Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Keselamatan Di Dalam Bengkel

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL

1. Keselamatan semasa bekerja di dalam bengkel adalah suatu perkara yang sangat
penting bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Faktor-faktor keselamatan
hendaklah di amalkan.
2. Kemalangan yang berlaku boleh melibatkan kecacatan anggota badan dan kehilangan
jiwa (kematian) malah kerosakkan peralatan di dalam bengkel juga boleh terjadi
akibat dari kemalangan dan kecuaian.
3. Pelajar-pelajar hendaklah memastikan keselamatan semasa melakukan gerak kerja di
bengkel sentiasa baik dan terjamin.

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN

Kemalangan yang berlaku di dalam bengkel adalah di sebabkan oleh faktor-faktor


kemanusiaan, persekitaran tempat kerja dan peralatan atau mesin.

1. Kemalangan biasa di tempat kerja.

a) Luka akibat terkena benda-benda tajam


b) Kerengsangan kulit akibat terkena bahan kimia,terbakar atau melecur.
c) Kecacatan fizikal seperti patah atau kehilangan salah satu daripada anggota badan
kerana kecuaian penggunaaan peralatan atau mesin.
d) Kejutan elektrik disebabkan oleh kecuaian dan tidak mematuhi kod-kod keselamatan.
e) Kebakaran di tempat kerja yang disebabkan oleh kecuaian
i. Suis dapur memasak lilin tidak ditutup
ii. Seterika elektrik (penggosok) tidak ditutup / dicabut plug selepas digunakan.
iii. Gas dibuka terlebih dahulu sebelum menyediakan pemetik api
f) Letupan juga boleh berlaku akibat tidak mematuhi etika keselamatan yang telah
ditetapkan.

2. Faktor-faktor lazim yang menyebabkan kemalangan.

a) Faktor kemanusiaan.
Sikap semasa menjalankan kerja di bengkel yang boleh menyebabkan kemalangan.
Contohnya :
i. Bergurau senda
ii. Tidak menumpukan perhatian terhadap kerja
iii. Kurang pengetahuan dalam mengendalikan kerja.

b) Faktor tempat kerja


Kawasan atau persekitaran tempat kerja juga menyebabkan kemalangan.
Contohnya:
i. Tempat yang penuh dengan sampah sarap dan berminyak.
ii. Kurang pencahayaan dan sistem pengudaraan yang tidak baik.
iii. Ruangan kerja yang sempit untuk menjalankan kerja dan sebagainya.
c) Faktor alat dan mesin.
Alat-alat dan mesin juga boleh menyebabkan kemalangan.
i. Alat dan mesin yang tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan.
ii. Mesin atau alat yang rosak
iii. Mesin atau alat yang telah lama tidak diperiksa dan tidak digunakan.

Keselamatan Semasa Bekerja.

Kemalangan boleh dielakkan berlaku semasa bekerja jika para pelajar mematuhi semua
peraturan dan etika keselamatan yang telah ditetapkan.

a) Sikap berhati-hati semasa bekerja dan sentiasa mengutamakan keselamatan.


b) Pakaian yang kemas dan sesuai sewaktu kerja dijalankan.
c) Persediaan sewaktu bekerja seperti pengetahuan tentang kerja pemusatan atau
penumpuan pada kerja dan kesihatan diri.
d) Memakai apron atau penutup hidung/mulut semasa bekerja.
e) Mengamalkan tabiat kerja yang baik iaitu menjaga tempat kerja supaya kemas dan
bersih,menyusun alat dengan kemas dan teratur.
f) Kerja yang dijalankan hendaklah mengikut langkah-langkah atau peraturan yang
ditetapkan.

Keselamatan Alatan Dan Kawasan

a) Alat-alat hendaklah ditempatkan di tempat yang khas dan di susun rapi serta kemas.
b) Penyelenggaraan alat-alat dijalankan mengikut jadual.
c) Pemeriksaan yang berterusan pada alatan yang digunakan.
d) Kerosakan pada alatan hendaklah dilaporkan kepada guru dengan kadar segera.
e) Alat-alat hendaklah dijaga dan digunakan dengan baik mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan.
f) Tutup semua suis apabila kerja-kerja selesai.

Anda mungkin juga menyukai