Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kertas Kerja Kuiz

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER TERJUN

22200 BESUT,
TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA
KUIZ SAINS DAN MATEMATIK
UNTUK MURID TAHUN 4

TEMA
BIJAK SAINS DAN MATEMATIK

TARIKH:
3 OGOS 2016
(RABU)
TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN AYER TERJUN.
ANJURAN:
GURU PRAKTIKUM
KUMPULAN SASARAN:
MURID TAHUN 4

1. PENDAHULUAN
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,
emosi dan jasmani adalah sebagaimana matlamat yang ingin direalisasikan oleh
Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Dengan penganjuran pertandingan kuiz
sains dan matematik ini para murid dapat menukar persepsi mereka yang salah
terhadap subjek sains dan matematik yang mereka tanam sekian lama. Aktiviti ini
dapat melakar cara baru bagi mewujudkan rasa minat terhadap mata pelajaran
sains dan matematik dikalangan murid. Yakni, harus ditanam sejak awal lagi
kerana kedua-dua mata pelajaran ini mempunyai pengaruh yang amat besar
dalam kehidupan murid-murid kelak.
2. MATLAMAT
Matlamat pertandingan kuiz sains dan matematik untuk menyemai minat
murid terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan memberi asas
pengetahuan dan kemahiran sains dan matematik. Justeru, murid mempunyai
landasan untuk mengaplikasikan sains dan matematik dalam kehidupan harian
untuk mengikuti pelajaran sains dan matematik di peringkat yang lebih tinggi di
samping mengamalkan budaya sains dan matematik ke arah pembentukan
masyarakat bersifat prihatin, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap
alam sekeliling serta melahirkan masyarakat yang produktif.
3 Objektif
Antara Objektif yang ingin dicapai melalui Program ini adalah;
1. Meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis di kalangan murid.
2. Menggalakkan murid menjana idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap istilah Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris.


4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
5. Memupukkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid.
4. TEMA
Bijak Sains dan Matematik
5. BUTIR-BUTIR PROGRAM
Tarikh program

3 Ogos 2016

Tempoh perlaksanaan

1 jam 30 minit (7.45am 9.15am)

Tempat program

Bilik Linus Sekolah Kebangsaan Ayer Terjun

6. BILANGAN PELAJAR
Tahun 4 Anggun
Tahun 4 Bestari
Jumlah

LELAKI
8 orang
7 orang
15 orang

PEREMPUAN
10 orang
9 orang
19 orang

JUMLAH
18 orang
16 orang
34 orang

Guru-guru pelatih yang terlibat: 1) Muhammad Huzair Al Hakim bin Zaini


2) Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies
3) Muadz bin Ahmad Shathari
4) Nur Amalina binti Abd Azis
5) Che Nur Shazfiah binti Che Rohimi
Senarai nama penuh peserta program berserta kelas telah dilampirkan bersama.
(Lampiran B)

7. JAWATANKUASA KERJA
AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KUIZ SAINS DAN
MATEMATIK 2016
Penaung

: Pn. Wan Surina binti Wan Ahmad (Guru Besar)

Penasihat

: En. Aluwi bin bin Hassan (GPK Pentadbiran)

Pengerusi

: Muhammad Huzair Al Hakim bin Zaini

Setiausaha

: Muhammad Huzair Al Hakim bin Zaini

Bendahari

: Muadz bin Ahmad Shathari

8. JAWATANKUASA KECIL
AJK Hadiah

: Mohd Ikhwan bin Mohd Sabies

AJK Peralatan
dan bahan

: Nur Amalina binti Abd Azis

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA

ANGGARAN KOS

Bahan-bahan
-kertas A4 (1 rim)
Hadiah
Jumlah

RM 9.90
RM 20.00 (10 murid yang terbaik )
RM 29.90

10. PENUTUP
Pertandingan kuiz sains dan matematik dianjurkan bagi meningkatkan
pengetahuan dan penguasaan murid-murid serta menarik minat mereka dalam

mempelajari kedua-dua subjek ini dengan lebih baik lagi. Pertandingan ini
dirangka untuk mengurangkan jurang yang terdapat diantara murid-murid.
Dengan terlaksananya program ini, diharapkan dapat mencapai matlamat
dan objektif KSSR yang telah ditetapkan. Kami berharap agar mendapat
sokongan dan bantuan kewangan daripada pihak tuan agar dapat memudahkan
lagi perjalanan program ini.

Sekian, terima kasih.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Saya yang menjalankan tugas,

............................
(MOHD HUZAIR AL HAKIM B ZAINI)
Setiausaha,
Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik,
Sek. Keb. Ayer Terjun,
22000 Jertih,
Terengganu Darul Iman.

Diluluskan oleh,

...............................
(PN. WAN SURINA BT WAN AHMAD)
Guru Besar,
Sek. Keb. Ayer Terjun,
2200 Jertih,
Terengganu Darul Iman.

(LAMPIRAN A)

Tentatif Program

KHAMIS (3 Ogos 2016)

7.45 pagi

: Persediaan untuk pertandingan kuiz

8.00 pagi

: Murid-murid berkumpul di Dewan Terbuka

8.10 pagi

: Memberi taklimat tentang kuiz

8.15 pagi

: Soalan diedar dan murid-murid mula menjawab

8.45 pagi

: Kertas soalan dikutip

9.00 pagi

: Penyampaian hadiah

9.15 pagi

: Murid bersurai

Anda mungkin juga menyukai