Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Unit Ukuran Jarak Dan Luas Untuk Tanah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS UNTUK TANAH

Oleh kerana banyak sangat pertanyaan yang aku terima mengenai unit-unit ukuran yang
selalu digunakan bagi ukuran jarak dan juga unit-unit ukuran keluasan tanah, disini aku telah
sediakan satu senarai panjang "unit-unit pertukaran" atau "conversion" bagi memudahkan
para pembaca mengira sendiri nilai sebenar jarak dan luas yang perlu ditukar dari satu unit
asal ke unit yang lain.
Sebenarnya terdapat banyak unit ukuran yang telah digunapakai di dalam pelan tanah dan
juga geran tanah sejak dulu sampailah sekarang. Jadi jadual pertukaran unit ukuran bagi
jarak dan luas tanah yang aku sediakan ini adalah bagi memudahkan pengiraan pertukaran
jika perlu untuk membuat sesuatu kerja yang bersangkutan dengan tanah.
UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH
1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba

UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH


1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 ekar = 10 rantai persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi
1 rantai persegi = 4356 kaki persegi
1 rantai persegi = 404.686 meter persegi
1 rantai persegi = 0.1 ekar
SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN
in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal

SIMBOL UNTUK BATU SEMPADAN


j = jumpa
tt = tiada tanda
bl = batu lama
bkl = batu konkrit lama
pkt = kayu piket
pk = paku
p = paip
pb = paip besi
sp = iron spike

CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT

1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki


Maksudnya :
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki
UNIT LAMA DALAM GERAN TANAH DAN CP
Dalam kebanyakan pelan Geran Tanah keluaran Pejabat Tanah dan Certified Plan ( CP )
yang sekarang disebut sebagai PA iaitu Pelan Akui keluaran Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia ( JUPEM ) yang lama, unit ukuran yang sering digunapakai adalah samada dalam
unit 'ling', 'rantai' atau 'kaki' untuk jarak dan untuk keluasan pula 'relung' dan 'jempa' akan
digunakan jika lot tanah tersebut terletak dalam kawasan penanaman padi, kelapa dan
getah. 'Hektar', 'ekar', 'Rood' dan juga 'pole' adalah yang biasa digunakan dan ada yang
kekal ditulis dalam unit tersebut sampailah sekarang. Bagi pelan jurutera rekabentuk dan
pelan arkitek yang lama pula mereka lebih suka gunakan unit 'kaki dan inci'.
Tetapi setelah negara Malaysia secara rasminya mengamalkan sistem metrik maka
sekarang ini secara standardnya setiap pelan samada yang dihasilkan oleh Pejabat Tanah,
JUPEM, Jurukur Tanah, Jurutera & Arkitek, kesemuanya adalah menggunakan samada unit
'meter' ( m ) atau 'milimeter' ( mm).
CARA MENGETAHUI UNIT SEBENAR YANG DIGUNAKAN
Tips untuk mengetahui unit ukuran sebenar yang digunapakai dalam pelan-pelan geran
tanah dan pelan akui yang lama. Lakukanlah sedikit perkiraan mudah iaitu dengan melihat
pada keluasan tanah yang tertulis di bawah nombor lot yang terdapat dalam pelan itu.
Buatlah pengiraan kasar dengan mengambil jarak lebar dan jarak panjang lot tanah seperti
yang tertulis secara asal bagi lot yang dalam bentuk segiempat dan cuba kira luasnya ( lebar
X panjang = luas ). Lihat hasil kiraan kasar itu dan bandingkan dengan jumlah luas yang
tertulis di dalam geran tanah tersebut. Jika jawapannya adalah samada tidak hampir tepat
atau sangat jauh meleset maka ulang pengiraan dengan menggunakan unit yang lain pula.
Maksudnya, untuk mengetahui unit yang sebenar kita perlulah menukar unit luas lot tanah
tersebut dan tukarkan juga unit lebar dan panjang lot tanah itu kepada satu unit
'ANGGAPAN' terlebih dahulu sebelum mengiranya.

Percayalah, setelah kita menukar unit anggapan sebanyak beberapa kali barulah kita akan
mengetahui apakah unit sebenar yang telah digunakan bagi setiap jarak yang tertulis di
dalam pelan itu. Kuncinya adalah keluasan lot tanah yang ditulis di dalam geran tersebut.
Jika luas lot itu tertulis dalam bentuk 'hektar', 'ekar', 'Rood' dan 'pole' tukarlah kepada unit
'meter persegi' dahulu. Buatlah anggapan bahawa jarak-jarak asal sempadan tanah itu
adalah ditulis dalam unit 'ling', 'rantai atau 'kaki' dan tukarkannya kepada 'meter' dahulu.
Mula-mula gunakan unit 'ling' tukarkan kepada meter dan kira luas lot tanah itu. Jika salah
ulang lagi dengan membuat anggapan jarak itu ditulis dalam unit 'rantai' pulak. Begitulah
seterusnya sampailah kita mendapat jawapan yang paling hampir tepat keluasan lot tanah
itu di dalam unit 'meter persegi' seperti yang tertulis di dalam geran tanah itu.
CARA MENGIRA KELUASAN LOT TANAH
Di dalam geran tanah yang lama, keluasan lot tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan
Pole. Unit Ekar akan ditulis sebagai 'a', unit Rood akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Pole,
Perch atau Rod yang sama nilainya pula akan ditulis sebagai 'p' sahaja.
Tetapi terdapat juga geran tanah yang dulunya terletak di dalam kawasan pertanian yang
ditulis dengan menggunakan unit Relung dan Jempa bagi keluasan lot tanah tersebut. Unit
Relung akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Jempa pula akan ditulis sebagai 'j'.
CONTOH
Jika

MENGIRA
keluasan

LUAS

tanah

dalam

2a.
Ini

TANAH

DALAM

geran

UNIT

ditulis

sebagai

1r.
bermakna

luas

ekar +

Formula

tersebut

Rood +

asasnya

1
ekar
1
Rood
1 pole = 25.293 m2

0007p.

tanah

EKAR

adalah

pole

adalah
=
=

4046.86
1011.7

m2
m2

Di dalam unit meter keluasannya adalah :


= ( 4046.86 x 2 ) + ( 1011.7 ) + ( 25.293 x 7 )
= 8093.72 + 1011.70 + 177.05
= 9282.47 meter persegi
Di dalam unit kaki pula keluasannya adalah :
= ( 9282.47 m2 x 10.764 )
= 99,916.5 kaki persegi

CONTOH
Jika

MENGIRA
keluasan

LUAS
tanah

TANAH
dalam

DALAM
geran

ditulis

UNIT

RELUNG
sebagai

2r.
Ini

383j.
bermakna

relung

Formula
1
1

luas

tanah

383

asasnya
Relung
Jempa

tersebut

adalah

jempa

adalah
=
=

30,976
64

:
kp
kp

Di dalam unit kaki keluasannya adalah :


= ( 30,976 x 2 ) + ( 64 x 383 )
= 61,952 + 24,512
= 86,464 kaki persegi
Di dalam unit meter pula keluasannya adalah :
= ( 86,464 kp / 10.764 )
= 8032.70 meter persegi
WEBSITE BAGI MENUKAR JARAK DAN LUAS
Terdapat satu laman web di internet yang boleh dirujuk jika anda mahu menukar jarak dan
luas lot tanah dari semua jenis unit imperial yang lama kepada semua jenis unit metrik yang
digunapakai ketika ini.
Unit-unit lama itu termasuklah unit Rood, rod/perch/pole, rantai, kaki, furlong, ling, ela dan
juga bagi unit ukuran yang digunapakai di Amerika Syarikat yang sedikit berbeza dengan unit
British. Sila klik link dibawah untuk pergi ke lawan web tersebut :- See more at: http://baganbeachboy.blogspot.my/2014/03/unit-ukuran-bagi-jarak-dan-luas-untuk.html#sthash.LPvg9sZo.dpuf

Anda mungkin juga menyukai