Nothing Special   »   [go: up one dir, main page]

Kertas Kerja Program Awareness of Teenange Pregnancy

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan peruntukan


kewangan daripada pihak pengurusan Hospital Kota Belud dengan tujuan berikut :
i. Untuk mendapat kelulusan program
ii. Mendapat bantuan penganjuran kursus daripada AJK terlibat

2.0 PENGENALAN

Program “Awareness of Prevention of Teenage Pregnancy Amongst Secondary


School Learners & Teenage Pregnancy Implications” ini diadakan bagi membantu
dan membimbing para pegawai perubatan, jururawat, pihak sekolah dan pelajar
sekolah menengah mengetahui pelbagai informasi yang berguna dalam bidang
masing-masing mengenai pengurusan gejala sosial seperti ini. Ini juga sebagai
pendedahan awal tentang keadaan dan skop sebenar yang berkaitan dengan bidang
kesihatan obstetrik di kalangan remaja bawah umur dan pengendalian kes dari segi
prosedur yang betul dan berpandukan undang-undang negara.

Selain itu, dengan pengetahuan dan pengalaman baru ianya dapat menyedari
kepentingan dengan melihat gambaran realiti pesakit di kalangan pelajar sekolah
yang bermasalah seperti ini dan mampu mengukuhkan tentang kefahaman dari
kandungan topik yang bakal dipelajari di dalam program. Melalui program ini, audien
dapat melakukan pemerhatian, analisis dan lebih memahami gambaran sebenar
individu yang mengalami isu seperti ini serta isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan
obstetrik dalam konteks dunia realiti dan seterusnya membuat hubungkait dengan
skop pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

i. Memenuhi keperluan khusus dan tuntutan tugasan pihak hospital dan klinik
kesihatan.
ii. Mendapat pendedahan awal tentang situasi dan makluman sebenar berkait
dengan isu kesihatan obstetrik di kalangan remaja bawah umur.
iii. Pendedahan awal tentang implikasi masalah remaja sekolah hamil di luar
nikah, kelahiran bayi di luar nikah dan perkaitan undang-undang yang melindungi
kanak-kanak bawah umur di kalangan pelajar sekolah,kepada golongan seperti
pelajar, guru dan kakitangan kesihatan.
iv. Memberi penjelasan dan penerangan mengenai peranan dan matlamat
multidisiplin dalam menangani kes sebegini.
v. Melahirkan remaja yang celik minda mengenai bantuan dan sokongan
terhadap kesihatan obstetrik di kalangan remaja bawah umur.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 Mei 2018 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Hari : Isnin
Tempat Program : Dewan SMK Arshad, Kota Belud

5.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA (100 org peserta)


i. 70 Orang Pelajar Sekolah Menengah (Lelaki / Perempuan), Guru dari sekolah
menengah iaitu: SMK Arshad
ii. 30 orang Kakitangan Hospital, KKIA, KK Taginambur (Jururawat), Pegawai
Perubatan Hospital & KKIA
iii. AJK – 21 Orang
iv. Penceramah – 8 orang
v. VIP – 8 orang (tetamu VIP:Datuk Raya Erom)

6.0 TENTATIF PROGRAM


- Lampiran A

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS

Penaung
Dr.Eddy Tong Kwan Meng Menyokong dan memperakukan kertas
Pengarah Hospital UD54 kerja yang disediakan / Meluluskan
kertas kerja yang disediakan

Penyelaras Memantau dan menasihati perkara


Pn Rosidah Binti Misseli berkaitan program yang sedang
Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dijalankan dan menyediakan kertas
kerja serta perjalanan program.

Timbalan Penyelaras Program Membantu merangka, merancang, dan


menganalisis program yang akan
KJ Hajah Amidah Aluk dijalankan.
Ketua Jururawat U32

Pengacara Majlis Mengacarakan majlis dari mula hingga


Pn Merry Grist Hilario akhir program
Pembantu Tadbir Kewangan W19
Setiausaha Program Membuat surat jemputan penceramah
Pn Noumi Lasau dan surat jemputan peserta,
Pembantu Tadbir Kanan N22 mendapatkan maklumbalas kehadiran
peserta / penceramah program untuk
diserahkan kepada AJK Sijil bagi
penyediaan sijil.
Menyediakan teks ucapan Pengarah

Bendahari Program Membuat perbelanjaan berdasarkan


Pn Risidah Rundah kewangan program yang telah diberi
Penolong Pegawai Tadbir N29 serta membuat catatan pengeluaran
wang yang digunakan.

AJK Sambutan / Protokol Menyambut ketibaan penceramah


Pn.Risidah Rundah jemputan / tetamu VIP
Penolong Pegawai Tadbir N29

KJ Jamillie Taisin
Ketua Jururawat U32

Pn Noumi Lasau
Pembantu Tadbir Kanan N22

En.Mairan Bin Suhor


Ketua Penyelia Pen.Pegawai Perubatan U42

En.Hj.Abdul Laham Bin Rudin


Penyelia Pen.Pegawai Perubatan U36
Bacaan Doa
Tn.Hj.Dulamin Sulaiman Memimpin bacaan doa
Petugas Mesra Ibadah Hospital

AJK Makanan Menempah dan mengurus makanan.


KJ Bainin Ulang
Ketua Jururawat U32

AJK PA Sistem / Media Mengendalikan PA sistem/


En.Ismail Bin Madisa Merekodkan aktiviti program secara
Pen.Pegawai Perubatan U32 bergambar.

En Mohd Salleh Tenih


Penolong Pegawai Perubatan U32

En Hussin Amit
Pembantu Rendah Awam

AJK Cenderahati / Sijil Menguruskan hal-hal berkaitan


Pn Jenny A Ahmad Cenderahati / Sijil
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Pn.Clorina Binti Jesson
Pegawai Sains C41

Pn Aezyatti Binti Pelin


Pembantu Tadbir W19

AJK Urusetia / Pendaftaran Menguruskan nama setiap peserta


KJ Normeleh Binti Jamris yang terlibat dan perkara berkaitan
Ketua Jururawat U32 dengan pendaftaran peserta.

Pn.Zaidah Binti Marjani


Jururawat Masyarakat U19

Pn.Dgku.Diana Binti Agku.Jaid


Jururawat Terlatih U29

AJK Logistik Menguruskan perkidmatan logistik


En.Maslin Bin Gama untuk program
Penolong Pegawai Perubatan U32

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Harga Seunit Harga Keseluruhan


1 Sijil Peserta / Sijil *kertas sijil mohon di ** mohon dari pengurusan
Penceramah Pengurusan
2 Cenderahati Penceramah RM 20.00 RM160.00
(8 Orang) –Frame gambar
3 Makan / Minum semasa RM15.00 RM1050.00
Program (termasuk VIP /
AJK) x 70 orang

***kerjasama dengan Pihak sekolah, Pihak SMK Arshad Bersetuju untuk


menanggung makan & minum peserta dari SMK Arshad, persiapan tempat
(termasuk tempat makan VIP), PA Sistem/LCD/Layar Putih (Surat bertarikh 30
April telah dihantar ke sekolah)

9.0 PENUTUP

Diharapkan menerusi program ini, matlamat kursus dapat tercapai. Semoga


pengetahuan tentang pengurusan kes remaja hamil di luar nikah di kalangan remaja
sekolah dapat diperolehi untuk manfaat dalam profesion masing-masing.
LAMPIRAN A

Tentatif Program
Program Awareness of Prevention of Teenage Pregnancy Amongst Secondary
School Learners & Teenage Pregnancy Implications
14 Mei 2018 (Isnin), Dewan SMK Arshad Kota Belud

7.30 pagi Ketibaan AJK Pelaksana

Pendaftaran Peserta

Ketibaan Pengarah Hospital / Pengetua SMK Arshad

8.00 pagi -Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanah Air ku.

-Bacaan Doa

-Ucapan Pengarah Hospital

-Ucapan Pengetua SMK Arshad, Kota Belud

8.30 pagi Ceramah 1 : MSW – PERANAN MSW & PROSES INTERVENSI


YANG DIKENDALIKAN SEMASA KES
9.00 pagi
Ceramah 2 : Pegawai Perubatan – OSCC & TANGGUNGJAWAB
9.30 pagi PEGAWAI PERUBATAN / MEDICAL TEAM

Ceramah 3 : Polis – AKTA KANAK-KANAK 2001

10.00 pagi REHAT /MINUM PAGI

10.30 pagi Ceramah 4 : JKM – PEGAWAI PELINDUNG DAN KHIDMAT


NASIHAT JKM
11.00 pagi
Ceramah 5 : PPD – ISU PERSEKOLAHAN DAN PERANAN PPD
11.30 pagi MENANGANI REMAJA TERLIBAT BERHENTI SEKOLAH

12.00 t/hari Ceramah 6 : JHEINS – ISU PERKAHWINAN REMAJA BAWAH


UMUR , ISU ANAK LUAR NIKAH DAN KESAN BERKAHWIN
TANPA BERLANDASKAN ENAKMEN KELUARGA ISLAM
12.30 t/hari
Ceramah 7 : Mahkamah Anak Negeri – ISU PERKAHWINAN
REMAJA BAWAH UMUR UNTUK ORANG BUKAN ISLAM
Ceramah 8 : JPN – PENDAFTARAN PERKAHWINAN REMAJA
BAWAH UMUR DAN PENDAFTARAN KELAHIRAN ANAK LUAR
NIKAH

1.00 tengahari MAKAN TENGAHARI / REHAT/SOLAT

2.00 petang Ketibaan Perasmi , Ybhg. Datuk Hajjah Raya Erom

2.30 petang Tayangan Video

Majlis Perasmian oleh Perasmi, Ybhg. Datuk Hajjah Raya Erom

Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi

Penyampaian Sijil / Cenderahati kepada AJK/


Penceramah/Peserta

4.00 petang Minum petang/ BERSURAI

Disediakan Oleh:

Rosidah Binti Misseli


Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41
Unit Kerja Sosial Perubatan

Disemak Dan Diluluskan Oleh:

Dr.Eddy Tong Kwan Meng,


Pengarah Hospital UD54
Hospital Kota Belud, Sabah

Anda mungkin juga menyukai