(13/11) Kerabu rampai

1 orang bercadang membuatnya
Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
Malaysia

kerabu rampai ni boleh menggunakan apa juga daun ulam-ulaman. Yang utama kena ada daun cekur, barulah kerabu ni menjadi sedap.
oleh kerana ada terung pipit dan saya memang suka makan mentah, maka saya campurkan sekali.
pertama kali mencuba sawi jeruk ni buat kerabu kerana ada stok sawi jeruk dandah jemu nak masak cara yang sama. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Saya tak letak garam sebab sayur ni dah masin cuma kena pandai mainkan dengan sedikit gula untuk mengurangkan rasa masinnya.

Baca lagi
Edit resipi
Kongsi

Ramuan

12 minit
4 -5 orang
  1. 1 ikat daun cekur - hiris halus
  2. buah cekur - tumbuk
  3. 1 pack sawi jeruk - hiris halus
  4. 1 cawan terung pipit
  5. 1 biji cili merah - tumbuk
  6. 3 Biji bawang merah - tumbuk
  7. sedikit ikan bilis/udang kering - rendam & tumbuk
  8. 1 Biji limau kasturi/limau nipis
  9. gula
  10. garam/sesedap rasa

Cara Memasak

12 minit
  1. 1

    Dalam bekas, satukan kesemua ulam-ulaman yang telah dihiris bersama bahan tumbuk, gula, garam dan jus limau.
    gaul sebati.

  2. 2

    Sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

Reaksi

Edit resipi
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
pada
Malaysia
Suka pada menu paling mudah dan ringkas tanpa memakan masa yang lama.
Baca lagi