepada keselamatan atau kebinasaan dunia dan akhirat. Ini
bermaksud manusia yang bertindak mengikut hati sehingga menurut hawa nafsu mampu
membinasakan manusia akibat perbuatannya yang merugikan itu. Sebagaimana firman Allah:
ك ُه ُم الْغَافِلُو َن ِ أُولَـٰئِك الَّ ِذين طَبع اللَّـه علَى ُقلُوهِبِم ومَس عِ ِهم وأَب
َ ِصا ِره ْم ۖ َوأُولَـٰئ
ََْْ ْ َْ ٰ َ ُ ََ َ َ
Maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah
dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.
Selain itu, masalah lemah iman juga salah satu faktor yang menyebabkan kejadian
seks luar nikah (Harun Yahya, 2004). Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :“Akan
datang suatu zaman pada ummatku, yang iman mereka hanya tinggal pada zahirnya saja,
Islam hanya sebagai simbol mereka saja, Al-Qur’an hanya sebagai hiasan, mereka (ummatku)
hanya memikirkan perut mereka, wang yang menjadi agama mereka, perempuan menjadi qiblat
mereka, hilang sifat qona’ah, mereka lari menghindari dari ajaran ulama, seolah-olah kambing
yang dikejar binatang buas.” Jadi, jelaslah bahawa iman amat penting dalam membentuk
kemenjadian manusia dengan akhlak yang terpuji. Manusia yang hidup tanpa iman seumpama
tiada halatuju dan tujuan hidup yang pasti dan benar. Jadi, segala tingkah lakunya adalah tidak
berada di jalan yang lurus sepertimana yang digariskan dalam syariah Islam. Hal ini sekaligus
memudahkan mereka untuk melakukan segala perlakuan yang diingini mengikut hawa nafsu
semata tanpa mengira batas agama (Harun Yahya, 2004). Menurut Ismail Kamus (2009) beliau
menyatakan bahawa melawan hawa nafsu dan mentaati perintah Allah adalah sebahagian
daripada jihad. Oleh itu, tidaklah menjadi rugi jika kita berusaha sedaya upaya untuk melawan
hawa nafsu dan terus mentaati perintah Allah sehingga ke akhir hayat.
Page 4
PIMK 3103 2020
3.2 FAKTOR LUARAN
Antara faktor luaran bagi masalah seks luar nikah ini adalah kurangnya pengetahuan
tentang pergaulan dan batasan dalam hubungan dengan ajnabi iaitu orang yang boleh
dinikahi (Mohamad Farid, 2007). Apabila tiadanya pengetahuan agama tentang batasan dalam
hubungan seperti hubungan antara guru dan murid, jiran dan terutamanya sesama rakan
berlainan jantina, maka kebebasan dalam berhubungan akan wujud dalam sesuatu hubungan
tersebut. Sebagai contoh, kebebasan ini mencetuskan perlakuan seks luar nikah bilamana
ianya bermula dengan perlakuan atau sentuhan yang ringan seperti tidur bersama dan akhirnya
ke arah pencabulan dan perlakuan seks. Dalam pada itu, pengetahuan mengenai batasan
pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram juga adalah sangat penting kerana
menurut Adnin Roslan (2018) terdapat tujuh jalan zina iaitu,
Seterusnya, pemakaian yang tidak menutup aurat, seksi dan mencolok mata juga
menjadi punca kepada berlakunya perbuatan zina. Sebagai contoh, bilamana seseorang anak
perempuan berpakaian seksi seperti seluar pendek dan baju yang ketat di rumah yang didiami
oleh ahli keluarga lain yang berlainan jantina terutamanya seperti ayah, abang dan adik lelaki,
perkara ini mampu untuk meningkatkan syahwat jantina yang berlawanan sekaligus menjadi
pemangkin terhadap perlakuan zina antara mereka. Corak pemakaian yang tidak mematuhi
syariah ini berpunca bilamana seseorang itu tidak mempelajarinya atau tidak pernah
didedahkan akan ilmu tentangnya atau tidak mengamalkannya (Jasmi et al, 2017). Hal ini lebih
membimbangkan bilamana ibu bapa yang terlampau sibuk bekerja sehingga tidak cakna dan
tidak menegur akan perlakuan dan pemakaian anak-anak yang seksi. Jadi, jelaslah bahawa
pemakaian yang tidak mematuhi syariat sangat mendorong seseorang untuk melakukan zina.
Page 5
PIMK 3103 2020
Akhir sekali, antara punca berlakunya zina ialah pengaruh media massa (Mohamad
Farid Linggi, 2007). Sebagai contoh, aksi-aksi lucah dan pornografi yang disiarkan serta
disebarkan melalui media massa seperti facebook, whatsapp, youtube, filem dan sebagainya
adalah sangat mudah diakses. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak kira yang muda
mahupun yang tua tidak terlepas daripada mengakses laman web lucah dengan sengaja
mahupun tidak sengaja menontonnya seperti yang dimasukkan dalam perfileman dari negara
barat iaitu filem Divergent, Silence dan Twilight yang penuh dengan unsur lucah. Jadi, hal ini
menjadi asbab kepada anak atau ibu bapa yang terpengaruh dengan tontotan tersebut untuk
melakukannya dengan ahli keluarga yang berlainan jantina bagi mencuba perkara yang
ditonton sekaligus melampiaskan nafsu yang tidak mampu dibendung.
Jika punca-punca seks luar nikah ini berkait rapat dengan faktor dalaman dan faktor
luaran maka cara penyelesaiannya juga boleh dibahagikan kepada faktor dalaman dan
luaran seperti pada rajah 2.
Page 6
PIMK 3103 2020
Iman dari segi bahasa membawa erti percaya. Dalam konteks penghayatannya
di kalangan umat Islam, iman membawa maksud mengaku dengan lidah,
membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota. Dalam erti kata lain
bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekua saan
Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya
serta meninggalkan segala larangan-Nya (Ali Ibn Muhammad, 2005). Sehubungan
dengan itu, menurut Ali Ibn Muhammad (2005), bagi menguatkan lagi iman kita, kita
bolehlah mengamalkan kalam Allah dan hadis nabi Muhammad seperti dalam rajah di
bawah.
٨﴿ اب
ُ َنت الْ َو َّه
َ َّك أ َ ب لَنَا ِمن لَّ ُد
َ نك َرمْح َةً ۚ إِن ِ
ْ وبنَا َب ْع َد إ ْذ َه َد ْيَتنَا َو َه
َ ُ﴾َربَّنَا اَل تُِز ْغ ُقل
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada
kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
اعتِ َـ
ك َ َوبنَا َعلَى ط
َ ُف ُقل
ْ صِّر ِ
َ ف الْ ُقلُوب َ اللَّ ُه َّم ُم
َ صِّر
Maksudnya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat
kepadamu.” (HR. Muslim)
Ketiga-tiga doa di atas merupakan doa yang bersumber daripada Al-Quran dan
sunnah. Maka, setiap muslim itu haruslah menghafal dan mengamalkannya pada setiap
Page 7
PIMK 3103 2020
waktu, supaya iman kita sentiasa kuat dan terhindar daripada tercabutnya hidayah.
Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 175, sesiapa yang diberi hidayah
oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh
Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Oleh itu, sama-samalah kita
mengamalkan doa-doa di atas supaya iman kita terus terpelihara dan kita sentiasa
diberi hidayah oleh-Nya
Dalam pada itu, Rasululullah SAW menerusi sabda Baginda yang bermaksud:
“Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan. Jika ia
diingati dan direnung pada waktu susah, nescaya perasaan akan menjadi lapang dan
tenang dan jika ia diingati pada waktu senang, nescaya hati dan perasaan akan sedar
dan menginsafi diri (Mohamed Sharif, 1998).” (Riwayat al-Bazzar dan al-Baihaqi).
Sesungguhnya dunia ini bukanlah tempat untuk kita ‘menikmati’ sepuas-puasnya
kehidupan ini. Dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan
selepas kematian. Jadi, sama-samalah kita sentiasa mengingati kepada kematian
kerana hidup di dunia ini hanyalah persinggahan sahaja sebelum menuju alam akhirat
yang kekal selama-lamanya.
Antara penyelesaian bagi masalah seks luar nikah dari segi faktor luaran adalah,
setiap lapisan masyarakat seharusnya menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana, kalam
ulama ada mengatakan bahawa ‘tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad’.
Ilmu-ilmu yang harus ditekankan dalam isu ini adalah isu batasan pergaulan antara
lelaki dan perempuan ajnabi, adab pergaulan lelaki dan perempuan islam, serta
bahayanya kesan seks luar nikah. Sesungguhnya, ilmu-ilmu ini sangatlah berguna
untuk menghindarkan dan mengelakkan diri kita daripada dekat dan terjebak dengan
isu seks luar nikah ini. Hal ini demikian kerana, islam telah menyediakan dan
menggariskan adab-adab peraulan dalam islam seperti menundukkan pandangan,
menutup aurat, tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan, tidak melunakkan
percakapan, serta tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis (Mohammad
Widjanarko, 1999). Rasulullah pernah bersabda Dari Maqil bin Yasar berkata;
Page 8
PIMK 3103 2020
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani
dalam Mujam Kabir). Dalam pada itu, adab-adab yang digariskan tersebut telah disebut
di dalam Al-Quran dan hadis seperti dalam rajah di bawah.
الَ خَي ْلَُو َّن َر ُج ٌل بِ ْامَرأ ٍَة إِالَّ َو َم َع َها ذُو حَمَْرٍم: قال رسول اهلل،عن ابن عباس رضي اهلل عنه قال
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
الَ خَي ْلَُو َّن َر ُج ٌل بِ ْامَرأ ٍَة إِالَّ َكا َن ثَالَِث ُه َما الشَّْيطَا ُن: قال رسول اهلل،عن جابر رضي اهلل عنه قال
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang
dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi
ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi)
Page 9
PIMK 3103 2020
Oleh itu, sama-samalah kita mengikut apa yang telah digariskan dan disyariatkan
oleh islam kerana terdapat hikmah dan kebaikan di atas setiap suruhan dan larangan
Allah SWT.
Dalam pada itu, ibu bapa haruslah sentiasa memantau kegiatan anak-anak.
Terutamanya memantau gajet-gajet mereka, apa yang mereka tonton, layari, dan juga
dengari. Hal ini demikian kerana, rata-rata isu seks luar nikah adalah berpunca
daripada terpengaruh dengan video lucah yang ditonton melalui telefon bimbit. Sebagai
contoh, pada 2 Julai 2019, tular berita murid lelaki Tahun Enam merogol seorang
kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Batu Gajah, Perak (Mohd Hafizee,
2019). Suspek dilaporkan adalah anak pengasuh mangsa dan didakwa melakukan
perbuatan terkutuk itu akibat terpengaruh dengan video lucah yang ditonton di telefon
bimbit. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi kawalan
penggunaan internet supaya anak-anak tidak terdedah dengan perkara yang tidak
sesuai dengan umur mereka. Selain ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling juga
seharusnya cakna dengan para remaja pada hari ini. Iaitu sentiasa memberikan nasihat
berguna kepada mereka, mengajak mereka kepada kebaikan dan sentiasa mendoakan
kebaikan satu sama lain agar sentiasa diberikan taufik dan hidayah olehnya.
5.0 KESIMPULAN
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang
mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah.”
Page
10
PIMK 3103 2020
Jadi, sebagai umat Islam yang patuh kepada perintah Allah dan menjadikan Rasul sebagai
contoh tauladan yang baik, kita mestilah taat pada perintah Allah, jauhi larangan-Nya serta
cakna akan isu ini daripada aspek punca, kesan dan langkah dalam mengatasinya supaya
dapat bersama-sama menghindari daripada perbuatan ini berlaku pada diri kita dan orang lain.
Page
11
PIMK 3103 2020
Rujukan
Abdullah Al-Haddad. (2014). Nasihat Agama Dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional
Ahmad Sanusi. (2017). Seks & Remaja: STatistik Yang Membimbangkan. Retrieved 1 Februari
Ali Ibn Muhammad ad-Dihami. (2005). Mengendalikan Hawa Nafsu : Upaya Meraih
Al-Quran. (n.d.).
Djubaedah. (2010). Pencatatan Perkahwinan & Perkahwinan Tidak Dicatat Menurut Hukum
Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003). Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam. Pahang: PTS Publication
Harun Yahya. (2004). Nila-Nilai Moral Dalam Al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.
Ismail Kamus. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Jasmi, Kamarul Azmi dan Md. Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. 2017. Didiklah Kami dengan
Khairul Ghazali (2006). 30 Wasiat Imam Syafi'e. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Page
12
PIMK 3103 2020
Mohamad Farid Linggi. (2007). Warna Warni Kehidupan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publications.
Mohamed Sharif Mustaffa. 1998. Kaunseling islam. Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM,
4, (1). 19-30.
Mohd Hafizee. (2019). Polis Tahan Kanak-Kanak 12 Tahun Disyaki Merogol. BH Online.
Retrieved 1 Februari 2020, from
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/580158/polis-tahan-kanak-kanak-12-
tahun-disyaki-merogol
Shaza Baharuddin (21 Mac 2010). Jumlah Anak Luar Nikah Semakin Bertambah. BH Online.
Retrieved 1 Februari 2020, from
https://bhonline.com/masyaallah-jumlah-anak-luar-nikah-semakin-bertambah/
Page
13